Wednesday, September 11, 2019

#fatinturns27




Assalamualaikum :)

Lama giler tak update blog, ni bukan setakat sarang labah2, labah2 pun dah beranak pinak :p
Ada banyak entri nak update sebenarnya, tapi publish ni dulu.

My 27th birthday!

Sukanya tengok belon2 tuu

Hari yang paling ditunggu setiap tahun! Sebulan sebelum gigih countdown kat IG Story. Aku memang sejenis obses dengan birthday. Maybe dari kecik dah terbiasa kot :p

Pastu kawan tegur, amboi semangat!
Yelah, selain hari raya, hari jadi jelah aku sambut.
Aku takde anniversary nak celebrate, okay2, ada2, work anniversary ;)

Plan asal actually nak celebrate kat Melaka dengan family.
Tapi aku dapat cuti 2 sept, so aku cancel.
Ditakdirkan ayah aku meninggal dunia di Melaka. (Next entri aku share insya Allah)
Innalillahi wainnalillahi rajiun..



So tahun ni aku just beli kek dan makan pizza dengan family. Mak aku dalam iddah, tak boleh keluar, kita makan2 kat rumah dengan family.

My fav Island supreme & Hawaiian chicken 



Pasal kek, mula2 pening gak nak pilih kek apa. Absolute Durian tu nampak cantik sebab macam bentuk durian luar dia. Tapi not available for whole cake. So, aku beli kek Durian Fromage.

Zoom sikit durian cream cheese

Last but not least, alhamdulillah dapat hidup selama 27 tahun ni. Thanks korang yang wish & doa yang baik2. Mula2 tak ramai pun wish, lepas bukak kaunter wish kat IG story, baru ramai. Oo mengada eh, kena bukak kaunter baru nak wish :P Takpelah, yang penting wish, hadiah itu bonus hehe.. Tahun ni dapat hadiah 2 ketul pun dah cukup bahagia dah, thanks to my sisters <3

Tudung THEMARBLEDUCK


Bila pakai tudung mahal ni rasa jelita ya, okay perasantan :p

Souvenirs from London

Jangan tanya bila nak kahwin. Aku tak nak fikir lagi sebab ayah aku dah takde, aku berharap sangat ayah aku sempat tengok aku kahwin & nikahkah aku T.T Tapi Allah lebih menyayanginya..

Orang lain pakai sash Bride to be, aku mampu Birthday Princess aje..

p/s:
Setakat ni maybe aku akan celebrate sampai umur 30 je kot. Lepas tu kalau nka celebrate kena ulang balik ke umur 18 :p

Tuesday, January 29, 2019

Boleh ke trade in cermin mata lama?




Assalamualaikum :)

Dah lama tak share pasal cermin mata kan? Haa, ni soalan famous bila customer datang ke kedai.

"Boleh tak trade in spec lama ni?"



Jawapannya, BOLEH TRADE IN! 

Sempena Tahun Baru Cina, ada promosi TRADE IN cermin mata lama, dapat rebate RM50!
*T&C apply




Perghhh! Jimat RM50 nak beli spec baru! Apa lagi, segera ke OPTICS 85 GOMBAK :)

TAPI selepas habis promosi ni, tak boleh dah eh, korang boleh simpan untuk spare, kotlah ada kecemasan, spec tak tau letak mana ke kan :p

UPDATE 28/2/2019 - PROMOSI TAMAT

Landmark: Belakang Pasaraya Ong Tai Kim Gombak, berhadapan Kedai Kasut Yebeng

Senang cerita, waze je Optics85 Gombak :)

p/s: Korang boleh follow instagram @optics85gombak untuk update terkini!

Thursday, November 15, 2018

#BarbieRun2018 @ Stadium Shah Alam




Assalamualaikum :)

I'm a Barbie girl, in the Barbie world..

Setelah bertahun-tahun Fatin tak join larian, tiba2 kakak ajak join Barbie Run 2018 kat Shah Alam. Wah menarik sebab baju dia warna PINK! Pastu dapat barbie doll sebijik! Memang terus ON! Book cuti siap2!

Collect baju sehari sebelum
Flag off pukul 7 pagi. So lepas subuh kitorang gerak ke Stadium. Sampai sana dalam 6.35 pagi. Gelap lagi weh hahaha, tu pun jem nak masuk stadium. Lepas parking, terus ke get ready. Tapi takde lah flag off tepat jam 7 sebab ramai lagi yang baru sampai. Dalam kul 7.05 baru flag off.



Nama pun fun run, kitorang takdelah beria sangat lari, just jogging & jalan lenggang kangkung jugak. Time turun bukit je laju :p



Ramai jugak join larian ni. Budak2 kecik pun ada, comel je lari dengan parents diorang. Mak2 pak2 yang tolak stroller pun ada, perghhh respect!



Selesai 5KM, collect goodie bag, dalam tu ada macam2! By the way, comel kan tandas pink tu? <3

Tandas pink wow sangat, tapi tak berani masuk haha

Bestnyaaa macam2 ada!

