23 April 2011
Kak Ida mengajak saya utk menghadiri satu forum yg bertajuk 'We are beautiful, Allah loves us' bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Moderator:
Puan Wardina Safiyyah
Ahli panel:
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj
Ustazah Nurul Iman Dzulkefly
Kakak saya sgt excited nak jumpa Wardina.. Kitorang sampai dlm jam 11.45 pagi, sedangkan majlis mula jam 2.00 ptg! Actually, kitorang takut sesat, tapi terawal pulak.. :)
Majlis ini sememangnya dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang aurat dan hijab. Masyarakat kini ada yang menggunakan hijab / tudung sbg fesyen, bukan kerana tuntutan agama.
Definisi aurat adalah sesuatu yang aib, keji / something that we have to cover..
Kata rasulullah SAW, wanita itu adalah aurat. Menurut kamus dewan, aurat adalah bhg tubuh badan yg perlu ditutup menurut hukum Islam.
Kami didedahkan dengan cara pemakaian tudung dan pakaian yang sempurna dan menurut perintah Allah. Perkara ini telah diberitahu sejak zaman persekolahan lagi, namun masih ramai muslimah yg tidak memakai pakaian dan tudung yang dituntut dlm Islam.
Antara checklists yg diberikan oleh Ustazah Nurul Iman tentang pakaian yang diperintahkan dlm Islam:
1) Pakaian yg tidak sempit atau tidak ketat
2) Pakaian yg tidak nipis
3) Pakaian yg tidak menarik perhatian lelaki
4) Pakaian yg tidak menyerupai lelaki
5) Pakaian yg menyerupai masyarakat kafir Jahiliah
6) Pakaian yg bukan utk bermegah-megah
Salah seorang drpd pendengar ada memberikan analogi berkaitan dgn aurat.
"Jika pakaian itu tidak boleh dibawa solat, maka belum sempurnalah penutupan aurat seseorang itu."
Pd awalnya kami sudah bersedia utk bergambar dgn Kak Wardina, tanpa diduga, kami berpeluang utk bergambar dgn Kak Irma Hasmie, Kak Heliza AF dan bekas penyampai radio ERA, iaitu Kak D. Memang kami sgt gembira pd hari ituu. Bkan shj dpt menambahkan ilmu, bahkan juga dpt berjumpa dgn selebriti yg sgt sporting.. Syukur Alhamdulillah.. :)
bersama Kak Irma Hasmie
bersama bekas penyampai radio ERA, Kak D
bersama Kak Heliza
bersama Kak Wardina
Goodie bag
whoaaaa seronoknya dapat jumpa heliza..
ReplyDelete:)
best best
mmg best.. x sangka pulak dpt jumpa dia.. :)
ReplyDelete