Wednesday, August 31, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54


Tahun ini kita sambut merdeka sambil berhari raya,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia,
Tema tahun adalah 1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera,
Bersama-samalah kita mengekalkan kemerdekaan yang sedia ada,
Semoga Malaysia terus berjaya...

1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Thanks for viewing my blog!
:)

Tuesday, August 30, 2011

Raya di Kuala Lumpur

Tahun ni sepatutnya kami sekeluarga beraya di kampung sebelah ayah di Sungkai, Perak. Tapi, tahap kesihatan ayah tidak mengizinkan kami untuk pulang ke kampung halamannya. Justeru, atuk opah balik dari kampung ke rumah kami untuk beraya. Terbalik pulak! :)

Ayah dah didaftar masuk ke hospital pada 26 Ogos lalu. Setelah menerima rawatan, dia pulang ke rumah pada 29 Ogos. Namun, tahap kesihatan beliau masih belum sembuh sepenuhnya.

Tanggal 1 Syawal, kami sekeluarga beraya di rumah nenek yang terletak berdekatan dengan rumah kami. Kira-kira 10 minit perjalanan, dah boleh sampai. Jalan kaki pun boleh sebenarnya, tapi takkan pagi raya nak baju lawa bermandi peluh kot.. ;p

Namun, tahun ini kami tak dapat berpeluang beraya di rumah nenek sebab nenek telah pulang ke rahmatullah januari lalu. Atuk pula telah lama meninggalkan kami. Jadi kami beraya bersama saudara-mara di situ.

Juadah hari raya di rumah nenek semestinya laksa! Memang sodapp! :)

Lupa nak bercerita tentang baju raya pada tahun ini. Kami semua berpakaian serba kelabu... Biasanya tema warna ini ditetapkan oleh kakak sulung saya, Kak Diana..

Dari kiri berdiri: Taufiq (abang), Alia (adik), Diana (kakak), Fendi (abang ipar),
Fatin, Faris (adik)
Dari kiri duduk: mak & ayah

p/s:
Memang niat nak tulis blog macam ayat karangan sekolah pun... ;P
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54!
Jemputlah datang ke rumah saya!
Thanks for viewing my blog...
:)



Friday, August 26, 2011

PINK CARD

24hb lepas ada sampul surat berwarna pink sampai rumah.
Surat dari Australia.
Mak kata satu lagi dah bukak, kad raya utk famili.

Giliran saya utk bukak surat!

Wahhh!

Kad yg cantik, menarik, tertarik!

Senyum sampai ke telinga...

Kira hadiah birthday yg 1st utk tahun ini...



Kasut dgn beg tu timbul & berkilau! :)
Thanks a lot Kak Ida a.k.a Noor Hidayah!

p/s:
post ni ada makna...
bukan saja2...
hehe..
apa lagi 2 september, cepatlah tiba...
:D
thanks 4 viewing my blog!

Tuesday, August 23, 2011

Dah dapat RM100...

Minggu lepas dah dapat cek drpd Hot fm... Seronok! Ni yg nak masuk contest lagi ni...
Tapi ada syarat2 nya..

Gambar sampul sudah.. :)

Kalau dah menang ni, tak boleh masuk contest ni utk sebulan..

"Mereka yang telah memenangi sesuatu hadiah drpd Hot fm dalam masa 30 hari penyertaan peraduan tersebut yang apabila dinilai secara individu atau kolektif mencapai RM100.00 melainkan dinyatakan sesalinnya."

Insya- Allah lagi sebulan nak join lagi lah.. Hihi.. Anda try lah pulak, mana tau rezeki... :)

Monday, August 22, 2011

Lagu raya

Sejak isnin lepas (15 ogos) dah start dengar lagu raya berkumandang di radio dengan rancaknya di setiap stesen radio...
Mood raya dah semakin terasa...

Cerita pasal lagu raya, tetiba nak listkan carta lagu raya yang paling kerap diputarkan di mp4 atau dengan kata lain, lagu favourite di hari raya...

1. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
(dah banyak artis nyanyi balik lagu ni, tapi bak kata cicakman,
yang original lagi baik dari klon.. ;D )

2. Sesuci lebaran - Siti Nurhaliza

3. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza

dan banyak lagi...

