Friday, August 19, 2016

Siapa Daler Yusuf?




Assalamualaikum :)

Entri ni Fatin kenalkan kepada korang yang tak kenal siapa Daler Yusuf. Okay dah mula dah kerja Fatin sebagai part time reporter :p Bukan apa, Fatin ada share entri yang lepas 'A wonderful day with Daler Yusuf' kat fb & ig, then ada kawan tanya siapa dia ni? Okay, meh kita berkenalan.


Daler Yusuf atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov bin Muhammad ini berasal dari Uzbekistan, ayahnya dari Uzbekistan manakala ibunya dari Kelantan, Malaysia. Daler dilahirkan pada 31 Disember 1991. Daler pernah menuntut di Westminster International College dalam jurusan Business Management.

Daler di Uzbekistan
Daler memulakan kerjaya sebagai seorang model, iyelah tinggi dia 180cm, Fatin berdiri sebelah dia, kepala dekat paras bahu dia je, hehe..


Dia terlibat dalam modelling untuk fashion show, antaranya Rizman Ruzaini.


Daler jugak terlibat dalam iklan komersial. Antara TVC yang terlibat adalah Maxis, Burger King, Blackberry, DIGI, Aoen, Celcom, Baskin Robbin, Silky Girl Men Fantasia, Gatsby dan banyak lagi.
Korang boleh klik words warna biru tu untuk tengok iklan tu kat youtube :)

Siapa yang perasan Daler dalam iklan Baskin Robbin ice cream cake angkat tangan :) 
Iklan Teh Wangi Ros ni selalu keluar tv :)
Korang boleh klik words biru tu untuk tengok iklan :)


Selain kerjaya sebagai model, Daler juga adalah seorang pelakon. Antara drama lakonan Daler adalah Sebenarnya Omputih itu isteri aku, Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya. Dalam drama Tuan Anas Mikael, Daler memegang watak sebagai Mika Channarong, seorang lelaki dari Thailand manakala memegang watak Adam dalam Lip Lap Raya.


Fatin tengok Tuan Anas Mikael episod yang ada Daler je ;)

Kira watak herolah Daler dalam drama Lip Lap Raya ni. Drama ini disiarkan pada jam 6 petang, ulangan jam 5 pagi. Fatin tengok setiap hari okay kat hyppsensasi bulan ramadhan yang lepas, hehe..


Selain Daler, Fadlan pun ada berlakon jugak dalam cerita tu sebagai Adlan. Bila dua celebrity crush berlakon sekali, giler tak tengok? :p Tak kenal Fadlan Hazim boleh tengok entri INI.



Selain drama, Daler juga ada shooting untuk muzik video antaranya lagu Diam Saja nyanyian Bila AF dan lagu Jatuh nyanyian Daiyan Trisha. Boleh klik lagu untuk tengok video klip :)

Daler boleh memahami tujuh bahasa iaitu Bahasa Uzbekistan, Rusia, Turki, Tajik, Parsi, bahasa melayu dan inggeris. Sekarang dia tengah berusaha untuk improve bahasa melayu dia. Binatang kesukaan Daler adalah kucing. Orang kata siapa yang suka kucing ni penyayang, betul ke hehe..


Daler pernah dinobatkan 'Best Male Model' pada tahun 2012 dan beliau tersenarai sebagai '50 Gorgeous People 2015' dan memenangi 'Most Gorgeous Man 2015' anjuran Female Magazine.


Macam mana, dah kenal dengan Daler Yusuf? Kalau nak ikuti perkembangan Daler, boleh follow:
Instagram : daleryusuf
Twitter : daler_yusuf
Fb fanpage: Daler Yusuf 
Official fanpage ig: dalerofficialfc

Selamat menunaikan solat jumaat kepada Daler dan semua kaum Adam :)
Update 7/7/17
Daler turut berlakon dalam drama Encik Suami Mat Salih Celup sebagai watak Ian Hadif bersama heroin Nelydia Senrose. Drama ini sedang ditayangkan di TV3 pada hari jumaat - ahad jam 7 malam. Jangan lupa tengok ya! :D


Update 17/8/17 
Daler kini sibuk shooting drama Titian Cinta dan drama Ombak Cinta. (dari IG daleryusuf)

Daler sebagai Hakimi dalam Ombak Cinta
Daler dalam Titian Cinta

No comments:

Post a Comment