Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Publika with sis & niece

Habis je praktikal hari khamis, hari jumaat akak ajak pergi Publika. Dulu waktu akak pergi sana dgn adik2 dan waktu pulak Fatin ada kat uni.. So duk scroll pics diorang kat insta je la, huhu..


Main purpose pergi sana sebab nak bawak Fedora main kat JKids, playground untuk kanak2.

credit to fb Jkids
Sebelum tu, singgah lunch kat Wondermilk. Dekorasinya sangat cantik!


Okay Jom Jalan2 Makan2 episod 6 :)
Kakak order Mr Beefsteak and Kopi Cap Rusa. Fatin order Super Cheese Burger and Rose Iced Soda. Kakak yang recommend kan makanan tu semua sebab Fatin takde idea nak makan apa, selain daripada hanya kenal red velvet & rainbow cake je kat situ hehe :p


Fedora pulak sibuk explore ruang untuk kids kat situ. 

Kecik2 dah masuk dapur, bagusss ;)
Ada frame tulisan Allah.. :)
Lepas tu, barulah masuk ke JKids untuk bagi Fedora main. Kitorang pergi weekdays so memang tak ramai orang langsung, kitorang je customer yang ada kat situ. So seluruh kawasan tu kitorang conquer hehe :p Tambah2 lagi weekdays RM20 je, kalau weekend RM30 and then mesti ramai orang kan.

Kitorang dah target awal nak main bola kecik warna warni sebab Fedora suka main bola kat umah. Duk baling bola sana sini.


Tapi..

Bila sampai tempat bola2 tu, idokler Fedora takut pulak. Maybe terlalu banyak bola sampai Fedora pun jadi takut. Cik Tin dan ibu dah excited terlebih masuk lautan bola tu.

Lautan bola
Nasib ada staf kat situ, Fatin dalam hati ingatkan diri sendiri, "Behave Fatin, behave." Iyelah umur dah nak masuk 22 tahun, tapi bila dah sampai situ jadi macam budak 2 tahun, hahaha.. :p Padahal Fedora yang dah nak 2 tahun.

Fedora main kat kawasan yang boleh lompat2 toink toink tu *akutaktahunamaapa*
Kat belah kiri tu ada ruang yang dipenuhi belon2 berterbangan
Ibu melayan Fedora
Gelongsor pun ada jugak. Rasa nak naik turun 88 kali hahaha :p


Kat situ jugak ada 2 ruang untuk sambut birthday budak2, so kalau buat birthday party memang seronok la budak2 main playground kat situ. :D

Tema hello kitty, comelnyaaaa! credit fb Jkids

Kepada ibu2, kakak2, jomlah bawak anak2, adik2 main di JKids! :D


p/s: Sorry kualiti gambar tak memuaskan, huhu
 

Saturday, January 12, 2013

KL KITA

Alhamdulillah, selesai menjawab
paper yang ketiga akhir pagi tadi.
Exam bakal tamat rabu depan.
Masih ada lima hari untuk diteruskan
sebelum tamat semester ini.
Curi masa sekejap untuk update blog.
Sambil minum cool blog.
Just nak share lagu best.
Baru dengar lagu ini beberapa hari lepas kat radio.
Hari ini try cari music video lagu ni kot ada.
Ya, ada.

Yuna ft Qi Razali - KL Kita - Official Music Video (OST Kolumpo)


Idokler lagu ni dah di upload sebulan yang lepas.
Lagu ni lagu tema filem Kolumpo.
For me, lagu ni BEST!
Lagu Yuna banyak yang best!
By the way, tahniah Yuna,
lagu TERUKIR DI BINTANG menjadi JUARA LAGU AJL 27.
Bagi yang belum dengar / tonton, selamat menonton! :)
Ok, nak sambung study.
Next paper hari isnin.
Last paper hari rabu.




p/s:
Saya orang KL.
*nak cakap jugak*

Saturday, June 30, 2012

Pelancaran OST Filem 29 Februari

OST 29 Februari dilancarkan di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur pada 30 Mei yang lalu. Filem ini memuatkan 3 lagu tema iaitu Kelip-kelip nyanyian Remy Ishak, Seperti Dulu nyayian Forteen dan Jagalah Diri nyanyian Jaclyn Victor. Ketiga-tiga lagu ini memang BEST! :)










29 Februari merupakan filem stereoscopik 3D yang pertama di Malaysia. Antara pelakon filem 29 Februari adalah Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz dan Muniff Isa.

