Friday, March 30, 2012

TERIMA KASIH.. :)

Terima kasih..

Kepada semua..

yang sudi klik link blog Fatin dari fb..

yang sudi melihat gambar dalam entri blog.. (tengok gambar pun boleh..)

yang sudi membaca entri blog dari perkataan pertama hingga terakhir..

yang sudi membaca entri tentang suka duka kisah Fatin..

yang sudi membaca entri tentang optometri..

yang sudi membaca entri pasal kumpulan V.I.P..

yang sudi ‘like’ link blog kat fb..


Jutaan terima kasih..

kepada semua..

yang sudi menjadi ‘follower’ di blog Fatin..

yang sudi komen dalam entri blog..

yang sudi komen di ruangan komen di link blog dalam fb

yang sudi klik blog link setiap kali Fatin post kat fb..

especially Nuralia Amani, Hyun Meera, Nazatul Afika dan lain2..


Fatin masih lagi baru dalam dunia blog ini. Andai ada kekurangan, maafkan saya..

Jom dengar lagu daripada Adam, TERIMA KASIH..

TERIMA KASIH SEMUA.. :)


Wednesday, March 28, 2012

Keychain daripada classmates


Buka semester 2 ni, Fatin dapat dua keychain daripada classmates.

Satu daripada Shazana a.k.a GBM. Dia bagi keychain dari Terengganu sebab dia orang Terengganu. Yang menariknya, ada nama Fatin atas keychain tu.. J Itu yang bagi Fatin, special sangat.. Sebab tak banyak keychain dalam koleksi yang ada nama Fatin.. Terima kasih banyak2 Shazana.. Like sejuta.. Ini keychain yang ke-92..

Satu lagi daripada Kak Teera. Keychain dari Bandung. Thanks a lot, Kak Teera! Keychain anda adalah yang ke-93. Fatin makin lama makin excited nak tengok keychain mencapai angka 100 ni.. Ye lah, dah semakin hampir.. Fatin yang beria-ria nak tunggu gelaran RATU KEYCHAIN. Padahal beri gelaran kat diri sendiri. Suka hatilah.. ;p

Tapi hari tu mak ada kata, “Lepas 100 keychain, sudah-sudah la tu..”

Sedih jugak mendengarnya.. Jadi lepas ni Fatin dah tak boleh nak BELI keychain dah.. TAPI, kalau family dan kawan2 nak bagi, Fatin TERIMA.. J

Nak tengok koleksi keychain Fatin boleh klik di SINI. J

p/s:

Keychain 94 dan 95 bakal dipersembahkan.. ;)

Tetiba rasa nak ada keychain kumpulan V.I.P.. boleh tak? ;) Ok, bai.


Sunday, March 25, 2012

Artikel 'Dakwah Adam' @ Akhbar Metro 25 Mac 2012


Sumber: Metro Online 25 Mac 2012.

Dakwah Adam

AGAK lama nama Adam AF sepi publisiti hinggalah penyanyi kelahiran Sabah itu diumumkan sebagai mentor dalam program realiti Mentor Musim keenam terbitan TV3.

Tatkala pertemuan empat mata dengan pemilik nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman di sidang media Mentor 6 lalu, penyanyi yang sering melantun irama ‘pop-dance’ ini tampak sangat berbeza. Dia bukan saja berisi, malah kelihatan cukup tenang.


Selepas diselami, dalam diam pemuda berusia 28 tahun ini mengikut jejak langkah aktor, Asyraf Muslim, bergelar pengamal perubatan alternatif di sebuah pusat rawatan Islam di pinggir ibu kota. Namun, melihat gaya serta genre lagu dibawa, tidak mustahil ada pihak mempertikai perubahan itu. “Saya berkecimpung di bidang perubatan ini lebih setahun lalu (sejak 2010) tapi tidak dihebahkan. Komitmen saya kini pada waktu siang mengubat orang, manakala malam pula mengajar protege saya, KJ atau nama sebenarnya, Abd Kadir Unding Lana,” katanya.

Akui Adam, untuk bergelar pengamal perubatan, terutama rawatan menggunakan ayat al-Quran, si pengamal bukan saja perlu bersih jiwa, malah wajib meninggalkan perkara mungkar.


“Selagi saya tak buat benda haram dan melakukannya kerana Allah, tidak akan ada masalah. Sebelum jadi pengamal perubatan pun saya tidak mendekati perkara haram.


“Kalau ada pun dulu, saya pernah cuba masuk kelab malam untuk menari tapi pada masa sama, saya tidak tahan bau rokok. Saya berada sekejap saja dan terus keluar kerana tidak tahan,” katanya.

