Assalamualaikum :)
Baru2 ni Fatin tukar semua bio kat profile twitter, blog and insta dengan meletakkan emel Fatin untuk nak ajak korang kat luar sana datang check mata kat Puncak Alam ni. Untuk pengetahuan anda, Fatin dah final year sekarang, alhamdulillah, so this is my last semester before I graduate, insya Allah, doakan.. :)
Sem ni jugak my junior pun dah start klinik diorang jugak, so kitorang berebut patient lah.
So macam2 kitorang perlu buat untuk mendapatkan patient dengan pelbagai cara, sebagai contoh bagi cenderahati kat patient macam button badge comel ni :)
Comel kan? Jom check mata! :D |
So another alternative yang Fatin buat Fatin letak email address kat segala laman sosial dengan harapan ada orang contact nak jadi patient untuk check mata. Nak bagi no phone kang nanti ada yang nak mengurat pulak, ahaks, terlebih sudah :p Bercita-cita tinggi betul hahaha.. Eh, betul apa, boleh cari pemilik tulang rusuk sekali kan? :p
Okay berbalik kepada point tadi, so ada saudari ni dari matrikulasi Selangor ni emel Fatin untuk tanya pasal optometri. Mula2 ingat nak jadi patient, rupa2nya nak tanya soalan. Harapan palsu je, huhu.. Tapi takpe. sharing is caring kan? Fatin pun dulu tanya optometrist gak, kawan kakak Fatin. Add fb dia sebab nak tahu pasal opto.
Fatin dah reply dah emel dia. Then, kat blog ada beberapa carian dari google masuk ke blog pasal 'Belajar Optometri'. So, kita share lah serba sedikit pasal opto ni.
Optometri ni orang selalu salah anggap, ingat optometrist tu doktor mata. Jangan keliru ye adik2, doktor mata tu ophthalmologist, macam Prof Muhaya tu. Kalau nak jadi macam beliau, kena ambik medik & sambung pakar mata.
All the best adik! :)
Okay berkaitan dengan subjek pulak, subjek2 berkaitan dengan fizik, biologi & kimia. Tiga serangkai. Kalau subjek berkaitan fizik macam optics, visual optics & light and colour perception, Kalau biologi pulak macam anatomy and physiology, pathology & ocular anatomy. Kalau kimia tu macam dalam biochemistry, pharmacology & ocular pharmacology.
Kalau dalam 4-5 semester awal tu korang akan belajar teori, then sem 6 masuk klinik. Sebelum tu, waktu cuti sem 5, ada praktikal kat kedai cermin mata. Dan semasa cuti semester 6, korang akan praktikal di jabatan oftalmologi hospital kerajaan. Sebelum tu, ni merujuk kepada akak punya syllabus tau, kalau zaman korang nanti kalau tak silap syllabus dah tukar sikit, akak tak sure.. Eh, sejak bila ber'akak' ni? :p
Okay lah, itu secara ringkas pasal optometri ni. Kepada lepasan matrik / asasi / diploma, boleh mohon optometri di IPTA/IPTS yang korang idamkan. UiTM, UIA, UKM, MSU, Twintech & SEGi. All the best adik2! :D
Sebelum tu, macam biasa, kalau tak promote tak sah. Kalau nak check mata, jom datang Klinik Optometri UiTM Puncak Alam untuk mengetahui status kesihatan mata anda yang cantik tu! *winkwink*
Details boleh usha kat SINI.
Adik lepasan asasi/matrik habis bulan april kan? Lepas habis tu datang puncak alam eh.. ;)
Update 16/7/16.
Untuk optometri uitm, sekurang-kurangnya pointer 2.75, tapi kebanyakannya masuk pointer dalam 3.50 dan ke atas.
UPDATE 19/4/2017
Sambungan entri ini boleh klik -> Belajar Optometri Part 2
Thanks for reading this entry :)
Lepasan matrik rata2 berapa pointernya?
ReplyDeletesekurang-kurangnya dlm 2.75.
