Saturday, October 22, 2011

Kawan-kawan, V.I.P bukan K-POP tapi M'POCE

Dah banyak dah dengar kata orang macam2 pasal kumpulan V.I.P ni.. Bila Fatin tanya kawan2 di uni, kenal tak V.I.P? Jawab diorang, "Oh yang ala-ala K-POP tu eh?"

Hmm.. Bukan2..

Fatin sebagai salah seorang fans V.I.P ingin menegaskan bahawa V.I.P bukan K-POP Malaysia, tapi genre mereka adalah M'POCE. M'POCE merujuk kepada Malaysian Pop Dance..

Kumpulan V.I.P ini adalah artis naungan KRU. Mereka terdiri daripada Adam AF2, Fadlan, Ryan, Marlon dan Yandy.


Duduk dari kiri: Fadlan, Ryan, Adam
Berdiri dari kiri: Yandy, Marlon
sumber: fanpage V.I.P

Single pertama mereka adalah Lagu Sedih.. Korang boleh tengok klip video official di tonton.com di KRU Jukebox dalam saluran KRU TV. Tapi kalau tak ada akaun tonton, boleh tengok preview kat bawah ni.. :)



Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari fanpage V.I.P di Facebook. Mereka akan sentiasa update show terbaru di situ. Kat situ jugak ada link untuk tengok video utk show mereka.

Vokal dan tarian V.I.P memang mantap! Persembahan yang bertenaga! Tak percaya tengoklah sendiri.

Satu lagi, V.I.P ni BUKAN bermaksud Very Important Person, V.I.P adalah VERSATILITY IN PERFORMANCE.

Sekian, terima kasih. Thanks for viewing my blog! :)



V.I.P yg sgt sporting! :)

Untuk maklumat tambahan, boleh layari kawan Fatin punya blog di sini. :)

p/s:
V.I.P bakal muncul dengan single kedua yang bertajuk 'Kemarau'..
Tak sabar nak dengar & tengok.. :)

No comments:

Post a Comment