Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Tuesday, March 30, 2021

Tiktok



 Assalamualaikum :)

Ya ampun bersawang dah blog ni ya, labah2 pun ada tujuh keturunan dah :p

Sekarang ada lagi ke yang baca blog? Fatin pun dah jarang bukak blog, melainkan reply komen. Sorry kalau Fatin reply lambat, kalau teringat nak bukak blog, baru Fatin bukak hehe..

Btw, sekarang trend short video kan, kita ada TikTok, instagram pun dah ada reels. 

So, apa lagi, silakan follow TikTok Fatin, @nurfatin_atikah aka Fatinutella. Sempat promote :p

Kenapa Fatinutella, sebab Fatin suka Nutella & menjual Nutella di instagram @nutellagombak. 

Okaylah jumpa di TikTok, kalau ada soalan, boleh tanya kat Q&A kat bio tiktok, takut soalan kat blog ni Fatin terlepas pandang. Bye!



Thursday, November 15, 2018

#BarbieRun2018 @ Stadium Shah Alam




Assalamualaikum :)

I'm a Barbie girl, in the Barbie world..

Setelah bertahun-tahun Fatin tak join larian, tiba2 kakak ajak join Barbie Run 2018 kat Shah Alam. Wah menarik sebab baju dia warna PINK! Pastu dapat barbie doll sebijik! Memang terus ON! Book cuti siap2!

Collect baju sehari sebelum
Flag off pukul 7 pagi. So lepas subuh kitorang gerak ke Stadium. Sampai sana dalam 6.35 pagi. Gelap lagi weh hahaha, tu pun jem nak masuk stadium. Lepas parking, terus ke get ready. Tapi takde lah flag off tepat jam 7 sebab ramai lagi yang baru sampai. Dalam kul 7.05 baru flag off.



Nama pun fun run, kitorang takdelah beria sangat lari, just jogging & jalan lenggang kangkung jugak. Time turun bukit je laju :p



Ramai jugak join larian ni. Budak2 kecik pun ada, comel je lari dengan parents diorang. Mak2 pak2 yang tolak stroller pun ada, perghhh respect!



Selesai 5KM, collect goodie bag, dalam tu ada macam2! By the way, comel kan tandas pink tu? <3

Tandas pink wow sangat, tapi tak berani masuk haha

Bestnyaaa macam2 ada!

Barbie doll!
Medal dia cantik!!!

Apalagi, sesi bergambar lah kan, maklumlah dah lama tak lari hahaha kasi chance ah..

Makan aiskrim dulu

#ootd
Selfie satu, nampak muda kan pakai bawal :p
Thanks kakak ajak ke sini <3

Thursday, April 05, 2018

First time derma darah




Assalamualaikum :)

Nak dekat 2 bulan tak update, busy kerja T.T
Lagi satu takde cerita nak update hahaha sadis betul :p
So harini ada cerita nak story mory, mohler baca ;)


Korang pernah derma darah tak?
Fatin dah lama teringin nak derma tapi takut.
Dengar orang kata nanti berat badan naiklah, pening, pengsan lah, macam2..
So takutlah bila dengar orang cakap.

Bila baca syarat2 semua lepas. Gambar dari KKM.



Tapi selaku darah O ni, rasa terpanggil nak derma sebab nak tolong orang darah O.
Sebab orang darah O boleh TERIMA darah O SAHAJA.
Korang boleh tengok gambar ni untuk detail, kredit FB KKM.
\


Harini my bff Aminah ajak pergi derma darah kat Pusat Darah Negara.
Aminah dah banyak kali derma, dia relaks je. Fatin yang first time ni cuaklah.
Takut nanti tak layak ke, ada penyakit lain ke kan. Nauzubillahiminzalik..



Mula2 isi borang, pastu ambil nombor. Then dia akan cucuk hujung jari untuk test darah.
Pastu ke kaunter seterusnya untuk daftar, kena bawak IC ASAL.
Tunggu sekejap, then masuk ke satu bilik untuk check tekanan darah.
Semua dah lulus, baru boleh derma.

Masuk je bilik derma tu, dah start nervous dah. Tapi muka control cun je hahaha.. :p
Nurse suruh duduk atas kerusi tu. Pastu nurse start cucuk bius.
Kemudian, nurse cucuk jarum besarrr untuk derma darah tu.



Then tangan pam sampailah penuh plastik tu, untuk first time dia ambil 350ml.
Kejap je, dalam 5-10 minit dah settle. Fatin bayangkan dalam 30minit macam tu haha..

