Showing posts with label Adam. Show all posts
Showing posts with label Adam. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Lagu terbaru Adam AF - Cinta Rasulullah

Assalamualaikum.. Kepada semua fans Adam di luar sana, ada good news untuk anda!
Adam dah release lagu baru yang bertajuk Cinta Rasulullah sempena hari keputeraan baginda Rasulullah S.AW.

Lagu ini membuatkan Fatin tersentuh part ini:

Sabda rasulullah sebelum wafat,
"Wahai Jibril, sakitnya mati ini."
"Kau kumpulkanlah SEMUA sakit mati umatku, 
biarlah aku yg menanggungnya sekarang ini."


 

Allahu..
Mengalir air mata mengenangkan kasih sayang baginda kepada kita, umatnya..
Rasa rindu untuk bertemu denganmu ya Rasulullah..
Jom kita perbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.AW. :)


Sunday, March 30, 2014

Review Zombi Kilang Biskut 2014

Minggu lepas, aku balik rumah weekend sebab nak ambik power bank kat rumah. Dah alang2 balik weekend tu, pergi la kuar dengan kakak & adik ke KL Festival City. Kakak & adik pergi salun rambut, aku pergi tengok wayang sorang2. Cerita apa? Zombi Kilang Biskut!


Aku selalu dengar orang kata, "Apa kes tengok filem melayu kat cinema, nanti2 kuar youtube punya. Download je la.." Okay, fine. Masing2 punya cara lah. Kenapa aku tengok filem ni? Sebab ada Adam & V.I.P hehe.. Sebab itu je? Eh, suka hati lah.. :p

Gambar V.I.P semasa shooting tahun lepas
Zombi kacak :p
Filem ni kan, start je, terus terpampang V.I.P perform lagu Pasal Awek, tersenyum lebar aku dibuatnya.. Secara tak langsung, filem ni dapat promote V.I.P kan :)

Ok kita terus dengan review. Filem ni kira sambungan daripada Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah & Hantu Kak Limah 2.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin (Awie) yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai technician bersama-sama Wahab B.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. 
Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.
Mereka semua selalu digemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Husin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.
Secara tidak langsung, kampong mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi, dalam pencarian beliau mencari Usop.
Konflik ini telah mencetuskan huru hara di kampong pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombie telah mula menyerang. Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.
Apa yang akan terjadi seterusnya. Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka?
Korang  boleh la tengok kat pawagam berdekatan untuk selanjutnya. Memang lawak habis! Tambah2 lagi masa Fatin tengok tu, ada sorang 2 kakak yang gelak tak hengat, bila dengar dia gelak, Fatin pun join sekali hahaha.. Secara keseluruhannya Fatin bagi 4 drpd 5 bintang! :)
Bagi yang tak tengok lagi trailer Zombi Klilang Biskut, boleh la tengok :D


p/s:
Kepada fans Adam, jangan lupa saksikan Adam filem Apokalips X 3 April ini 
dan kepada fans Fadlan, jangan lupa saksikan filem Sniper 24 April ini.
Save the date! :)

Saturday, March 15, 2014

UTUSAN MALAYSIA 15 MAC 2013 : V.I.P ERAT SILATURRAHIM

Assalamualaikum..


Entri ini khas buat peminat V.I.P yang tertunggu berita dari V.I.P. Maklumlah, blog ni dah banyak entri pasal V.I.P, macam blog tak rasmi V.I.P pulak, hehe :p Korang boleh klik label V.I.P kat belah kanan blog kalau nak throwback kisah2 V.I.P yang lepas2 :)

Fatin nak share artikel Utusan Malaysia hari ni, V.I.P tunjuk handal kat tajuk depannya, dalam pulak V.I.P erat silaturrahim. Kalau tak silap Fatin, ini kali pertama V.I.P perkenalkan 2 lagi ahli baru kat media.


Perkenalkan KJ Mentor 5, iaitu protege Adam AF dan juga Wawan, ex kumpulan RE-DO, kalau korang tak tahu kumpulan RE-DO pergi cari kat youtube tengok video diorang, diorang ni sangat hebat dalam tarian.