Barbie doll!
Medal dia cantik!!!

Apalagi, sesi bergambar lah kan, maklumlah dah lama tak lari hahaha kasi chance ah..

Makan aiskrim dulu

#ootd
Selfie satu, nampak muda kan pakai bawal :p
Thanks kakak ajak ke sini <3

Saturday, September 22, 2018

#fatinturns26




Assalamualaikum :)

Siapa kat sini #SeptemberBorn ? Sep sikit!

Alhamdulilah, 2 september lepas genap 26 tahun. Actually birthday dah celebrate seminggu awal sebab tak sure dapat cuti ke  tak masa tu. Sis sejenis obses dengan birthday >.< Yelah, dalam setahun tu selain hari raya, hari jadi jelah aku beria nak celebrate. Maklumlah kita ni takde anniversary nak disambut :p



26 Ogos - Advanced birthday celebration

Satu family pergi lunch kat Restoran Rebung Chef Ismail. Sebelum aku pernah pergi dengan kawan baik aku, Aminah. Dari situ ayah aku tahu, and nak pergi jugak. Dah alang2 satu family lengkap ada, aku pun celebrate la birthday. Bukan senang nak kumpul semua tau, sebab adik-beradik semua 6 orang, kakak2 & abang dah kahwin.



Seperti yang aku kata, aku sejenis obses dengan birthday, maka aku pun belilah birthday sash & kek. Kek tu sebagai props je haha, sebab kan makan buffet dah kenyang giler dah. Tu pun aku risau takut kek cair, so aku pilih la red velvet supreme, kalau ikut hati mestilah nak berunsurkan cheese :p



Kak Ana buat surprise bagi belon & coklat!
Wahhh! Saya suka, saya sukaaa! *suara MeiMei UpinIpin.
Tq Kak Ana! <3


Alhmadulillah, terima kasih Allah atas semuanya: ibu bapa yang masih ada, keluarga yang sentiasa mendengar keluhan dan segala masalah, kawan2 yang supportive. By the way, thanks semua yang wish kat IG story, tak sangka ramai respons :p



2 September - My birthday!

Setelah beria sambut last week, akhirnya dapat cuti hari sabtu tu. Maka, celebrate lah lagi sekali :p Ayah ajak lunch kat Restoran Adam Lai, Prima Gombak. Yeay!



Dah nama pun birthday, mesti ada kek kan, aku pun pergi beli kat Secret Recipe. Okay kali ni, beli kek cheese. Tapi beli slice jelah, takka nak whole cake lagi kot hahaha.. Aku pilih Cheezy Choc,sedap giler weh! Recommended! Kakak pilih marble cheese, lagi satu aku pilih Tiramisu sebab aku coffee lover.



Aku dengan gigihnya bawak birthday sash lagi sekali untuk photoshoot :p


3 September - Post birthday celebration

Kali ni celebrate dengan bff pulak. Tengok wayang filem Munafik 2. Dulu waktu filem Munafik 1, aku tengok sorang je tau. Sis berani takde hal :p



Pastu lunch kat Seoul Garden. Kalau dengan Aminah ni, restoran wajib kitorang memang Seoul Garden, paling setahun sekali mesti pergi hahaha :p


Umur 26 tahun memang tak mengharapkan hadiah sangat sebab dah besar kan. Okay tipu, sape tak nak hadiah woi! :p Thanks kepada semua yang bagi hadiah, really appreciate it!
- Dila, my bff yang tak pernah miss bagi hadiah setiap tahun. Tahun Dila buat sendiri Strawberry Crumb Cake, sedapnyaaa!
- Aminah, thanks jugak baking Hokkaido Cupcake. Thanks teman tengok Munafik 2 walaupun tak suka tengok cerita melayu. :p
- My colleagues yang happy-go-lucky : Eikin & Jess! Tak sangka korang bagi jugak, sis gurau je tuntut hadiah :P

Muka excited dapat hadiah part 1

Muka excited dapat hadiah part 2

My colleagues yang satu hari tak sah kalau tak gelak kuat :p
Okay, sampai di sini sahaja entri kali ni. Thanks korang sudi baca <3

p/s: 
Korang tolong doakan aku bertemu jodoh, makcik2 bawang dah bising weh. Bukan mak aku tau, mak aku tak bising, makcik lain yang membawang.. 

Saturday, September 15, 2018

Movie Day Out with Daler Yusuf #OneTwoJaga




Assalamualaikum :)

Lamanya tak update blog, sorry Fatin busy sikit. Tapi ni semangat nak menaip sebab Daler tanya kat Fatin, "still tulis blog lagi ke?" Fatin pun jawablah, "Yup, nanti nak update pasal event harini." Thanks Daler ingat kat blogger suam2 suku ni, terharuuu.. So jari jemari ni laju menekan keyboard susun ayat :D