Pun begitu, bukan mudah untuk memilih cara hidup berbeza secara drastik, banyak dugaan terpaksa ditempuh, bahkan sehingga hari ini dia masih berdepan pelbagai ujian.


“Saya perlu pastikan dalaman saya betul-betul bersih, namun luaran masih Adam yang orang kenal. Saya juga pernah lalui zaman nakal, oleh itu banyak perkara kena perbetulkan. Saya sudah lama dalam bidang nyanyian dan andai tiba-tiba berhenti, jiwa saya akan tertekan.

“Saya tidak pasti sampai bila akan berada dalam industri hiburan tetapi yang boleh saya katakan, buat masa ini masih aktif. Begitu juga Ashraf, dia masih ada dalam industri, cuma komitmen di pusat rawatan membataskan aktiviti seninya.


“Saya akan tetap menari kerana itu minat saya, tetapi ibadat wajib dilaksanakan. Ketika membuat persembahan, saya pastikan penonton lelaki dan wanita diasingkan,” katanya tenang.


Mengulas lanjut statusnya sebagai pengamal perubatan, Adam mendapat kepercayaan merawat pesakit yang menghidap pelbagai jenis penyakit.


Dalam nada merendah diri, dia akui bukan orang hebat, sebaliknya sekadar memberi jalan kepada pesakit untuk sembuh.


Jelasnya, ayat al-Quran bukan saja memberi ketenangan kepada pengamal, malah umum mengetahui rahsia segala penawar penyakit ada dalam kitab suci itu.


“Ini juga satu bentuk dakwah untuk kita kembali kepada agama. Hakikatnya, kaedah rawatan Islam menunjukkan jalan kepada pesakit untuk mendekatkan diri dengan Allah.


“Saya kini mengumpul material menghasilkan lagu dakwah bergenre pop dance. Saya tahu pasti ada yang akan kritik, tetapi saya tidak kisah kerana yang lebih penting, mesej dalam lagu itu sampai kepada pendengar,” katanya.

UPDATE:

Selasa, 27 Mac 2012, ada artikel mStar Online : Pelajari Perubatan Islam Tidak Jejas Kerjaya Seni Adam. Jom singgah baca.. :)

p/s:

Fatin tersenyum lebar dan sangat gembira ketika membaca artikel ini. Alhamdulillah..

Buat Adam dan KJ, buat yang terbaik untuk Mentor 6! Both of you can do it! :)

Saturday, March 24, 2012

I-CITY Buat Kali Kedua


Hari sabtu, pagi hingga ke petang ada Modul 2 Kemahiran Insaniah (KI). Tamat KI, terus bersiap-siap untuk ke I-City. Lepas solat maghrib, Fatin dan 11 orang kawan gerak ke I-City dengan dua kereta. Thanks a lot kepada Kak Nabilah dan Kak Busyra kerana sudi membawa kami. Fatin dah pergi ke sana sem lepas, boleh klik di SINI. J

Fatin pergi kali kedua ni sebab nak masuk Snow Walk. Namun, kitorang sampai jam 10 malam. Kalau masuk pun, maybe tak lama, tidak berbaloi dan balik lewat malam. Jadi, kitorang pun just bergambar dan bermain di situ. Kitorang berpecah untuk berjalan-jalan. Takde lah nampak macam rombongan Cik Kiah nanti kan.. ;)

Fatin berjalan-jalan dengan Syamerra. Bergambar merupakan aktiviti wajib di I-City. Fatin dan Merra naik buaian yang macam kat genting tu. Sebab yang itu je tak ramai orang beratur. Yang lain ramai giler orang beratur. Naik buaian tu best la jugak, at least dapat main games. Pening tu adalah sikit. Tidak dapat dinafikan buaian kat Genting Highlands lagi best. Sebelum pulang, kitorang bergambar beramai-ramai. Nanti Insya-Allah akan datang lagi untuk ke Snow Walk.

Muka kepenatan..

My friends..

Bergambar sebelum pulang.. ;)


Sebahagian daripada rombongan.. ;)

Then, kitorang balik ke rumah. Badan memang dah letih tahap maksimum. Dari pagi ke malam tak berehat, sangat penat. Tidur nyenyak la kan. Fatin dan classmates yang duduk kolej; Hanom, Fadh dan Merra tumpang tidur rumah sewa classmates. Kalau tak, nanti kena tahan dengan pak guard sebab balik lambat.

