Puasa macam biasa, kerja macam biasa...
Balik kerja, dlm kul 4.45 ptg.. Naik LRT dari Kerinchi ke Taman Melati.. Dalam LRT tu, dapatlah duduk bila sampai Masjid Jamek.. Alhamdulillah.. Boleh la melelapkan mata kejap.. :)
Then, bila bukak mata dah sampai Setiawangsa.. Hujan lebat kat luar.. Guruh berdentum kuat.. Petir sabung-menyabung.. (Sudah-sudah la mengekpresikan suasana tu.. )
Dengan keadaan yg agak terkejut.. "Cepatnya dah sampai Setiawangsa.."
Lepas tu, pintu tren tak tertutup. Lama jugak la.. "Tak pe, kejap je tuh.. " Try pujuk diri sendiri. Tunggu punya tunggu.. Setengah jam! Dah elok2 tadi tengok jam, bajet kul 5.30 ptg ambik bas,
6 ptg sampai umah..
Jam 5.50 ptg, barulah tren gerak.. Tu pun sempat lagi Fatin terlelap balik.. Lepas tu, otw nak ke Sri Rampai, tren berhenti. OK. Ala, biasalah tu, tren berhenti tengah2 jalan. Sebab nak tunggu tren sebelumnya gerak dulu.
Tapi...
Yang tak OK nye, tren tu patah balik! Tidak! Tadi dah lega tren dah gerak, tapi kenapa patah balik wahai tren? Lagi dua stesen nak sampai...
Ada suara2 budak balik dari tusyen, "Weyh, kenapa patah balik??"
Tengok jam.. Tak taulah nak sampai rumah pukul berapa.. hmm..
Sampai Setiawangsa, penumpang dikehendaki turun dari tren.. Pulak? Sabar2... Penat, letih, lemas, ramai orang, rasa nak mengamuk, semua ada... Tapi kita perlu berSABAR.
Penumpang ke Gombak dikehendaki menunggu di Platform 1. Tren akan dipandu secara manual. Dalam kurang setengah jam, dah boleh masuk tren. Dah macam ikan sardin dalam LRT tu.. Dulu pernah jugak jadi macam ni, tahun lepas, tapi masa tu Fatin dengan Aini, kena turun dekat KLCC kalau tak silap... Tapi masa tu bukan bulan puasa...
Dalam keadaan penat, mengantuk... Alhamdulillah, sampai Taman Melati, bas sampai.. :)
Actually, Fatin tak de lah panas BARAN sangat.. kot.. :)
Ada satu mutiara kata, "Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak boleh menemukan jalan keluar.."
Kesimpulannya, banyakkanlah bersabar, kerana sabar itu separuh daripada iman... :)
Thanks for viewing my blog... Selamat menunaikan ibadah puasa & solat tarawih.. :D
No comments:
Post a Comment