Sinopsis filem 29 Februari yang dipetik dari facebook 29 Februari:

Sumber: Facebook 29 Februari

Norman Abdul Halim

Edry Abdul Halim

Forteen

Jaclyn Victor

Remy Ishak



Fatin berpeluang bergambar dengan pengarah 29 Februari, Edry Abdul Halim yang sangat mesra, Jaclyn Victor yang sangat ceria dan kumpulan Forteen. Ini kali pertama Fatin bergambar dengan mereka. *Biasa dengan kumpulan V.I.P je.. hehe.. Kumpulan Forteen pun mesra dengan peminat. Sebelum ini Fatin pernah jumpa Forteen masa KRU Paparazzi di Plaza Sungei Wang. Tapi tak berpeluang bergambar. Tapi yang tak bestnya, Izzue Islam tidak dapat hadir sebab shooting. Dah la dalam Forteen ni Fatin paling minat Izzue. Izzue juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem ini. Btw, Fatin suka tengok watak Ammar lakonan Izzue dalam Aishiteru di TV9 dulu. Teringin nak ada bff macam tu.. 

Lagi, ada tengok Izzue berlakon dalam drama Tudung Tweet dan Senyuman di Kuala Lumpur. Itupun best! Lakonan Izzue & Sara Ali dalam drama Senyuman di Kuala Lumpur itu lawak & sangat best! Fatin entah berapa kali gelak dah.. Tapi Fatin belum berkesempatan untuk menonton 'Jangan Ambil Padang Kami' di Astro Ria. Nanti waktu cuti sem lah Fatin tengok. Eh, ini entri pasal Izzue ke 29 Februari? :p

Akhir kata, Fatin memang sentiasa menyokong karya KRU. Boleh dikatakan semua filem keluaran KRU Fatin tengok kat cinema. Antaranya, Cicakman, Cicakman II - Planet Hitam, Duyung, Karak, Hikayat Merong Mahawangsa, dan yang terbaru Cinta Kura-Kura. Boleh tengok entri di SINI. :)

Bersama pengarah 29 Februari yang mesra, Edry

Bersama kumpulan Forteen: One, Ameer, Ariz

p/s:
Dah like page 29 FebruariKlik di SINI.
Tak sabar nak tonton filem 29 Februari 2012 nanti! :)



Dah tengok trailer 29 Februari? Kalau belum, selamat menonton! :)


Saturday, October 22, 2011

Kawan-kawan, V.I.P bukan K-POP tapi M'POCE

Dah banyak dah dengar kata orang macam2 pasal kumpulan V.I.P ni.. Bila Fatin tanya kawan2 di uni, kenal tak V.I.P? Jawab diorang, "Oh yang ala-ala K-POP tu eh?"

Hmm.. Bukan2..

Fatin sebagai salah seorang fans V.I.P ingin menegaskan bahawa V.I.P bukan K-POP Malaysia, tapi genre mereka adalah M'POCE. M'POCE merujuk kepada Malaysian Pop Dance..

Kumpulan V.I.P ini adalah artis naungan KRU. Mereka terdiri daripada Adam AF2, Fadlan, Ryan, Marlon dan Yandy.


Duduk dari kiri: Fadlan, Ryan, Adam
Berdiri dari kiri: Yandy, Marlon
sumber: fanpage V.I.P

Single pertama mereka adalah Lagu Sedih.. Korang boleh tengok klip video official di tonton.com di KRU Jukebox dalam saluran KRU TV. Tapi kalau tak ada akaun tonton, boleh tengok preview kat bawah ni.. :)



Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari fanpage V.I.P di Facebook. Mereka akan sentiasa update show terbaru di situ. Kat situ jugak ada link untuk tengok video utk show mereka.

