Saturday, November 26, 2011

Spell-it-Right versi Jawi


Dalam pertandingan jawi ada banyak pertandingan yang dipertandingkan. Antaranya, Spell-it-Right, pancing jawi, roda impian, baca teks jawi, scrabble dan lain2.

Cerita pasal Spell-it-Right, Fatin join pertandingan tu dengan Fadhilah @ Fad & Syamerra. Sampai pukul 10.25 pagi, Fatin terpaksa keluar untuk pergi ke lab.

Selepas habis lab, tanya Fad & Merra, diorang kata dapat nombor SATU! Dengan kata lain, JUARA! Alhamdulillah.. Fatin rasa sangat seronok sebab menang.. Siapa tak suka menang kan.. Apapun, Thanks a lot Fad & Merra sebab berjaya menamatkan pertandingan tu dengan cemerlang.. Cayalah.. :)


Dalam pertandingan itu, group kitorang kena eja perkataan kuah, mayang, perlembagaan, nasionalisme dan banyak lagi.. Mula2 ejaan senang2, lepas tu keluarlah segala macam yang agak susah.. Anda boleh ke eja perkataan itu? :)

Kitorang dapat hamper mini.

Rakan sepasukan, Syamerra..
Fad dah balik hostel, tak dapat join sekali.. :(


Yang kanan tu, classmate Fatin, Mekna @ GBM


My cute classmates.. :)

Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada peserta2. Kita dapat mempelajari jawi dengan lebih mendalam walaupun tulisan ini sudah hampir pupus ditelan zaman. Kita juga dapat mengeratkan hubungan antara rakan sekumpulan serta memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar.

2 comments:

  1. waaa... kite pun ade.. haha.. TERBAIKKK!!! TAHNIAH fatin.. dapat no.1 tuuuu!!!:)

    ReplyDelete