Thursday, May 15, 2014

Optometry Athletics Championship (OAC) 2014

Setelah dilantik menjadi salah satu Exco Sukan & Rekreasi awal semester lalu, kemudian ditugaskan untuk menjadi pengarah program untuk Optometry Athletics Championship 2014. Mula2 tu rasa macam nak bagi kat orang lain je, macam tak mampu je. Tapi kata orang, belum cuba belum tahu..

Bermula dengan kertas kerja, pemilihan AJK, pembentangan kertas kerja, mesyuarat, tempahan jersi hinggalah ke hari sukan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun ada dugaan sepanjang program. Tentatif program telah berubah sedikit, disebabkan hari hujan pada waktu petang. Ku sangka panas hingga ke lewat petang, rupanya hujan di awal petang, pepatah tu berubah sikit untuk program ni, hehe ;)

Aktiviti dimulakan dengan badminton pada pagi sabtu (3 Mei), diawalkan sebab pelajar lelaki hanya ada beberapa kerat je, so kalau buat seharian, semua sukan diorang nak main, patah riuk tulang empat kerat diorang nanti kan..
Badminton
Seterusnya, ahad (4 Mei), bermula dengan aerobik, diikuti oleh futsal, sukaneka, bola jaring dan bola baling. Bola baling ditunda ke malam berikutan hari hujan.

Senam pagi
Rasa seronok sgt bila semua pakai baju sama :)


Futsal lelaki
Futsal perempuan

Bowling kelapa
Makan epal
Makan epal tanpa guna tapak tangan
Cari gula2 dalam tepung
Tuang air dalam botol
Bola jaring

Bola baling

Keputusan keseluruhan, juara dimenangi oleh 6 batch (3rd year student), yeay! Naib juara 7th batch, tempat ketiga 5th batch dan keempat 8th batch. Tahniah korang! :D

Penyampaian hadiah
Tak mudah sebenarnya menjadi pengarah program ni, jiwa kelam kabut bagai dilanda ribut, ha kan dah nyanyi lagu Adam, ha, ha, tak tahu.. :P Tapi bila dah habis program, leganyaaa! Post-mortem pun dah settle. Tapi tetiba sebak pulak waktu bagi kata2 terakhir kat AJK, nasib dapat tahan, kalau banjir pulak.. :')

Honestly, tak suka bergelar 'pengarah' program, lebih selesa kalau ketua program, sebab Fatin tak suka diarah, so tak suka nak mengarah orang. Better kita buat kerja sama2, tapi dalam bidang tugas masing2. Maybe nampak sama, tapi term itu berbeza. Sebab term pengarah tu macam diktator pulak..

Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah atas pengalaman yang berharga ini..
Semua yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari saya sendiri..

Jutaan terima kasih kepada semua AJK yang membanting tulang untuk program ni, cewah, banting tulang engko! ;) Tapi takdelah sampai banting tulang, tapi lebih kepada 'bakar' kulit. Habis semua muka burn. Tanpa kerjasama dari semua AJK, OAC ini tak akan dapat berjalan lancar. Tak lupa juga kepada semua peserta yang hadir sama ada atlet atau penyokong yang memeriahkan acara.
AJK Makanan
Ku pahatkan nama2 AJK di blog ini, hehe
Post-mortem meeting
Terima kasih jugak kepada pengkritik2 atas kritikan anda yang memanaskan telinga kami, kami akan ambil yang jernih, buang yang keruh. Maaf jika ada apa2 yang tak menepati citarasa anda.

Terima kasih kpd Shazana utk design baju ni :)

One team, one spirit, one win!
Go OPTIMIST!  :D

2 comments:

  1. maaf la design baju xcomey. bajet nak jadi host tetibe terjadi designer plok! haha

    ReplyDelete