Esoknya, pergi jogging sekitar taman perumahan Puncak Alam Fasa 3. Tapi lebih kepada sesi fotografi. :p

Muka bangun pagi.. ;)

Breakfast makan nasi lemak. Makan tengah hari, kawan2 masak lauk tomyam, begedil, telur dadar. Air minuman pula, air bandung. Sangat sedap dan berselera. Terima kasih banyak-banyak kepada Filzah (Fil), Syafiqah (Iqa), Shazana (GBM), Ani, Kak Dayah, Dayah dan Fyra.

Thanks for viewing my blog! J

Friday, March 23, 2012

Fadlan V.I.P @ URTV Keluaran 15-31 Mac 2012

Fatin tahu pasal ini pun sebab Fadlan tweet kat twitter pada 19 Mac lalu.

Antara isi keratan artikel,

Anggota kumpulan V.I.P, Fadlan Hazim, 20, tidak kisah dengan gelaran comel atau jambu oleh kawan-kawan dan peminat, Katanya, walaupun wajah nampak begitu, dia suka beraksi lasak.

"Ramai kata saya ni cute. Mula dulu segan juga. Tapi lama-kelamaan saya tak kisah. Saya dah tak anggap itu satu masalah. Kalau orang panggil saya lagi dengan nama tu, saya balas dengan senyuman. Yang penting saya nak peminat nilai bakat saja."

"Tengok Adam (AF2) walaupun dia pernah dapat gelaran macam saya, tapi hari ini dia berjaya. Adam idola saya. Hari ini selain jadi penyanyi dan penari kumpulan V.I.P, saya juga dapat tawaran menjadi pelakon. Saya harap akan lebih diberi peluang bawa watak lasak dengan adegan penuh aksi. Saya suka." katanya.

Sampai sini sajalah yang Fatin dapat share. Maklumat lanjut boleh beli majalah
URTV 15 - 31 mac.. ;)

p/s:
Thanks a lot to adikku yang tersayang, Alia Amani sebab tolong beli majalah, transfer dan upload gambar ni..
Saya jauh di perantauan.. Perantauan lah sangat.. ;p

Thursday, March 22, 2012

Straight A's sinonim dengan medik?





Result SPM 2011 dah keluar semalam.
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat result yang cemerlang!
Yang kurang cemerlang, perjuangan tidak berhenti di sini.
SPM bukanlah pengakhiran, kerana perjalanan kita masih jauh ke hadapan..

Jangan lupa bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, keluarga serta kawan-kawan atas kejayaan kita.. :)

Di kesempatan ini, Fatin memberi cadangan untuk adik2 agar mengisi UPU dengan ASASI UM sebagai pilihan pertama.. Seriously best belajar di situ.. :)

Tetiba Fatin teringat pasal ambil result dulu. Memang tak dapat tidur malam.
Otak duk fikir berapa A aku akan dapat?
Kalau aku tak dapat straight A apa akan jadi?

Lagi satu, Fatin tidur dengan homestay depan maktab dengan kawan-kawan lain.
Tapi tilam yang Fatin dapat, plastik belum dibuka.
Bayangkan, tidur di atas tilam yang di dalam plastik beralaskan cadar macam mana?
Apapun, kita patut bersyukur atas apa yang ada..

Pagi esoknya, berjalan kaki ke maktab untuk ambil result.
Alhamdulillah, semua A.
Terus call mak ayah. Menangis kegembiraan.
Kalau dulu, menangis kekecewaan masa ambil result PMR.

Tapi itu semua cerita lama.

Teringat pula kisah semasa ambil sijil SPM.
Cikgu penolong kanan akademik tanya,
"Kamu medik mana?"

Fatin dah agak dah, soalan tu pasti akan ditanya.
Sebab kawan2 di situ yang straight A's semua sambung medik.
Straight A sinonim dengan medik ke?

"Saya tak ambil medik cikgu. Saya ambil optometri, berkaitan mata." jawab Fatin.

Tapi memang tidak dinafikan, kebanyakan orang yang dapat straight A's ambil medik..
Tapi setiap orang ada minat dan cita-cita masing-masing.

Alhamdulillah, ibu bapa tak kongkong dan halang Fatin mengejar cita-cita..
*Fatin tidak berminat untuk menjadi seorang doktor sebab dulu minat nak jadi ahli farmasi.
Kini, Fatin sedang belajar Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujiian).
Doakan Fatin berjaya..
Fatin doakan anda semua berjaya dalam pelajaran
dan apa sahaja bidang yang anda ceburi..
Amin..




p/s:
Peringatan untuk kita bersama..
Dalam sibuk belajar dan mengejar hal ehwal duniawi,
jangan sesekali kita lupakan kehidupan akhirat yang kekal abadi..
Bersama-sama lah kita menambah 'bekalan' amal kebaikan kita..
:)

