Wednesday, November 30, 2011

Singgah ke Jusco Bukit Raja

Sambung cerita pasal OUTING hari tu, Fatin & kawan2 singgah ke Jusco. Kitorang tak pergi sampai ke Shah Alam, Lagipun masa tu hujan dah mula turun. Ini 1st time Fatin pergi Jusco Bukit Raja. Selalu pergi Jusco Wangsa Maju je.. Besar jugak Jusco ini..


Kitorang masuk je, sangat ramai orang sibuk membeli-belah. Nampak banyak board yang tertulis diskaun 20% hingga 70%.. Kitorang solat asar dan pusing2 Jusco tu.



Singgah kedai buku POPULAR.


Fatin mula2 ingat tak ada apa nak beli. Just tengok2 buku. Tiqah & Tiq memang beli novel sebab diorang memang ulat buku.. Fatin belek2 majalah yang ada kat situ. Tetiba teringat kat majalah In-Trend isu Disember sebab Fadlan V.I.P pernah tweet dulu pasal photoshoot InTrend.



Fatin terus menyambar majalah tu, melihat isi kandungan ada ke tak. Then, kat situ tertera...


Nak tahu apa ceritanya? Lepas ni Fatin buat entri pasal tu pulak. Nantikan.. ;)

Berbalik kepada kedai buku, Fatin beli majalah InTrend dan diari muslimah 2012. Sejak dah guna diari muslimah 2010, Fatin terus beli diari 2011, 2012, dan maybe seterusnya..



Habis shopping buku, kitorang makan aiskrim dan balik ke kolej. Otw balik, hujan sangat lebat..


Alhamdulillah, kitorang sampai semula ke kolej dengan kepenatan tetapi seronok sebab dapat keluar dengan kawan-kawan.


Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Monday, November 28, 2011

OUTING!

Semalam (ahad) Fatin outing dgn bakal2 housemates mencari rumah sewa untuk sem 2 nanti. Kitorang mencari rumah teres sebab hari tu dah survey apartment tapi tak selesa. Kitorang 6 orang. Boleh je, tapi memang tak selesa untuk diduduki selama 3 tahun setengah.

Dah lama tak outing dengan kawan2 macam ni. Last outing masa kat Merbok dulu lah. Sebab masa kat PASUM tak outing dengan kawan2 beli barang sebab balik rumah beli kat pasaraya yang dekat dengan rumah.. :)

Wani, Tiq, Tiqah


Selepas itu, kitorang pergi Econsave Alam Jaya untuk membeli barang2 keperluan terutamanya MAKANAN.. Banyak jugak lah kitorang memborong.. penuh troli.. ;)




Sempat lagi.. Suka gambar ni! Tapi Fatin tak de lah pulak..

Then, kitorang makan tengah hari di Restoran SA Beriani.

Balik semula ke Econsave untuk solat zuhur. Setibanya di toilet, kitorang nampak puntung rokok bersepah dalam sink. Bau rokok sangat kuat. Kitorang dah fikir pelik. Perempuan kat sini hisap rokok jugak ke? Then, ___ tegur yang kitorang dah masuk tandas LELAKI! ___ sikit lagi nak masuk tandas. Apa lagi, kitorang berlari menjerit dengan kelam kabut ke tandas wanita. Huh.. Nasib baik ada orang perasan. Kalau orang lain nampak, malu kitorang.. huhu..
Fatin sendiri pun seriously tak perasan tu tandas lelaki. Selalu kalau nak masuk memang akan tengok signboard dua tiga kali. Tapi maybe sebab dah ada kawan, dengan confident masuk tandas tu tanpa melihat signboard di pintu. Ini dinamakan kepercayaan kepada kawan.. huhu..

Sambung cerita, kitorang dah tak tau nak pergi mana.. Rumah semua dah tengok, masuk, teliti dan buat keputusan. Kereta sewa dah sewa setengah hari, so ada banyak masa lagi. Kitorang plan nak pergi Shah Alam. Tapi tak sure, try tengok jalan. Btw, sangat tabik spring kepada Ika sebab menjadi driver kitorang sepenuh masa. Dah lah kereta Iswara tu manual. Sangat tabik.. Kitorang hanya mampu memberikan semangat kat Ika bila dia drive.