DeleteSalam . kak average cgpa student yg dpt masuk course ni berapa eh and boleh saya tahu batch akak yg dpt course ni berapa org
ReplyDeleteWaalaikumussalam. sekurang-kurangya 2.75, tp kebanyakannya masuk 3.50 ke atas. Batch ktorg plg ramai, 52 org. biasanya dlm 30-40 org.
Deleteakak. saya dpt situ jugak upu nanti. opto ni brape lame eh?
ReplyDeletetahniah! :) 4 tahun (8sem).
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewaalaikumussalam iffah, klu x silap muet band 3.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWaalaikumussalam, boleh melalui STPM, boleh refer kat gambar yang saya update, saya tak pasti jurusan apa, tapi perlukan Biologi / Fizik.
ReplyDeletesalam sis sy nk tye kos nie memang fizik kene strong ke? and biase kn setiap sem brpe subjek yg belajar? tq :)
ReplyDeleteWslm, sorry lmbt reply. yup, tapi bukan fizik je, bio pun. setiap sem dlm 8-9 subjek.
DeleteAssalamualaikum, saya nk tanya.. Kalau dh habis belajar opto ni.. apa pekerjaan yg boleh kita dpt??..pastu kalau ambik course ni boleh jadi doktor mata ke atau yg doktor mata tu couse ophtalmologist?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, pekerjaannya optometrist. Boleh kerja kat kat hospital atau kedai spec. Tak, optometrist bukan doktor mata. Yup, opthalmologist tu doktor mata, ambik medik & sambung pakar.
Deletesalam, boleh tak tolong buat post course outline untuk optometri uitm?>
ReplyDeletewaalaikumussalam, okay, insya Allah, nanti sy free sya akan update ya :)
Deleteassalamualaikum.. bleh x sy nk thu course outline.. sbb sy nk apply opto dkat uitm
DeleteSalam kak.kalau opto subj apa yang paling kena kuasai?antara phy
ReplyDelete,chem dgn bio?
Waalaikumussalam, semua kena kuasai, physics (subjek optics), chemistry (subjek biochemistry) , biology (subjek anatomy) :)
Deletecan I have your email? I have something to ask u regarding optometrist
ReplyDeleteHi Aisyah, nams2992@gmail.com :)
Deleteassalamualaikum akak... math saya dpt c.. pointer upu saya 2.85... pointer uitm 3.08... ada harapan x nk mnx opto? saya asasi uitm :)
ReplyDeleteKalau STPM saya tak pasti, tapi kalau matrik, boleh je, sebab ada student yang ambil sains hayat kat matrik tak ambil fizik.
ReplyDeleteAssalamualaikum akak,biasanya klau course optometrist ni,subjej major dia apa?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, major fizik & biologi. Utk details boleh baca di sini :) http://nurfatinatikahmohdsharudin.blogspot.com/2017/04/belajar-optometri-part-2.html
DeleteKalau mata kita rabun boleh ke amik course ni..saje tnye
ReplyDeleteBoleh, takde masalah, lagi menghayati perasaan org yg rabun :)
DeleteSalam akak, saya budak diploma kejuruteraan awam, penerapan saya letak optometry, agak2 saya ni jenis layak ke tidak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, sorry tak sure, setakat ni kawan2 akak ada dari diploma farmasi, diploma makmal perubatan, diploma sains.
DeleteLooking for opportunities to pursue your Master's and Doctorate degree? Come and join us at the Faculty Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia for this upcoming September 2019 intake.
ReplyDeleteWe offer a comprehensive postgraduate study package through 23 courses with modes of study either by coursework or research
Apply now at http://guest.ukm.my
Click this link: www.ukm.my/fsk for entry requirement and other information.
http://www.ukm.my/fsk/pejabat-timbalan-dekan-siswazah/sarjana-sains-kesihatan-optometri-klinikal/
ReplyDeleteKalau kita rabun warna, akan ada masalah untuk apply kerja tak? Atau waktu nak dapatkan lesen(?)
ReplyDeleteAda pekerjaan tertentu yg tak dibenarkan ada rabun warna spt askar, pilot & air-traffic controllers, electrical / electronic engineer etc. Untuk lesen kereta boleh dapat, tiada masalah.
DeleteOpto ad iv ke akak?
