Semalam (ahad) Fatin outing dgn bakal2 housemates mencari rumah sewa untuk sem 2 nanti. Kitorang mencari rumah teres sebab hari tu dah survey apartment tapi tak selesa. Kitorang 6 orang. Boleh je, tapi memang tak selesa untuk diduduki selama 3 tahun setengah.
Dah lama tak outing dengan kawan2 macam ni. Last outing masa kat Merbok dulu lah. Sebab masa kat PASUM tak outing dengan kawan2 beli barang sebab balik rumah beli kat pasaraya yang dekat dengan rumah.. :)
Selepas itu, kitorang pergi Econsave Alam Jaya untuk membeli barang2 keperluan terutamanya MAKANAN.. Banyak jugak lah kitorang memborong.. penuh troli.. ;)
Then, kitorang makan tengah hari di Restoran SA Beriani.
Balik semula ke Econsave untuk solat zuhur. Setibanya di toilet, kitorang nampak puntung rokok bersepah dalam sink. Bau rokok sangat kuat. Kitorang dah fikir pelik. Perempuan kat sini hisap rokok jugak ke? Then, ___ tegur yang kitorang dah masuk tandas LELAKI! ___ sikit lagi nak masuk tandas. Apa lagi, kitorang berlari menjerit dengan kelam kabut ke tandas wanita. Huh.. Nasib baik ada orang perasan. Kalau orang lain nampak, malu kitorang.. huhu..
Fatin sendiri pun seriously tak perasan tu tandas lelaki. Selalu kalau nak masuk memang akan tengok signboard dua tiga kali. Tapi maybe sebab dah ada kawan, dengan confident masuk tandas tu tanpa melihat signboard di pintu. Ini dinamakan kepercayaan kepada kawan.. huhu..
Sambung cerita, kitorang dah tak tau nak pergi mana.. Rumah semua dah tengok, masuk, teliti dan buat keputusan. Kereta sewa dah sewa setengah hari, so ada banyak masa lagi. Kitorang plan nak pergi Shah Alam. Tapi tak sure, try tengok jalan. Btw, sangat tabik spring kepada Ika sebab menjadi driver kitorang sepenuh masa. Dah lah kereta Iswara tu manual. Sangat tabik.. Kitorang hanya mampu memberikan semangat kat Ika bila dia drive.
Actually kitorang dah book kereta sewa awal2, tapi last minit, pagi hari tu jugaklah kereta tu rosak. Tak boleh pakai. Tapi ada hikmah jugak. Maybe nanti tengah bawak ada apa2 ke.. Then, kitorang minta kereta lain kat org lain. Nasib baik ada, tapi kereta manual lah..
Kitorang semua tak biasa bawak kereta manual. Tambah-tambah lagi Fatin.. Last bawak kereta, masa 19 mei 2010, masa test jpj. Lepas tu dah tak bawak sampai sekarang. Kalau try bawak, ambil masa lah kot..
Don't forget to follow this blog.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The Author
Followers
Total Pageviews
ADs
Popular Posts
Labels
myself
(138)
friends
(76)
sharing is caring
(62)
V.I.P
(60)
optometry
(58)
events
(53)
family
(45)
jjmm
(21)
review
(21)
Adam
(19)
birthday
(19)
makan2
(18)
Fadlan
(17)
keychains
(14)
entertainment
(9)
film
(9)
novel
(9)
usrahmates
(7)
jalan2
(6)
sport
(6)
shopping
(4)
MOSSE
(3)
Tips
(3)
contest
(3)
recipe
(3)
contact lens
(2)
Blog List
-
Why I English2 months ago
-
-
-
I CUT APPLE A PARENTING5 years ago
-
-
Bustel Klebang9 years ago
No comments:
Post a Comment