Actually kitorang dah book kereta sewa awal2, tapi last minit, pagi hari tu jugaklah kereta tu rosak. Tak boleh pakai. Tapi ada hikmah jugak. Maybe nanti tengah bawak ada apa2 ke.. Then, kitorang minta kereta lain kat org lain. Nasib baik ada, tapi kereta manual lah..

Kitorang semua tak biasa bawak kereta manual. Tambah-tambah lagi Fatin.. Last bawak kereta, masa 19 mei 2010, masa test jpj. Lepas tu dah tak bawak sampai sekarang. Kalau try bawak, ambil masa lah kot..

Driver kitorang yang cute, Ika



Ini co-driver kitorang yang peka, Aisyah

Nak tahu kitorang pergi sambung perjalanan ke mana? Nanti Fatin sambung cerita ya.. :)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Ilahi..
Kita semua masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. Hari ini tanggal 1 Muharram detik permulaan bagi tahun 1433H.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Semoga azam tahun baru kita tercapai..
Semoga segala urusan kita dipermudahkan..
May Allah bless us..
Amin..

Tema maal hijrah pada tahun ini adalah
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.
Kita semua hendaklah saling memahami
untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan.
:D

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Saturday, November 26, 2011

Spell-it-Right versi Jawi


Dalam pertandingan jawi ada banyak pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya, Spell-it-Right, pancing jawi, roda impian, baca teks jawi, scrabble dan lain2.

Cerita pasal Spell-it-Right, Fatin join pertandingan tu dengan Fadhilah @ Fad & Syamerra. Sampai pukul 10.25 pagi, Fatin terpaksa keluar untuk pergi ke lab.

Selepas habis lab, tanya Fad & Merra, diorang kata dapat nombor SATU! Dengan kata lain, JUARA! Alhamdulillah.. Fatin rasa sangat seronok sebab menang.. Siapa tak suka menang kan.. Apapun, Thanks a lot Fad & Merra sebab berjaya menamatkan pertandingan tu dengan cemerlang.. Cayalah.. :)


Dalam pertandingan itu, group kitorang kena eja perkataan kuah, mayang, perlembagaan, nasionalisme dan banyak lagi.. Mula2 ejaan senang2, lepas tu keluarlah segala macam yang agak susah.. Anda boleh ke eja perkataan itu? :)

Kitorang dapat hamper mini.

Rakan sepasukan, Syamerra..
Fad dah balik hostel, tak dapat join sekali.. :(


Yang kanan tu, classmate Fatin, Mekna @ GBM


My cute classmates.. :)

Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada peserta2. Kita dapat mempelajari jawi dengan lebih mendalam walaupun tulisan ini sudah hampir pupus ditelan zaman. Kita juga dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekumpulan serta memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar.

Friday, November 25, 2011

Pertandingan Jawi UiTM Puncak Alam

Tanggal 25 November 2011, Pertandingan Jawi julung kali diadakan di UiTM Puncak Alam. Fatin dan classmates kena datang sebagai tanda kehadiran untuk kelas TITAS.
TITAS merujuk kepada Tamadun Islam dan Tamadun Asia,
iaitu salah satu kursus yang perlu diambil untuk sem ni.


Masa pertandingan ini diuar-uarkan, Fatin plan nak masuk khat spontan & roda impian jawi. Sebab dengar macam menarik..

Tapi bila sampai ke hari pertandingan, majlis start dalam pukul 9 suku.
Fatin ada lab optics pukul 10.30 pagi. Jadi rasa waswas nak masuk
sebab takut tak sempat masuk or lambat pergi lab.
Tapi semangat yang berkobar-kobar nak masuk,
Fatin daftar masuk pertandingan pancing jawi.
But then, Fatin masuk Spell-it-right versi Jawi pulak
sebab tak ramai masuk, so ada potensi untuk menang.. hehe..

So, Fatin masuk Spell-it-right versi jawi. Yang pancing jawi orang lain gantikan.
Ingatkan sekejap, rupa-rupanya lama jugak ambil masa..
Fatin dah mula risau takut lambat pergi lab.

