Tahun ini saya telah pergi ke Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali sbg Putra World Trade Centre (PWTC). Saya telah pergi ke sana pada hari pertama iaitu 22 April 2011. Maybe saya dan Kak Ida pergi pada hari Jumaat dan pada waktu muslimin sdg bersolat jumaat, justeru keadaan di situ agak lengang. Terasa sangat bahagia utk membeli-belah di situ.
Saya berpeluang utk bergambar sbg cover girl majalah dara.com (olok2 je.. ;p) di booth Karangkraf. Pada tahun lepas saya sudah bergambar dgn kakak dlm majalah nur. Tapi tahun ini nak bergambar sorang2 lak.. hehe.. Hanya suka2.. :)
Sekeping poster A4 berharga RM27.
Saya hanya membeli sebuah novel shj, bertajuk Denyut Kasih Medik hasil karya Dr. Farhan Hadi. Dah lama sebenarnya nak beli buku ini, tp entah tak terbeli jgk. Akhirnya di pesta bukulah jawabnya! Ini adalah novel kedua yg saya beli sendiri. Novel pertama adalah Projek Diet karya Ain Maisarah, yang juga dibeli pada pesta buku tahun lalu. Saya sebenarnya tidak berapa suka membeli novel, saya hanya suka membaca je.. Sbb pd pendapat saya, klu beli novel yg x best, rasa mcm x berbaloi utk dibeli.. Bila sy dh puas membelek2 novel tu dua tiga kali, then rasa sgt menarik, barulah terbuka hati saya utk membeli.. Kalau tak, jgn harap saya nak beli..
Pada hari terakhir pesta buku berlangsung, 1 Mei 2011, saya pergi sekali lg bersama adik saya, Alia serta kawan-kawan SEMERBAK, Aini, Dila, Najwa dan Mira. Dah lama kami tidak bersua muka dan berborak.. Mmg best! Adik saya pulak tidak ketinggalan utk bergambar menjadi cover girl majalah yezz! Tapi keadaan pesta buku pada hari terakhir sangat padat! Kami memerlukan banyak kesabaran utk menghadapi segala rintangan di situ.. Sabar adalah sebahagian drpd iman.. :)
Saya juga telah membeli majalah yezz keluaran mei. Actually, mmg nak hajat nak beli majalah, tapi x tau nak beli majalah apa.. Memandangkan dah lama x beli yezz, jadi belilah majalah yezz.. Sebelum tu, dekat depan rak majalah yezz ada seorang pekerja Karangkraf yg sibuk mempromosikan poster kumpulan Korea, 2PM serta poskad. Kalau beli keluaran mei, dpt poskad, manakala jika beli keluaran april dan mei, dpt poster. Dia turut memberikan sampel pencuci muka percuma kpd org ramai. Tapi x ramai yg ambil. Saya mmg tak nak poster, bukan boleh buat apa dgn poster. Jadi saya belilah keluaran mei.. ( Alah, ckp je la nak poskad tu kan? ;p) Selepas itu, dia beri saya poskad serta kesemua paket pencuci muka kat saya.
Tapi masalahnya sekarang, yg diberi itu adalah men charcoal face wash! Balik rumah, saya pun dgn rela hati memberi kesemua 5 paket kpd adik lelaki saya.. Kalau saya try pakai, apa jadi kat muka saya nanti? Belum cuba, belum tahu.. Hmm.. Tak pe lah, x nak cuba pun, saya dah ada pencuci muka sendiri.. :)
No comments:
Post a Comment