Wednesday, March 21, 2012

V.I.P @ Kenanga Wholesale City (KWC)


Ahad,18 Mac 2012, Fatin ikut Abang Fatin, Taufiq menghantar adik, Faris ke Stesen Bas Pekeliling. Faris nak balik semula ke MRSM selepas tamat cuti sekolah. Fatin turun ke Stesen Monorail Titiwangsa menuju ke Stesen Hang Tuah. Dari Stesen Hang Tuah, jalan kaki ke Kenanga Wholesale City. Jalan kaki mengambil masa dalam 15 minit. Tapi disebabkan Fatin ni atlet merentas desa, kurang 10 minit dah sampai.. ;p

Then, solat zuhur di surau yang terletak di tingkat atas sekali iaitu tingkat 16. Sunyi sepi je tingkat tu sebab tiada kedai yang dibuka kat situ. Kena berjaga-jaga sikit.

Lepas tu, sementara menunggu ketibaan Adam serta ahli kumpulan V.I.P yang lain, Fatin berjalan-jalan sekitar situ. Cuba jugak mencari baju atau kasut yang menarik, tapi tiada yang berkenan. Then, belilah satu ‘Each a cup’ seperti biasa perisa OREO. Sambung jalan2.. Actually kat situ ada pertandingan tarian tradisional. Kadang2 tu tengoklah kejap para peserta menari.

Dalam 3.45 petang, Fatin start duduk di kerusi penonton. Orang lain sudah mula kembali memenuhi ruang itu. Jam 4 petang, kumpulan V.I.P mula membuat persembahan. Mereka menyanyikan lagu Tiga Kata. Kemudian diikuti oleh lagu Kau dan lagu Ellena dari Adam dan lagu Kemarau dan Lagu Sedih dari V.I.P. Fadlan tidak hadir kerana ada shooting untuk oxy’s tvc. Kata Adam di atas pentas, “Seorang lagi ahli V.I.P iaitu Fadlan tidak dapat hadir kerana ada shooting. Maklumlah, dia tu handsome sikit.” Lebih kurang macam itu lah ayatnya.

Yang bestnya, apabila V.I.P selesai menyanyi, ada seorang kanak-kanak cakap sesuatu kepada V.I.P. Then, Adam tanya kat budak itu, “Apa adik cakap?” Budak itu menjawab, “Terbaik!!” J

Selepas habis, Fatin singgah di booth Adam FC untuk melihat merchandise yang ada. Fatin telah membeli 2 kipas tangan dan penanda buku. Satu kipas akan Fatin berikan kepada adik, Alia.

Jam 5 petang, Fatin mula bertolak ke Puncak Alam.

Gambar ini diambil semasa sedang menunggu bas U90 ke Puncak Alam. Mentor 6 buat di MBSA. Fatin tak dapat tengok Mentor 6 kat hostel.. :( Tengok siaran ulangan lah nanti.. Apapun, buat Adam dan protegenya, KJ, all the best! :)

Sunday, March 18, 2012

SABAH NITE 2012




Sabah Nite 2012 diadakan pada 17 Mac 2012 di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Sabah Nite 2012 ini adalah kali pertama dianjurkan bagi mengeratkan lagi silaturahim warga Sabah dalam satu acara khas selain untuk beramah mesra di antara mereka bagi menguatkan lagi ukhuwah.

Pada awalnya Fatin tidak pasti sama ada nak pergi atau tidak sebab nak naik public transport malam dari Shah Alam ke KL agak sukar. Fatin bertanya Kak Deeda majlis tersebut dijangka habis jam berapa. Maybe jam 11 malam. Fatin bajet masa, kalau jam 11 malam, akan sampai rumah kira-kira jam 2 pagi. Itupun, LRT last pukul 11.45 malam. Kak Deeda kata boleh balik dengan dia. Rumah dia kat Gombak juga. 
Akhirnya, Fatin buat keputusan untuk join. :)
Fatin bertolak dari Puncak Alam lepas asar. Sampai Kompleks Belia jam 7 malam. Then, lepas solat maghrib masuk ke dalam dewan. Fatin ada ajak classmate dari Sandakan, Sabah untuk hadir sama. Nama dia Sandra. Dia datang kawan-kawannya dari Sabah.

Fatin duduk semeja dengan kawan-kawan yang juga peminat Adam yang Fatin kenal 
masa di Adam X-Clusive Showcase 2011 dulu iaitu Kak Syaza dan Kak Zila.


Adam selaku penasihat persembahan seperti yang tertera di atas.
Pengerusi majlis ini adalah Alex Raja Lawak yang memang lawak membuatkan hadirin terhibur. 
Majlis dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu Y.B. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal dengan tiga pukulan gong. 

