Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Monday, March 06, 2017

Hijab Event 2017 @ Rumah Kueh




Assalamualaikum :)



Alhamdulillah tahun ni berpeluang lagi menghadiri Hijab Event di Rumah Kueh, Sunway Nexis.


Tahun lepas tiada Hijab Event sebab ada event lain. Tahun ini ada, tapi konsep berubah sedikit. Kalau sebelum ni, pihak penganjur mengadakan secara terbuka kepada orang ramai, pada kali ini secara tertutup.


Kakak seperti biasa ajak Fatin join Hijab Event, Fatin try mintak cuti tapi tak lepas. Tapi bos bagi masuk lambat, kira half day lah. Bolehlah, daripada takde kan.


Pada kali ini, MIZAN menjemput Natasha Hudson dan Puan Erna Dewi untuk memberi pengisian.


Seperti yang kita tahu, Natasha Hudson sudah berhijrah dan berniqab. Natasha menceritakan perjalanan hijrah dia. Yang paling Fatin ingat, Natasha Hudson memberitahu yang dia menjadikan mati sebagai motivasi. Kita tak tahu bila kita akan 'pergi', kita semua mahukan husnul khatimah (pengakhiran yang baik), insya Allah..

Untuk details, korang boleh dengar sendiri kisah Natasha Hudson di bawah.




Seterusnya, sesi Hijab dan Personaliti Diri dari Puan Erna Dewi. Beliau merupakan usahawan dan jugak Image Consultant.


Details boleh tengok video di bawah. :)



By the way untuk kuiz tu Fatin dapat personaliti KLASIK, walaupun rasanya kategori cam ciri2 ROMANTIK :P Amacam ada gaya Dr Zeti tak? ;) Bila fikir balik, takdelah semua colour monotone, deep dalam almari tu, macam2 colour ada. Sebab sekarang tengah nak ke arah #jubahgoals dan #tudunggoals. Nak kumpul semua colour sebab senang nak mix and match colour untuk outfit o the day (ootd) ;)

Tema kali ini Fuchsia Gold. Bagi yang tahu fuchsia tu colour apa, macam kat poster ni, atau purplish red colour kata google ;)


Pakai baju apa yang ada je, walaupun tak berapa nak fuchsia, halal je lah hehe.. Pakai baju raya tahun lepas. Jubah dari Muslimah Clothing & shawl dari Bonafide Scarf.

ootd :)

Secara keseluruhannya, banyak info dapat dari Hijab Event kali ini. Tahniah MIZAN sisters anjurkan event yang bermanfaat macam ni.

Cer cari mana Fatin :)

Terima kasih kepada kakak yang ajak join & hantar balik ke kedai untuk Fatin kerja hehe.. Insya Allah tahun depan kalau ada lagi, nak join lagi :) Deko Rumah Kueh sangat cantik! Comel kartun2 ni punya dialog :)








Dah nama pun Rumah Kueh, kuihnya sedap! Fatin suka kuih serimuka & kuih lapis colourful!



Susunan kuih berteraburrr hahaha 

Sebelum balik, makan tengah hari dulu.

Untung kakak masuk ig Mizan ;)

Unik betul pinggan dia! :D



Sebelum balik, sempat ambik gambar kat tingkat bawah.


Next time nak datang lagi, nak try sagu gula melaka dia! Hari tu nak pergi tapi tak available, sebab belum masuk waktu minum petang lagi.. Takde rezeki huhu..



Untuk HIJAB EVENT yang lepas, boleh klik kat tajuk kat bawah :)




p/s: 
Sorry banyak gambar blur, tapi lighting kureng sikit kat situ huhu.. Some pictures credit to MIZAN.

