Tuesday, May 31, 2011

V.I.P @ Wangsa Walk Mall


...Sambungan entri Kenali Kumpulan V.I.P.
(boleh pulak buat sambungan, ingat ni drama bersiri ke? Apapun, ni entri terakhir bg topik ni.)

Lupa nak beritahu utk kumpulan V.I.P, maksud VIP bukan Very Important Person..
Actually, it stands for Versatility In Performance.. Utk keterangan lanjut boleh melayari fanpage V.I.P di sini.

Sebelum habis persembahan V.I.P pada hari itu, tetiba terdengar yg pengacara/pengerusi majlis cakap yg V.I.P akan buat lagi persembahan esok.. (Apa lagi, mestilah nak pergi lagi..)

Bercerita tentang V.I.P. ni, anggotanya terdiri drpd Adam AF, Marlon, Yandy, Ryan dan Fadlan. Setelah meneliti fanpages mereka, baru tau yg Marlon, Yandy dan Ryan tu kumpulan B.A.D Boys.. (better late than never..)

Lagi satu, tgk muka salah seorang ahli tu, yang berambut perang, tinggi, muka dia macam Fadlan dlm Pertandingan Kacak Bergaya dlm Pancaindera.. Xtau lah betul ke x.. Tapi bila dah tgk2 fanpage Fadlan kat fb, eh betullah tekaan saya.. Kuat jgk daya ingatan saya.. :)
(Petua, makanlah kismis banyak2.. selawat sebelum makan..)

Keesokan harinya..

Mengikut jadual V.I.P, dari fanpage,

V.I.P Etiqa
tarikh :22may2011
tempat :wangsa walk
masa :2-3pm

V.I.P akan membuat persembahan (majalah remaja)
tarikh :22may2011
tempat :KL CENTRAL
masa :3.30-4pm

V.I.P akan membuat persembahan sempena KONSERT GEGAR BELIA 2011
tarikh :22may2011
tempat :taman botani tasik perdana
masa :5-7pm

Kalau ikutkan, yg boleh pergi, Wangsa Walk je lah.. Bcoz paling dekat.. KL Sentral boleh gak.. Dgn adanya pengangkutan awam, kemana shj boleh pergi.. :)

Jadinya, lps zuhur bertolak dgn Alia (adik) yg jgk beria nak ikut.. Yg paling tak tahan, ada hati nak minta sign dari diorang.. ish2..(Saya dah pernah dpt sign dari Dafi AF dan Diana Danielle.. Minta maaflah, kalau dah minat, dah x boleh nak buat apa.. Fatin, Fatin..) Bawa majalah yezz tahun 2008 yg coverstory nye Adam serta gambar V.I.P yg diprint.

Utk dipendekkan cerita.. Sampai sana dlm pukul 2.30ptg..

Tgk persembahan diorang.. Suka tgk cara diorang menari.. Mmg bertenaga dan best!

Bila time Shima nyanyi, pergi kat belakang pentas, minta sign kat Yandy dulu.. Then, minta kat Ryan.. Ryan agak terkejut sbb mukanya nampak separuh kat gambar tu.. (Sorry Ryan, itu adalah kesilapan teknikal.. Bukan salah saya.. :) )

Tengok reaksi org sekeliling kat situ (x tau sape..), "Wah, dah ada peminatlah korang!" katanya kat V.I.P. Then, ahli V.I.P pun agak kagum ngan gambar yg diprint tu.. (Dlm hati, entah2 saya sorang je yg beria nak minta autograf.. Tebalkan lah muka..)

Lepas itu, Ryan panggil Fadlan keluar dari booth diorang.. Fadlan pulak sign.. Yg x tahannya boleh pulak penutup marker tu jatuh.. aduhai.. sabar je lah.. )


X nampak sgt sbb gelap background gambar tu..
Tapi Adam & Marlon x sempat nak sign.. :(

Masa tu Yandy dan Marlon tgh menari utk persembahan Adam. Jadi, saya bergambar dgn Fadlan dan Ryan je.. Lepas habis tu, minta autograf drpd Adam kat majalah Yezz.. Masa tu mmg agak nak cepat sbb diorang nak pergi Kl Sentral pulak..