Thursday, August 18, 2011

Bukan yang kelima


Kelmarin (selasa) kerja macam biasa. Sambil dengar Hot fm 21, tetiba ada isyarat memanggil untuk mana lagu tu?

Clue utk segmen tu,

"Bukan sekadar angka, tapi untuk remaja." (Lebih kurang macam tu lah, tak ingat sangat)

Dengan serta merta jawapan terlintas di kepala! Forteen! Berdua bersatu!

Terus call Hot fm... Hati berdebar-debar macam nak menang... ;p

Leya: Hello hot fm, siapa di sana?
Fatin: Fatin.
Leya: Sorry Fatin, anda pemanggil ketiga.
Fatin: Ok, tq..
Leya: No problem.

Letak telefon. Call lagi. Tak dapat. Network busy. Try lagi.

Leya: Hello hot fm, siapa di sana?
Fatin: Fatin.
Leya: Sorry Fatin, anda pemanggil... keempat.
Fatin: Ok, tq..

Letak telefon. Call lagi. Tak dapat. Network busy. Call lagi. Network busy.

Hmm... Tak de rezeki utk kali ini... Tapi terkejut jugak sebab dapat tembus talian... :)

p/s:
Usaha tangga kejayaan. Gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya...
Sekarang tengah tunggu RM 100 dulu tu...
Best jugak lagu Berdua Bersatu dari Forteen tu... :D


Pinjam dari page Forteen..

Thanks for viewing my blog!
:)

Tuesday, August 16, 2011

Dari hujung Gombak ke hujung Kelana Jaya

Semalam kerja macam biasa. Tapi Aminah tak kerja. So, Fatin pergi sorang2. Plan nak pergi awal sebab bulan puasa balik awal... Nak ambil bas pukul 8 pagi. Then, lepas salam ayah, ayah tanya pergi kerja dgn kawan biasa tu ke, Fatin pun cakaplah pergi sorang. Lepas tu, ayah offerutk hantar sampai Taman Melati.

8.15 pagi sampai Taman Melati. Kalau ikut masa, maybe sampai ofis pukul 9.00 pagi. Awalnye!
Biasa sampai nak dekat pukul 10.. :)

Jadinya, Fatin pun perlu membuang sedikit masa yang ada... Sebab takut nanti ofis tak bukak lagi or tak ramai orang yang datang lagi...

Fatin pun buang masa yang ada dengan menaiki stesen dari Taman Melati patah ke Gombak (yang dahulunya Terminal Putra) ke Kelana Jaya. Seterusnya dari Kelana Jaya ke Kerinchi...




Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam...
Dapatlah menikmati pemandangan di luar LRT...
Ni 1st time sampai ke LRT Kelana Jaya walaupun tak turun...

Sampai ofis 9.20pagi... :)

p/s:
-Jangan tiru tabiat ini.
-Tabiat ini hanya boleh dilakukan oleh orang tertentu pada masa yang tertentu dengan cara tertentu atas sebab tertentu di tempat yang tertentu.. (ok, sudah-sudahlah tu nak merepek)
-Jangan suka membuang masa kerana masa itu emas.
-Fatin buat kerja sebegini rupa kerana memikirkan itulah jalan terbaik daripada berlegar-legar di sekitar luar bangunan ofis nanti.. :)

Monday, August 15, 2011

72, 73, 74...


72, 73, 74...

Apa yg 74?

Jumlah keychain setakat ni..
Kak Ana bagi lagi 2 keychain...
1 keychain penyu dari Terengganu.
1 lagi keychain kanggaru yang mak beli dari Australia..
1 lagi keychain bentuk love yang diperbuat dari batu gunung berapi dari Bandung.




Dah banyak jugak koleksi keychain ni..
Nak buat apa banyak2 ni?
Nanti bila2 boleh bagi org kot..
:)

Kalau keychain dah sampai 100 nanti
boleh la dimahkotakan sebagai
RATU KEYCHAIN
;)

ok, sudah-sudah lah tu..

-thanks for viewing my blog-
:D

Sunday, August 14, 2011

Percubaan Pertama

Cuba dalam percubaan pertama
Cuba mereka-reka cerita
Cerita sini sana
Otak berfikir tentang apa yang nak dikata

Biarkan jari-jari kanan kiri
Bergerak sendiri
Menekan kekunci
Mengikut kata hati

Berjaya atau tidak
Kuperlu berpijak
Atas bumi yang nyata
Dengan izin Yang Maha Esa

p/s:
Try nak tulis blog macam seorang pelakon tu.. Suka baca ayat dalam blog dia..
Amacam, ok tak? :)

Saturday, August 13, 2011

Plaza Sungei Wang


Hari khamis lepas (11 ogos) Fatin pergi Plaza Sg. Wang.

