Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Friday, August 28, 2015

My first brownies




Assalamualaikum :)

Sempena dah grad dan birthday yang bakal menjelang insya Allah, it is time to reward myself.
Fatin suka makan kek. Sebutlah kek apapun. Kek lapis, red velvet cake, cheese cake, rainbow cake, kek sponge, brownies, senang cite sume kek lah! :p


Rasanya antara senarai di atas, yang paling senang dibuat brownies kot.
Tapi ada orang kata brownies bukan kek, tapi lebih kurang kek, cuma teksturnya lain.
Teksturnya terletak antara kek dan biskut. Moist + rangup.
Kalau kek coklat lembut dan spongy, kalau brownies teksturnya moist, fudgy dan padat.

Google resepi, maka Fatin memilih resepi mudah dan sedap dari Eny Abdullah.
By the way, bahan2 telah diubah suai mengikut bajet yang ada.
Berbekalkan baki biasiswa yang ada, maka dark choc Beryls telah ditukar kepada coklat masakan Nona, hahaha sedih giler bunyinya kan. Hey, iolls support produk tempatan okay. :p
Tapi memang Fatin tak jumpa Beryls kat Jusco masa tu, beli apa yang ada je.
Lagipun ni first trial kan, guna bahan murah dulu, so kalau tak jadi ke apa, tak rasa bazir sangat, gituh! ;)

Tapi tak sure sebenarnya coklat masakan tu nona tu dark choc ke idok, sebab tak tulis, sebab resepi asal kata jangan guna coklat susu nanti manis.

Fatin copy paste je resepi brownies tu kat sini untuk yang bertanya. :)
Ceh, yang tanya Amal sorang je, macam ramai je tanya kan :p

Resepi brownies mudah dan sedap

Bahan2
300g coklat masakan Nona
100g butter (Fatin guna buttercup)
3 biji telur saiz A
1 tsp esen vanilla
125g tepung gandum
1/4 cawan choc chip
1/4 cawan white choc chip
1/2 tsp garam

Cara2
1. Panaskan oven dengan suhu 160C
2. Potong bar coklat dan butter kecik2 dan cairkan dua2 guna kaedah double boiler. Tapi Fatin suka hati je guna kaedah cairkan atas frying pan je hehe selamba je kan. Takpe, next time kita buat teknik double boiler.Then, angkat dari api.


Nape nampak macam daging masak kicap eh hahaha :p
3. Masukkan gula, kacau sebati.


4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji, masuk, kacau, masuk kacau guna senduk kayu.
6. Masukkan tepung dan garam dan  kacau rata.
7. Masukkan choc chip. (Fatin masukkan choc chip, dan gunakan white choc chip untuk tabur.)
8. Tuang dalam acuan bergris dan letakkan kertas alas (parchment paper) supaya senang nak bawak keluar brownies. Fatin idokler kertas tu, Fatin guna aluminium foil je, sebab dah google, & mr google kata boleh :)
9. Taburkan white choc chip or walnut or almond yang anda mahu.
10. Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit dan cucuk cake tester sampai keluar bersih. Fatin guna garpu je hehe, berlubang sikitlah brownies tu hehe..

Pesanan kak Eny tu jangan terlebih masak sebab nanti kering dan tak sedap.
Kena moist sikit baru sedap, dan sedap dimakan pada keesokan harinya.

Fatin taburkan white choc chip sebagai hiasan kek, nak jugak tulis hb fatin kat situ. Kata kek pre birthday :p

Seronok main deko2 kek ni :p
Tapi sebab tekan sangat choc chip, tu bila masak karam bak kapal titianic hahaha :')
Yang cantiknya choc chip yang ditabur tabur seperti bunga sakura berguguran di atas tanah. Kemain metaforanya :D

Huruf kat mana, huruf huruf kat mana :p
Brownies ni boleh dikatakan sedap jugak, cuma brownies tu kedutnya tak semua bahagian.
Separuh muda, separuh tua, hahaha :p Ada tanya kawan, Farah kata maybe sebab gula tak larut betul2. Mana yang larut tu dia berkedut.


Next time try improve lagi cara buat brownies Insya Allah, or try cuba resepi lain pulak :)

By the way, memandangkan birthday jatuh waktu training next week, Fatin pun pergilah renew lesen memandu, renew tiga tahun terus. Setengah orang suka renew 5 tahun terus, terpulanglah. Alang2 kat pejabat pos, daftarlah mengundi sekali, walaupun mengundinya lambat lagi, hehe..