Vokal dan tarian V.I.P memang mantap! Persembahan yang bertenaga! Tak percaya tengoklah sendiri.

Satu lagi, V.I.P ni BUKAN bermaksud Very Important Person, V.I.P adalah VERSATILITY IN PERFORMANCE.

Sekian, terima kasih. Thanks for viewing my blog! :)



V.I.P yg sgt sporting! :)

Untuk maklumat tambahan, boleh layari kawan Fatin punya blog di sini. :)

p/s:
V.I.P bakal muncul dengan single kedua yang bertajuk 'Kemarau'..
Tak sabar nak dengar & tengok.. :)

Monday, September 05, 2011

Result Contest Klik-klik Adam

Resultnya dah keluar..

Tapi Fatin bukanlah pemenangnya.. Maybe ini bukan rezeki Fatin..
Apapun, Fatin dah buat yg terbaik..

Contest ni sedikit sebanyak membuat Fatin mengenali kawan2 di facebook. Daripada keluarga, saudara-mara, classmates, schoolmates, senior & junior hingga kenalan di fb..

Seperti kata peribahasa Arab kegemaran,

"Seseorang kawan akan dikenali apabila anda memerlukannya.."

Walaupun, hanya klik 'LIKE', tak semua orang boleh lakukannya.. Tapi Fatin tak boleh nak salahkan diorang, sebab seperti kata lirik lagu Pokok oleh Meet Uncle Hussain,

"Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan.."

Sejak menyertai contest ni, banyak mutiara kata yang Fatin cari untuk tambah pengetahuan..
Antaranya,

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
-Saidina Ali-

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyenangkan.

Ada hikmahnya juga Fatin sertai contest ini. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. Jadi di sini Fatin mahu mengiktirafkan semua yang telah klik 'LIKE' sebagai KAWAN SEJATI! Boleh tak macam tu? :)

Apapun, thanks a lot kpd 292 orang yg sudi meluangkan masa lebih kurang 1 minit utk klik gambar tu! Walaupun contest ni just for fun, I really appreciate your help! :D






Saturday, July 16, 2011

Marathon Wayang

14 Julai 2011

Hari ni ambik cuti. Hari ni plan nak pergi beli tiket bas utk ke Merbok. Pergi sabtu, blk Ahad. Actually, boleh pergi beli kat Greenwood, tapi pergi sampai Puduraya beli tiket.. Boleh la tgk Puduraya setelah renovation..

Aminah temankan. Then, breakfast McD kejap. Lepas tu pergi Wangsa Walk. Pergi jln2.. Sampai Wangsa Walk, rasa nak tgk wayang. Pergi la beli tiket utk buat marathon, Mr Popper's Penguin & Harry Potter and Deathly Hallows: Part 2.

Dua filem pun boleh jugak la dikatakan marathon.. Ni 1st time tgk sekali dua filem..

Masa tgh tgk Mr Popper's Penguin, tetiba siren bunyi.. Semua kat dlm tu cuak, nak keluar tp macam ramai x keluar. Tak keluar serba salah pulak. Then, beberapa org keluar & masuk blk. Diorang kata x de apa2.. So, sambung blk tgk wyg..

Kesimpulannya, dua2 filem tu best. Tapi Harry Potter mmg terbaik! :)






Saturday, July 09, 2011

CONTEST KLIK-KLIK ADAM

Saya ada add Aico FC @fb. Aico FC adalah fb personal kelab peminat Adam, bukan fanpage.
Ada satu hari tu,

Sertai Contest KLIK-KLIK ADAM~!
1. Send gmbr anda bsama Adam, kalau x pernah jumpa, boleh di'photoshop' kan
2. Emel kpd aico.vx@gmail.com sebelum 30 Jun. (tulis nama FB supaya sng kami tag)
3. Bmula 1 Julai, kami akan upload ke dlm album AicoVX
4. Gmbr tbbyk yg dpt LIKE, akan terima hadiah eksklusif drpd Adam & AVX!
5. Dan 2 gmbr pilihan Adam sdiri juga akan dpt hadiah! :D

Oleh sbb ada gambar dgn Adam, saya masuklah. Tapi saya ada satu je gambar dgn Adam. Tu pun gambar sekali dgn V.I.P. Ada fans kat situ tanya, gambar tu boleh edit x? Aico FC kata boleh. Saya ni jenis org x berapa nak reti edit gambar.. Edit lah sikit2..