ReplyDeleteMasa zaman akak takde, skrg tak sure.
DeleteKalau spm bio chemist addmath C and cgpa kat matrikulasi bawah 3.5 ada chance tak nak dpt kos ni kalau isi dlm upu?
ReplyDeleteKalau ikutkan boleh, tapi persaingan sekarang semakin sengit, kalau awak betul2 minat isi sahaja :)
DeleteAssalamualaikum akak, kalau dari lepasan diploma mikrobiologi nak masuk opto agak agak ada harapan tak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, sorry tak sure, kalau dulu kawan akak ada dari diploma, diploma farmasi & diploma sains.
Deleteassalamualaikum.. diploma sains kan nanti sem4 akn dipilih utk ambil subjek fizik atau bio.. utk opto, subjek fizik atau bio ye?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, untuk opto dua2 subjek ada, kalau fizik subjek berkaitan optik, kalau bio berkaitan anatomi & fisiologi mata.
Delete"dia sains hayat, dia tak ambil fizik"
ReplyDeleteDulu matriks mcm tu ye?? Senang sikt la kurang subjek nak belajar.. anak di kms sekarang nak tukar modul.. dia ada bio n kimia.. tp fizik gamti dgn sc com.. jap lagi result tukar modul keluar.. maybe akan pertimbangkan opto selepas medic dentist n farmasi.. kalau lepas la permihonan upu nanti.
Skrg fatin kerja mana?
Yup dulu matriks macam tu, sekarang saya tak pasti. Saya kerja di kedai cermin mata sebagai optometrist. selain kedai cermin mata, optometrist boleh kerja di hospital kerajaan (jika ada kekosongan), klinik mata swasta, atau pensyarah.
Deletesalam..kalau ambil course opto ni dia tgk result spm or pointer uni
ReplyDeleteAssalamuailkum nak tanya kalo dari diploma farmasi kan,ada dpt pengecualian kredit tak ke sama je kene berlajar 4 tahun jugak?lagi satu untuk kos ni en kene buat provsional trainning lps graduate en ke terus habis j, sbb cam farmasi kene train dulu setahun lps graduate baru boleh register sebagai pharmacist berdaftar,Lastly praktikal last year tu brp lama eh
ReplyDeleteWaalaikumussalam, sorry lambat reply, sbb jarang bukak blog. Sama jugak 4 tahun, tapi ada subjek yang boleh dikecualikan. Takde provisional training mcm pharmacist, lepas habis belajar boleh terus kerja. Praktikal buat waktu cuti sem, sebulan kedai spec, sebulan hospital.
Deleteassalamualaikum akak...kalau tak keberatan boleh tak share berapa gaji optometrist kalau bekerja di kedai cermin atau hospital?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, untuk hospital saya tak tahu, tapi kalau kedai cermin mata, bergantung kpd company, kalau fresh grad bermula rm2600.
Deleteassalamualaikum kak. kawan kakak dari diploma farmasi dapat pengecualian kredit tak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam, kalau tak silap, ada certain subjek dapat pengecualian kredit.
Deletehi kak, akak amik kos ni uitm mana ye?
ReplyDeletehi, uitm puncak alam
DeleteHi,saya nak tanya ada tak kawan2 yang dulu belajar lepasan matrik sem 1 tak score sem2 score and lepas ambil optometri ni..harap dapat reply thank you��
ReplyDeleteHi, sorry, tak berapa ingat, tapi rasanya mcm takde
DeleteHi, sorry tanya random question. Student optometri ada pakai scrubs tak? or mostly lab coat
ReplyDeleteHi, waktu zaman saya study takde pakai scrubs, lab coat sahaja, skrg saya tak sure
DeleteSalam kak
ReplyDeleteSalam kak, saya akan tamat matriks bulan 5 ni and now tgh dlm process isi upu untuk degree. Saya mcmm nk amik course ni tpi bila tgk markah merit untuk course ni takutla pulakk tinggi jugak ye markah merit diperlukan🥺 first sem haritu saya dpt 3.92 bila anggar2 markah merit saya mcm tk lepas je dgn markah merit course optom ni. Akak rasa mcm mana ?
ReplyDelete