Kesimpulan daripada entri ni, ada hikmah saya x dpt tgk Nur Kasih hari tu.. Kalau tidak mungkin saya x kenal siapa V.I.P ni.. Jadi, mulai sekarang, saya bergelar peminat/penyokong kumpulan V.I.P.. Saya tak sangka akan jadi peminat yg agak fanatik dlm sekelip mata.. Tak sabar nak tgk klip video Lagu Sedih.. Mesti best!

p/s:
Thanks a lot to V.I.P (Ryan, Fadlan, Yandy), Adam x dpt nak bg link bcoz x dpt nak add, fb dia dah penuh) sbb sudi baca entri Kenali Kumpulan V.I.P. Saya doakan korang berjaya dlm industri muzik di tanah air & antarabangsa.. Insya-Allah.. Cayalah korang! All the best to u all!

-TAMAT-

(akan bersambung jika ada show V.I.P yg saya akan pergi)

Saturday, May 28, 2011

Bahasa

Dah lebih sebulan saya bergelar blogger..
Ada sekali tu, kwn kpd kwn saya ada komen mengenai bahasa yg saya gunakan dlm blog boleh dikatakan mcm org yg dpt subjek BM A++..

Sebenarnya macam ni ceritanya, masa sekolah rendah dulu, masa darjah 6, saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang novelis..
Jadi, saya pun menggunakan blog ini sbg medium utk menjadi ke arah itu.. Walaupun x tau lah cita-cita itu hanya angan2 atau boleh jadi kenyataan.. X tau la ada bakat ke x.. Tp minat tu ada.. :)

Lagi satu, saya ni sebenarnya x berapa suka menggunakan bahasa rojak.. Tapi dlm pertuturan seharian, mmg x boleh lari drpd semua tu.. Sbb kadangkala memudahkan komunikasi kita.. Jadi, dlm blog ni saya cuba untuk meminimumkan penggunaan bahasa rojak. Namun hakikatnya, masih lagi akan menggunakan bahasa rojak seperti dlm percakapan harian dalam penulisan blog. :)

p/s: still harap dpt bergelar novelis satu hari nanti..

Ratu Keychains


Nak share dgn anda semua pasal hobi saya yg suka mengumpul keychains...
Actually, x sure bila start kumpul keychains ni.. Tau2 je, keychains dah mencapai angka 69..
Rasanya sejak abis form 5 kot.. (x sure jgk..)

Oleh sbb keluarga dan segelintir kwn2 sudah sedia maklum mengenai hobi saya, mereka rajin menghulurkan keychains a.k.a rantai kunci. Thanks a lot! :)

Utk pengetahuan anda, bukan semua org bagi, x de lah saya mengharapkan 100% drpd org.. Agak2 lah.. Saya jgk ada beli sendiri keychains mana yg saya suka sgt2 dan menarik hati saya..

Jadi, kpd sesiapa di luar sana yg bermurah hati, sudi-sudi lah menghulurkan ole-ole drpd mana-mana tempat yg anda lawati sama ada di dlm atau di luar negara.. Tak payah beli mahal2, just satu keychain je.. ( Gurau je.. Tp kalau nak bagi sgt digalakkan.. ;p )

Hari tu sebelum pergi kerja, tgk beg mcm kosong, tanpa keychain.. So pergi tgk dlm kotak koleksi keychain, amik satu keychain.. Pasang kat beg.. ( Ye lah, keychain banyak x nak guna, baik x payah beli.. )

Lepas tu, on the way nak pergi kerja, dlm bas, tgk2 tinggal ring keychain je! Aduhai, mana pulak tercicir ni!! Ni yg malas nak pakai keychain ni.. Nasib baik yg tu keychain free.. ( For your information, x semua keychain saya or org lain beli, ada jugak yg dpt free.. ) Kalau x, mesti lepas ni dah x nak guna keychain dah.. Simpan buat harta warisan.. :)

Walaupun x bnyk mana, tapi kira ok lah utk diambil kira sbg koleksi..









Yang ni ring dah tercabut..


Antara yg dpt free..

Sunday, May 22, 2011

Kenali Kumpulan V.I.P.

Mak su saya ajak pergi tgk filem Nur Kasih The Movie.. (Actually drama punya x tgk sgt, sbb duduk asrama. Walaupun kat sana ada bilik TV, utk cerita Nur Kasih mmg FULL. So mmg x mengikuti drama tu betul2. Tp fahamlah jln ceritanya. Dgr dari org cerita.. )

Saya pun try booking on9. Tp x boleh, nampak gayanya dah full. Try search kat Wangsa Walk Mall & KLCC. Tp sure KLCC ramai orang punya, hari sabtu (21mei).. Pun x boleh..