Sebab?
Nak pergi beli brg2 keperluan nak masuk U nanti.

Apa ke jauh sampai ke Sg. Wang?
Hehe.. Sebab nak tengok V.I.P... :)

Beli apa?
Barang2 keperluan... Dan jugak barang2 yang kakak di Australia pesan...

Masa beli barang kat Sinma, cashier tu offer utk buat kad.
Dalam hati, Sinma ada kat eh? Tak tau pun..
OK, Fatin pun isi borang & buat kad... Dia cadangkan buat kad sebab bil saya RM12.90.


Cashier: Isi borang ni. Birthday bila?
Fatin: 2 Sept.
Cashier: OK, saya bagi 50% birthday voucher. Nanti, boleh guna. Guna tau, jgn tak guna pulak..
Fatin: OK, thank you. :)



Then, saya tunggu V.I.P sampai. Dalam pukul 5.50 ptg, V.I.P datang. Sebelum tu, Fatin sempat borak2 dgn Amelia & Kak Weeda.

Dengan izin-Nya, Fatin sempat ambil gambar V.I.P. Tapi tak sempat nak tgk diorang perform. Fatin kena balik sebab nanti tak sempat sampai rumah sebelum berbuka.

Puas hati jugak sebab dapat ambil gambar sebelum balik


Fatin tak sure Fadlan & Marlon memang senyum pandang kamera atau kebetulan
memandang kamera saya



Kat situ ada rakaman Paparazzi Aidilfitri, tapi sayalah paparazzi pada hari tu.. ;)

Thanks for viewing my blog...

p/s:
Jangan lupa 2 Sept. nanti...
;)

Friday, August 12, 2011

Pemeriksa kertas sambilan

Fatin kini bergelar pemeriksa kertas sambilan.. huhu.. Tak de lah sampai kertas UPSR, PMR orSPM.. Kertas ujian selaras je.. :)

Fatin tolong tanda kertas ujian selaras 2 science year 2.. Sambil2 tanda kertas, ada lah sikit rasa macam cikgu... Menanda dengan penuh perasaan...

Teringat kata-kata cikgu kat sekolah dulu, "Tulisan kena jaga, nanti pemeriksa senang nak tanda."

Tak semestinya kat sekolah, sampai masuk U pun tulisan kena jaga jugak.. Nanti pemeriksa mudah nak tanda. Semakin masuk tahap yang lebih tinggi, makin panjanglah esei yang akan 'dikeluarkan' masa exam.. Jadi tulisan perlu dijaga...

Bila dah jadi pemeriksa kertas sambilan ni, rasa bahagia je menanda kertas murid yang bertulisan cantik dan kemas... Pensel pulak hitam pekat dan jelas, tanpa kesan memadam yang tinggal. Tambah-tambah lagi dengan jawapan yang betul.. Memang seronok..

Antara tulisan yang kemas & markah yang tinggi

Tapi mungkin tak benar-benar feeling jadi cikgu macam mak, rasa seronok kejap aje...

Bila tengok mak tanda kertas dgn jawapan budak yang banyak betul, mak rasa gembira sebab murid tu faham apa yang mak ajar.. Itulah impian seorang guru, inginkan yang terbaik untuk anak didiknya.. Faham apa yang diajar, cemerlang dalam peperiksaan..

Di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih kepada semua guru & pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya, terutama sekali kepada mak saya... Hargailah jasa guru anda.. Tanpa didikan mereka, mungkin kita tak berjaya ke tahap ini... :)

Thanks for viewing my blog... :D

Thursday, August 11, 2011

Terima kasih Olen!

Terima kasih Olen a.k.a Siti Nur Olen!

