“This is to certify that NURFATIN ATIKAH successfully completed the RUN FOR SIGHT 2012 BLINDFOLD RUN on 11th March 2012.”
Lebih kurang macam itulah yang tertera pada sijil penyertaan itu.. Nak cakap jugak..
Larian amal sejauh 5km ini dianjurkan oleh Persatuan Glaukoma Malaysia di Putrajaya. Tema acara ini adalah ‘Don’t let Glaucoma Darken Your Life’.
Larian ini adalah secara berpasangan. Seorang peserta perlu ditutup matanya manakala seorang lagi perlu memimpin pasangannya sambil berlari.
Fatin dan rakan lain selaku pelajar optometri menyertai aktiviti yang sihat ini. Namun, nasib tidak menyebelahi kami. Fatin dengan Syamerra tidak berjaya mendapat tempat sebagai pemenang. Namun, pengalaman memang tidak dapat dilupakan. Dalam larian ini, Fatin yang tutup mata. Mula-mula memang rasa tidak selesa, tapi dah praktis sebelum larian dengan Merra. Rasa tidak kekok, tapi pandangan gelaplah. Kita dapat rasa kepentingan kedua-dua mata kita. Oleh itu, marilah kita menjaga mata kita sebaiknya.
Bergambar bersama senior Fatin.. :)
Pemandangan di sini sangat cantik! :)
Di sini, Fatin ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan glaukoma berdasarkan buku ‘Understanding Glaucoma’ yang Maksu dapat dari majlis itu. Fatin dapat buku lain.
Apakah Glaukoma?
Tahukah anda glaucoma adalah satu penyebab utama penyakit buta bagi mereka yang berusia lebih dari 40 tahun? Dan tahukah anda bahawa kebutaan yang disebabkan oleh glaucoma boleh dielakkan?
Glaukoma bukanlah satu jangkitan dan ianya tidak berjangkit, Ia adalah satu keadaan di mana tekanan dalam satu atau kedua-dua mata meningkat hingga ke tahap yang luar biasa.
Apabila tekanan ini (dipanggil tekanan intraokular) kekal tinggi untuk satu jangka masa, kerosakan struktur penglihatan yang halus akan berlaku. Jika keadaan ini dibiar tanpa rawatan, anda boleh menjadi buta. Glaukoma biasanya menjejaskan kedua-dua mata.
Apakah yang Menyebabkan Glaukoma?
Glaukoma terbentuk bila bertambahnya pengeluaran akues humor (aqueous humour) atau akues humor tidak disalirkan keluar daripada bola mata sepenuhnya. Tekanan akan meningkat di dalam mata. Gentian-gentian saraf dan salur-salur darah di dalam saraf optik akan tertekan dan kemudiannya rosak dan musnah. Penghantaran utusan-utusan penglihatan kepada otak akan terganggu dan menyebabkan penglihatan menjadi lemah. Akibat kesudahannya – buta.
Mujurlah, anda boleh lakukan sesuatu untuk menjaga penglihatan anda. Pertahanan terbaik anda ialah melalui pemeriksaan mata yang kerap, terutama jika anda berusia lebih daripada 40 tahun. Glaukoma tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal jika anda melawat pakar mata anda selalu dan patuh menggunakan ubat-ubatan yang dipreskripsikan. Pengesanan awal dan rawatan adalah satu-satunya cara untuk mencegah kehilangan penglihatan.
“Ingat, hanya anda boleh menyelamatkan daya penglihatan anda.”
p/s:
Thanks a lot to Syamerra for all the pics.. :)
yang bab lari tu macam best je kan.. hehe
ReplyDeleteyup, best. Fatin lari sambil dengar radio kat phone, so tak rasa sangat.. ;)
Delete