By the way, actually Fatin nak share entri pasal pembubaran V.I.P mei lepas, tapi idokler duk dalam draf berbulan-bulan lamanya sampai V.I.P sekarang buat comeback dengan ahli baru.

Sekarang V.I.P tidak lagi bernaung di bawah KRU Studios, kini V.I.P bergerak bebas. For your information, Adam tidak lagi bersama V.I.P, Adam kini bergerak secara solo. So, ahli V.I.P sekarang adalah Yandy, Marlon, Amen, KJ dan Wawan. Teruskan support V.I.P tau, walaupun ahli2 dah bertukar wajah :)

And, V.I.P ada buat fanpage baru, V.I.P Malaysia, boleh tengok dan like di SINI. :)

Okay bagi sesiapa yang tak dapat beli or baca artikel utusan hari ni, bolehlah baca di bawah.

V.I.P erat silaturrahim

Oleh IFQDAR RAHMAN

Teknik asas penting untuk bermain snuker.

BERGERAK sebagai penyanyi dalam satu kumpulan dianggotai lima ahli bukan satu tugas mudah untuk memastikan kesemuanya sependapat, sekali gus memudahkan perjalanan karier barisan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai VIP.

Terdiri daripada Eryande Sahat atau Yandy, 29, Mailin Antikon (Malon), 26, Amen Fathi Mohd. Noh (Amen), 24, Abdul Kadir Unding Lana (KJ), 25, dan Wan Mohd. Syazwan Wan Sagar (Wawan), 24, kumpulan VIP menyimpan hasrat untuk kekal lama dalam industri muzik tempatan.


Ekoran itu, Yandy selaku ketua kumpulan memberitahu bahawa mereka sering mengadakan aktiviti bersama agar lebih saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Menurut Yandy, antara aktiviti yang sering dilakukan mereka berlima adalah bermain sukan biliard sama ada snuker mahupun pool. Ini kerana, prasarana untuk bermain sukan itu mudah didapati di kota metropolitan ini.

"Permainan ini tidak mengehadkan bilangan pemain, maka ia sesuai dengan kami yang hanya berlima. Kalau nak main sukan lain, perlukan pemain yang ramai dan ia perlukan masa untuk mengaturnya, sedangkan masa kami terhad dek kesibukan dengan aktiviti seni.


"Kami lebih gemar memilih aktiviti yang tidak memeningkan kepala dan mudah untuk dilakukan. Sebab itulah snuker atau pool menjadi pilihan memandangkan kami ada kebolehan untuk bermainnya walaupun tidak sehebat mana," katanya berseloroh.


Hanya perlukan teknik asas

Sementara itu, KJ yang dilihat antara ahli yang berkemahiran bermain biliard menjelaskan, permainan tersebut tidak memerlukan kemahiran tinggi, tetapi cukup sekadar mengetahui teknik asas permainan.
"Kemahiran itu boleh diasah dari semasa ke semasa jika kita selalu melakukannya. Tetapi, untuk memulakannya, kita hanya perlu tahu cara atau teknik asas yang betul.

"Biarlah banyak melakukan kesilapan sekalipun, jika sanggup belajar, semakin hari kita akan semakin menguasainya. Sukan ini mudah sahaja, tidak perlu masa yang lama untuk mempelajarinya.

"Saya mula bermain snuker sejak umur belasan tahun lagi kerana kemudahannya banyak didapati bukan sahaja di bandar besar, bahkan di pekan-pekan kecil," katanya yang berasal dari Semporna, Sabah itu.
Walau bagaimanapun, menurut protege kepada Adam dalam rancangan Mentor terbitan TV3 itu, sukan biliard juga tidak terlepas daripada 'virus judi', sama seperti sukan lain.

Disebabkan itu, nasihat KJ, dalam apa jua aktiviti sekalipun, tujuan dan matlamat haruslah betul dan jangan terpesong daripada niat asal.


"Biarlah kita bermain secara sihat dan bersih. Barulah niat kita untuk mengeratkan silaturahim itu akan dimakbulkan oleh-Nya," ujarnya.

credit to : Utusan Online


Bagi yang berkelapangan esok hari, boleh datang ke Sunway Pyramid untuk menyaksikan persembahan Adam secara solo, kira comeback dari Adam. V.I.P juga akan membuat persembahan esok hari.

