Agaknya ada lagi tak orang guna diari sekarang ni? I mean buku diari..
Ada rasanya, tapi tak ramai kot.. Lagipun sekarang dah ada blog untuk orang menaip segala aktiviti harian mereka...
Tapi bagi aku, aku guna blog ini bukan sebagai diari, tapi untuk share certain cerita yang rasa ingin dikongsi dengan semua orang... Lagipun bukan semua cerita kita boleh cerita kan orang, betul tak?
Cerita pasal diari aku, dulu aku memang penulis diari yang aktif. Boleh dikatakan bila baca diari aku tu, setiap saat lah nak cerita.. Aku start tulis diari masa darjah 5. Kebanyakan aktiviti persekolahan yang banyak ditulis..
Tapi bila dah start form 4, dah kurang tulis diari sebab dah masuk asrama. Kat asrama memang tak sempat menulis diari, jadual waktu memang padat dari pagi ke malam. Siapkan homework & ulangkaji memanjang.. :)
Sekarang ni diari zaman sekolah ada dalam koleksi, 7 buah. Bila baca balik, gelak sorang2... Ye lah ayat budak sekolah memang lawak lah... Jujur je tulis apa yang dirasakan dalam hati...
Masa form 5, Ida My Sis (klik di sini utk ke blognya) ada hadiahkan sebuah diari mukminah 2010 masa my birthday. Start 2010, baru lah tulis diari balik. Tapi tu pun jarang. Buku diari ni banyak info menarik yang boleh dibaca dan dipraktikkan. Thanks a lot Kak Ida! :)
Sebab dah tertarik dengan diari muslimah tu, aku pun belilah diari muslimah bila masuk tahun 2011. Sekarang ni pun dah makin kurang tulis diari, tapi update blog rajin pulak.. ;p
sekian.. :)
Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog..
:D
Don't forget to follow this blog..
:D
No comments:
Post a Comment