Thanks for reading this entry :)

Saturday, February 28, 2015

Meet & Greet Penulis #DIAgnosis2 Dr Anwar Fazal & Dr Fatin Liyana sempena Grand Opening Rumoda Bangsar




Assalamualaikum :)

Sebelum tu, kasi preview gambar sikit :p


Sorry kalau tajuk panjang berjela, hehe, actually nak buat dua entri, tapi masa untuk final year project mencemburui masa untuk blogging, so kita gabungkan je la eh.. :p

Bagi yang dah baca entri Review Novel DIAgnosis2 tu mesti dah tau kesedihan yang melanda Fatin sebab tak dapat jumpa Dr AF & Dr. FL masa Sesi Meet & Greet bersama penulis novel DIAgnosis2 kat SACC hari tu. Sape yang tak baca lagi boleh usha kat SINI. Nanti tak faham jalan cerita ni pulak, haha, sambil2 tu bolehlah tau serba sedikit pasal DIAgnosis2 yang laku macam pisang goreng cheese panas tu :))

Seperti biasa, scroll IG, whitecoat post pasal sesi Meet & Greet bersama the owners of Sheejab yang juga penulis novel DIAgnosis2 iaitu Dr Anwar Fazal & Dr Fatin Liyana!


Excited aku bagitahu bestfriends kat group whatsapp. Memang semangatlah aku nak pergi sebab buku DIAgnosis2 aku tu tinggal autograf diorang je, dapat je 2 tu, GAME OVER! Dah macam main treasure hunt dah bunyinya hahaha :p

Kitorang dari Puncak Alam kul 8.40 pagi naik U90 dan U80 untuk sampai ke Jalan Riong Bangsar tu. Aku tau yang News Strait Times tu kat Jalan Riong, tapi no 31, Rumoda tu Jalan 3, aku bajet dekat je la kan, setakat jalan lenggang kangkung tu apelah sangat.. Aku siap bukak google maps lagi, tapi sesat jugak.. At last aku tanya orang and kitorang jumpa! Alhamdulillah...


Rumoda ni adalah satu butik yang ada banyak vendor, antaranya Sheejab, Suci by Yatt Hamzah, Aisha Wong, Leuniey Natasha, Shara by Puteri Sarah dan banyak lagi. Ni kali kedua aku join Grand Opening butik lepas Grand Opening Butik Siti Khadijah dulu. Kitorang masuk tengok2 jubah, shawl, dress, macam2 lagilah, rasa nak beli semua je, tapi tahan je kan, tunggu JPA masuk :p



Then, kitorang nampak Puteri Sarah kat kaunter. Cantiknya! Aku sampai je tanya pasal Dr AF n Dr FL. Semangat benor aku. Puteri Sarah kata, dia tak sure sebab dia pun baru balik bercuti dengan suami dia Syamsul. Oh ya, Syamsul Yusof tu sepupu Dr AF in case kalau korang taktahu :)


Then kitorang pergi ke tingkat atas tengok apa yang ada.
Makanan! Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, mohler kita makan! :)




Macarons!
My brunch

Lepas dah isi perut, kitorang sambung explore satu Rumoda. Then ada photobooth yang awesome, kitorang pun terjahlah posing maut bagai guna props yang ada. Eh, takdelah maut sangat pun :p


Then, kitorang teruskan menunggu ketibaan mereka. Dah jam 12, aku tanya Puteri Sarah lagi, diorang dah sampai ke belum. Dah macam member aku pulak aku buat Puteri Sarah tu hehe.. Dia kata cubalah tanya kat IG ke or mana2.. Aku pun komen kat IG white coat & tweet kat Dr AF. Dia reply' "Otw, iA". Kitorang pun lega mendengarnya ;)

Kitorang jalan2 lagi sekitar butik, aku & fyra beli shawl & kitorang dapat free gift! Yeay!

Ni shawl yang beli, cantik ala2 kain jeans ;)
Yang pink tu free gift yang semua orang dapat, yang hitam tu dapat lepas beli shawl :)
Lepas tu, kitorang sambung tunggu lagi. Kali kedua aku pergi jumpa Puteri Sarah, aku pandang je dia, dia dah tahu dah aku nak tanya soalan kat dia. Haha, aku yang segan, iyelah, mesti dia pun dah rimas, budak ni tak balik2 lagi ke, tak habis2 nak tanya aku pasal AF & FL, ingat aku ni PA diorang ke, blablabla..