Selepas itu, banyak persembahan daripada artis-artis dari Sabah iaitu kumpulan V.I.P, 
Candy AF, Yazer AF, Ekin AF, Nera AF dan ramai lagi.

Sebagai peminat kumpulan V.I.P, Fatin HARUSLAH menunggu persembahan mereka. 
Kumpulan V.I.P menyampaikan lagu Kena Marah Pun Tak Kisah, Tiga Kata dan Lagu Sedih. 
Kumpulan V.I.P terdiri daripada Adam AF, Yandy, Marlon, Amen dan Fadlan
Namun, Fadlan tidak dapat hadir kerana dia ada rehearsing dance step for oxy's tvc di Royal Phantom Dance Studio (sumber: twitter Fadlan)
Amen pula adalah ahli baru kumpulan V.I.P yang berasal Shah Alam. Kiranya dalam kumpulan V.I.P ada 3 orang anak kelahiran Sabah iaitu Adam, Marlon dan Yandy. Fadlan dari Kuala Lumpur. 
Untuk pengetahuan, Ryan tidak lagi bersama kumpulan V.I.P. 
Namun, Ryan masih lagi menyanyi tetapi bersama rakannya, iaitu Jason Teng. V.I.P stands for VERSATILITY IN PERFORMANCE. 
Peminat setia V.I.P kalau bercerita pasal V.I.P sampai esok tak habis.. ;p

Balik kepada Sabah Nite 2012, secara keseluruhannya memang seronok. Makan malam ini adalah majlis formal. Namun, cuma sistem untuk mengambil makanan agak tidak teratur. Namun, persembahan tidak menghampakan. Lagu tema untuk majlis ini adalah 'Macam di KK.'

Selepas tamat majlis, Sandra ajak Fatin untuk bergambar dengan Adam. 
Fatin ikut Sandra dan kawan-kawannya untuk bergambar. Then, sampai giliran Fatin bergambar, Adam tanya, “Nurfatin, adik tak datang?” Fatin jawab, “Tak. Tak dapat nak bawak dia.” 
Actually Fatin memang nak bawak Alia ikut sekali. Tapi Fatin ada kuliah ganti pagi sabtu dari jam 9 pagi sampai 12 tengah hari. Kalau nak balik KL, perlukan lebih kurang 4 jam dengan public transport. 
Then, perlukan 3 jam untuk sampai semula ke Shah Alam. Itupun bergantung kepada bas dan LRT untuk ulang alik. 
Jadi, Fatin tak dapat nak bawa Alia. Kepada Alia, “UNTUNGLAA Adam tanya pasal anda.. ;p”

Selepas bergambar Adam, Fatin bergambar dengan kawan-kawan lain. Fatin juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan novelis Sayang 3 Dalam Satu dan Nyanyian Syahdu iaitu Weeda Airiza. 
Tapi Fatin tak bawak novel untuk minta autograf.. Novel ada kat rumah. Btw, seriously novel tu BEST! Jangan lupa beli.. ;)

Akhir kata, thanks a lot kepada Kak Deeda sebab sudi beri Fatin tumpang untuk balik ke rumah. 
Thanks jugak kepada Adam yang sudi bergambar.. dan jugak kepada kawan-kawan semua.. :D
BOLEH BAH KALAU KAU..

Sebagai penutup, jom dengar lagu Buli Bah Kalau Kau (Buli = Boleh) dari Adam. 
Btw, lagu ini Fatin dah agak akan ada dimainkan dalam Sabah Nite ini sebab lagu ini menggunakan ayat dari Sabah yang popular, Boleh Bah Kalau Kau. 
Lagu ini dipasang sebagai lagu latar slide show yang ditayangkan. Lagu ni BEST!


p/s:
Fatin tak pernah menjejakkan kaki ke Sabah lagi.. Ada sesiapa nak bawa Fatin ke sana? :p

Friday, March 16, 2012

NOVEL LAGI


Baki baucar buku RM100 Fatin gunakan untuk sebuah lagi novel dan alat tulis. Fatin beli novel ini sebab Fatin kenal novelis di fb. Macam novel Sayang 3 Dalam Satu, Fatin pun kenal dengan novelis dia, Weeda Airiza. Tapi belum berkesempatan untuk meminta autograf untuk novel itu. Novel Sayang 3 Dalam Satu BEST! Yang penting, happy ending! Jom beli.. J

‘Ros Biru Untuk Dia’ adalah karya sulung Ijazati Habib. Fatin tertarik untuk membeli selepas membaca preview kat belakang novel itu.