Sebab beri kerjasama tak kacau orang tengah solat tarawih.. I mean Olen tak lalu lalang atau duduk atas sejadah masa orang tengah solat... Memahami betul... :)

Masa kami dah selesai witir, terus Olen datang dekat dgn ayah. Waktu tu Olen tengok muka ayah & atuk tengah berzikir. Comel sangat! Lepas tu mata berkelip-kelip... Maybe cuba menghayati kot...




makan tido, makan tido, mana tak obesiti... ;p

Tetiba teringat kat kucing kat Merbok dulu. Masa solat kat surau boleh dia catwalk sepanjang saf. Dah tak fokus nak solat. Lepas tu pulak, duduk baring kat mana-mana depan muslimah yang bertuah. Tapi kita kena faham, kucing itu binatang.. Kenalah sabar dan alihkannya ke luar..

Thanks for viewing my blog! :)

p/s: Kak Ida, pinjam gambar Olen eh.. ;)

Wednesday, August 10, 2011

Bubur Lambuk Kampung Baru

Alhamdulillah... Tahun ni berpeluang lagi utk makan bubur lambuk Kg Baru.. :)

Tadi Fatin pergi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) utk ambil result X-ray & medical check-up. Balik tu, ayah singgah Kampung Baru utk beli bubur lambuk...

Tujuan post ni just nak beritahu yang bubur lambuk Kampung Baru tu memang sedaaap! Terbaik!

Apa yang terbaik? Boleh la layari Kehebatan Bubur Lambuk Kg Baru untuk maklumat lanjut. Walaupun post tu tahun lepas punya, rasanya tak banyak beza point yang nak disampaikan..

Masa beli bubur lambuk Pak Hassan baru pukul 3.30 ptg. Nak tunggu utk ambil bubur percuma kat Masjid Jamek Kg Baru kena tunggu lagi setengah jam.. Jadi, terus pulang ke rumah...


Balik rumah memang tak sabar nak makan makanan kegemaran yang berada dalam carta makanan kegemaran di bulan puasa Fatin tuh... (Fatin, Fatin, makanan pun ada carta..)

p/s:
Kalau dah nama makanan kegemaran, makan memang bertambah-tambah!
Tapi kena beringat jugak, berhenti sebelum kenyang... :)
Thanks for viewing my blog! Selamat berpuasa dan selamat berbuka dengan bubur lambuk.. Ingat bubur lambuk, ingat Fatin... ;p

Tuesday, August 09, 2011

hari ini kesaBARANku diuji...

Hari ni dah puasa ke-9.. Hari ni Fatin kembali kerja part time..

Puasa macam biasa, kerja macam biasa...

Balik kerja, dlm kul 4.45 ptg.. Naik LRT dari Kerinchi ke Taman Melati.. Dalam LRT tu, dapatlah duduk bila sampai Masjid Jamek.. Alhamdulillah.. Boleh la melelapkan mata kejap.. :)

Then, bila bukak mata dah sampai Setiawangsa.. Hujan lebat kat luar.. Guruh berdentum kuat.. Petir sabung-menyabung.. (Sudah-sudah la mengekpresikan suasana tu.. )

Dengan keadaan yg agak terkejut.. "Cepatnya dah sampai Setiawangsa.."

Lepas tu, pintu tren tak tertutup. Lama jugak la.. "Tak pe, kejap je tuh.. " Try pujuk diri sendiri. Tunggu punya tunggu.. Setengah jam! Dah elok2 tadi tengok jam, bajet kul 5.30 ptg ambik bas,
6 ptg sampai umah..

Jam 5.50 ptg, barulah tren gerak.. Tu pun sempat lagi Fatin terlelap balik.. Lepas tu, otw nak ke Sri Rampai, tren berhenti. OK. Ala, biasalah tu, tren berhenti tengah2 jalan. Sebab nak tunggu tren sebelumnya gerak dulu.

Tapi...

Yang tak OK nye, tren tu patah balik! Tidak! Tadi dah lega tren dah gerak, tapi kenapa patah balik wahai tren? Lagi dua stesen nak sampai...

Ada suara2 budak balik dari tusyen, "Weyh, kenapa patah balik??"

Tengok jam.. Tak taulah nak sampai rumah pukul berapa.. hmm..

Sampai Setiawangsa, penumpang dikehendaki turun dari tren.. Pulak? Sabar2... Penat, letih, lemas, ramai orang, rasa nak mengamuk, semua ada... Tapi kita perlu berSABAR.

