Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Saturday, March 28, 2015

Dinner at Veto Castro, Puncak Alam




Assalamualaikum..

Kita kembali dalam episod 10 dalam Jalan2 Makan2! :D
Untuk episod sebelum2 ni, boleh klik label JJMM kat belah kanan blog :)


Seperti yang dijanjikan pada entri lepas, kita nak review sikit satu cafe yang best, iaitu Veto Castro.
Veto Castro ini terletak di No 22 A, Jalan Astana D 13/D Pusat Niaga Astana Alam, 42300 Puncak Alam, Selangor. Bagi student puncak alam yang teringin nak makan western food, tapi malas nak pergi jauh2, bolehlah singgah ke Veto Castro. By the way review ini tidak berbayar eh, hehe :)

Menu beserta harga :)
Veto Castro ni masuk dalam antara wishlist restoran yang Fatin & the gang selepas KL Steamboat Station, Murni Discovery & Chemistry Cafe. Tinggal Chemistry Cafe je belum tertunai lagi. :)

Kitorang buat birthday surprise sekali untuk Syamerra kat sana. Actually birthday Mira lambat lagi, 30 Mac, tapi kitorang celebrate awal sebab weekend Mira nak balik celebrate dengan family. Isnin tu pulak Mira posting kat Hospital Sungai Buloh, biasa kalau posting mesti penat & tak larat. Yup, iolls memang kawan yang memahami :p

Kitorang cakap kat Mira, ada housemate sorang tu pesan belikan kek untk surprise birthday kawan dia. Dia tunggu dalam kereta, Fatin & Fadh pergi beli kek. Seriously aku ni idokler reti nak berlakon depan dia :p

Muka kelaparan ;)
Then, kitorang order makanan & air. Lepas tu, kitorang bukak kek tu. Surprise!!!
Then Fatin tanya Mira, ada syak apa2 tak? muehehe
Mira kata, "Eh tadi kata Hanis pesan kek?"
Yeay, kiranya jadilah tu surprisenya kan? :p

Masa kitorang sampai takde orang pun kat situ.
Then, Mira kata, "Korang book the whole restaurant eh?"
Hahaha, sweet tak kitorang book satu restoran?
Taklah, sebab weekdays kot, so tak ramai orang datang. Before nak balik tu, ada customer lain datang.

Happy birthday in advance Syamerra! Hadiah tunggu hari sebenar eh ;)
Then, potong kek & makan! Makanan & air pun sampai sambil makan kek.



Fatin & GBM order Tortilla Bolognese, Fadh order Spaghetti Bolognese, Mira & Kak Tirah order Cream Bolognese. Tortilla Bolognese sedap! Cuma sos bolognese agak kering sikit.

My tortilla bolognese

Ice blended vanilla sedap! Semua berjaya ditelan sampai licin! :p
Deco kat Veto ni cantik! Fatin suka kalau restoran yang ada deco cantik2 baru best nak ambik gambar! :D





Pinjam kamera veto untuk props :p
For details, korang boleh usha fb Veto Castro atau instagram veto.castro or #vetocastro.

Sebelum balik, korang boleh tinggal memo kat tepi pintu. GBM sempat promote jom check mata kat klinik optometri uitm :)


Seperti biasa, kalau nak check mata, boleh emel saya nams2992@gmail.com.
FAQ pasal check mata, boleh usha kat SINI. :)

Wednesday, January 14, 2015

Dinner @ Umang Umang BBQ & Steamboat Kg. Bukit Kapar




Assalamualaikum, bertemu lagi ni kita dalam episod 9 untuk Jalan2 Makan2 (JJMM) bersama saya! ;)

Alhamdulillah, sem 7 dah selesai dengan jayanya, so segala tugas2 dan jawatan pun perlu dilepaskan bermula semester depan. Sebelum melepaskan tanggungjawab yang dah digalas selama setahun, jom kita raikannya walaupun belum lepas secara official lagi, hehe ;)

Sebelum tu, entri ni ditujukan khas untuk GBM yang juga Exco Media OPTIMIST yang tak dapat hadir kerana ada komitmen lain di Terengganu. Dan jugak buat semua ahli OPTIMIST yang lain. Segan je bila dah ramai bercerita pasal blog yang tak seberapa ni huhu.. *tutupmuka* 