Fatin tak dapat nak join sebab ada komitmen lain, perlu menghadiri kursus di uni. Kepada anda yang join esok, ambik gambar or video banyak2 tau, nanti share kat youtube or facebook, tq :)

p/s: 
Thanks roommate, Filzah sebab tergerak hati beli suratkhabar, Fatin pinjam je, hehe ;)

Sunday, December 15, 2013

Adam FC Year End Garden Picnic @ Taman Tasik Titiwangsa

Alhamdulillah..

poster yang comel membuatku tertarik untuk hadir, hehe

Siang tadi aku & adikku Alia join event Adam Fan Club Malaysia (AFCM) yang ke-46 di Taman Tasik Titiwangsa. Dah 46 event wei, aku baru join bape event je sepanjang aku bergelar peminat Adam. Adalah dalam 10 event.. kot. Iyelah, aku baru start follow show Adam tahun 2011, itupun secara kebetulan jumpa kat Wangsa Walk. Maklumat lanjut boleh rujuk entri Kenali Kumpulan V.I.P. Tapi bila baca balik entri tu, aku gelak sorang2 sebab aku guna bahasa A+ lagi waktu tu, sebab baru terjebak dengan dunia blogger.

Pemandangan KL kita dari tepi tasik
Okay sambung cerita event. Kitorang sampai dalam kul 10 pagi. Bentang tikar, dan sedia untuk makan! Event kali ni style potluck, semua bawak makanan sendiri, tak kisah la masak or beli. Aku order kek red velvet & choc cheese tart kat kakak ipar aku je, hehe.. Dijamin sedap, kalau nak komen kat entri ni eh, hehe, sempat promote :p

Kali ni tak ramai yang hadir, aku, Alia, Kak Weina, Kak Deeda, Aqilah, Kak Sue, Aisya, Kak Pika, Pejal, Azrul, Nana & Yus. Maybe yang lain ada hal masing2. Kitorang borak2, share cerita, makan2 kat tepi tasik. Kat seberang tasik tu ada kenduri kahwin, maka lagu yang dipasang sangatlah kuat sampai ke tempat kitorang. Kitorang layan je lah..

Makanan!
Banyak makanan yang ada, sampai tak larat nak makan, ada roti jala kuah kari, popia, kek coklat, nasi lemak, cekodok jagung, kek red velvet & cheese tart, lasagna & something yang aku lupa nama dia, tapi macam kuih keladi.
Lasagna yang sangat sedap! Thanks nana!
Lepas makan round 1, berhenti untuk games. Game 1 kena transfer kacang guna chopstick. Dalam masa 10 saat, tengok sape paling banyak dapat. Game 2, teka kata, yang mana kena cari perkataan berdasarkan suku kata terakhir orang sebelum. Yang macam kita main masa kat sekolah dulu, contohnya baju, ju apa, julang, lang apa, fikirlah sendiri, haha..

Game 1

Game 3, what's in your bag? Kak Deeda sebut barang2, sape takde kena eliminate. Aku kena eliminate sampai kat barang perfume. Idokler aku bawak perfume dalam beg, sebab perfume aku sume saiz besar dan malas nak bawak.. Dah kalah.. :(

Game 4, kotak beracun. Game ni lebih kepada sharing story sepanjang menjadi fans Adam. Macam2 cerita keluar. Iyelah diorang follow Adam dari keluar AF lagi, aku ni baru 2 tahun follow, so banyak benda yang aku tak tahu..
credit to: Kak Pika
Lepas tu kitorang makan aiskrim ramai2, sebab cuaca pun dah panas terik masa tu, kitorang berteduh di bawah pohon2 merendang, cewah ayat, haha.. Kak Pika asyik duk cakap aku ni peminat V.I.P, maybe sebab aku lebih follow V.I.P daripada Adam. Sampai satu masa Kak Deeda kata, "Pika cakap macam tu, macam akak jemput presiden kelab V.I.P pulak datang sini."


Lepas tu, teruskan bercerita. Kak Deeda pergi jumpa kawan dia jap. Tetiba semua pandang ke satu arah. Adam!