Penumpang ke Gombak dikehendaki menunggu di Platform 1. Tren akan dipandu secara manual. Dalam kurang setengah jam, dah boleh masuk tren. Dah macam ikan sardin dalam LRT tu.. Dulu pernah jugak jadi macam ni, tahun lepas, tapi masa tu Fatin dengan Aini, kena turun dekat KLCC kalau tak silap... Tapi masa tu bukan bulan puasa...

Dalam keadaan penat, mengantuk... Alhamdulillah, sampai Taman Melati, bas sampai.. :)

Actually, Fatin tak de lah panas BARAN sangat.. kot.. :)

Ada satu mutiara kata, "Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak boleh menemukan jalan keluar.."

Kesimpulannya, banyakkanlah bersabar, kerana sabar itu separuh daripada iman... :)

Thanks for viewing my blog... Selamat menunaikan ibadah puasa & solat tarawih.. :D




Sunday, August 07, 2011

V.I.P @ Hari Karnival SMK USJ4

Dah seminggu lebih baru nak tulis pasal ni. Fatin ajak Alia pergi ke SMK USJ4, 30 Julai lepas.
Buat apa?
Pergi tengok V.I.P perform kat sana. Seperti biasa, V.I.P update show diorang kat fb. Tu pun, malam 29 hb diorang update pasal Hari Karnival ni.

Apa lagi? Mestilah nak pergi.. Sebab? Tak jemu2 lagi nak tengok V.I.P? :)
Lagipun dah lama tak join hari karnival macam ni..

Memandangkan bulan september nanti dah nak masuk U, jadi ni lah last time boleh follow show V.I.P... Lagipun bulan puasa maybe dah susah nak pergi kot..

Jadi, Fatin dgn Alia pun pergi sana. Naik LRT dari Tmn Melati ke KL Sentral & KTM dari KL Sentral ke Subang Jaya. Mana tau jalan? Google Map kat ada.. :)

Pagi tu pulak hujan lebat. Pukul 10 kena keluar jugak sebab takut nanti tak sempat. Mak kata, "Sanggup tu..." Fatin dgn Alia hanya mampu tersenyum... :)

Sampai SMK USJ4 dlm kul 12 suku. Beli-belah & makan-makan dulu.

Bila tiba masanya, V.I.P pun sampai. V.I.P perform lagu Kena Marah Pun Tak Kisah, Mirotic, Lagu Sedih & Tiga Kata. Seperti biasa, record lah.



Dah habis tu, V.I.P bergerak ke Performers Waiting Room. Pelajar2 sekolah situ termasuklah Fatin & Alia pergi ke situ. AJK kat situ kata bagi V.I.P rest kejap. Then, baru boleh masuk.


Yang Fatin ni pulak, bawak gambar yg hari tu tak dapat sign Adam & Marlon. Jadi, Fatin pun mintaklah. Adam kata, "Oh, lepas ni dah complete lah sign V.I.P. Makin bertambah sayanglah kat V.I.P... :)



Then, ambik gambar dgn semua ahli V.I.P sekali dgn Alia bagi menjimatkan masa.


Utk dipendekkan cerita, lepas org dah lengang, kitorang masuk sekali lagi sebab Alia nak mintaksign utk lagi satu gambar. Lepas tu, Fatin & Alia ambil gambar lagi sekali tapi dengan ahli V.I.Pone by one.. Ahli2 V.I.P memang sporting bak kata Cik Eida Azhar.. ( Alamak, terpromote blog Eida pulak.. ) ;P


Secara ringkasnya, memang seronok. Tetiba teringat kata Adam, berhibur, berhibur jugak, tanggungjawab kita terhadap agama jgn sekali dilupakan..

Lepas ni, tak tahu lah boleh follow show V.I.P ke tak.
Bak kata Miasara dlm Sekali Lagi, "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi..." ;P

Utk keterangan lebih lanjut, bolehlah layari post di bawah:

p/s: Thanks a lot for viewing my blog... Salam. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa.. :D

Saturday, August 06, 2011

Bazar Ramadhan Wangsa Maju

Petang tadi Fatin & Alia ikut Kak Ana pergi Bazar Ramadhan Wangsa Maju.

Sebelum tu, singgah Jusco Wangsa Maju jap. Beli barang sikit utk masuk U nanti.

Agak jarang jugak pergi Bazar Ramadhan. Tahun lepas, pergi Bazar Ramadhan kat dgn stesen LRT Universiti sekali dua je.

