Tuesday, February 20, 2018

Umur 40-an ada rabun dekat?




Assalamualaikum :)

Tetiba rajin nak update tentang optometri lagi :)
Kali ni nak cerita tentang rabun dekat / rabun orang tua / presbyopia.

Bermula umur 40 tahun dan ke atas, kita semua akan ada rabun dekat.
Ada yang sebelum umur 40 tahun, ada yang selepas lewat 40an.

Contoh tanda2 presbyopia:
- susah nak membaca tulisan yang kecik2
- kena jauhkan bahan bacaan baru jelas
- untuk orang rabun jauh, bukak cermin mata baru jelas baca dekat

Kenapa?
Sebab otot mata dan kanta dalam mata kita dah lemah untuk focus.
Jangan risau. ini adalah sebahagian daripada faktor usia, semua orang akan mengalami masalah yang sama.

credit to Christopherson Eye Clinic

Ada cara nak ubat tak?
Tak, ini bukan penyakit, jangan risau ada penyelesaiannya.

Kena pakai cermin mata ke?
Ya. Ada beberapa pilihan untuk anda membaca dengan jelas kembali.

1. Memakai cermin mata kanta multifokal

Kanta multifocal sering menjadi pilihan kerana kantanya tidak seperti bifocal (ada garisan) di kanta. Kanta ini ada 'power' jauh, pertengahan dan dekat. Ada tiga 'power' di atas satu kanta. Apa yang paling penting, anda dapat menyembunyikan umur anda! Orang lain tak tahu anda sudah 'berusia' kerana anda memakai cermin mata sama seperti orang lain.

credit to Hoya Malaysia

2. Memakai cermin mata bifokal

Kanta ini mempunyai dua 'power' iaitu jauh dan dekat. Terdapat banyak jenis, ada yang ada garisan, ada yang jenis 'blended'. Tetapi berbanding multifocal, ia hanya ada dua power. Biasanya umur 60 ke atas pakai bifocal, sebab majoriti umur 40-60 lebih suka multifokal sebab tak nak nampak garis dan lebih natural.

credit to American Eye Vision

3. Memakai cermin mata untuk baca sahaja

Bagi orang yang tiada Rabun jauh, boleh pakai cermin mata untuk baca sahaja. Tetapi, untuk melihat jauh, anda perlu menolak cermin mata ke bawah sedikit atau membuka cermin mata, supaya dapat melihat jauh dengan jelas seperti biasa. Ada sesetengah orang berasa leceh untuk pakai dan bukak cermin mata, ada sesetengah orang tak kisah untuk membawanya ke mana2.

Soalan popular bila customer datang kedai, "boleh ke saya pakai reading glasses pasar malam?"
Boleh, TAPI anda akan try and error power anda. Jika anda memang yakin anda power untuk jauh, anda boleh pakai reading glasses tersebut. Jika power anda pilih salah, mungkin akan pening kepala. Nasihat saya, sebaiknya datang berjumpa optometrist untuk dapat pemeriksaan mata bagi mengetahui power mata dengan tepat.




4. Memakai kanta lekap multifocal

Bagi pemakai kanta lekap tegar, ini pilihan tepat untuk anda. Kanta lekap multifocal mempunyai power jauh, pertengahan dan dekat. Anda tak perlu menggerakkan mata anda ke bawah seperti cermin mata. Anak mata anda sendiri yang akan auto focus kerana anak mata kita akan mengecil apabila kita melihat objek dekat dan akan mengembang apabila kita melihat objek jauh.

Contoh: Kanta lekap multifokal Bausch & Lomb

Tak dinafikan, ada sesetengah orang berada dalam 'denial stage'. Lagi2, pada awal presbyopia, mereka kata "takpe, boleh lagi ni, saya cuma perlu jauhkan bahan bacaan sahaja". Yup, boleh. TETAPI, 'power' Rabun dekat ini semakin lama semakin bertambah saban tahun. Contohnya, umur 40 tahun, 'power' anda +1.00. Apabila umur anda masuk 45 tahun, 'power' anda bertambah kepada +1.50. Hal ini kerana mata kita semakin lemah untuk fokus dekat.