Lastly, kena tinggalkan jugak pertandingan tu sebab nak kena pergi lab.
Tinggallah Fad dgn Syamerra meneruskan perjuangan..
Sebelum Fatin pergi lab, group kitorang tengah lawan dengan other group
untuk menentukan siapa juara. Tapi asyik seri je..

yang senyum tu semua classmates Fatin,
sebelum majlis bermula, sempat lagi.. ;)


4 org depan tu classmates Fatin


Ini kawan Fatin, Hanom.. Setakat ni Fatin boleh dikatakan rapat dgn dia..
Jadi yg pasal ni, boleh dikatakan telah dijumpai.. :)

Bila tengok gambar ni, baru sedar betapa orennya Fatin.. huhu..

Nak tau apa kesudahannya? Menang @ kalah?
Nantikan entri seterusnya.. Nak buat surprise la pulak.. huhu..

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Tuesday, November 22, 2011

Bila 'aura' pink dah menyelubungi diri...

Dulu Fatin memang tak suka warna pink. Sebab selalu tengok perempuan yang suka pink majoriti gedik.. So bagi mengelakkan menjadi gedik, Fatin pun tak suka warna pink. Fatin suka warna biru, hijau dan lain2..

Tapi...

Zaman sekolah menengah, masa form 3, Fatin minat Aliff Aziz.
Sekarang tak minat dah, minat V.I.P je.. :)

Dia punya warna kegemaran pink & putih. Fatin pun sebagai peminat, terus 'ter' minat warna pink jugak.. Boleh pulak.. huhu..

Sampai sekarang, 'aura' pink tu tak keluar dari jiwa Fatin.. Dah banyak Fatin beli warna pink...
Sampai orang dah boleh tau Fatin minat warna pink.. hmm..
Antaranya,







buah tangan daripada kakak di Australia

antara keychain yg ada warna pink





Sikit je barang2 yang warna pink.. So belum sampai tahap GILA PINK sangat la kan? Satu lagi, Fatin bukan orang yang suka pakai pink, tudung pink, kasut pink memanjang ok.. Btw, nasib baik tak beli laptop warna pink walaupun ada hati nak beli masa mula2 survey.. huhu.. :)

p/s:
Kawan2, jangan cakap Fatin gedik eh, sebab Fatin suka warna pink.. hehe..
Tak semua orang yang suka pink tu gedik.. tetiba..
Warna dan perangai adalah dua perkara berbeza... :)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D

Sunday, November 20, 2011

Olen vs. Cowboy



Sesi fotografi bersama Olen ini dijalankan
apabila datangnya idea untuk mengganggu Olen. huhu..
Topi tu sebenarnya salah satu daripada 76 keychain dalam koleksi Fatin.
Disebabkan topi tu kecil, jadi Olen la yang boleh menggayakannya..
walaupun hakikatnya, Olen pun tak muat nak pakai.
Nampak elok pulak terletak atas kepala Olen..
Tapi Olen buat muka tak ikhlas pulak.
Hmm.. Ye lah Olen, sorry la sebab kacau anda.. ;)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)

Sunday, November 13, 2011

V.I.P @ SK Sri Subang Jaya


Setelah tiga bulan lebih tak jumpa V.I.P, Fatin memang dah plan nak pergi show V.I.P dalam mid sem break ini. Start je mid sem break, sibuk menconteng wall V.I.P ada tak show minggu ini. Last2. ada jugak, last minit V.I.P update kat wall mereka. Yeah, V.I.P!

Tetiba nak tulis post macam artikel dalam suratkhabar sebab ada kawan Fatin, Kak Meera kata Fatin dah macam wartawan duk update & tulis cerita pasal V.I.P. Kalau nak tengok cerita V.I.P yang lain, boleh klik label V.I.P di sebelah kanan sana.. So, Fatin try tulis ala-ala artikel eh.. hehe... ;)


Penonton terhibur persembahan bertenaga V.I.P
Oleh Nurfatin Atikah Mohd Sharudin

2011/11/12




Kumpulan V.I.P telah mengadakan persembahan di SK Sri Subang Jaya dengan jayanya sempena Majlis Amal Warisan SKSSJ 2011. Mereka menyanyikan lima lagu iaitu Tak Kisah, single terbaru mereka iaitu Kemarau, Tiga Kata dan Lagu Sedih. Tidak ketinggalan, lagu korea, Mirotic turut dinyanyikan.

Seiring dengan genre yang mereka ketengahkan iaitu Malaysian Pop Dance (M'POCE), ternyata tarian mereka cukup lincah. Persembahan mereka menyanyi sambil menari adalah sangat bertenaga. Murid-murid sekolah serta tetamu yang hadir ternyata terhibur dengan persembahan mereka.