Majlis Tertinggi OPTIMIST (Optometry Students Association) pun mengajak semua MT & Exco dinner kat Umang Umang BBQ & Steamboat, Kg. Bukit Kapar. Dekat je, lebih kurang 15 minit dari UiTM Puncak Alam. Details tempat jangan tanya, sila google, sebab iolls idokler tau selok belok laluan kat Puncak Alam ni, yang iolls tau naik bas Rapid KL U90 je haha :p


Fatin, Mira & Kira sampai dalam kul 6.45pm. Sampai2 dah ada member2 lain yang dah sampai. Yang pasti kitorang je yang ada kat situ, meja lain kosong lagi. So kitorang macam kedai sendiri lah kan. Fatin pun senang nak snap gambar dari setiap sudut. Tak payah nak segan2 curik2 snap gambar.


Walaupun sebenarnya ada sedikit segan dengan staf situ, teringat my sis merangkap my sifu dalam dunia blogging ni pesan, kalau owner or staf tu pandang pelik, cakap kat dia,”Saya blogger, nak masuk dalam blog.” Nanti automatik orang tu posing terus haha, itu pesan my sis sebab masa dia snap gambar kat satu restoran tu, chef tu siap posing dah sambil masak, amek kau, hahaha “thumbs up*

Rasa macam baru je makan steamboat, memang baru pun, kurang sebulan yang lepas di KL Steamboat Station. *sempat promote* Tapi hari tu berempat je, ni berpuluh orang, meriah lebih sikit la kan :D

Berkaitan dengan harga, untuk selasa malam, ada ladies night, so special price for ladies only RM19.90. Gentlemen harga biasa RM23.90. Kanak2 6-12 tahun pulak RM10.90. Untuk tempahan boleh call 01128169501.

Operation hours :
Mon - Wed: 6:30 pm - 11:00 pm
Fri - Sun: 6:00 pm - 11:00 pm

Okay let’s the pictures talk!

Sementara menunggu yang lain sampai
My cute junior

Dalam banyak2 sos ni, Fatin suka black pepper sauce!
Pilih jangan tak pilih, weolls pilih kuey teow! 
Pilih sayuq mana nak, boleh campuq
Bebola
Sayur yang segarrr
Leafy vegetables
Air sejukkk
Air panas pun ada
Overall makanan okay, segarrrr dan sedap hingga menjilat chopstick hahaha!


1st Round
Kek simbolik perpisahan T.T
2nd Round
Bersama penasihat OPTIMIST
Dah kenapa muka cenggitu, itu namanya posing perut senak :p
Last round, ice cream!!! My favourite!
Aiskrim kalau nak kena mintak tau, sebab dia tak hidang kat bufet tu. Kalau korang krik krik je, maka melepaslah aiskrim yang sedap mencair dalam mulut ni, hehe ;) By the way, ada surau & toilet kat situ, so korang boleh makan puas2 tak kisah berapa round & jangan lupa solat :)

Korang boleh usha fb Umang Umang BBQ Steamboat for details or tengok muka korang kot kot termasuk dalam tu lepas korang dah datang situ :p Fully recommended sebab harganya yang sangat berpatutan dengan kekenyangan yang anda peroleh :)

U should be here!
Di kesempatan ini Fatin nak ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dari semua  pihak terutamanya Ketua Jabatan dan Penasihat OPTIMIST atas kebenaran dan tunjuk ajar dalam aktiviti sukan yang dianjurkan mahupun disertai. Optometry AthleticChampionship 2014, Festival Mega Sport of Health Sciences 2014 dan MalaysianOptometry Students Sport Event 2014. Semua Fatin list kat sini, boleh click for details *sempat lagi promote*

pic credit to Tasha
Minta maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa, diam seribu kata, maklumlah cik paten ni mulut susah nak bukak sikit, melainkan ada hal penting untuk dibicarakan hehe…
Tapi dalam blog bercerita pok pek pok pek macam murai, entri tak sah kalau tak panjang, haha :p
Majulah sukan untuk OPTIMIST!

All the best for the next apprentice :D

Okay nak sambung baca jurnal, siapkan final year project, bye!