Ini kira novel yang kelima yang Fatin beli. Seperti yang sedia maklum, Fatin memang tak gemar membeli novel. Tak percaya? Boleh klik di SINI.

Selepas membaca novel ini, Fatin memang sakit hati dengan watak Fakhrul. Bagi Fatin, Lyanna memang seorang yang penyabar. Melalui novel ini, Fatin memang suka dengan watak Adam. J

Secara keseluruhannya, Fatin memang dapat rasa emosi watak-watak yang ada dalam novel ini. Siapa pemberi ros biru itu? Dapatkan novel ini di pasaran..

Kini baucar tinggal lagi RM50. Fatin bercadang nak guna untuk beli buku Pathology. Pathology adalah subjek yang perlu diambil untuk semester ini.

p/s:

Fatin pernah ada cita-cita untuk bergelar seorang novelis semasa darjah enam.

Agaknya tercapai atau tidak? Tak jadi novelis pun, blogger pun jadilah.. ;)

Thursday, March 15, 2012

Keychain 90 dan 91


Assalamualaikum..

Seperti biasa angka keychain Fatin akan meningkat waktu demi waktu..
Kakak sulung pulang dari Gold Coast membawa dua rantai kunci untuk Fatin.
Beliau sangat memahami.. :)
Thanks a lot, Kak Ana!

Tanpa melengahkan masa, mari kita melihat keychain yang ke-90 ini.



Dan ini yang ke-91.

Thanks for viewing my blog!

p/s:
Keychain yg ke-92 dan 93 bakal diceritakan kelak.. :)

Wednesday, March 14, 2012

PUNCAK ALAM – KL – PUNCAK ALAM – KL – BANGI – PUTRAJAYA – BANGI – KL – PUNCAK ALAM




Tajuk tak boleh nak panjang lagi.. huhu..

Jumaat, 9 Mac 2012
Lepas zuhur, Fatin tunggu bas dari 2.30 ptg hingga 5 ptg. KesaBARAN memang diuji.. Nak balik rumah punya pasal.. Padahal baru seminggu start semester 2.. Naik bas U90, U80, LRT dari Pasar Seni ke Taman Melati. Ayah jemput balik ke rumah. Sampai rumah pukul 10 malam.

Sabtu, 10 Mac 2012
Ayah hantar ke Pasar Seni. Tunggu bas sejam. Rupa-rupanya bas U80 ambil penumpang belakang LRT, seberang sungai. Tak pasti bila ia ditukar. Nasib Fatin lah.. Dah lebih setengah jam baru nak tanya orang.. huhu.. Then, naik U90 dari PKNS.

Sampai Puncak Alam pukul 4 suku. Jam 6.45 ptg, Fatin dan Syamerra bertolak ke Shah Alam. Lepas solat maghrib di PKNS, sambung perjalanan ke KL Sentral. Naik KTM ke stesen UKM. Sampai UKM pada jam 10.10 malam. Maksu jemput dari situ ke rumahnya.

Ahad, 11 Mac 2012
Lepas subuh, bertolak ke Putrajaya untuk menyertai Run For Sight 2012. Balik ke rumah Maksu semula selepas minum pagi. Lepas zuhur, makan tengah hari di NJ Zenith di Bangi. Makan chinese food. Seriously, SEDAP giler.. Kekenyangan.

Start tunggu di KTM UKM jam 3.45 ptg. Ada komuter datang dalam pukul 4.10 ptg. Tapi memang tak dapat masuk sebab dah penuh. Tunggu dan borak dengan Syamerra. Kira-kira jam 5 petang, komuter seterusnya tiba. Tiada pilihan lain. Terpaksa masuk ke dalam tren yang seperti sardine dalam tin. Fatin dah pernah melalui saat macam itu. Jadi tak kisah sangat, Cuma kesabaran SANGAT DIPERLUKAN. Nasib baik ada koc wanita. Rasa selamat. Sepanjang perjalanan, Fatin terhibur dengan gelagat seorang kanak-kanak lelaki lingkungan umur 3 tahun. Macam-macam adegan yang kanak-kanak itu buat.. Fatin dan Merra tengok je budak tu..

Sampai KL Sentral, solat asar. Naik LRT ke Pasar Seni untuk dapatkan bas U80 yang kosong. Sampai PKNS, solat maghrib dan beli makan malam. Tunggu bas U90. Jam 9.03 malam, bertolak ke Puncak Alam. Jam 10 suku, sampai ke asrama. Penat. Solat Isyak dan tidur.

