Wednesday, July 27, 2011

Yeay! Alhamdulillah.. Menang RM 100!

Alhamdulillah...

Memandangkan hari ni tak kerja, jadi aku pun wat reminder utk dengar HOT FM 21 dengan harapan nak menang contest HOT FM MANA LAGU TU? utk segmen menu muzik dengan Leya. Kadang2 aku dengar sebab nak tau Lagu Sedih tangga ke berapa...

Jadi, bila alarm dah berbunyi, aku pun dengarlah radio menerusi handphone. Sambil itu, pen & kertas di tangan menulis senarai lagu yang tersenarai dalam HOT FM 21.

Dalam HOT FM 21 jugak ada contest teka barangan buatan Malaysia. Try jugak call tapi tak berjaya. Network busy. Tak pe lah, x de rezeki..

Then, teruskan mendengar lagi. Jam 2.39 ptg, aku berjaya menembusi talian! Terkejut sebenarnya.. Sebelum tu, Leya Hot fm kata, "Clue utk Hot fm mana lagu tu adalah album All of you. Boleh call sekarang dan boleh google.."

Dengan tak sepantas kilat, tangan kiri terus call & tangan kanan google jawapan. Tapi dua tiga kali jugak try, tapi tak tembus jugak.

Tetiba.. Tut.. Tut..

OMG! Tembus?

Then, Leya tanya nama, no hp & tempat. Then, dia kata ok, fatin kita akan buat rakaman...

Rakaman bermula...

Leya: Hello Fatin dari Kuala Lumpur, tahniah anda pemanggil ke-5!
Aku : OK, thank you Hot fm...
Leya: No problem, all right.. Berdasarkan clue yg diberikan, dipetik dari album All of You, sila namakan mana lagu tu?
Aku : Lagu I do dari Colbie Caillat...
Leya: Mana dapat jawapan ni?
Aku : Aaa, google... (dgn jujurnya..)
Leya: Eh, bagus.. Dah la ikut tips kita.. Tahniah, Fatin jawapan anda hangat! RM 100 menjadi milik anda!
Aku: Thank you Hot fm! Thank you Kak Leya... :D

Habis je, terus record perbualan tu.. tapi bateri buat hal... So, tak dapat record sampai habis... :(

Kesimpulannya, terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA...
Alhamdulillah, rezeki hari ini... :)

Boleh la kalau nak dengar sikit perbualan tadi.. :)

No comments:

Post a Comment