Mark your calendar, 2 september :p

Monday, August 10, 2015

Resepi roti john mudah




Sementara goyang kaki kat rumah ni, makan tidur, makan tidur.
Cakap pasal makan, masa raya ni, roti gardenia kat rumah tu tak laku.
Beli sebuku, tapi dah nak expired pun, masih tinggal sebuku jugak.
Cuma satu dua slice je yang dimakan.

So, nak buat apa eh dengan roti sebuku ni?
Hari tu masa raya kat rumah makcik, dia buat roti john. Sedap weh!
Nak makan banyak segan, lagipun beragaklah nak makan, kata orang ingat orang belakang.

So, kita buat roti john guna roti gardenia tulah.
Guna bahan apa yang ada je kat rumah.
Kat freezer ada daging cincang baki buat spaghetti hari tu.
Aku pun google la resepi.
Aku amik resepi kat youtube, tapi ubah ikut apa yang ada.

Resepi roti john simple

200gm daging cincang *pastikan Ramly baru beli so Fatin guna Ramly, satu slice :)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu kecil serbuk kari
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
Marjerin
3 biji telur
5 keping roti *Fatin guna Gardenia, lebih enak dimakan begitu saja :)
Sos cili *Fatin guna sos Life, my favourite :)

Cara2

1. Masukkan minyak masak dan tumis bawang merah & putih sehingga garing.
2. Masukkan daging yang telah dibasuh.
3. Then, masukkan serbuk kari dan sedikit garam secukup rasa. Goreng daging sehingga masak.
4. Masukkan daging ke dalam bekas dan masukkan telur dan gaul sehingga sebati.
5. Kemudian, panaskan frying pan dan letakkan marjerin.
6. Letakkan bahan yang telah digaul tadi dan letakkan roti di atasnya dan tekan2 sikit.
7. Then, letak sos, lipat roti dan potong dua. Siap!


Lagi sedap kalau ada mayonis or cheese.
Tapi idokler takde mayonis or cheese kat rumah, guna apa yang ada je.
Boleh jugak letak timun or tomato bagi menambahkan khasiat kepada roti john anda! :D

Friday, November 02, 2012

Sesi memasak bersama usrahmates

Dua minggu lepas, kakak naqibah ajak kami ke rumahnya untuk mengadakan aktiviti memasak. Sebenarnya, kata kak naqibah, di dalam usrah, kita tidak hanya perlu duduk dalam satu bulatan dan membincangkan hanya hal2 agama semata-mata. Kita boleh berusrah sambil mengadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti memasak. Selepas habis aktiviti memasak, kita kembali membincangkan apa yang kita boleh pelajari daripada yang kita lakukan dan kaitkan dengan kehidupan kita.

Kami memasak bersama-sama makaroni carbonara, bingka roti dan bancuh air roselle.

Makan dalam talam dapat mengeratkan silaturrahim :)

Resipi makaroni carbonara (daripada naqibah, Kak Nabilah)

Sedikit minyak 
Sepaket makaroni (direbus)
Bawang holland (dipotong) - 3 warna lagi menarik!
Cili benggala (dipotong)
Batang saderi (dipotong)
Lobak merah (dipotong)
Daging burger ayam (dipotong kecil)
Cendawan butang (dipotong)
Sedikit minyak masak
1 kotak susu full cream 

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland.
2. Masukkan cili benggala, batang saderi dan cendawan butang, kacau agar tidak hangit, api tidak perlu kuat sangat, dan biarkan sehingga berair.
3. Kemudian, masukkan daging burger ayam, biarkan seketika sehingga masak.
4. Seterusnya, masukkan susu dan kacau sehingga mendidih. 
5. Taburkan garam secukup rasa dan serbuk oregano dan origano kasar.
6. Letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.  
*kadang2 bila panas tak pekat, bila sejuk akan pekat, jadi agak2 lah tekstur kuah itu ye.. ;) *
7. Akhirnya, tuang kuah carbonara ke dalam macaroni tadi.


Kuah carbonara

Rebus makaroni

Sedia untuk dimakan

Resipi bingka roti (daripada usrahmate, Fadh)
Sebuku roti (dicarik)
3/4 mug gula
1 tin susu cair
1 mug santan
Kismis (kalau nak letak)

Cara-caranya:
1. Carik2 roti dan rendam dengan santan, gula dan susu cair di dalam loyang.
2. Biarkan campuran tersebut kembang selama setengah jam.
3. Masukkan loyang ke dalam oven dengan suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
4. Sejukkan dan boleh makan! :)

Menunggu bingka roti masak dengan penuh kesabaran..

Bingka roti


SELAMAT MENCUBA! 

p/s: Apa yang penting, KERJASAMA! :)