Okay, akhirnyaaa datang pun. Sebab kitorang yang datang hari ni, diberitahu yang Adam akan datang kalau dia free. Sebab jadual dia sibuk. Malam tadi dia ada show kat Seremban. Then, kitorang terus terdiam, haha, artis ada kat depan mata, semua terkedu. By the way, Adam sampai je, kitorang sambung makan round 2, Adam pulak, "Eh, macam sedap je yang tu, nak sikit'" Choc cheese tart akak ipar aku punya. Haha, bangga kejap dia makan yang tu dulu, hehe.. Padahal yang tu yang paling dekat dengan Adam time tu. So, kitorang makan sambil cerita pasal kisah2 paling happy & mengecewakan sepanjang jadi fans Adam di depan Adam. Semua malu2 nak cerita, haha..

Sampai kat aku, aku pun cerita la jugak. Paling best waktu kat dinner santai di Cheechah. Waktu tu Adam dah start cam aku & ingat nama aku. Excited la kan, terharu pun ada.. Iyelah, artis yang menghargai fans wei, aku respect 100%! *tabik hormat* :D

Then, diorang tanya, perkara yang paling mengecewakan? Dalam otak fikir, hmm, takde.
Tetiba Adam kata, "V.I.P berpecah."
Aku pun reply, "hmm, ye kot." huhu

Lepas makan, signing session. Walapun semua dah berkali-kali jumpa Adam, still nak minta autograf lagi, hehe ;)

Sign jgn tak sign :p
Then, kemas barang2 dan sesi wajib iaitu bergambar. Okay tengok gambar encik Adam kita posing sakan, kitorang ni dah macam photographer & beria shooting. Klik, klik, klik!

Styel 1
Style 2
Style 3. erk?
Hari ni 1st time aku bergambar dengan Adam setelah dia bertukar status. By the way, actually, tak kisah pun dia kahwin ke tak, yang penting kita tahu yang kita minat dia sebab bakat & personaliti dia. Bukan soal bujang ke kahwin. Isu ni pun kitorang discuss tadi, pasal kawan2 kitorang yang bila artis tu dah kahwin, dah tak minat. But why? Kalau artis tu bujang ko nak kahwin dengan dia ke? Tak kan? Minat artis tu perlu berpada-pada. Jangan sampai mengganggu privacy artis itu, okay :)

Aku lebih tinggi daripada biasa :p

Aku & Kak Pika sedondon hari ni!
My only younger sis, Alia
Event hari ni aku tak dapat nak jawab soalan dalam games dengan baik. Maka, takdelah hadiah. Tapi Alia dapat satu, waktu game kotak beracun. Tahniah kepada Kak Pika & Pejal coz dapat 3 hadiah! Terbaik! But before habis event, Kak Weina bagi jugak sebab ada lebih, hehe, thank you Kak Weina! :)
A for Adam :)
credit to Pejal

#ootd

By the way Adam ada share the latest trailer filem Apokalips X yang bakal ditayangkan tahun depan. Dalam filem tu, Adam memegang watak sebagai Amanchai. Korang boleh tengok di SINI. Macam best je, macam gempak je, jom tengok tahun depan! :)

p/s: 
Kepada semua fans Adam, Adam akan buat awesome showcase bulan mac tahun depan, tunggu okay! :)

Friday, September 27, 2013

Adam AF & Fiza Elite bagai pinang dibelah dua

Ok, rasanya ini entri ketiga pasal perkahwinan Adam
selepas entri pengumuman, entri pernikahan
dan kali ini kira post wedding story la kan, hehe..

Sorry la if I spam fb, twitter or blog dengan cerita Adam :)

Saya kan feminat Adam haruslah saya update banyak2, hehe..
Dan sekarang ni saya dah jadi feminat Kak Fiza pulak! :D

Baca artikel utusan online bertajuk 'Lamaran Ramadhan', tengok gambar, so SWEET!
Klik tajuk untuk baca.



"Memang sebelum bertemu jodoh saya selalu mendoakan yang terbaik, tetapi memang saya tidak sangka akan berkahwin dengan seorang janda. Bagaimanapun itu bukan perkara penting lagi kini kerana saya tahu tugas utama saya adalah untuk membimbing isteri ke jalan yang baik," katanya.