Jalan2 kat bazar ramadhan memang memerlukan banyak kesabaran.
Sabar dgn kehadiran ramai orang.
Sabar dgn bau hidangan yang menyelerakan
Sabar dgn hidangan yang menarik
Sabar dgn keinginan membeli banyak makanan

Tapi dalam banyak2 makanan, yang ada dalam carta makanan kegemaran Fatin masa bulan puasa:
1) bubur lambuk Kg Baru
2) air tebu
3) tepung pelita

Setelah habis meronda, akhirnya kitorang berjaya membeli ayam percik, kuih talam, air mata kucing dan samosa. Yang paling lama nak tunggu, ayam percik Abe. Beratur! Memang terbukti kesedapannya.. :)

Lagi satu yang menarik perhatian Fatin kat situ...

Ada seorang atuk membawa 5 orang cucunya. Atuk tu memimpin tangan cucu yang paling kecik, dalam lingkungan 2 - 3 tahun. Lagi 4 orang kena pimpin tangan secara berdua-dua. Yang comelnya, tengok berdua-dua tu.. Ikut je belakang atuk diorang.

Tapi ada sorang drpd cucu lelaki dia tu buat hal. Tak nak dipimpin tangan oleh kakaknya (maybe.. tak pun sepupu).
Atuk pun marahlah budak tu. Budak tu dgn takutnya, lalu patuh arahan atuknya.. Entah la, bila tengok budak-budak tu berjalan di belakang atuk diorang mengikut arahan buatkan Fatin tersenyum sorang2. Nak tergelak pun ada. Comel je diorang tuh..

Bila tengok balik, macam susah je utk atuk tu nak handle 5 orang cucu dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun.. Macam2 kerenah diorang tu.. Tu pun bila lalu kat sebelah diorang, sorang cucu tu mengadu apa ntah kat atuk dia.. :)

p/s: Thanks for viewing my blog... Selamat berpuasa... :)

Wednesday, August 03, 2011

Cabutan bertuah

Semua orang mesti suka dengan cabutan bertuah a.k.a lucky draw kan? Termasuklah fatin sendiri. Ye lah, hadiah menarik, mahal & gempak, siapa yang tak nak kan?

Nak cerita sedikit tentang cabutan bertuah yg pernah fatin dapat. Kalau tak silap, ini 1st time dpt cabutan bertuah!

Actually dah lama dapat, tapi baru nak cerita.. Hihi... Dapat masa pergi forum 'We Are Beautiful, Allah Loves Us' April lepas. Alhamdulillah, fatin bertuah pada masa itu...

Fatin dapat shawl belang merah biru, Album Maher Zain Edisi Platinum & senaskhah tafsir Al-Quran. Seronok sangat! Ye lah, bukan selalu dpt cabutan bertuah ni... Bila dah dapat seronok yg tak terkata.. :D



Pada pendapat fatin, cabutan bertuah ni rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki kita, kita dapatlah. Kalau tak, mungkin hari lain kita akan dapat.. Syukurlah dgn apa yang Tuhan dah kurniakan kepada kita.. :)

-terima kasih sebab meluangkan masa-
-kalau sudi share lah pasal lucky draw kalian pulak-
:)

Tuesday, August 02, 2011

New Keychain

Seperti biasa, bila jalan2, nampak keychain yg menarik hati, belek2, fikir dua tiga kali & beli. Aku ternampak high heel keychain yg comel.. Mmg kena beli sebab tak de lagi jenis macam tu lagi dalam koleksi..

Kiranya sekarang ni angka keychain telah mencapai 71! :)

Satu lagi Diana My Sis bagi keychain Trans Studio dari Bandung. Thanks a lot Kak Ana! :)


Monday, August 01, 2011

Selamat Datang Ramadhan 1432H

Selamat datang Ramadhan
Bulan yang diwajibkan berpuasa bagi umat Islam
Marilah melaksanakan rukun Islam ketiga
Marilah kita sama-sama melipat gandakan amalan kita

Bersahur
Berzikir
Bersedekah
Membaca Al-Quran
Menunaikan solat tarawih
Kurangkan perbuatan yang sia-sia

Kurma
Bubur lambuk, Tepung pelita
Pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa
Namun, sama-samalah kita elakkan pembaziran semasa berbuka

Selamat berpuasa! :)