Eh taklah, Puteri Sarah cakap macam ni, "Ha, macam mana? Dah dapat contact?" Aku pun cakaplah,"Dah, tadi dah tweet, doc kata otw. Takpelah, kitorang tunggu, tq. :)"

Aku pun naik atas, tengok kot2 diorang ada kat atas ke kan, manalah tau, tetiba jumpa Felixia Yeap. Omg, terus turun lari kat kawan2 aku balik, nak ajak diorang amik gambar dengan Felixia Yeap. Dah sibuk2 nak pergi naik atas, tetiba GBM histeria, "Tuuuu!" Sambil tunjuk kat aras bawah.

Dr FL & Dr AF
Dr AF & FL dah sampai! Kitorang seronok sampai lupa kat Felixia Yeap tu, hehe :p
So, kitorang pun salam peluk cium dengan Dr FL. Yes, celebrity blogger korang tu cantik, kurus, flawless as seen on her blog! :D Kitorang mengadu dengan manjanya kat FL, "Penat tau kitorang tunggu dari kul 11!" FL mintak maaf & AF pun cakap "Sorry, sorry". Takpe, asalkan diorang ada kat depan mata, hilang semua penat menunggu, hehe :)) Aku bagi buku aku kat FL & AF untuk autograf.

Yeay, dah dapat semua autograf, game over! :)
Then, GBM, Fadh & Fyra beli buku DIAgnosis2 & minta autograf sekali Kitorang dapat goodies bag dari Sheejab! Thanks Sheejab & FL. FL pun datang pakai Sheejab warna hitam. Cantik! Lepas tu kitorang bergambar dengan AF & FL.


Lepas tu kitorang sorang2 nak bergambar dengan kakpaten, iyelah bukan senang nak jumpa celebrity blogger ni kan? :)

Nur Fatin Liyana & Nurfatin Atikah
Kak paten & kak aten
Doctor & Optometrist-to-be
Celebrity blogger & Cool blogger
Yang penting sama2 Fatin!
Fatin maksudnya cantik :p
Kitorang beritahu kat FL & AF yang kitorang ni optometry student, final year. Then AF kata, "Oo, bakal optometrist la ni..". Kitorang angguk je la. FL tanya. "Nape spec mahal eh?" Haha, kitorang senyum je..

Lepas tu barulah kitorang kembali mencari Felixia Yeap. Yes, amoi berhijab tu pun cantik as seen on picture. Tenang je tengok muka dia :)


Then kitorang pun pulang dengan gembiranya! Tapi aku tak dapat bergambar dengan Leuniey Natasha, mula2 masa dia datang tu nampak, lepas tu idokler jumpa. One more thing, kitorang terlupa nak round tingkat bawah sekali, sebab kitorang banyak habiskan masa kat tingkat 2 je, huhu.. Takpelah dah tau tempat, lepas ni boleh datang lagi! :)

Seronoknya shopping, lagi2 dapat free gift! ;)
Congratulations Rumoda in your Grand Opening!



Rumoda ini bertempat di No. 3, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Korang boleh usha IG Rumoda @rumoda.bangsar and fb Rumoda.
Kat IG Rumoda ada banyak lagi gambar cantik2.
By the way, thanks thecreativo & rjcreativer masukkan gambar kitorang dalam live update kat IG Rumoda, hehe ;)
Ini rasa nak beli dslr camera sebijik ni :p
Sape kata iolls pergi sebab nak free gift je, iolls beli shawl okayyy :p
Iolls tak cukup tangan nak bawak barang2 shopping ni :p

Akhir kata, sorry kalau entri ni panjang sangat, macam cerpen ke, banyak gambar ke, muehehehe ;)
Okay next week dah masuk sem baru, wish me luck!
Kalau nak jadi patient Fatin. nak check mata, jom datang Klinik Optometri UiTM Puncak Alam, details boleh usha kat SINI. *sempatpromote*