Lebih kurang macam itulah situasi Fatin untuk hujung minggu lepas. Bagi Fatin, naik bas dan LRT dah dikatakan rutin hujung minggu. Kalau nak balik rumah, ‘Rumahku Syurgaku’ macam itulah jalannya Bagi Merra pula, ini kali pertama dia menjadi seorang perantau, katanya. Merra berasal dari Kampar, Perak dapat naik bas, LRT dan KTM pada hari yang sama.


p/s: Minggu depan nak balik rumah lagi rasanya.. ;p

Monday, March 12, 2012

RUN FOR SIGHT 2012 BLINDFOLD RUN



Baju saiz L. Harap maklum.

“This is to certify that NURFATIN ATIKAH successfully completed the RUN FOR SIGHT 2012 BLINDFOLD RUN on 11th March 2012.”
Lebih kurang macam itulah yang tertera pada sijil penyertaan itu.. Nak cakap jugak..
Larian amal sejauh 5km ini dianjurkan oleh Persatuan Glaukoma Malaysia di Putrajaya. Tema acara ini adalah ‘Don’t let Glaucoma Darken Your Life’.
Larian ini adalah secara berpasangan. Seorang peserta perlu ditutup matanya manakala seorang lagi perlu memimpin pasangannya sambil berlari.
Fatin dan rakan lain selaku pelajar optometri menyertai aktiviti yang sihat ini. Namun, nasib tidak menyebelahi kami. Fatin dengan Syamerra tidak berjaya mendapat tempat sebagai pemenang. Namun, pengalaman memang tidak dapat dilupakan. Dalam larian ini, Fatin yang tutup mata. Mula-mula memang rasa tidak selesa, tapi dah praktis sebelum larian dengan Merra. Rasa tidak kekok, tapi pandangan gelaplah. Kita dapat rasa kepentingan kedua-dua mata kita. Oleh itu, marilah kita menjaga mata kita sebaiknya.
Bergambar bersama senior Fatin.. :)

Pemandangan di sini sangat cantik! :)
Di sini, Fatin ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan glaukoma berdasarkan buku ‘Understanding Glaucoma’ yang Maksu dapat dari majlis itu. Fatin dapat buku lain.
Apakah Glaukoma?
Tahukah anda glaucoma adalah satu penyebab utama penyakit buta bagi mereka yang berusia lebih dari 40 tahun? Dan tahukah anda bahawa kebutaan yang disebabkan oleh glaucoma boleh dielakkan?
Glaukoma bukanlah satu jangkitan dan ianya tidak berjangkit, Ia adalah satu keadaan di mana tekanan dalam satu atau kedua-dua mata meningkat hingga ke tahap yang luar biasa.
Apabila tekanan ini (dipanggil tekanan intraokular) kekal tinggi untuk satu jangka masa, kerosakan struktur penglihatan yang halus akan berlaku. Jika keadaan ini dibiar tanpa rawatan, anda boleh menjadi buta. Glaukoma biasanya menjejaskan kedua-dua mata.
Apakah yang Menyebabkan Glaukoma?
Glaukoma terbentuk bila bertambahnya pengeluaran akues humor (aqueous humour) atau akues humor tidak disalirkan keluar daripada bola mata sepenuhnya. Tekanan akan meningkat di dalam mata. Gentian-gentian saraf dan salur-salur darah di dalam saraf optik akan tertekan dan kemudiannya rosak dan musnah. Penghantaran utusan-utusan penglihatan kepada otak akan terganggu dan menyebabkan penglihatan menjadi lemah. Akibat kesudahannya – buta.
Mujurlah, anda boleh lakukan sesuatu untuk menjaga penglihatan anda. Pertahanan terbaik anda ialah melalui pemeriksaan mata yang kerap, terutama jika anda berusia lebih daripada 40 tahun. Glaukoma tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal jika anda melawat pakar mata anda selalu dan patuh menggunakan ubat-ubatan yang dipreskripsikan. Pengesanan awal dan rawatan adalah satu-satunya cara untuk mencegah kehilangan penglihatan.
“Ingat, hanya anda boleh menyelamatkan daya penglihatan anda.”
p/s:
Thanks a lot to Syamerra for all the pics.. :)

Sunday, March 11, 2012

V.I.P @ SISIPAN PANCAINDERA, MINGGUAN MALAYSIA 11 MAC 2012

Selesai ‘Run For Sight’ , Mak Su bawa Fatin dan Merra breakfast di Presint 8, Putrajaya. Then, Mak su singgah ke kedai untuk beli suratkhabar. On the way balik ke rumah Mak su, Fatin baca suratkhabar dalam kereta. Seperti biasa, baca bahagian hiburan dahulu.. Cari berita pasal V.I.P dulu, kalau ada.. ;)

Belek-belek suratkhabar, Fatin terus TERSENYUM. Sebab ada gambar V.I.P tengah perform dan artikel pasal diorang. J

Tajuk artikel, ‘Warga Melaka memang terbaik!’.