Tertarik dengan kisah mereka, kenal dua bulan, Allah permudahkan jalan mereka untuk kahwin. Alhamdulillah..

Seterusnya artikel berita harian bertajuk 'Kahwin dulu baru bercinta'.


Pilihan mereka untuk bernikah hanya kira-kira dua bulan setelah berkenalan bukanlah untuk menyembunyikan sesuatu, sebaliknya Adam AF dan Fiza Elite yang selamat bergelar suami isteri, semalam, lebih selesa untuk bercinta selepas berkahwin. 

Sweetnya bercinta selepas kahwin. Insya Allah, itu adalah salah satu impian saya,
semoga dipermudahkan untuk saya pulak nanti, hehe.. amin..

Next, artikel murai.com.my bertajuk 'Adam AF akui Fiza Elite Bikin dia jadi Angau'.
Rupanya Adam dah jatuh cinta pandang pertama kat Fiza, bila Adam dah tau Fiza dah berhijrah, Adam mahu berjumpa untuk berkongsi pengalaman hijrah.


"Saya tahu semua orang mahu yang terbaik untuk jodohnya dan saya yakin Fiza adalah orang yang terbaik untuk saya kerana saya pernah berdoa dan minta kepada Tuhan jika benar dia jodoh saya dekatkan lah dia kepada saya dan begitu sebaliknya. Alhamdulilah ternyata Tuhan telah permudahkannya."

Last but not least, artikel sinar harian yang bertajuk 'Adam: Fiza jodoh saya'. Anak2 Fiza mudah mesra dengan Adam, dan memanggilnya Abi. Kata Adam, pengalaman dia menjaga adik2 nya yang kecil akan dimanfaatkan untuk menjaga anak tirinya.

Adam bakal muncul dengan single terbaru
yang bertajuk Penggodam Jiwa tidak lama lagi.
Lagu itu ditujukan untuk isterinya. Fiza. :)



"Saya tertarik dengannya kerana dia banyak bagi nasihat dalam agama sebab itulah saya tidak teragak-agak menerima lamarannya. "Saya juga percaya dia mampu membimbing saya dengan baik," katanya. - Fiza -

Rasa seronok sangat tengok gambar2 #AdamFiza.
Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.
Oh ya, kami fans Adam buat hashtag #AdamFiza kat fb, twitter & instagram.
Korang boleh la klik2 tengok gambar ye, hehe..

Majlis mereka simple sahaja tapi meriah dengan kehadiran tetamu.
Pasangan pengantin berjubah putih, ditemani dengan dua puteri yang comel, sangat sweet :)

Di sini pula ucapan dari Adam AF sempena pernikahannya dengan Fiza Elite.
Credit fb Kelab Peminat Adam AF.
Selamat menonton :)


Kenduri mereka akan diadakan di Sabah oktober nanti..
Kalau ikutkan, nak pergi, hehe..
Padahal tak dapat jemputan pun, haha..
Takpun nanti ada gathering fans Adam next time boleh je join, hehe :)

Kami semasa berbuka puasa ramadhan lepas

Thursday, September 26, 2013

Selamat Pengantin Baru Kepada Adam AF & Fiza Elite




Alhamdulillah..

Dengan sekali lafaz, Mohd Aizam bin Mat Saman iaitu Adam AF selamat diijab kabulkan
dengan Fiza Elite atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim.

Selamat pengantin baru kepada Abang Adam & Kak Fiza, 
semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah.. :) 

Habis je lab tadi, terus bukak instagram nak tengok gambar pengantin, hehe...

Tengok kedua-dua mempelai, bagai pinang dibelah dua! Sama cantik, sama padan :)








Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair..


Semoga Allah memberkatimu ketika senang dan susah 
dan sentiasa mengumpulkan kamu dalam kebaikan, amin..








Kepada Adam, jaga kak Fiza baik2, semoga menjadi suami & ayah yang baik.. :)

credit to Instagram Aico Empire Group.

Dapatkan perkembangan terkini Adam AF di Aico Empire Group sama ada 
facebook, 
instagram, 
atau 
twitter.