Sempat wefie :p

Then, rehat kejap dalam 10 minit, nurse tanya ada pening tak.
Alhamdulillah takde. Nurse kata okay boleh pergi makan kat ruang makan hujung.
Wah bestnya dapat banyak makanan! Tak sangka satu dulang weh hehe..



Nurse ada bagi ubat zat besi & asid folik untuk tambah darah.
Kena makan sebijik sehari sebelum makan.




Pastu boleh balik! Begitulah kisahnyaaa :)

Thanks for reading this entry :D

Thursday, September 01, 2016

I am officially an optometrist!




Assalamualaikum :)

Entri ni dah berhabuk dalam draf, hari ni baru nak publish, lagipun hari ni genap setahun bergelar optometrist.

Alhamdulillah habis study sudah, konvokesyen pun sudah, kerja pun sudah, kahwin je belum tapi belum daftar sebagai optometrist lagi. So lepas habis je konvo, Fatin download borang pendaftaran, fotostat IC & transkrip then pos ke Majlis Optik.

Alhamdulillah, nasib sangat baik, pos 8 jun, then 28 jun pos laju hantar depan rumah. Excited giler dapat sampul besar tu. Urusan seri paduka baginda. Yeay!!!


Then mohon APC (Annual Practising Certificate) pulak, alhamdulillah dah dapat! :D


Bila dah dapat dua2 benda ni rasa bersemangat nak kerja. Semoga sentiasa bersemangat untuk teruskan kerjaya ini. Tapi kadang2 tu rasa rindu jugak zaman study. Bila mana stress kerja datang, rasa nak balik ke zaman study. Stress zaman study lain, stress zaman kerja lain.

Kalau zaman study kena stress siapkan assignment on time, stress kena cari patient ke hulu hilir, untuk cukupkan kuota yang ditetapkan.

Throwback sikit zaman student
Bila zaman kerja, paling mencabar bila jumpa customer yang cerewet, OMG, rasa stress tu sampai rasa nak berhenti kerja pun ada. Malas nak hadap. Tapi, bila ada orang masuk tanya ada kerja kosong tak, dia ada degree tapi nak minta guna diploma. Sebab katanya susah nak dapat kerja sekarang ni, sedihnya dengar.. Kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Biasalah masalah tetap ada dalam apa pekerjaan pun kan, hadapilah dengan tenang.

Be strong! Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan!

Alhamdulillah, kini genap setahun kerja, dua bulan di Wangsa Walk Mall, sebulan di Aeon Big Kepong dan 9 bulan di Wangsa Melawati.

Rindu kawan2 kat kedai lama, Chloe, Aina, Aleiza, Kak Leen, Pervin, Jidd, Amy, Kak Fifie, Jenny, Aris , Kak Ina, Idris, tak lupa kepada my current colleagues, En Zaini, Kak Nurul, Kak Syira, Kak Siti Mydin, Hakim, Kak Siti WML, Aziz, Syud, Elly, kalau korang baca entri ni, Fatin nak ucapkan terima kasih banyak2 atas segala tunjuk ajar dalam bidang optical & sales ni. :)


Dah kenapa sebak pulak taip entri ni, dah macam entri nak bersara pulak dah hahaha :p
Woi, baru kerja setahun dah nak bersara ke..
Takdelah, ni kira appreciation post ;)

Di kesempatan ini Fatin nak promote sikit, kedai iolls ada sale tau, Istimewa Raya Haji! Jemput datang check mata, beli spec or contact lens :)

p/s: less than 24 hours #fatinturns24 ;)

Friday, June 03, 2016

Gambar Konvo Studio




Assalamualaikum :)

Hari isnin lepas Fatin balik kerja, tetiba nampak ada parcel atas meja, sampul surat besar. Gambar konvo! Selepas sebulan konvo baru dapat weh.. Tak cukup penantian selama 10 bulan untuk konvo, kena tunggu lagi sebulan untuk gambar konvo studio, sadisss..

Aku nak bukak sampul tu nervous tahap apa entah, macam nak bukak surat tawaran mrsm dulu pulak hahaha.. Iyelah, gambar konvo atas stage aku merobek hati, gambar tutup mata, so aku sangatlah mengharapkan gambar studio ni memuaskan hati yang terluka ini.. Kemain frust menonggeng macam orang putus chenta haha :p

Dengan penuh berdebar, tadaaa!