Sunday, November 23, 2014

Family dinner at Restoran Aroma Ikan Bakar Jeram

Assalamualaikum :) *lapdindingblogyangberhabuk*

Dah sebulan lebih tak update. Busy dengan primary optometry clinic, contact lenses clinic, final year project proposal, case presentation, logbook, dan banyak lagi, nak cerita satu2 nanti lari topik pulak :p
Sampai petang, malam baru nak snap
Petang semalam satu family tiga kereta gerak ke Jeram. Family dinner at Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram. Jom Jalan2 Makan2 (JJMM) bersama saya untuk episod 4 :)
Sampai dalam kul 6.30 petang, cadangnya nak tengok sunset beramai-ramai, idokler tak berapa nak nampak.. Matahari dilindungi oleh kepulan awan, takpelah takde rezeki..
Nasib baik dah berkesempatan tengok sunrise masa kat Cherating. (Entri di SINI)


Sampai je kat situ, terus beratur untuk pilih seafood segarrr bugarrr yang kita nak makan. 



Lepas maghrib, segala jenis seafood segar yang dipilih siap dimasak.
Siakap tiga rasa, siakap masak stim, kerapu tiga rasa, kupang masak cili, sotong goreng tepung, butter prawn, ikan pari bakar, siput sepahat masak kicap (agaknya), ditambah dengan jus tembikai, carrot susu, air kelapa dan air kosong. Tapi macam biasa la, bila dah laporrr, idok sempat nak snap pic banyak2, tangan lepas phone terus gaul nasi. By the way iolls basuh tangan okay.. ;)








Overall cukup rasa dan sedap, cuma sudu takde, so susah nak ambik lauk, pakai tangan je.
Maybe ramai customer, so tak dapat nak bagi the best service, it is okay…

Apapun, alhamdulillah bahagia tak terkata dapat berkumpul ramai2 tanpa ada seorang pun yang terkecuali. Adik-beradik ramai, family makin bertambah, makin meriah! Abang ipar, kakak ipar, anak buah melengkapkan lagi family kesayangan. Bila nak tambah satu lagi ye? *krikkrik*


Dapat main dengan anak buah walaupun sekejap. Cik Tin pun dah lama tak jumpa Fedora dan Adellia, diorang pun lambat nak adapt, huhu..


Dah nak nangis nampak, Cik Tin pun nangis la mcm ni huhu T.T

Hobi dia gigit straw, nak asah gigi kot ;)
My beloved mom ;)
Sekian dari saya dalam Jalan2 Makan2 episod kali ini :P
p/s:
Bila kita seronok menikmati seafood, tetiba teringat kat orang yang ada allery to seafood.
Alhamdulillah, bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. #selfreminder

Sunday, April 06, 2014

Burger Bakar Kaw Kaw

Alhamdulillah..

Setelah sekian lama kempunan nak makan burger bakar, akhirnya berkesempatan jugak menikmati burger bakar yang sedap sehingga menjilat jari. Keluar beramai-ramai makan dengan classmate kat Lokas Makana, Puchong tiga minggu lepas. Punyalah busy sekarang ni sampaikan baru boleh update entri minggu lepas, huhu..

Sampai je sana, mata ni terus menangkap gerai burger bakar Kaw Kaw.
Jom Jalan2 Makan2, ni kira episod 8 :)
Apa lagi, terus order burger bakar single beef cheese burger. Then, pergi order air pulak kat gerai jual minuman.


Balik semula ke meja, makanan aku lah yang sampai dulu. Orang lain baru nak pergi cari makanan & order, aku punya dah sampai. Aku pun tunggulah mereka sambil main phone. Then, barulah makan. Sedap! Daging dia tebal, rasa daging sebenar dan sos pun sedap. 


Separuh jalan, aku dah start kenyang. Nak tak nak, haruslah menelan sehingga penghujungnya. Kenyang sangat2, alhamdulillah.. Aku tak dapat bayangkan kalau orang yang makan double or triple. Maybe perut akan memuntahkan semula isinya sebab tak cukup muatan, hehe.. :p Tapi bagi siapa yang pemakan burger tegar, takpe, makan jangan tak makan :)



Sekian sahaja untuk entri kali ini, sekadar menaip untuk mengurangkan stress yang melanda..

p/s: Nanti nak try burger bakar Abang Burn pulak lah, sapa nak tolong belanja? :p