:D

Wednesday, September 25, 2013

Adam AF & Fiza Elite bakal kahwin 26 September





Pagi2 online, timeline twitter & fb dipenuhi dengan nama Adam. 1st ternampak tweet Kak Pika, salah seorang fans Adam. Link ke berita harian online. Terkezut. Tapi haruslah gembira sebab abang long dah nak kahwin! Soalan yang sering dilontarkan oleh fans bila ada gathering dengan Adam. "Bila nak kahwin?" Adam jawab, "sedang mencari calon". Jawapan selamat je bagi kat kitorang, hahaha.. :D

Petikan dari artikel Berita Harian 23 Sept :

Klik gambar untuk besar

Details klik SINI.

Saya selaku salah seorang peminat setia Adam, dilontarkan soalan2 yang lebih kurang sama daripada family & kawan2. "Tak frust ke?"

Kenapa nak frust? Abang long nak kahwin, mestilah kita gembira untuk dia. Alhamdulillah, bertemu jodoh akhirnya.. Adam sangat bertuah mendapat bakal isteri yang baik & cantik. :)

Petikan dari Utusan Malaysia 24 Sept :

Details klik SINI.

Petikan berita harian 25 Sept :



Alhamdulillah, Adam pilih jalan bercinta selepas bernikah. Bukankah itu jalan yang terbaik? :)

Seterusnya, Artikel dari murai.com.my. Astaghfirullahal 'azim, ada yang memfitnah Adam sudah bernikah di Siam. Kalian, "Sesungguhnya memfitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh." (surah Al-Baqarah ayat 121)





Rasanya last jumpa beliau semasa Iftar bersama Adam di Restoran Intai2, klik SINI untuk baca tentang perkongsian Adam tentang pengalaman beliau merawat pesakit menggunakan kaedah rawatan Islam.

Akhir kata, semoga perkahwinan berjalan dengan lancar, semoga berbahagia dan kekal hingga ke jannah :)

cc: Instagram Fiza

cc: Instagram Aico Empire Group


Petikan sebahagian daripada Surah An-nur ayat 26:

"dan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."


p/s: 
Harap2 Adam jemput semua fans setia anda waktu kenduri nanti, nak merasa nasi minyak jugak, hehe :)

Saturday, July 27, 2013

[200713] Majlis Iftar bersama Adam AF di Restoran Intai-Intai




Minggu lepas, Fatin dan Alia (adik) berkesempatan untuk berbuka puasa bersama Adam AF di Restoran Intai-Intai, Jalan Ampang Hulu Kelang. Ini kali kedua dapat berbuka puasa bersama beliau, tahun lepas di Paradiso, Titiwangsa (entri INI).



Sebenarnya nak snap papan tanda kat belah kiri tu..
Sunset
Tapi kali ini berbeza dengan tahun lepas, tiada aktivti dilakukan. Hanya makan dan berkongsi cerita. Tablemates kitorang sangat friendly dan ada yang kelakar. Nice to meet u all! :) Kongsi macam2 cerita termasuklah cerita seram. Mentang2 bulan puasa.. Kak Mieza, Kak Marina, Azreen, Kak Fazreena dan lagi 2 orang kawan.

Bercerita tentang restoran pulak, dekorasi sangat cantik! Like!



Credit to Nuralia Amani






With Ayien


Makanan pelbagai jenis, sedaaap! Air pun pelbagai jenis, teh tarik sangat terbaik! Fatin tak makan semua jenis makanan, just makan sebiji kurma, nasi mandy kambing, desserts like agar2, air batu campur (ABC) dan rojak buah.


Gambar pun tak sempat nak snap banyak. Teruja nak makan, bila dah kenyang, nak snap gambar, semua dah licin, macam mana? hahaha :p Tapi korang boleh tengok kat website restoran intai-intai di SINI.

Thai ABC

Adam singgah dari meja ke meja tetamu dan berkongsi pengalaman tentang rawatan islam. Pusat Rawatan Islam beliau, Nur Khalifah Al Hasani telah beoperasi bermula julai. Sampai kat meja kitorang, kitorang pun banyak tanya jugak dan Adam menerangkan setiap jawapan.

