Sunday, December 21, 2014

Dinner at KL Steamboat Station

Alhamdulillah....
Hectic week done!!!
Seriously minggu ni stress sampai tahap 200%. 
Tak pernah2 tidur 2-3 jam dalam sejarah, sebab siapkan report.
Itulah buat kerja last minute, ish2, jangan tiru aksi ini :p
So bagi meraikan tamatnya kuliah untuk semester ni, kita MAKAN!
*baru kuliah ye, exam belum lagi hehe :p

Fatin and the gang (Fadh, Shazana, Syamerra) yang duk kolej ni, jarang makan kat luar, so last week ni ada hospital posting kat HTAR so bawak kete ke kolej dengan kebenaran pihak berkenaan. Sementara ada kereta mohler kita bersuka ria sebentar sementara nak tunggu final exam ;)

Fatin dah lama masukkan KL Steamboat Station dalam wish list, dari zaman sebelum  restoran tu kosong tanpa perabot, sampailah sekarang dah famous, barulah ada kesempatan nak pergi.. Dulu tengok teaser kat ig owner KL Steamboat Station, Dr Anwar  Fazal, sekarang KL Steamboat dah ada ig sendiri. Jom Jalan2 Makan2 (JJMM) episod 5! :)

Lepas habis last class, solat maghrib dan terus gerak. Sebelum tu call dulu sebab takut full even weekdays. Then, kitorang guna GPS, terlepas satu simpang, habis kena pusing2 Petaling Jaya. Elok2 dah kuar hilangkan stress terus dapat stress sebab tak jumpa jalan. Alhamdulillah, akhirnyaaa sampai jugak ke KL Steamboat Station! Excited aku jerit dalam kereta, "Dah sampai dah, tu sana!" :p


Okay, ingatkan full house, rupanya tak. Ada satu family and kitorang je kat situ. Bagus jugak tak ramai sangat, boleh makan and ambik gambar puas2! Round pertama kitorang ambik ayam & daging untuk grill. Then, masukkan segala bebola dan seafood ke dalam sup & tomyam. Semua teruja giler nak makan sebab dah kelaparan. Round kedua makan mi sup & kuey teow tomyam.



Tomyam dia terbaek! Berasap telinga hehe ;)
Pabila orang yang jarang masak memasak, iyelah kat kolej tak boleh masak :P

Round ketiga makan aiskrim & air batu campur. Air batu campur terbaik sebab kita boleh serve sendiri, Fatin letak cincau, jagung, kacang & susu banyak2! Sirap letak sikit je. Memang heaven! :D



Nak ABC lagi!!!
Sambil makan2 tu dah kata tak ramai orang, asyik bergambar sakan lah kitorang kan. Lepas tu baru tau ada wifi kat situ. Mintak password dan semua terus jadi anti sosial. Menghadap fon masing2. Suasana sunyi sepi. Krik krik. :p Lepas tu explore lagi kat situ, makan nasi goreng, mira makan marshmellow kat booth dessert.


Lepas puas makan and bergambar maka kitorang pun nak balik. Harga seorang RM38, then kitorang bagi duit kat mira tolong bayarkan kat kaunter. Then cashier tu tanya, "Student ke?" Mira pun iyekan lah. and student ada diskaun, dapat RM35 sorang. :D Maka balik kami ke palam dengan kekenyangan, kegembiraan dan kebahagiaan. ;)


Thanks u olls, muah ciked :)
Secara keseluruhannya, makanan sangat sedap, fresh, terbaik! Service pun okay, cuma waiter tak fasih bahasa melayu, so kitorang tak berapa nak faham masa mula2 dia bagitahu pasal harga dan service.






Dekorasi sangat cantik, kitorang masa first datang excited giler masa kereta api datang ke arah kitorang. Kelam kabut ambik gambar, padahal kereta api bukannya datang sekali je, haha :p
Kereta api datang, tut tut!


Eiffel, i'm in love! :p

Di kesempatan ini Fatin nak ucapkan "Happy belated birthday to Dr Anwar Fazal, may Allah bless u always.." Semalam birthday Dr AF. Dr Anwar merupakan salah seorang daripada owner KL Steamboat Station. Dan hari ni pulak hari pertunangan Dr Anwar dan Dr Fatin Liyana. Tahniah Dr AF & Dr FL! Tak sabar nak tunggu buku #Diagnosis2 yang akan release awal tahun hadapan. Buku #Diagnosis yang 1st dah lama khatam hehe :)

Antara penulis #Diagnosis2
Okay, study week dah start. Stress dan student berpisah tiada. Ini ada pesanan dari Dr Anwar dari twitter.


Sekian dari saya dalam Jalan2 Makan2 untuk episod kali ini! Jumpa next episod, coming soon! :D


p/s: sorry gambar tak bagus, pakai fon je, lupa bawak kamera huhu

4 comments:

  1. haha, camera phone pon cantik :D
    tahniah Dr AF and Dr FL

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sume gambar cantik, ada gak yg tak 6/6 hehe ;)
      tak sabar nk tggu entri pertunangan FL :)

      Delete
  2. yang part kacau daging dalam kuali tu mmg serius benor mukenye. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la psl, buka selalu memasak kan, haha ;)

      Delete