Salah satu ayat customer yang popular,
"Saya takde rabun dekat. Saya ada rabun jauh je. KALAU NAK BACA DEKAT, SAYA BUKAK JE CERMIN MATA"

Itu maksudnya anda ADA RABUN DEKAT.
Jika takde rabun dekat tak perlu cabut cermin mata tersebut. Kenapa?

Okay, contohnya:

Encik Ahmad berumur 40 tahun, beliau ada rabun jauh -1.00.
Untuk membaca dia perlukan +1.00D untuk baca jelas.
Jadi power untuk baca = rabun jauh (-1.00) + rabun dekat (+1.00)
                                     = 0 (KOSONG)

SEBAB ITULAH beliau bukak sahaja cermin mata untuk baca sebab power baca KOSONG :)
Jom tonton video ini untuk info lanjut tentang Prebyopia :)


 

Apa yang penting, dapatkan konsultasi daripada OPTOMETRIST mengenai pilihan yang terbaik untuk mata anda.
Kerana mata anda begitu begitu berharga :)


Thanks for reading this entry <3

Sincerely, your optometrist,
Nurfatin Atikah
Optometrist at Optics85 Gombak.

48 comments:

  1. Salam..
    Great info dan saya memang mencari. Kat shah alam ada? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, yup ada, Optics85 Shah ALam di Seksyen 18 :)

      Delete
  2. Mahal ke untuk buat cermin mata multi focal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sedikit berbanding cermin single vision, sebab multifocal ada 3 power dalam satu kanta. Sekarang kami ada ada pakej multifocal RM399 :)

      Delete
  3. nk tya harga kanta lekap multifocal ni?
    sbb sya rimas bila asik pakai spec je..lpas tu kena buka bila nk baca...sbb dh ada rabun dekat..tolong jwab ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply. Kanta lekap multifocal sekotak (6 PCS) RM250.

      Delete
    2. Nak tanya kalau yang ni 6pcs untuk brapa lama penggunaan?

      Delete
    3. Kalau power sama dua2 mata, jadi 3 pasang utk 3 bulan.
      tapi kalau power lain2, jadi kena beli kotak, maka 6 pasang utk 6 bulan.

      Delete
  4. kalau power rabun jauh sy -6.00..berapa power untuk dekat saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply, power dekat bergantung kepada umur. Sebagai contoh, cik berumur 40 tahun, anggaran power dekat +1.00. Jadi total power yang diperlukan untuk membaca adalah -5.00.

      Delete
  5. berapa power untuk rabun dekat saya?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,baru²ni akk ade buat spek mate kate kedai spek, akk buat untuk rabun dekat(reading) komputer dan jauh,tp masalah skg ni bila pakai spek ni, x boleh nmpk tulisan di komputerwalau jarak cume 2kaki.dh pegi semula kedai spek tu bgtau mslh dia kate kalau nk clear tgk komputer akk kne kurangkan power untuk reading,so jd mlsh bile nk membace.boleh x bjawapan yg betul pada mslh akk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau akak buat cermin multifocal, (jauh, intermediate, dekat), sepatutnya akak boleh tengok komputer dengan menggunakan bahagian tengah (intermediate). Bagi saya, tak perlu kurangkan power reading sebab power intermediate itu sendiri telah dikurangkan untuk kegunaan komputer.

      Delete
  7. Salam..kt Perak kt mna kedai ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, perak ada branch kat setiawan, boleh waze optics85 setiawan.

      Delete
  8. Angaran nye utk dptkn power dekat power jauh tolak y dekat ye????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul, sekiranya tiada rabun jauh, boleh pakai cermin mata untuk baca sahaja.

      Delete
  9. Salam Cik
    Utk prtm kali sy pkai cermin utk rabun jauh n dekat. Dekat klihatn terang tp pnglihatn jarak jauh agak trhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, mungkin ambil masa untuk adapt, pastikan cermin mata dalam pemakaian yang betul bagi memastikan power jauh betul2 berada di eye point. sekiranya point lari, mungkin akan kabur.

