Thursday, May 29, 2014

Festival Mega Sports of Health Sciences (FeMo'S) 2014

Festival Mega Sport of Health Sciences diadakan buat kali ke-3, atau kali ini lebih disebut FeMo'S V3 aka FeMo'S version 3. Femos V3 dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pemulihan Cara Kerja yang berlangsung pada 9 hingga 13 Mei 2014 di UiTM Puncak Alam.
Cantik poster kali ni, ala2 tema futuristik
FeMo'S tahun lepas terlibat sebagai penyelaras futsal, (entri lepas) tahun ni sekali lagi terlibat tapi kali ni sebagai biro penajaan dan keusahawanan. Sebab untuk kali ni, persatuan pelajar optometri (OPTIMIST) ditugaskan untuk memegang jawatan biro sponsor dan penyelaras tenpin bowling. Dengar macam senang je, cari penaja, call dan dapat sponsor. Proses ini memakan masa yang agak lama jugak, bermula dengan cari list sponsor, no telefon dan alamat. Lepas tu, bahagikan antara kami berenam. Then, call, emel surat, call lagi dan lagi sampai diorang bagi feedback. Sama jugak macam nak cari vendor untuk booth jualan. Biro kitorang terdiri daripada Fatin, Amal, Syikin, Natasha dan Shazwan, dibantu oleh koordinator biro, Nabilah. Penyelaras tenpin bowling diuruskan oleh Hakim.
Bukan famous, tapi FeMo'S crew..
Maskot FeMo'S, nama dia Tigorange
Fatin dan Nabilah bertugas pada hari sabtu. Pagi2 turun padang kawad tunggu vendor2 datang untuk tunjukkan booth diorang dan briefing apa yang perlu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tentang penajaan pulak, kitorang berjaya dapatkan tajaan daripada Marigold, selain Herbalife.
Thanks Marigold for the sponsorship :)
Booth jualan
Giant bubble
Ni booth persatuan kitorang, OPTIMIST :)
Okay, cukup pasal sponsor, kita sambung cerita sukan pulak. Sebagai exco sukan, mestilah nak OPTIMIST juara, tapi rezeki kitorang sampai ke tangga ketiga sahaja. Yang penting sukan ini membuat kitorang bersatu, saling menyokong sampai sakit tekak bersorak dan sakit tangan bertepuk tangan. OPTIMIST berjaya memungut 2 emas, 9 perak dan 2 gangsa. Kalau ikut mata, OPTIMIST berada di tangga kedua, takpelah takde rezeki, cuba lagi tahun hadapan :)

Blok huruf FeMo'S yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar
Ketua kontinjen setiap persatuan
OPTIMIST netball team
Team Perbarisan OPTIMIST
Lepas bertugas untuk kawasan booth, ahad diteruskan untuk jaga masa untuk acara berbasikal. Haruslah i olls masukkan gambar OPTIMIST team iolls je :p Bukan team basikal je, tapi team lain jugak ye..
OPTIMIST cycling team
Untuk FeMo'S kali ni, Fatin masuk marathon, tapi marathon ni acara terbuka, so tak dapat nak menyumbang mata untuk persatuan. Untuk diri sendiri je la, huhu..

Slogan FeMo'S kali ni, "Live for glory, stay for fun"
Muka serius benor nak start larian :p
Tea sponsored by Herbalife
Herbalife sponsor shake jugak
Walaupun sekadar di tangga ke-8, tetap happy :)
Bergambar atas stage dengan my junior Amal yang ex-PASUM :)
Mungkin orang pandang rendah sebab tak dapat top 3, apapun alhamdulillah :)
Banyak program yang dianjurkan, antaranya Dekorasi Cupcakes, Demo Masakan Sihat, Giant Bubble, Mini Konsert dan banyak lagi..


Hanif Shawn waktu habis zumba
Hafiz Zainal
Tigorange malu2 dengan Hafiz
Hafiz Zainal perform dengan kawan beliau, Mursyid
Hafiz Zainal yang awesome

Berpeluang bergambar dengan Hafiz Zainal waktu mini konsert. Dah in charge untuk booth jualan, dengan pegang fail siap :p Btw kitorang ex-asasian UM, tapi Hafiz group Sains Hayat 1, Fatin Sains Hayat 2. Sekarang dia belajar dentristy. Dulu 1st time tengok Hafiz perform live kat Minggu Haluansiswa PASUM 10/11. Dengan bakat & personaliti yang dia ada, Hafiz mampu pergi jauh dalam industri seni. Good luck Hafiz! :)
Tahun depan piala ini akan menjadi milik OPTIMIST, insya Allah, GO OPTIMIST!

Nak tengok gambar lebih banyak, boleh view kat page FeMo'S :)
Some pics credit to fb FeMo'S.

p/s:
Sorry entri ini banyak sangat gambar, biarkan gambar berbicara.. ;)

No comments:

Post a Comment