Semalam Daler ajak fans tengok movie #OneTwoJaga di Melawati Mall. Nasib baik dekat je dengan rumah, dan dapat cuti so terus on. Actually Fatin dah tengok filem ni dengan mak Fatin hari selasa lepas. So ni kali kedua lah, demi Daler okay ;)


cc: IG story Daler

Filem One Two Jaga merupakan filem arahan Nam Ron, penerbitnya Bront Palarae. Pelakon filem ni semua hebat. Zahiril Adzim, Rosdeen Subuh, Amerul Affendi dan lain2. Filem ni mengisahkan pihak polis yang terlibat dengan rasuah. Banyak pengajaran dalam filem ni. Kita rasa kasihan kepada warga asing yang dianiaya. Hassan, polis yang kerap ambil rasuah, anaknya kat sekolah bergaduh dengan kawan. Orang kata, kalau didik anak dengan duit haram, anak pun jadi tak baik. Orang atasan pun banyak ambil rasuah, sampai semua benda boleh settle dengan duit.

Overall, semua best, sinematografi & sound effect dia bagus tapi ending bagi Fatin macam kurang sikit, ending dia tak berapa detail. Apapun, korang kena tengok filem ni kat wayang!

Okay, berbalik kepada Daler, Fatin dah tak kira ni kali ke berapa jumpa dah, maybe kali ke-7 kot ;)
Sebelum ni Daler ada tersalah nama, selalu Fatin dengan nama Farah. So semalam Daler tegur, "Fatin.." Fatin tanya dia, "Fatin ke Farah?" Dia dah berkerut, Farah? Fatin kan?
Hahaha, nasib baik betul, Fatin saja nak try test :p



Thanks Daler sudi meluangkan masa dengan fans. Macam biasa tak sombong pun, sangat friendly. Lepas tengok wayang, kitorang minum jap kat food court. Thanks Daler belanja kitorang!



Fatin tanya dia, "Daler, bawak passport tak? Kalau tak, jom pergi balai" acah2 polis sikit :p
Daler cakap, "ada2". Buat yang tahu, Daler ni berasal dari Uzbekistan. Nak tahu detail pasal Daler boleh baca kat entri ini -> SIAPA DALER YUSUF?

Entri lain berkaitan Daler, korang boleh klik label Daler kat akhir entri :)

nah mini love dari Daler untuk korang <3


Nah Fatin share trailer filem One Two Jaga :)

Monday, July 16, 2018

Superhero Birthday Party #Emirturns1




Assalamualaikum :)

Happy 1st birthday to my nephew, Emir Rayyan!


Hari ni birthday anak buah Fatin, tapi kitorang celebrate awal sehari, sebab harini isnin kan. Bertempat di A&W Wangsa Walk Mall, majlis start pukul 4 petang.





Tema birthday adalah superhero! Wachaa! Birthday boy pegang watak Superman!




Fatin tak sure nak pakai baju apa mula2, just terfikir nak pakai hitam je, pastu pakai cekak meow kengkonon catwoman. Tapi nak dapat cekak tu idoklerrr.. Sekali tengok adik dah selamat beli, sabo jela.. Last minit pergi uptown je weh, beli kat sana. Benda nak pakai sekali je, tak payah nak beli mahal2 ye idok? Maka, Fatin pilih t-shirt Captain America, adik pilih t-shirt Batman.

Sisters

Boleh la tuu, asal ada hehe.. Cakap pasal superhero ni kan, Fatin sejenis yang takde perasaan terhadap mana2 superhero, cakaplah apa2 pun, tak minat nak tengok. Dulu kecik2 pernah tengok Batman, Superman, Spiderman, yang lain tak tengok. Macam Captain America ni kan, tak tahu apa2 pun pasal dia haha.. Baru2 ni terjebak dengan Antman sebab my BFF Aminah ajak teman. Dulu dia teman Fatin tengok filem melayu, walaupun paksa rela hahaha :p Jangan kecam sis okay, sis support local ;)
Cantik background, kasi ootd full sikit :p
Anak2 buah tak ketinggalan dress up karakter superhero masing2. Adel supergirl dan Rayssa Batgirl!




Kakak minta tolong Fatin buatkan poster kecik (poster ke nama dia apa2 jelah) untuk letak kat table makanan. Amacam okay tak?


Tak sah birthday kalau takde birtday cake kan? Tadaaa! Kakak beli kat IG @erfa_cakes_cupcakes.



Brownies tower dari kakak ipar, sedap! Boleh usha IG @cikta_bakery. Fatin paling suka puding karamel dia, terbaik!


Cupcakes pun dari @cikta_bakery jugak :)

Best celebrate birthday kat sini, lepas makan, ada kids game & maskot A&W. Games dia musical chair, Baby Shark Dance, Chicken Dance dan cari barang tersembunyi dalam restoran tu. Budak2 la seronok betul! Baby Emir good boy sangat semalam, tak nangis pun, habis je event dia terus pengsan tidur, penat melayan tetamu hehe..



My family


Wefie!

Ciktin tak tahu nak bagi hadiah apa, ciktin beli toy Omar dari Shopee.


Emir suka tengok kartun Omar dan Hana. Yeay, Emir suka! Kemain dia cium, ke nak makan tu Emir? :p



Thanks for reading this entry!