Keratan artikel,

Persembahan dari Adam dan kumpulan V.I.P adalah kemuncak pada majlis promosi sempena pelancaran wajah baru sisipan akhbar Mingguan Malaysia.

Diserbu Peminat

Kelibat kumpulan lima anak muda kacak ini sememangnya ditunggu di kalangan peminat wanita yang begitu teruja dengan kehadiran mereka.

Sampaikan ada peminat menyerbu laluan belakang pentas yang dikira tempat selamat untuk kakitangan Mingguan Malaysia dan artis terlibat.

Lepas satu, satu peminat bergambar dengan Adam dan bersalaman dengan mereka.

Demi menyelamatkan keadaan yang tidak terkawal itu, upacara perasmian promosi sempena pelancaran wajah baru sisipan akhbar disempurnakan di atas pentas sejurus selepas persembahan kumpulan berkenaan oleh Pengarang Mingguan Malaysia, Zain Mahmud.”

Fatin gembira untuk kumpulan V.I.P kerana sambutan yang sangat baik daripada peminat di Melaka. Semoga kumpulan V.I.P terus dikenali dan maju dalam industri. J

Akhir kata, ulang caption gambar di atas, "PERSEMBAHAN ADAM DAN V.I.P TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN LAGI, TERBAIKLAH!"

p/s:

Mentor 6 sudah bermula! Jom tonton dan sokong Adam dan protegenya! J

Fatin kat asrama tak boleh tengok live, boleh tengok kat tonton je nanti..

Apapun, Fatin doakan yang terbaik untuk Adam dan protegenya.. Good luck! J

Friday, March 09, 2012

Kali pertama ke Unit Kesihatan

Isnin lepas Fatin pergi ke Unit Kesihatan atau lebih dikenali sebagai UK. Fatin tak biasa panggil UK, biasa panggil klinik je.

Fatin telah diserang sakit tekak dan batuk sejak beberapa hari yang lalu. Nak telan air liur pun perit.. Biasanya, Fatin beli WOODS' peppermint lozenges untuk melegakan tekak. Tapi, penderitaan ini tidak dapat ditahan.

Fatin diserang sakit tekak dan batuk sejak beberapa hari yang lalu. Nak telan air liur pun perit.. Biasanya, Fatin beli Wood’s untuk melegakan tekak. Tapi, penderitaan ini tidak dapat ditahan, jadi Fatin pun pergi ke UK seorang diri. Bukan parah mana pun, nak suruh orang temankan.. Lagipun Fatin kan Atikah.. ;)

Btw, Fatin tak demam pun. Seingat Fatin, lepas dijangkiti demam denggi masa semasa berumur 10 tahun, Fatin jarang sangat demam atau lebih tepat lagi tak pernah demam. Maybe system imunisasi badan dah kuat.

Mungkin sebab Fatin pergi waktu petang, tak ramai orang. Fatin pergi ke kaunter. Petugas di kaunter tanya sama ada pelajar pernah datang atau tidak. Isi boring dan tunggu sehingga dipanggil.

Tunggu dalam 5 minit, doktor dah panggil. Doktor pulak sangat mesra. Perempuan.

Doktor: Nurfatin Atikah?

Fatin : Ya, saya.

Doktor: Sakit apa?

Fatin: Sakit tekak, batuk.

Doktor: Demam tak?

Fatin: Tak.

Doktor: (Ambil termometer dan letakkan bawah lidah Fatin) Letak bawah lidah ya..

Beberapa minit kemudian..

Doktor: (Ambil termometer) 37.2. OK, tak demam.

Lepas tu, tunggu di kaunter farmasi untuk ambil ubat. Fatin terkejut sebab dapat banyak ubat. Ubat batuk, ubat sakit tekak, vitamin C, panadol or paracetamol dan antibiotik. Fatin ingat dapat ubat batuk dan sakit tekak je.


Kini, kesihatan dah semakin baik. Alhamdulillah..

Mana taknya, minum air punyalah banyak. Sebelum ini mana suka minum air banyak2 ni.. hehe..

Akhir kata, Fatin teringat satu hadis qudsi,

“Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya, penyakit itu penghapus dosa”.

Hadis ini ada tertera pada bungkusan ubat Klinik As-Sakinah di Gombak.

Insya-Allah.

Fatin sempat google untuk perkongsian bersama,

Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: I luv Islam

Untuk membaca selanjutnya, boleh klik DI SINI.

Thanks for viewing my blog! Don't forget to follow this blog.. :)