Credit : Ain Nur Aisya
Sedikit perkongsian daripada Adam:

Ada satu kes di Penang, ada seorang budak yang mana kakinya bengkak dan memberi kesan kepada cara dia berjalan. Bila check, ada 'benda'. Then, beritahu kat mak dia, doa dan lafazkan untuk anak dia. Selepas itu, tengok keadaan anak itu, terus boleh berjalan seperti biasa, on the spot. Jadi, kita beritahu kepada mak itu, jangan salah sangka, bukan kita yang buat, ini adalah doa akak sendiri. Minta kepada Allah, dengan kesungguhan dan pemahaman yang betul, alhamdulillah boleh hilang. Kita perlu doa dengan bersungguh-sungguh, kalau sekadar cakap je, tapi takde hati. Sebenarnya semua ini bermula dari hati. Nawaitu kita.

Ada orang tanya soalan tentang rawatan untuk kencing manis yang kronik, adalah boleh dirawat.

Kata Adam, "Insya Allah, boleh, kita cuba, kita ikhtiar. Tapi kadang2 ada orang putus asa. Jangan kita putus asa dengan rahmat Allah. Kita kena berdoa. Tapi kadang2 dalam kita berdoa tu, kita nak rasa doa tu, macam mana, ini kunci yang kita selalu tak jumpa. Even dalam solat pun, kadang2 kita buat syarat sah solat je, asalkan ada al-fatihah, sah kita punya sembahyang. Jadi macam mana penghayatan kita dalam solat tu, ada tak kita rasa. Inilah benda yang kita perlu belajar. Barulah sedapnyaa.. Itulah orang kata ibadah dalam solat ni, best, macam makan coklat, umpama macam tu la, hmm best, sedapnyaaa.. Tapi sekarang ni, kalau boleh kita nak cepat je, habis je salam, terus tengok kpop."

Ada soalan lain, tentang ikhtiar tu macam mana? Macam mana nak tahu ada 'benda' tu?

Dalam surah2 atau ayat2 al-quran yang diamalkan oleh para tabiin, yakni selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, seperti Alif Lam Mim, ....(surah al-baqarah) Jadi kalau kita nak tahu benda tu ada kat dalam, kita akan rasa panas. Tapi 'benda' ni pandai menipu. Contoh, saya lawan dengan orang yang besar, tumbuk2, siapa lemah, dia akan pengsan, tapi dia tak mati. Macam tu la 'benda' tu kat dalam. Bila kita baca2 ayat al quran, sembelih 'dia', then orang kata ok dah. Tapi sebenarnya 'dia' duduk dalam badan lagi, dia pengsan. Bila dia sedar, dia cergas balik.

Contoh macam persekitaran kita, orang hisap rokok, kita terhidu.

Yang banyak sekarang ni orang Melayu tak tahu yang dia ada saka keturunan. Kita sekarang banyak tertipu dan terpengaruh, yang saka ni kita tengok macam dalam tv, mak atau ayah dia nak meninggal, terimalah 'benda' ni, barulah aku boleh mati. Lepas tu, 'benda tu pun, cepat2 terimalah aku, bagi makan aku, macam tu kan. 

Sebenarnya tak, 'Benda' tu boleh masuk ke dalam badan kita masa umur kita 5 tahun lagi. Atuk nenek moyang kita dulu, ada kebun, perniagaan atau rumah yang selalu pencuri masuk, jadi dia berdamping dengan 'benda' ni. Mula2 asalnya dampingan tu bermula dengan "wahai sekian2, jagalah kebun.." bila tengah malam, 'benda' ni pun buat kerja. 

Contoh, dia bagitahu khadamnya, esok pagi aku nak kayu balak dah ada kat depan rumah. Then, esok pagi, dia tengok dah ada semuanya. Contoh lain, kalau sawah, ada orang nak rosakkan tanaman, 'benda' tu pun akan takutkan orang itu. Tapi bila tuannya nak meninggal, tuan beritahu kat 'benda' tu, bila aku dah tak ada, jagalah anak cucu cicit aku. Jadi 'benda' tu pegang janji itu. Bila dia pegang, ini yang berlaku. Inilah yang dia tinggalkan harta pusaka. Tapi Melayu kita, bila tentang hantu je, dia panggil saka, tapi sebenarnya pusaka, macam harta pusaka lah. Contoh, ok, nanti bapak dah takde, ambiklah kereta ni. Bila kereta, kita panggil harta pusaka. Tapi tentang syaitan, kita panggil saka. Mana wujudnya perkataan saka tu, daripada perkataan pusaka sebenarnya. Jadi inilah harta yang dia turunkan. 