Tetiba terfikir, ni dah try check time 3.30ptg ngan 5.40ptg pun x leh. (Ni sistem ni betul ke x? X nak percaya pulak..)

Mak su kata, "Pergilah terus. Tgk ada ke x."

Saya ok je. Sbb biasanya kat Wangsa Walk Mall x ramai org pergi tgk kat situ. Setakat pengalaman saya lah.. Maybe sbb cinema agak kecik kot.

Sebelum jalan ke pintu masuk Wangsa Walk, tetiba nampak sekumpulan org berbaju hitam. Rambut sgt stylo. Eh, Adam! Adam AF!

Saya pun terus jd excited mcm x pernah jumpa artis.. (Padahal dah jumpa bnyk dah.. ) Bagi tau kat adik psl Adam. Tp diorang nampak agak nak cepat. Sampai hp Adam terjatuh. Kitorang pulak terus menuju ke kaunter TGV kat tingkat atas.

Dalam hati, "Adam ada show kat sini ke? Rasa macam ada.. Jap lg try cari diorang kat mana.."

Sampai kat kaunter tgk kat screen, Nur Kasih The Movie - FULL. Sampai midnight.. Sekian..

Tp utk 3.30 ptg punya still ada seat lg. Malangnya utk 3 org. Kitorg ada 4 org! (Mak Su, saya, Faris, Alia) So, mmg x de rezeki hari ni.. Mmg logik pun, hari ni hari ke-3 tayangan.. Semua org tgh demam Nur Kasih..

Nak dijadikan cerita, pergilah jalan2 sekitar tu.. Singgah makan kat Ayam Penyet. Lepas order, terus pergi cari Adam and the gang. Diorang buat persembahan kat aras bawah (aras yg sama dgn restoran) sempena roadshow ETIQA.

Tgk lah kejap ngan adik2.. Sempat rakam dan tangkap gambar Adam..


After that, blk makan.

Habis makan, pergi jalan2. Rasa excited x hilang2 lagi.. Maklumlah, saya minat Adam sejak dia dlm AF2 lg..

Utk dipendekkan cerita, Adam sekarang join kumpulan V.I.P. iaitu kumpulan naungan KRU. Ada 5 org termasuk Adam. Adam menyanyikan lagu Benar2, Elina (lagu baru) secara solo. Kumpulan V.I.P. nyanyi lagu single pertama mereka, Lagu Sedih. Best tau lagu tu! (Dah pernah dengar kat radio, tp x sure siapa yg nyanyi.)

Diorang nyanyi mmg best, dgn tarian yg sgt mantap! Lagi diorang nyanyi lagu As Long As You Love Me dan lagu Nobody dgn Shima Bintang Idola.


Jadi saya minta tolong mak su ambil gambar saya ngan V.I.P.
Tp masa tu kat screen kamera, "Battery exhausted".
Try jgk tangkap gambar setelah menunggu giliran utk bergambar. Then, ucap terima kasih kat diorang kerana sudi meluangkan masa.

Ok, check blk gambar td. OMG! Yg ni record! Tadi record Adam punya persembahan, tp lupa nak tukar mode ambik gambar..

Mcm mana ni?? Mak su kata boleh lah kalau nak 'freeze' kan video tu then jd gambar..
Saya x pernah try, so x tau.. (agak ketinggalan sikit..)

Rasa x puas hati mula menguasai diri. sabar2.. Mesti boleh punya.. Belum cuba belum tahu..

Blk rumah terus transfer gambar. Setelah mengkaji sendiri, baru boleh ubah. Tekan video & snapshot.. Alhamdulillah.. Better late than never..


Hasilnya.. :)



Wednesday, May 18, 2011

Cekodok Karot


Semalam cuti sempena Hari Wesak. Seawal 7.30 terus main badminton dengan Alia (adik) kat court Taman Melewar. Tgh syok2 main dlm 15 minit, tetiba ada dua org budak lelaki dtg. Diorg naik basikal, ada bawak beg yg berisi raket. (Ni mesti nak main badminton ni.. sibuk betul la..)

Kitorang pun terus pergi dari situ, menuju ke kedai. Beli suratkhabar, kelapa parut dan ayam. Lepas tu, terus balik umah. Ingatkan nak sambung main, tp malas pulak.. Terus sambung baca suratkhabar..

