Tahun ni sepatutnya kami sekeluarga beraya di kampung sebelah ayah di Sungkai, Perak. Tapi, tahap kesihatan ayah tidak mengizinkan kami untuk pulang ke kampung halamannya. Justeru, atuk opah balik dari kampung ke rumah kami untuk beraya. Terbalik pulak! :)
Ayah dah didaftar masuk ke hospital pada 26 Ogos lalu. Setelah menerima rawatan, dia pulang ke rumah pada 29 Ogos. Namun, tahap kesihatan beliau masih belum sembuh sepenuhnya.
Tanggal 1 Syawal, kami sekeluarga beraya di rumah nenek yang terletak berdekatan dengan rumah kami. Kira-kira 10 minit perjalanan, dah boleh sampai. Jalan kaki pun boleh sebenarnya, tapi takkan pagi raya nak baju lawa bermandi peluh kot.. ;p
Namun, tahun ini kami tak dapat berpeluang beraya di rumah nenek sebab nenek telah pulang ke rahmatullah januari lalu. Atuk pula telah lama meninggalkan kami. Jadi kami beraya bersama saudara-mara di situ.
Juadah hari raya di rumah nenek semestinya laksa! Memang sodapp! :)
Lupa nak bercerita tentang baju raya pada tahun ini. Kami semua berpakaian serba kelabu... Biasanya tema warna ini ditetapkan oleh kakak sulung saya, Kak Diana..
Dari kiri berdiri: Taufiq (abang), Alia (adik), Diana (kakak), Fendi (abang ipar),
Fatin, Faris (adik)
Dari kiri duduk: mak & ayah
p/s:
Memang niat nak tulis blog macam ayat karangan sekolah pun... ;P
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54!
Jemputlah datang ke rumah saya!
Thanks for viewing my blog...
:)
No comments:
Post a Comment