Bye!
*Flip Sheejab shawl* :p

Saturday, August 23, 2014

Malaysia Berkabung

Semalam, 22 Ogos merupakan Hari Perkabungan Negara bagi memberi penghormatan kepada mangsa nahas MH17. On the way ke HKL, Fatin tengok ramai orang memakai baju gelap sebagai tanda menghormati peristiwa tersebut. Kat dalam hsopital pun, dalam jam 10.30 pagi, ada announcement yang memaklumkan tentang Bertafakur Seminit. Bagi yang beragama Islam, diminta untuk membaca surah al-fatihah manakala yang bukan beragama Islam bertafakur mengikut agama masing2.


Tepat jam 11 pagi, announcer telah mengumumkan untuk bertafakur selama seminit. Peristiwa ini menunjukkan sifat rakyat Malaysia yang bersatu hati dan empati kepada keluarga mangsa nahas MH17. Kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja berkongsi rasa gembira tetapi juga rasa duka yang melanda negara kita.


Semoga arwah mangsa2 ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman,amin..
Takziah kepada keluarga mangsa, semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini, Insya Allah..
Sebak membaca kisah ahli keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. :'(

Sunday, August 10, 2014

2014 Optometry Awards and Dinner, A Night to Remember


Assalamualaikum..

Ini entri throwback 3 bulan yang lepas yang dah berhabuk dalam draf. hatchummm!


Tanggal 17 Mei lepas, bertempat di Dewan Shah Alam Seksyen 14, kami pelajar optometri telah menghadiri '2014 Optometry Awards and Dinner, A Night to Remember'. Seperti biasa, dinner akan dianjurkan oleh 2nd year students. Thumbs up for such a beautiful place! Dewan itu sangatlah cantik, menarik dan tertarik. Terasa macam dekat alam lain pun ada, dengan white flowers everywhere.. :)


Kalau dari luar, kita hanya akan nampak satu dewan yang biasa, tak sangka di dalamnya ada dewan yang dipenuhi dengan bunga-bungaan putih seputih salji... Dewan ni ramai orang buat majlis kahwin termasuklah my favourite actor, Izzue Islam & his wife.

View luar dewan, ehsan dari mr google.
View dalam dewan
Tema kali ini adalah vintage english. Yang lelakinya segak bergaya, yang perempuan dengan majoritinya memakai flower crown.
Final year yang diraikan
Majlis bermula lebih kurang jam 8.30 malam, dimulakan dengan persembahan pembukaan dari pihak penganjur, 2nd year students. Memang sempoi je diorang buat persembahan :)

Our awesome organizers
Beautiful emcees
Perasmian
Selepas ucapan pengarah program dan timbalan dekan, acara yang paling semua orang tunggu adalah MAKAN!
My classmates :)
Main dish dihidangkan di atas meja, manakala side dish seperti sagu gula melaka, agar-agar dan candy booth kat belakang dewan.


Candy booth pulak ada chocolate fountain yang menjadi daya tarikan semua orang, sampai kering chocolate tu bila semua kerumun menadah marshmellow stick kat situ, hehehe ;)


Lepas dah burp kekenyangan, tibalah acara kemuncak iaitu anugerah king and queen. King of the night diberikan kepada senior Addin dan queen of the night diberikan kepada Madam Hidayah. Kata pengacara majlis, mereka dipilih sebab kedua-duanya memakai topi. So, next time sila pakai topi kalau nak menang, hehe..

Fatin tertarik dengan props instagram yang disediakan. Tapi ig acc tu tak wujud pun, just for fun! :)
77000 likes? :P
Nice deco <3
My bestfriends <3
Door gift
Red velvet cupcake yang sedap gilos! 
OOTD. Poplook maxi dress & patternized scarf
Love that floral wide shawl :)
Last but least, thanks a lot to the organizer and friends. Some pictures credit to Shazana, Fadhilah, Hafiz, Izzat & Wan Nor. :)

 One year to go, insya Allah..

p/s: Esok start hospital placement kat HKL, wish me luck! :)