Kumpulan V.I.P menjelaskan bahawa V.I.P bukanlah merujuk kepada Very Important Person tetapi Versatility In Performance. V.I.P yang dianggotai oleh Adam AF, Fadlan, Marlon, Yandy dan Ryan turut bergambar dengan peminat sejurus mereka membuat persembahan. Untuk mengetahui tentang aktiviti terkini mereka, sila layari page V.I.P di facebook.




p/s:
OK ke artikel tu? Agak pendek.. Tapi info padat.. ;)
Silalah komen di ruangan bawah.. ;)
Keseluruhannya, memang Fatin seronok dapat jumpa V.I.P. Paling best dapat dengar lagu Kemarau secara live.. Fatin suka sangat lagu tu! Tiap kali buka pc terus pasang.. :)

Kepada semua ahli V.I.P, jumpa lagi di lain hari.. Maybe bulan januari tahun depan waktu cuti semester.. Buat yang terbaik untuk next show korang.. Tak sabar nak tengok klip video Kemarau walaupun korang belum buat lagi.. Bak kata Fadlan V.I.P, tunggguuuu.. :)

Doakan Fatin berjaya dalam test akan bakal mendatang..

Akhir kata, jom like page V.I.P! Thanks for viewing my blog! Don't forget to follow this blog.. :)

Saturday, November 12, 2011

My ASUS


Isnin lepas, Fatin keluar beli laptop dengan satu-satunya abang yang Fatin ada, Taufiq. Biasanya kalau bab beli barang-barang berkaitan teknologi ni, memang abang yang paling pakar..

Kitorang pergi survey dalam dua tiga kedai untuk mendapatkan yang terbaik dari segi kualiti, harga dan lain2. Setelah lebih kurang 4 jam, barulah jumpa. Alhamdulillah.. Abang kata sekarang ini, ASUS yang terbaik, diikuti oleh Toshiba. Jadi, Fatin yang kurang berpengetahuan ini, ikut sahaja.. :)

Inilah rupa laptop beserta sedikit info.


A43SA

Stay Cool with Metallic Chic

  • IceCool Technology keep palm rests cool, placing heat-producing components away from users.
  • Designed with quality aluminum textures.
  • IF Award-winning ergonomic dust-repellent chicklet keyboard.
  • 2nd generation Intel® CoreTM processors.

Thanks for viewing my blog! :) Don't forget to follow this blog..

Friday, November 11, 2011

Ada apa dengan 11.11.11?


Dalam surat khabar, fb. twitter, Fatin ada terbaca pasal tarikh 11.11.11. Tarikh ini special sebab nombornya berulang atau dengan kata lain, cantik. Dengar2 ramai orang yang akan kahwin pada tarikh tersebut. Lagi-lagi tarikh itu jatuh pada hari jumaat. Mungkin nanti akan lebih mudah diingati.. Dan mudah-mudahan diberkati..

Tapi..

Tahun depan akan ada satu lagi tarikh cantik iaitu 12.12.12. Fatin rasa yang itu lagi istimewa sebab itulah tarikh yang boleh diulang. Sebab tidak akan ada 13.13.13 kan?

Apapun, semua itu hanya nombor dan tarikh.

Bagi saya, tarikh yang paling bermakna adalah birthday sendiri.. :) Lagi2 nombornya 2.9.92. Cantik tak? Terima kasih mak kerana melahirkan Fatin pada hari itu. Alhamdulillah..

Mak kata patutnya Fatin lahir pada 20.8.92, tapi tak. Then, ingatkan pada hari merdeka, tak jugak. Last2 2 sept.

OK, dah terlari topik. Lari dulu.. Setakat ini sahaja.. :)

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)



Thursday, November 10, 2011

Kek Birthday saya sama dgn ADAM..


Cerita ni dah lama, tapi baru nak post sebab baru dapat gambar daripada kakak sebab guna kamera abang ipar masa itu..

Sempena birthday yg ke-19 pada 2 september lalu, tetiba rasa nak beli kek sendiri, maklumlah dah kerja part time beberapa bulan b4 masuk uni.. Sebelum ini dah try macam2 perisa, Strawberry Marshmallow Cheese, Cheese Choc, New York Cheese, dan lain2 tapi tetiba kempunan nak makan Chocolate Indulgence walaupun dah tau rasanya macam mana.. Disebabkan dah lama tak makan, Fatin belilah.. :)

Then, Fatin tengok gambar birthday Adam kat fb. Birthday Adam 19 september.
Eh, kek birthday sama la.. *nak cakap jugak..*
Tapi kek Chocolate Indulgence memang selalu dibeli kalau buat jamuan.

