Kitorang pun terus pergi dari situ, menuju ke kedai. Beli suratkhabar, kelapa parut dan ayam. Lepas tu, terus balik umah. Ingatkan nak sambung main, tp malas pulak.. Terus sambung baca suratkhabar..
Tengah hari, saya dipesan oleh mak utk membuat air karot susu. Utk pengetahuan, karot susu adalah minuman kegemaran saya.. ;p Saya ni kalau bab buat air, biasanya mmg tugas saya kat rumah.. :)
Kebiasaannya, kalau buat air karot, mesti hampas tu digunakan utk dibuat cekodok karot pada sebelah petangnya..
Pada petang yang indah, semasa saya khusyuk menolong menaip soalan peperiksaan utk mak.. Mak panggil. Tgk2 cekodok karot dah siap.. X sempat nak tolong.. Selalu jgk tolong mak buat cekodok karot.. Apa ingat org x reti ke? Tlg sikit.. :)
So, berhenti kejap menaip, makan cekodok karot mak saya.. Senang je, bahan-bahannya tepung gandum, gula, hampas karot.. Tp mak kata, kalau karot ni dikisar tanpa digunakan utk dibuat air lagi sedap rasanya.. :)
Lepas solat asar, sambung main badminton dgn adik. Tp x main kat court, main kat lorong dpn rumah aje.. Janji boleh main.. Boleh menyihatkan badan dan mengelakkan lemak daripada penternakan haram.. Kawan saya kata, duduk kat rumah biasanya akan terjadinya perternakan lemak tanpa diduga.. Jadi saya bertungkus-lumus mecegahnya.. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik drpd merawat.. As saying goes, prevention is better than cure.. :)
No comments:
Post a Comment