Lagi satu, saya betul2 x tau konsep contest tu.. Tapi silap Fatin jugak sebab tak baca habis2 syarat contest tu.. Tak perasan kena dapatkan LIKE terbanyak utk menang..

Contest ini akan bermula daripada 2 Julai sehingga 20 Julai.

Hanya KLIK Gambar yg disukai. Tidak terhad untuk beberapa banyak gambar yang digemari. ;) Gmbr terbanyak yg dapat LIKE akan dpt hadiah misteri & 2 gmbr akan dipilih oleh ADAM juga akan turut mendapat hadiah! All the best~! ;)

Bila tgk konsep mcm tu, hanya Tuhan yg tahu perasaan saya..

Macam mana saya nak meraih 'LIKE' drpd kawan2? Nasib baik tempoh contest tu lama..
Lega sikit.. :)

Ni 1st time saya join contest mcm ni.. Mmg memerlukan kesabaran yg tinggi..

Kalau dah nama contest, mestilah nak menang kan? Kita perlu berusaha, hanya Tuhan menentukan.. Kalau ada rezeki, adalah, kalau x de, at least kita dah berusaha..

Bak kata Vince, Semua pemenang, tiada pengalah..

Seperti kata kakak usrah di PASUM, Allah x menilai HASIL, tapi USAHA.

Saya tahu ini contest yg x berapa penting, just for fun..

Tapi saya sgt bersyukur atas setiap 'LIKE' yg disumbangkan.. Thanks a lot kpd kawan2 yg sudi 'LIKE'..

Dari contest ni jugak lah saya dpt mengenali siapa kawan saya..

Seperti kata peribahasa Arab, "Seseorang kawan akan dikenali apabila anda memerlukannya."

Saya sgt setuju dgn peribahasa tersebut..

Kepada sesiapa yg belum 'LIKE', marilah kita klik GAMBAR ni, login fb (klu x blum login dan tekan 'LIKE'..
Sekali lagi, jutaan terima kasih kawan2! :)



Gambar di atas di edit drpd gambar di bawah.. :)

Monday, June 13, 2011

Peminat setia AF




Saya merupakan peminat Akademi Fantasia (AF) sejak AF1 sampai sekarang musim ke-9, iaitu musim yg terakhir. Saya suka menonton diari, konsert dan imbasan (dulu ada, sekarang dah x ada). Saya tahu ramai org kata rancangan tu x elok, tp bagi saya menonton utk melihat perjalanan anak seni dan bagaimana mereka mengasah bakat mereka. Pada saya, saya hanya mengambil iktibar drpd program tersebut. Bak kata org, yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. Saya juga tertarik dgn persahabatan yg terjalin antara pelajar-pelajar dlm AF serta kesungguhan mencapai cita-cita yg diimpikan. Walaupun kadangkala kritikan yg diberikan sgt pedas dan menyakitkan, kita perlu hadapi dgn tabah dan mengambilnya dari sudut positif. Saya rasa perkara sebegini boleh diaplikasikan dlm kehidupan seharian walaupun byk lg medium lain yg boleh membantu.