Inilah rupa kek itu.. :)



Kami berkongsi bulan lahir yang sama, dan pada tahun ini kami mempunyai kek birthday yang sama.. * ok, sudah-sudah la tu, Fatin..*

Itu sahaja post untuk kali ini.. Just nak share.. :)




Jom like page V.I.P!

Thanks for viewing my blog! :)
Don't forget to follow this blog..

Wednesday, November 09, 2011

Dafi replied my tweet! Baik punya!


Fatin sekarang dah TERfokus lebih kat twitter pulak.. Maybe dah bosan fb..

Followers pun dah meningkat.. meningkat la sangat.. baru belas2 je.. huhu.. tapi Fatin tak galakkan anda follow Fatin sebab kalau anda follow Fatin, Fatin akan TERlebih fokus nanti.. seriously..

Jadi, nak senang anda add la Fatin di fb. Tapi lagi bagus kalau follow blog ni.. hehe..
*cakap macam orang terkenal je.. huhu..*

Kat twitter Fatin ada follow Dafi sebab memang minat dia dari AF5. Tak percaya boleh tanya Dila..

Fatin ada tweet kat Dafi. Tak sangka Dafi reply.. :)

Nah, tengoklah sendiri.. hehe..



Dulu pernah terjumpa Dafi dekat KLCC. Maklumat lanjut, di sini.
Teringat autografnya..

Btw, Dafi memang rajin berinteraksi dgn peminat.
Pernah sekali tu dia kata yang dia pernah menjadi peminat Nana AF dulu,
so dia faham perasaan sbg peminat macam mana.
Jadi Dafi buat yang terBAIK PUNYA untuk peminatnya.

Kepada Dafi,
Fatin doakan Dafi berjaya dalam karier yang diceburi
dan semoga dipermudahkan segala urusan.. :)

Akhir kata, DAFI memang BAIK PUNYA! :)

Thanks for viewing my blog! :)
Don't forget to follow this blog..



Tuesday, November 08, 2011

Jom join segmen Cik Tikah



Cara-caranya:

1. Buat 1 entry bertajuk "Jom join segmen Cik Tikah"
2. Letak banner segmen di dalam entry tersebut yang dilinkkan ke blog Cik Tikah
3. Teka umur Cik Tikah berapa?

Fatin teka umur Cik Tikah, 20 tahun
(jgn tiru ye.. hehe..)

4. Tag sekurang-kurangnya seorang kawan blog (lagi ramai lagi bagus)
5. Linkkan entry tersebut dengan meletakkannya di bahagian komen
6. Siap!

Ganjarannya: Cik Tikah akan letak link blog anda selama 3 hari di sidebar blog Cik Tikah. :)

Fatin teka umur Cik Tikah, 20 tahun
(jgn tiru ye.. hehe..)

Kawan2 yang di tag:

p/s:
Jarang join segmen mcm ni.. :)

Monday, November 07, 2011

Jom dengar single kedua V.I.P - Kemarau

Single kedua V.I.P dah keluar! :)
Kalau tak silap, 30 oktober lepas..

Tajuk: Kemarau
Ciptaan: Edry Abdul Halim.

Lirik lagu Kemarau:

Kau bilang kau sayang, sepenuh hatimu

tapi hanya mulut, dipaksa bertutur

Keranaku sepi, meskipun bersama

Rasa terpencil di dalam jiwa


Dirimu kini dah jauh berubah

dari yang ku kenali dulu

harapan tak memindah, hakikat yg melanda

cinta dah mengabai kau dan aku..


Chorus:

APA GUNA BERSAMA BILA KITA SALING KEMARAU CINTA

MENUNGGU MASA UTK BERPISAH

APA GUNA BERKASIH JIKA HATI SERING MERASA SEDIH

DAN KEMARAU AIR MATA


Bila perasaan, sayang makin guram

sinaran harapan kelihatan kelam

mulalah mencari salah dan membenci

walau tak ketemu jawapannya...


