Sunday, August 07, 2011

V.I.P @ Hari Karnival SMK USJ4

Dah seminggu lebih baru nak tulis pasal ni. Fatin ajak Alia pergi ke SMK USJ4, 30 Julai lepas.
Buat apa?
Pergi tengok V.I.P perform kat sana. Seperti biasa, V.I.P update show diorang kat fb. Tu pun, malam 29 hb diorang update pasal Hari Karnival ni.

Apa lagi? Mestilah nak pergi.. Sebab? Tak jemu2 lagi nak tengok V.I.P? :)
Lagipun dah lama tak join hari karnival macam ni..

Memandangkan bulan september nanti dah nak masuk U, jadi ni lah last time boleh follow show V.I.P... Lagipun bulan puasa maybe dah susah nak pergi kot..

Jadi, Fatin dgn Alia pun pergi sana. Naik LRT dari Tmn Melati ke KL Sentral & KTM dari KL Sentral ke Subang Jaya. Mana tau jalan? Google Map kat ada.. :)

Pagi tu pulak hujan lebat. Pukul 10 kena keluar jugak sebab takut nanti tak sempat. Mak kata, "Sanggup tu..." Fatin dgn Alia hanya mampu tersenyum... :)

Sampai SMK USJ4 dlm kul 12 suku. Beli-belah & makan-makan dulu.

Bila tiba masanya, V.I.P pun sampai. V.I.P perform lagu Kena Marah Pun Tak Kisah, Mirotic, Lagu Sedih & Tiga Kata. Seperti biasa, record lah.



Dah habis tu, V.I.P bergerak ke Performers Waiting Room. Pelajar2 sekolah situ termasuklah Fatin & Alia pergi ke situ. AJK kat situ kata bagi V.I.P rest kejap. Then, baru boleh masuk.


Yang Fatin ni pulak, bawak gambar yg hari tu tak dapat sign Adam & Marlon. Jadi, Fatin pun mintaklah. Adam kata, "Oh, lepas ni dah complete lah sign V.I.P. Makin bertambah sayanglah kat V.I.P... :)



Then, ambik gambar dgn semua ahli V.I.P sekali dgn Alia bagi menjimatkan masa.


Utk dipendekkan cerita, lepas org dah lengang, kitorang masuk sekali lagi sebab Alia nak mintaksign utk lagi satu gambar. Lepas tu, Fatin & Alia ambil gambar lagi sekali tapi dengan ahli V.I.Pone by one.. Ahli2 V.I.P memang sporting bak kata Cik Eida Azhar.. ( Alamak, terpromote blog Eida pulak.. ) ;P


Secara ringkasnya, memang seronok. Tetiba teringat kata Adam, berhibur, berhibur jugak, tanggungjawab kita terhadap agama jgn sekali dilupakan..

Lepas ni, tak tahu lah boleh follow show V.I.P ke tak.
Bak kata Miasara dlm Sekali Lagi, "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi..." ;P

Utk keterangan lebih lanjut, bolehlah layari post di bawah:

p/s: Thanks a lot for viewing my blog... Salam. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa.. :D

2 comments: