Thursday, March 22, 2012

Straight A's sinonim dengan medik?





Result SPM 2011 dah keluar semalam.
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat result yang cemerlang!
Yang kurang cemerlang, perjuangan tidak berhenti di sini.
SPM bukanlah pengakhiran, kerana perjalanan kita masih jauh ke hadapan..

Jangan lupa bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, keluarga serta kawan-kawan atas kejayaan kita.. :)

Di kesempatan ini, Fatin memberi cadangan untuk adik2 agar mengisi UPU dengan ASASI UM sebagai pilihan pertama.. Seriously best belajar di situ.. :)

Tetiba Fatin teringat pasal ambil result dulu. Memang tak dapat tidur malam.
Otak duk fikir berapa A aku akan dapat?
Kalau aku tak dapat straight A apa akan jadi?

Lagi satu, Fatin tidur dengan homestay depan maktab dengan kawan-kawan lain.
Tapi tilam yang Fatin dapat, plastik belum dibuka.
Bayangkan, tidur di atas tilam yang di dalam plastik beralaskan cadar macam mana?
Apapun, kita patut bersyukur atas apa yang ada..

Pagi esoknya, berjalan kaki ke maktab untuk ambil result.
Alhamdulillah, semua A.
Terus call mak ayah. Menangis kegembiraan.
Kalau dulu, menangis kekecewaan masa ambil result PMR.

Tapi itu semua cerita lama.

Teringat pula kisah semasa ambil sijil SPM.
Cikgu penolong kanan akademik tanya,
"Kamu medik mana?"

Fatin dah agak dah, soalan tu pasti akan ditanya.
Sebab kawan2 di situ yang straight A's semua sambung medik.
Straight A sinonim dengan medik ke?

"Saya tak ambil medik cikgu. Saya ambil optometri, berkaitan mata." jawab Fatin.

Tapi memang tidak dinafikan, kebanyakan orang yang dapat straight A's ambil medik..
Tapi setiap orang ada minat dan cita-cita masing-masing.

Alhamdulillah, ibu bapa tak kongkong dan halang Fatin mengejar cita-cita..
*Fatin tidak berminat untuk menjadi seorang doktor sebab dulu minat nak jadi ahli farmasi.
Kini, Fatin sedang belajar Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujiian).
Doakan Fatin berjaya..
Fatin doakan anda semua berjaya dalam pelajaran
dan apa sahaja bidang yang anda ceburi..
Amin..




p/s:
Peringatan untuk kita bersama..
Dalam sibuk belajar dan mengejar hal ehwal duniawi,
jangan sesekali kita lupakan kehidupan akhirat yang kekal abadi..
Bersama-sama lah kita menambah 'bekalan' amal kebaikan kita..
:)

8 comments:

  1. Good luck ya Fatin :D
    Congrats tuk result SPM

    ReplyDelete
  2. best of luck, fatin.

    p/s: masa ambek result tu mai pon dok homestay depan.

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mai.. Good luck jugak.. oh ya, yg kita ramai2 masak utk makan malam kat rumah cikgu suniza.. ;)

      Delete
  3. terer la atin, kalah result spm kte,hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. tapi itu semua dah jadi sejarah.. masa depan kini perlu dicorakkan.. ;)

      Delete
  4. Hidup saye da berakhir dah akak fatin.. Hahahaha!! Saye nak jadi penyanyi lah! Wakakaka!!

    ReplyDelete