Yeay, gambar okay, semua cantik! I mean kualiti gambar dan yang penting senyum okay hehe.. Gambar ramai2 tu Rayssa (anak buah) pandang kamera! Omey si kenit <3 Ignore my double chin -.-

Thanks Elemetrix Studio for the pictures :)

Rasanya demam konvo dah habis, dah boleh move on dah kot haha :p

Minggu depan kita bakal bertemu dengan bulan Ramadhan, in shaa Allah, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Selamat menjalani ibadah puasa :)

Wednesday, May 18, 2016

My convocation day #UiTMdihatiku




Assalamualaikum :)

Tanggal 29 April yang lalu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh student uitm yang dah tamat pengajian julai tahun lalu. Kalau kebiasaannya konvo akan berlangsung pada november seperti uni lain tetapi ditunda ke april tahun ini. Dengan penuh sabar kitorang menunggu, dan akhirnya tiba!

Hal pre-convo boleh usha entri lepas. Entri ini khas untuk hari jubah! Fatin & family stay di Intekma Resort untuk satu malam, walaupun Gombak - Shah Alam agak dekat, tapi untuk gerak pagi2 buta tu tak kot, sebab sidang jam 7.30pagi. So gerak dari Intekma jam 6.50 pagi, adik hantar ke DATC. Ayah tak sihat, dia batuk teruk, so adik lelaki je yang masuk dewan.

Sebelum start majlis kita ambik gambar dulu!


Buat pertama kalinya menghadiri konvo, yelah asasi takde konvo hehe.. Majlis berlangsung dengan penuh adat istiadat. Majlis pemberian scroll dimulakan dengan Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi. Berdebar jugak tunggu giliran.



Bila tiba masa untuk ambik scroll, senyum semanis mungkin, takut nanti gambar tak okay je hehe.. Bila dah ambik leganya.. Thanks kepada adik, Faris yang berjaya record video dari atas. Mula2 kat group wasap siblings, adik kata tak dapat record sebab ada orang mintak tolong ambilkan botol air terjatuh. Aku pun percaya bulat2, sedih.. Rupanya dia gurau je, kuangasam betul. Video ada, dan cerita ambilkan botol air pun betul. Yeay ada video! Tapi kat IG lah hehe..
Thanks Faris! Bulan sebelas ni dia pulak konvo. Diploma in Mechanical Engineering :)
Untuk gambar konvo atas stage Fatin baru ambil kat Shah Alam pagi tadi. Ya Rabbi, mata tu kenapa Fatin oii.. Sedih jugaklah, tapi takpelah yang penting dah selesai konvo. Sekarang tengah tunggu gambar konvo yang ambik kat studio, harap sangat gambar tu okay, pleaseee :(


Aku mengadu kat group wasap siblings, kakak aku kata, "lebar senyuman, takpe gigi cantik". 'Cantik'lah sangat kan huhu.. Aku punya sedih tu tahap meroyan jugaklah.. Then kakak aku lagi sorang kata, "entahnya bukan gambar kahwin pun". Fine, nanti gambar kahwin iolls akan pastikan cantik okay! Tapi taktahu wujud ke tak gambar tu, harapnya wujudlah :p

I'm officially graduated! So, awak yang kat sana tu, bila lagi kita nak officially married? Cia cia cia, sempat lagi pickupline konvo haha #siscuba :p


Alhamdulillah, setelah penat lelah selama empat tahun, akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Optometri (Kepujian).


Terima kasih kepada mak ayah terchenta atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan, tak henti2 doakan kejayaan Fatin.. Tak lupa kepada adik-beradik tersayang, Kak Ana, Abg Apit, Kak Ida, Payeh dan Alia for supporting me, dan juga kepada kakak ipar, abang ipar, dan semua saudara mara tersayang.

My family tapi tak cukup korum
Terima kasih kepada semua guru2 yang telah mengajar Fatin dari Tadika Daruttarbiah Islamiah, SK Gombak Setia, SRA Taman Melewar, SMK Seri Gombak, MRSM Merbok, para pensyarah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam. Jasa kalian sentiasa dikenang, budimu kekal ke akhir zaman. :)

Tak lupa terima kasih kepada my bff, classmates, roommates and ALL friends dari tadika sampailah uni.

My lecturer & classmates
My bestfriends <3
Tak lengkap konvo tanpa bunga kan, thanks a lot to my family especially yang sponsor, Kak Ana & Kak Ida for a big bouquet of roses with cute little bears! First time dapat bunga, excited! Tapi kalau nak bunga lagi kena sambung belajar ke? #selfreminder #tribulasi365hari


Setakat ni takde plan lagi nak sambung belajar, just kerja & cari pengalaman sebanyak mungkin,
insya Allah.. :)

"Go confidently in the direction of your dreams. 
Live the life you have imagined."
- Henry David Thorean

Thanks for reading this entry! :D

Sunday, April 24, 2016

My blog is 5 years old!