Tengah hari, saya dipesan oleh mak utk membuat air karot susu. Utk pengetahuan, karot susu adalah minuman kegemaran saya.. ;p Saya ni kalau bab buat air, biasanya mmg tugas saya kat rumah.. :)

Kebiasaannya, kalau buat air karot, mesti hampas tu digunakan utk dibuat cekodok karot pada sebelah petangnya..

Pada petang yang indah, semasa saya khusyuk menolong menaip soalan peperiksaan utk mak.. Mak panggil. Tgk2 cekodok karot dah siap.. X sempat nak tolong.. Selalu jgk tolong mak buat cekodok karot.. Apa ingat org x reti ke? Tlg sikit.. :)

So, berhenti kejap menaip, makan cekodok karot mak saya.. Senang je, bahan-bahannya tepung gandum, gula, hampas karot.. Tp mak kata, kalau karot ni dikisar tanpa digunakan utk dibuat air lagi sedap rasanya.. :)



Lepas solat asar, sambung main badminton dgn adik. Tp x main kat court, main kat lorong dpn rumah aje.. Janji boleh main.. Boleh menyihatkan badan dan mengelakkan lemak daripada penternakan haram.. Kawan saya kata, duduk kat rumah biasanya akan terjadinya perternakan lemak tanpa diduga.. Jadi saya bertungkus-lumus mecegahnya.. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik drpd merawat.. As saying goes, prevention is better than cure.. :)

Sunday, May 15, 2011

FARAVER


FARAVER?
Fatin Ira Forever..

Kenapa wat macam tu? ( ce citer, ce citer...)
Actually, kitorg berkawan baik masa di tingkatan 4 di MRSM Merbok.. Satu homeroom, satu bilik, satu kelas..

Pada suatu hari tu, saya teringat kat kakak saya, dia pernah wat akronim dgn kawan baik dia..
Hidayah And Diana Friends Forever.. = HANDIEVER

Then, kitorg pun reka utk kitorg plak.. Memula utk suka2 je.. Tp sampai skarang kitorg guna lg word tu.. Word tu boleh mengingatkan saya kpd memori dgn Ira.. :)

Terima kasih kpd kakak saya telah memberi inspirasi secara tidak langsung kpd saya.. :)

Jadi anda semua jika nak wat akronim, fikirkanlah akronim yg kreatif yg boleh anda ingati sampai bila2 dgn kawan atau 'kawan' anda.. :)

Semoga maksud akronim ini kekal selamanya.. Amin..

p/s: To Ira, Thanks for everything! :)


Selamat Hari Guru


Tanggal 16 Mei, semua guru diraikan sebagai tanda penghargaan atas jasa guru-guru yg tidak jemu mendidik anak bangsa.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua guru yang telah mendidik saya dari tadika dan juga pensyarah yg bakal memberi tunjuk ajar akan datang, serta semua yg bergelar guru terutama sekali kepada emak saya, Puan Rosnah binti Osman. Tidak lupa juga kpd ayah saya Encik Mohd Sharudin.

Walaupun ayah adalah seorang jurulatih PLKN, dia boleh dikira sebagai guru, pada pendapat saya.. Sebab thn lepas ada beberapa pelatih PLKN mengucapkan Selamat Hari Guru kpd ayah saya. Ayah kata dia agak terkejut dgn ucapan tersebut. Dia x sangka pulak dpt ucapan itu sbb x perasan dia juga boleh dikategorikan sbg guru.. :)

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yg mendidik saya.. Saya teringat antara lirik dikir barat yg pernah dipersembahkan masa darjah 6 dulu pada hari guru..

Tiada ucapan seindah terima kasih,
Dari kami buat guru-guru,
Jasamu guru akan dikenang,
Budimu kekal ke akhir zaman..

Kezzutan


Kezzutan a.k.a Kejutan..
Selalunya kezzutan ni sinonim dgn Akademi Fantasia kan?
Semalam ada kenduri doa selamat sempena rumah mak cik, Acik Aya yg selamat diubahsuai..

Selain itu, ada perancangan lain di sebalik kenduri tu.. Acik Aya sepakat nak wat kezzutan utk Acik Ani sempena birthday 18Mei nanti.. saja wat awal.. So Acik Ijan, sepupu saya dah beli kek utk Acik Ani..

Mak saya pulak sepakat dgn kakak saya, kak Diana utk wat kezzutan utk Acik Ijan pulak. Birthday dia hari ni. (15 Mei) Banyak pulak kezzutan yg nak dibuat.. :) Jadi kakak saya belikan kek utk Acik Ijan..