Berikut adalah senarai bintang AF yg saya minat.. :)

AF1 : Khai, Nana
AF2 : Adam, Farah
AF3 : Kefli, Akma
AF4 : Lotter, Zila
AF5 : Dafi, Heliza
AF6 : Nubhan, Stacy
AF7 : Akim, Hafiz
AF8 : Shahir, Adira
AF9 : Azri, Fina, Hazama

Antara bintang AF yg saya dpt jumpa secara tidak sengaja.. :)







Saya dpt tandatangan drpd Adam & Dafi shj. Yg dgn Dafi tu saya terjumpa kat KLCC. Baru blk dari PC Fair 2010. Tetiba nampak Dafi. Terus tangkap gambar & minta autograf. Yg paling x tahan sekali, hanya ada sebatang pen dlm beg beserta pamphlet drpd PC Fair. Ah, hentam sajalah, janji dpt autograf.. :p

Yang Adam pulak, mmg nak minta sign masa persembahan V.I.P kat Wangsa Walk.. :)

Heliza pulak jumpa masa pergi forum 'We are beautiful, Allah loves us'. Itupun x tau Heliza dtg.. Masa dah abis forum, terus pergi 'serang' ambil gambar. X sempat nak minta autograf sebab Heliza nak kena balik cepat nak kejar flight dia..

Yang belum berkesempatan lagi, nak jumpa Shahir.. :)


Utk AF yg terakhir ini, juara AF9 ialah Hazama.. Hazama mmg best dlm membuat persembahan.. Naib juara, Lena. Tempat ketiga, Fina. Keempat, Azri.. Walaupun Azri x jadi juara, at least dia dpt masuk final.. :)

Saturday, May 14, 2011

Drama Korea


Kebanyakan rakyat Malaysia kini telah dijangkiti demam Korea terutamanya remaja perempuan, termasuklah saya sendiri. Ubatnya? Menonton sesebuah drama dari episod 1 sampai akhir.. (Itu lah ubatnya kot.. )

Saya mmg suka tengok drama Korea! Sebabnya? Pelakon-pelakon yg sangat berbakat, kacak, jelita.. Setiap drama mempunyai nilai murni dan mesej yg tersendiri. Berikut adalah drama-drama Korea yg telah saya tonton sejak sekolah rendah lagi :

- All About Eve
- Successful Story of a Bright Girl
- Hotelier
- Spring Days
- Romance
- My Girl
- East of Eaden
- My Love Patzzi
- Full House
- My Name is Kim Sam Soon
- dan banyak lagi..

Yg paling saya suka tgk :
- You're Beautiful
- Boys Over Flowers
- Playful Kiss
- Dream High
- Winter Sonata
- Cinderella's Sister
- Mary Stayed Out All night




Biasanya sewaktu menonton drama Korea ni, saya akan menangis apabila tibanya babak-babak sedih.. Saya ni pulak jenis org yg senang menangis.. Kalau nak tgk drama Korea mmg kena sediakan tisu.. Tak banyak, sekeping dah cukup.. ;)

Kalau babak kelakar pulak, mmg boleh sakit perut tergelak-gelak..

Pelakon Korea yg paling saya minat adalah KIM HYUN JOONG.. Kalau dulu saya tak ambil kisah psl pelakon, hanya fokus kat drama je.. Lepas tgk drama Boys Over Flowers, saya tertarik dengan watak Ji Hoo.. Lg satu, watak Seong Jo dlm Playful Kiss yg juga lakonan Kim Hyung Joong.. Selain itu, saya juga minat kat Jang Geun Suk.. Suka tgk dia berlakon dlm You're Beautiful.. Ada sesetengah org x suka watak Hwang Tae Kyung.. Dlm Mary Stayed Out All Night pun, watak Kang Moo Kyul best!

Pelakon wanita Korea yg saya minat pulak adalah Park Shin Hye dan Choi Ji Woo. Bagi saya mereka ni mmg pandai berlakon, lakonan mereka boleh menitiskan air mata..

Tp nak kata fanatik, belum smpai lg kot.. Saya belum kenal semua artis2 Korea.. Mana drama yg pernah tgk artis tu berlakon, kenal lah.. Kalau x, x berapa nak kenal..

Tp sy beli majalah e-pop (malay version) tiap2 bulan.. Utk mengikuti perkembangan & mengenali dgn lebih dekat lg artis2 Korea.. ;p

Sekarang ni dah boleh menonton drama Korea secara online kat mysoju.com. Drama favourite, drama terbaru.. ;)