Tuesday, May 31, 2011

V.I.P @ Wangsa Walk Mall


...Sambungan entri Kenali Kumpulan V.I.P.
(boleh pulak buat sambungan, ingat ni drama bersiri ke? Apapun, ni entri terakhir bg topik ni.)

Lupa nak beritahu utk kumpulan V.I.P, maksud VIP bukan Very Important Person..
Actually, it stands for Versatility In Performance.. Utk keterangan lanjut boleh melayari fanpage V.I.P di sini.

Sebelum habis persembahan V.I.P pada hari itu, tetiba terdengar yg pengacara/pengerusi majlis cakap yg V.I.P akan buat lagi persembahan esok.. (Apa lagi, mestilah nak pergi lagi..)

Bercerita tentang V.I.P. ni, anggotanya terdiri drpd Adam AF, Marlon, Yandy, Ryan dan Fadlan. Setelah meneliti fanpages mereka, baru tau yg Marlon, Yandy dan Ryan tu kumpulan B.A.D Boys.. (better late than never..)

Lagi satu, tgk muka salah seorang ahli tu, yang berambut perang, tinggi, muka dia macam Fadlan dlm Pertandingan Kacak Bergaya dlm Pancaindera.. Xtau lah betul ke x.. Tapi bila dah tgk2 fanpage Fadlan kat fb, eh betullah tekaan saya.. Kuat jgk daya ingatan saya.. :)
(Petua, makanlah kismis banyak2.. selawat sebelum makan..)

Keesokan harinya..

Mengikut jadual V.I.P, dari fanpage,

V.I.P Etiqa
tarikh :22may2011
tempat :wangsa walk
masa :2-3pm

V.I.P akan membuat persembahan (majalah remaja)
tarikh :22may2011
tempat :KL CENTRAL
masa :3.30-4pm

V.I.P akan membuat persembahan sempena KONSERT GEGAR BELIA 2011
tarikh :22may2011
tempat :taman botani tasik perdana
masa :5-7pm

Kalau ikutkan, yg boleh pergi, Wangsa Walk je lah.. Bcoz paling dekat.. KL Sentral boleh gak.. Dgn adanya pengangkutan awam, kemana shj boleh pergi.. :)

Jadinya, lps zuhur bertolak dgn Alia (adik) yg jgk beria nak ikut.. Yg paling tak tahan, ada hati nak minta sign dari diorang.. ish2..(Saya dah pernah dpt sign dari Dafi AF dan Diana Danielle.. Minta maaflah, kalau dah minat, dah x boleh nak buat apa.. Fatin, Fatin..) Bawa majalah yezz tahun 2008 yg coverstory nye Adam serta gambar V.I.P yg diprint.

Utk dipendekkan cerita.. Sampai sana dlm pukul 2.30ptg..

Tgk persembahan diorang.. Suka tgk cara diorang menari.. Mmg bertenaga dan best!

Bila time Shima nyanyi, pergi kat belakang pentas, minta sign kat Yandy dulu.. Then, minta kat Ryan.. Ryan agak terkejut sbb mukanya nampak separuh kat gambar tu.. (Sorry Ryan, itu adalah kesilapan teknikal.. Bukan salah saya.. :) )

Tengok reaksi org sekeliling kat situ (x tau sape..), "Wah, dah ada peminatlah korang!" katanya kat V.I.P. Then, ahli V.I.P pun agak kagum ngan gambar yg diprint tu.. (Dlm hati, entah2 saya sorang je yg beria nak minta autograf.. Tebalkan lah muka..)

Lepas itu, Ryan panggil Fadlan keluar dari booth diorang.. Fadlan pulak sign.. Yg x tahannya boleh pulak penutup marker tu jatuh.. aduhai.. sabar je lah.. )


X nampak sgt sbb gelap background gambar tu..
Tapi Adam & Marlon x sempat nak sign.. :(

Masa tu Yandy dan Marlon tgh menari utk persembahan Adam. Jadi, saya bergambar dgn Fadlan dan Ryan je.. Lepas habis tu, minta autograf drpd Adam kat majalah Yezz.. Masa tu mmg agak nak cepat sbb diorang nak pergi Kl Sentral pulak..




Kesimpulan daripada entri ni, ada hikmah saya x dpt tgk Nur Kasih hari tu.. Kalau tidak mungkin saya x kenal siapa V.I.P ni.. Jadi, mulai sekarang, saya bergelar peminat/penyokong kumpulan V.I.P.. Saya tak sangka akan jadi peminat yg agak fanatik dlm sekelip mata.. Tak sabar nak tgk klip video Lagu Sedih.. Mesti best!

p/s:
Thanks a lot to V.I.P (Ryan, Fadlan, Yandy), Adam x dpt nak bg link bcoz x dpt nak add, fb dia dah penuh) sbb sudi baca entri Kenali Kumpulan V.I.P. Saya doakan korang berjaya dlm industri muzik di tanah air & antarabangsa.. Insya-Allah.. Cayalah korang! All the best to u all!

-TAMAT-

(akan bersambung jika ada show V.I.P yg saya akan pergi)

No comments:

Post a Comment