Lepas habis kenduri, kitorg pun bersiap-sedia utk melakukan kezzutan tersebut.. Mula-mula utk Acik Ani.. Banyak hadiah yg telah diberikan kepadanya.. Lepas tu, utk Acik Ijan pulak.. Acik Ijan mmg terkejut dgn kezzutan tu.. :)



Acik Ani memotong kek

Giliran Acik Ijan pulak


Mmg malam tu menelan kek aje la.. Sebelum tu pulak, dah ada dua kek hari ibu yg terhidang.. X pasti siapa yg beli.. Maybe Acik Aya or saudara-mara dia.. Saya ni pulak boleh dikatakan ratu kek.. ;p



Kek Coklat


Kek Mangga


Antara hadiah yg diterima



Suap jgn x suap..




Happy birthday to Acik Ani!


Sempat berposing dgn kak Diana dan Alia (adik)

Melihat kezzutan yg diberikan kpd mereka berdua, saya ada tertanya-tanya, bila turn saya dpt kezzutan macam tu eh? :)

Tapi saya x suka kezzutan yg "mengenakan" sbg contoh baling telur, simbah tepung, simbah air sabun dan lain2..

Alhamdulillah, saya dikurniakan ahli keluarga yg mmg tidak lupa akan hari jadi masing2.. Jadi setiap hari lahir salah seorang ahli keluarga, Insya-Allah ada sambutan yg akan dibuat.. Sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat umur yg panjang.. Sama ada beli sebuah kek atau pergi makan di luar.. Saya sangat sayang akan keluarga saya! Saya doakan keluarga saya, kawan-kawan saya, akan memiliki keluarga yg bahagia di dunia dan di akhirat.. Amin..

Saturday, May 14, 2011

Drama Korea


Kebanyakan rakyat Malaysia kini telah dijangkiti demam Korea terutamanya remaja perempuan, termasuklah saya sendiri. Ubatnya? Menonton sesebuah drama dari episod 1 sampai akhir.. (Itu lah ubatnya kot.. )

Saya mmg suka tengok drama Korea! Sebabnya? Pelakon-pelakon yg sangat berbakat, kacak, jelita.. Setiap drama mempunyai nilai murni dan mesej yg tersendiri. Berikut adalah drama-drama Korea yg telah saya tonton sejak sekolah rendah lagi :

- All About Eve
- Successful Story of a Bright Girl
- Hotelier
- Spring Days
- Romance
- My Girl
- East of Eaden
- My Love Patzzi
- Full House
- My Name is Kim Sam Soon
- dan banyak lagi..

Yg paling saya suka tgk :
- You're Beautiful
- Boys Over Flowers
- Playful Kiss
- Dream High
- Winter Sonata
- Cinderella's Sister
- Mary Stayed Out All night




Biasanya sewaktu menonton drama Korea ni, saya akan menangis apabila tibanya babak-babak sedih.. Saya ni pulak jenis org yg senang menangis.. Kalau nak tgk drama Korea mmg kena sediakan tisu.. Tak banyak, sekeping dah cukup.. ;)

Kalau babak kelakar pulak, mmg boleh sakit perut tergelak-gelak..

Pelakon Korea yg paling saya minat adalah KIM HYUN JOONG.. Kalau dulu saya tak ambil kisah psl pelakon, hanya fokus kat drama je.. Lepas tgk drama Boys Over Flowers, saya tertarik dengan watak Ji Hoo.. Lg satu, watak Seong Jo dlm Playful Kiss yg juga lakonan Kim Hyung Joong.. Selain itu, saya juga minat kat Jang Geun Suk.. Suka tgk dia berlakon dlm You're Beautiful.. Ada sesetengah org x suka watak Hwang Tae Kyung.. Dlm Mary Stayed Out All Night pun, watak Kang Moo Kyul best!

Pelakon wanita Korea yg saya minat pulak adalah Park Shin Hye dan Choi Ji Woo. Bagi saya mereka ni mmg pandai berlakon, lakonan mereka boleh menitiskan air mata..

Tp nak kata fanatik, belum smpai lg kot.. Saya belum kenal semua artis2 Korea.. Mana drama yg pernah tgk artis tu berlakon, kenal lah.. Kalau x, x berapa nak kenal..