'Benda' ni budak2 boleh nampak tau. Sebab hijab mereka masih dibuka. Bila dah dewasa, baru hijab itu tertutup. Kadang2 tu bila budak main sorang2, tengok macam tu, tetiba dia menangis. Itulah antara benda tu nak sampai kat dia. 'Benda' tu pun boleh menyamar jadi budak kecik. 

Jadi, bila umur 5 tahun, 'benda' tu masuk. 'Benda' tu duduk bawah ari-ari, sampailah besar. 

Ada satu kes ni, hafiz dan hafizah. Bila diperiksa, "eh, puan ni ada saka." Hafizah itu menjawab, "eh, mana ada, saya baca al-quran hari-hari." Tapi waktu umur 5 tahun, boleh ke baca al-quran, tidak. Tapi boleh tau, sebab ada tanda2. Bila dah buang saka tu, alhamdulillah, dia kata dah tak rasa apa2. 

Tanda2 saka ni, kadang2 badan dia ada kesan lebam. Macam orang kata kena gigit hantu tu. Saka ini tergolong daripada jin dan iblis. Inilah yang paling jahat. Bila sihir nak datang kat kita, konon2 saka ni jaga kita kan, tapi saka ni seolah-olah membuka laluan untuk sihir untuk masuk. Siapa yang mudah kena histeria, ini juga tanda2 dia saka. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi menyusu bayi. Kadang2 dia tidur kan, tetiba dengar bunyi ada orang baling batu kat atap, macam bunyi tuk! tuk..tuk..tuk... Siapa pulak baling batu malam2 buta ni. Tak logik. Itu tanda saka tu nak makan, dia lapaq. Orang2 yang saka jugak, adalah orang yang boleh nampak 'benda' itu.

Ada kawan tanya kalau lemah semangat, boleh ubat ke?

Lemah semangat ni sebenarnya kena beri dia pemahaman. Bukan setakat bagi ayat, amalkan. Amal baca ayat, tak tahu apa2 pun, tak guna jugak. Kita kena faham. Kena faham erti syahadah. Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila kita angkat syahadah itu, adakah kita membawa dan terjemahkan syahadah itu dalam kehidupan kita. 

Secara general, ada orang kata, adik-beradik saya telah dianugerahkan boleh nampak 'benda' itu. Mata jin iblis itu mempengaruhi penglihatan. kasyaf dibuka untuk seketika. Orang yang ada saka, yang bahayanya, susah nak dapat zuriat. Bila jadi janin dalam perut, dia makan. 

Zaman sekarang, orang sekarang malu kalau ada saka. Sebenarnya kita tak salah pun, kita tak minta pun ada 'benda' tu. Sekarang ni mana ada orang nak bela saka. Dah tau mudarat dia macam mana kan. Tapi mungkin disebabkan pemahaman dari segi agama tak dapat pada datuk nenek kita dahulu. Sebab mereka ingatkan perkara tu betul sahaja. 

Sekian sahaja perkongsian yang dapat Fatin share di sini.
Harap anda mendapat sedikit ilmu daripada coretan ini.
Sharing is caring. :)
Sorry kalau panjang sangat..

Sebelum balik, sempat Adam dan Marlon menyanyikan lagu Kemarau, Lagu Sedih dan Selamanya. Kali terakhir mendengar V.I.P perform. Sedih sangat... :( Ok, untuk makluman, V.I.P dah bubar. Details, next entry la, hehe.. Nanti korang tak larat nak baca, Fatin pun tak larat nak taip.. ;)


Ada orang cakap, macam gambar kelas, hehe ;)
Credit : fb Kelab Peminat Adam AF
promo
p/s:
Sekarang tengah sakit tekak & demam. 
Doakan saya cepat sembuh..