Thursday, January 26, 2012

Kali pertama ke I-CITY, SHAH ALAM

sambungan kisah semalam..

Seperti yang tertera di atas, itulah destinasi yang kami ingin tuju..
I-City, Shah Alam. Fatin duduk KL pun tak pernah pergi I-City..
Pergi Mines Wonderland pernah lah.. tetiba pasal Mines pulak..

Kalau dah pergi I-City haruslah bawa kamera kan? Fatin sempat caj bateri selama sejam saja sebab terlupa.. Fatin pun bawalah kamera pink yang Fatin terima daripada kakak sulung sempena kejayaan SPM 2009. *nakcakapjugak, btw, thanks a lot to Kak Ana.. :)

Tengok pemandangan yg indah dengan lampu yang berwarna-warni.. Ramai orang yang datang hari ini.. ye la hari sabtu memang ramai lah.. Ada banyak jugak games yang boleh main.. Tapi Fatin takde perasaan nak main.. Nak ambil gambar banyak2 je.. Tapi kamera kesayangan memaparkan 'baterry exhausted' dalam masa lebih kurang sejam.. Kamera Aisyah dah 'pergi' dulu.. Sedih jugak, tapi nasib baik Ika ada bawa kamera yang still 'hidup' lagi..

Secara keseluruhannya, memang cantik pemandangan di I-City. Jadi, sebelum ke sana, pastikan caj kamera anda sampai full. Kalau ada bateri extra, bawa sekali.

Kepada yang belum pergi, boleh ajak keluarga atau kawan-kawan ke situ. Bayaran parking hanya RM10. Itu dikira bayaran masuk. Kalau nak naik cable car, RM10 untuk satu cable car. Satu cable car 2 orang. Tapi cable car di situ bukanlah macam di Genting atau Langkawi, cable car seperti kereta mini yang berjalan atas landasan.

Inilah rupa landasan cable car di situ.






Buaian seperti di Genting Highlands.



Ramainya orang.. *siapa suruh pergi hujung minggu.. huhu..












p/s:
Selamat tinggal I-CITY! Tapi lepas ni maybe datang lagi untuk ke Snow Walk pulak..
Thanks to Ika for the pic.. :)

4 comments:

  1. Jelesnye.. Waktu mule2 pegi dulu, ta banyak bende pown, baru bukak la katekan.. Nak pegi lagi sekali!

    ReplyDelete
  2. rugilah kalo xmain cik kak oiii.. isyk.
    ape2 pun chantek! kat trg pun ade jugak I-CITY. baru buat. hehe=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la.. fatin langsung takde perasaan nak main.. niat nak ambil gmbr bnyk2 je.. :)

      Delete