Tp sy beli majalah e-pop (malay version) tiap2 bulan.. Utk mengikuti perkembangan & mengenali dgn lebih dekat lg artis2 Korea.. ;p

Sekarang ni dah boleh menonton drama Korea secara online kat mysoju.com. Drama favourite, drama terbaru.. ;)

Tuesday, May 03, 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011





Tahun ini saya telah pergi ke Pusat Dagangan Dunia Putra atau lebih dikenali sbg Putra World Trade Centre (PWTC). Saya telah pergi ke sana pada hari pertama iaitu 22 April 2011. Maybe saya dan Kak Ida pergi pada hari Jumaat dan pada waktu muslimin sdg bersolat jumaat, justeru keadaan di situ agak lengang. Terasa sangat bahagia utk membeli-belah di situ.

Saya berpeluang utk bergambar sbg cover girl majalah dara.com (olok2 je.. ;p) di booth Karangkraf. Pada tahun lepas saya sudah bergambar dgn kakak dlm majalah nur. Tapi tahun ini nak bergambar sorang2 lak.. hehe.. Hanya suka2.. :)


Sekeping poster A4 berharga RM27.




Saya hanya membeli sebuah novel shj, bertajuk Denyut Kasih Medik hasil karya Dr. Farhan Hadi. Dah lama sebenarnya nak beli buku ini, tp entah tak terbeli jgk. Akhirnya di pesta bukulah jawabnya! Ini adalah novel kedua yg saya beli sendiri. Novel pertama adalah Projek Diet karya Ain Maisarah, yang juga dibeli pada pesta buku tahun lalu. Saya sebenarnya tidak berapa suka membeli novel, saya hanya suka membaca je.. Sbb pd pendapat saya, klu beli novel yg x best, rasa mcm x berbaloi utk dibeli.. Bila sy dh puas membelek2 novel tu dua tiga kali, then rasa sgt menarik, barulah terbuka hati saya utk membeli.. Kalau tak, jgn harap saya nak beli..






Pada hari terakhir pesta buku berlangsung, 1 Mei 2011, saya pergi sekali lg bersama adik saya, Alia serta kawan-kawan SEMERBAK, Aini, Dila, Najwa dan Mira. Dah lama kami tidak bersua muka dan berborak.. Mmg best! Adik saya pulak tidak ketinggalan utk bergambar menjadi cover girl majalah yezz! Tapi keadaan pesta buku pada hari terakhir sangat padat! Kami memerlukan banyak kesabaran utk menghadapi segala rintangan di situ.. Sabar adalah sebahagian drpd iman.. :)





Saya juga telah membeli majalah yezz keluaran mei. Actually, mmg nak hajat nak beli majalah, tapi x tau nak beli majalah apa.. Memandangkan dah lama x beli yezz, jadi belilah majalah yezz.. Sebelum tu, dekat depan rak majalah yezz ada seorang pekerja Karangkraf yg sibuk mempromosikan poster kumpulan Korea, 2PM serta poskad. Kalau beli keluaran mei, dpt poskad, manakala jika beli keluaran april dan mei, dpt poster. Dia turut memberikan sampel pencuci muka percuma kpd org ramai. Tapi x ramai yg ambil. Saya mmg tak nak poster, bukan boleh buat apa dgn poster. Jadi saya belilah keluaran mei.. ( Alah, ckp je la nak poskad tu kan? ;p) Selepas itu, dia beri saya poskad serta kesemua paket pencuci muka kat saya.

Tapi masalahnya sekarang, yg diberi itu adalah men charcoal face wash! Balik rumah, saya pun dgn rela hati memberi kesemua 5 paket kpd adik lelaki saya.. Kalau saya try pakai, apa jadi kat muka saya nanti? Belum cuba, belum tahu.. Hmm.. Tak pe lah, x nak cuba pun, saya dah ada pencuci muka sendiri.. :)

Part time worker




3 Mei 2011, Selasa

Alhamdulillah.. Hari ni saya kembali bekerja sbg part-time worker setelah hampir setahun yg lalu. Saya bekerja di tempat yg sama iaitu di Plaza Pantai yg terletak berhampiran dgn stesen LRT Kerinchi. Setelah beberapa minggu menghabiskan masa di rumah dgn menonton drama korea, membaca novel, 'facebooking', menonton diari & konsert AF dan sebagainya, barulah hati rasa bersemangat utk bekerja.. :)


Gambar kenangan semasa di pejabat bersama Kak Shikin dan Aini tahun lalu