Assalamualaikum :)

Happy 5th anniversarry to my dearest blog!
Macam tak percaya je dah 5 tahun, kalau orang umur 5 tahun, masuk tadika dah kan ;)

Dah lima tahun berlalu, masih lagi blogging, cuma dah jarang-jarang sebab takde masa terluang, kerja 10.30 pagi hingga 9 malam, so blogging time offday je, tak pun curi2 masa pergi or balik kerja.

Kalau dulu tema blogging pasal retis, waktu zaman study, pasal optometri, pasal event2 sukan dan lain2.

Sekarang tema mungkin lebih kepada diri sendiri, pengalaman bekerja, pergi jenjalan, pergi makan restoran sedap2, tengok wayang dan buat review.

Harapnya penulisan hari ini dan seterusnya lebih matang dan sedap dibaca hehe..

Thanks kepada anda, yup, anda yang membaca entri ini, atau entri sebelum ini dan akan datang. Kepada silent reader (kalau ada), rajin2 lah komen hehe, iolls baca semua komen dan sedia membalasnya :D

Rayssa pesan, " Jangan lupa follow blog ciktin tau" :p

Saturday, October 10, 2015

My first time facial treatment experience




Assalamualaikum :)

Semakin berumur ni tetiba terdetik nak jaga kecantikan kulit.
Ceh berumur macam dah masuk 4 series je :p
Eh, bukan nak kahwin ke apa eh, jangan husnuzon sangat, calon pun takde ;)

Biasalah, dapat first gaji, rasa macam dapat satu juta, hahaha :D
Actually sebelum start kerja Fatin dah wishlist nak beli itu ini.
Tapi takdelah nak settlekan semua wishlist semua sekali, tu semua nafsu semata, syaitonirrojim!

Reminder untuk diri sendiri dan semua, jangan lupa bagi sedikit kat mak ayah, sekaranglah masa untuk berbakti kepada mak ayah, walaupun tak banyak, mak ayah dah rasa gembira :')
Then, simpan untuk masa depan dan settlekan wishlist (mana yang boleh)!

Berbalik kepada topik, kakak ada kata nak pergi facial. Nak ikut! Tak pernah pergi facial lagi..
Dah 23 tahun hidup, ni first time (tolong jangan gelak). Tapi iolls ada bajet jugak, iolls bajet bawah RM100 je untuk first time ni.

Kakak scroll IG, jumpa ada spa buat promo, dari RM168 ke RM98. Ok, cun!


Amaryllis Wellness Sri Gombak. Dekat je dengan rumah.
Kakak pun pernah pergi sekali kat sini, dia kata okay. So let's try.




Sampai sana, kena isi borang, then dia bagi minum teh.
Mula2, dia suruh rendam kaki dalam air suam berisi garam himalaya selama 5 minit.

Then, facial treatment starts. Fatin tak ingatlah semua step, duk sibuk menghayati muzik kat spa sambil melayan fikiran. Cleansing, exfoliation, massage, steaming, extraction, facial serum & facial mask. Semua part best, tapi part extraction tu memang sakit woo, dia nak buang white & black heads tu perghhh, nak nangis rasa.

Esthetician tu tanya, "Dah lama tak buat facial ke?". Fatin pun katalah, "Ni 1st time". Then, dia kata, "oo, patutlah banyak". Lepas dah habis semua, dia urut badan sikit, iyelah baring, urut sikit bagi segar.

Lepas tu tengok muka merah2. Yup, perkara biasa lepas facial.
Tapi lepas sehari dah hilang. Iolls tak sanggup nak upload T.T

Fatin ada baca artikel 'First time getting facial? Here's what you can expect?'
Banyak membantu jugak, korang boleh usha kat link atas.
Facial ni sebaik-baiknya buat sebulan sekali.
Harapnya dapatlah teruskan facial untuk bulan depan, insya Allah :)

Habis dari facial, singgah Sangkaya makan ice-cream.



First time nak rasa Sangkaya, hari tu dah rasa Nutty Coco kat Wangsa Walk.
Fatin rasa Sangkaya lagi sedap! Masing2 punya lidah la kan :)

Sangkaya signature

Kakak order Classic chendol. Sedap jugak!

Idokler kamera fokus tang ice-cream, chendol blur -.-
Sorry kalau ada gamba yang blur, next time kena tukar iphone kot :p

Thanks for reading this entry, jangan lupa datang lagi :)