Dirimu kini dah jauh berubah

dari yang ku kenali dulu

harapan tak memindah, hakikat yang melanda

cinta dah mengabai kau dan aku..


Ulang Chorus


*Rap*

Setiap hari ku, termenung buntu,memikirkan nasib yang sudah menimpa cinta

bukan salahku dan bukan salahmu, mungkin kerana jodoh tak rela untuk bersama

seumpama gurun ,menanti hujan, dijemur musim kemarau yang berpanjangan

maka terhapuslah jiwa yang bernyawa seperti situasi di depan kita


Apa guna bersama


Apa guna bersama bila kita saling kemarau cinta

Menunggu masa untuk berpisah

Apa guna berkasih jika hati sering merasa sedih

Kemarau air mata

Kemarau

Air mata...


Jom like page V.I.P!
Thanks for viewing my blog! :)
Don't forget to follow this blog..

Selamat menonton video ini.. :)



Saturday, November 05, 2011

Saya adalah peminat setia kumpulan V.I.P tapi..


Setelah beberapa bulan Fatin jadi blogger ni, popular post yang berada di carta sebelah kanan blog banyak pasal V.I.P.. Mana tak nya, 4 yang teratas pasal V.I.P!
Nampaknya lepas ni kena tulis pasal V.I.P je lah.. Baru orang ramai follow kot.. ;p

setakat post ini ditulis,

1. Fadlan Hazim makin popular - 251 page views
2. Kenali Kumpulan V.I.P - 123 page views
4. V.I.P @ Wangsa Walk Mall - 86 page views

Actually, ada banyak lagi.. :)

Ya, Fatin memang peminat V.I.P.


Tapi...
minat-minat jugak, berhibur, berhibur jugak, tapi bak kata Adam,
"Salam semua vip fans,harap semua sihat dan happy di samping keluarga....terima kasih di atas sokongan anda kepada vip, diharap anda semua akan terus menyokong kerjaya vip, namun apa2pun berhibur bersama kami boleh tapi janganlah sampai lalai dan leka terhadap tanggungjawab kita terhadap agama kita ok? dunia hanya sementara di sana kekal selamanya:-)...peace with love.  Adam v.i.p....."
Bersama-sama lah kita mengingatkan antara satu sama lain.. :)

Dengarkan intro untuk video ini dalam 43 saat..
Tapi kalau nak dengar sampai habis sangat digalakkan.. :)
Jom like page V.I.P!

Thanks for viewing my blog! :)
Don't forget to follow this blog..

Thursday, November 03, 2011

11 Things about me

Fatin telah di tag oleh Cik Maisarah.. :)

Rules?
1.You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post.
And create eleven new questions for people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about. 'You are tagged
if you are reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.

11 things about me :

1. Was born on 2 september 1992 (2.9.92)
2. From Kuala Lumpur
3. Peminat setia V.I.P
4. Do not eat sambal
5. Pengumpul setia keychain, setakat ni dah 76 unit
6. Like to eat cakes and ice-cream
7. Jarang pakai shawl tapi suka pakai
8. Tak suka pakai selipar apabila keluar rumah
9. Diam-diam ubi berisi.. huhu..
10. Suka tengok drama Korea lakonan Kim Hyun Joong, Lee Min Ho & Jang Geun Suk..
11. Suka minum carrot susu dan fruit cocktail

Questions from Maisarah:

1. Describe yourself in 3 words.
hardworking, independent, humble

1.What is your favourite blog? (include the address too)

2.What is your favourite all time quote?
Impossible is nothing

3.Your strength?
Long distance running

4.Do you like mathematics?
Yes.

5. Aku tak kenal mana pon Maisarah Alloha ni. Tapi aku rasa dia seorang yang ....
Aku kenal Maisarah Alloha. Dia seorang yang baik dan rajin. :)

So these are my questions.
1. What is your favourite singer?
2. Who is your idol?
3. Do you like to watch Korean drama?
4. Adakah anda melayari facebook setiap hari?
5. Pilih satu, facebook atau blogger?
6. What’s your favorite movie of all time and why?
7. Who’s your favourite actor?
8. What was your favourite game to play as a child?
9. If you could pick a book you’ve read to make into a movie, which one would you choose?
10. Masa kecik2 dahulu, cita-cita saya nak jadi seorang ____.
11. Satu perkataan menggambarkan blog saya?

I tagged
5. Gbm

Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow me.. :)