      Delete
  10. Salam. Kalau buat multifokal + gelap spek mata tu kosnya memang mahal ke? Anggaran kos berapa? Saya rabun jauh 1.5 dan ada masalah tak boleh baca tulisan jarak dkt juga sekarang. Umur 43 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply, untuk multifocal tukar gelap, kami ada pakej RM409.

      Delete
  11. Assalamualaikum..sy 43 yrs. Ade mslh silau,rabbun dekat n sikit rabun jauh. Boleh ke sy pakai xntx lens.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply, untuk contact lens rabun jauh & dekat ada, cuma tiada power silau sekali. Kalau power silau tak tinggi, sesuai pakai.

      Delete
  12. Assalamualaikum anak saya rabun dekat umur anak saya 8tahun Dia rabun dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply, boleh bawa anak berjumpa optometrist berhampiran untuk pemeriksaan mata.

      Delete
  13. Assalamualaikum, boleh terangkan berkaitan jenama lens yang terbaik untuk multifocal spek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sorry lambat reply, antara jenama yang terbaik, Hoya atau Essilor.

      Delete
  14. Hi. Saya nak tanya umur ayah saya 42 tahun dan power jauh dia +0.75. Jadi kalau total up dengan rabun dekat dia sekarang dia kena pakai power berapa untuk tengok dekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better check dengan optometrist utk dapatkan power yang tepat, kalau dari segi anggaran, untuk umur 42, power ADD +1.25, jadi total power untuk baca, +2.00.

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hi sy nk tye sy umur 34tahun n rabun silau sy -50 n dekat +1.25 perluke sy guna cermin multifocal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut keperluan, kalau rasa dah mengganggu aktivti membaca, boleh guna.

      Delete
  17. Utk penggunaan multifokal ada tak kanta lekap pakai buang?

    ReplyDelete
  18. usia 50thn rabun dekat anggaran power yg sesuai utk reading brapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. +2.00, tapi itu belum termasuk rabun jauh & silau.

      Delete
  19. Assalamualaikum, saya baru ada rabun dekat, selama ni rabun jauh dan sy guna contact lens, adakah boleh kalau sy pakai contact lens dan bila nk membaca saya gunakan reading glasses? Maknanya dua2... Lwms dan reading glasses

    ReplyDelete
  20. Saya ade masalah rambut dekat and jauh kat tempat you ade multifokal tak.dan di mana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kedai ada kanta multifokal, boleh ke kedai berhampiran.

      Delete
  21. Assalamualaikum...baru2 nie akak tukar cermin mata sebab power dh naik utk rabun jauh R 3.75 & L 4.25 dan dh ada rabun dekat 1.00. Silau 0.5. Ada2 masa akak tk boleh nk baca dari jarak dekat bila mlm. Bila guna komputer, ada masa akan tetiba blur kabur. Kena tambah power spek ke nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau baru buat, and first time pakai kanta multifokal ambil masa untuk biasakan sebab ada 3 power dalam satu kanta.

      Delete
  22. Salam.. Sy nk tanya.. Umur sy 47 thn.. Rabun jauh sy - 0.25 rabun, rabun dekat +1.50. Jika sy nk guna contact lens brapakh power yg perlu sy guna. Sy x selesa bercermin mata terutama ketika bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh guna contact lens multifokal, ikut power rabun jauh & dekat.

      Delete
  23. Assalamualaikum,
    Usia saya 53 tahun, saya ada rabun dekat, saya beli spek mata pasar mlm je power +1.75 untuk membaca dan buat kerja mengunakan komputer lebih kurang +8jam sehari, Sudah banyak kali membeli spek ini, kerana patah sebabnya bila nak pandang jauh kena tanggal kan spek ni. Persoalannya apakah spek yg paling sesuai untuk saya buat, bifokal atau multifocal, saya x ada rabun jauh.

    T. Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, puan boleh pakai multifokal sebab tiada garisan kat kanta, for cosmetic purpose better pakai kanta multifokal.

      Delete
  24. Ada link utk jual online tak multifocal contact lense

    ReplyDelete