Seperti tahun2 lepas, pelajar optometri seluruh Malaysia akan berkumpul untuk bersaing dalam Malaysian Optometry Students Sport Event (MOSSE). Pada tahun ini, MSU merupakan tuan rumah untuk MOSSE 2014. Sebelum ini kami sudah menjadi tuan rumah untuk MOSSE 2012 dan MOSSE 2013. Kali ini MOSSE diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan di Kg Pandan, KL. Tahun ni kiranya tahun last kitorang final year students join MOSSE, lepas ni adik2 teruskan perjuangan :)
Before bertolak ke KL |
Tahun ni antara games yang dipertandingkan adalah acara trek
100m, 200m, Futsal, Netball, Volleyball dan indoor games seperti congkak, carom
& dart. Fatin bila dengar je takde long distance run memang sedih tak payah
nak cakap. Larian trek memang tak reti, dah pernah masuk sukantara, memang tak
lepas kalau bab memecut ni. 4x400 pun tak boleh, 800m ke atas baru lepas. So
dalam banyak2 acara tu congkak je yang biasa main. Tolong jangan gelak okay,
huhu T.T
Tak cukup lagi dengan kesedihan tu, ditambah pulak kalah
dalam congkak dalam pusingan kedua. Pusingan pertama menang tipis dengan UIA, beza satu guli je! Pusingan kedua takde rezeki.. Rasa down jugaklah sebab pulang dengan
tangan kosong, sebab ni MOSSE yang terakhir yang dapat join sebab dah final
year. Tapi, still tumpang gembira sebab congkak still uitm yang menang, tempat
pertama dan kedua lagi disapu oleh uitm. Tahniah Dzul & Fadh!
Serious giler muka hahaha :p |
Okay, bukan congkak sahaja UiTM dapat emas, kami telah berjaya memungut 7 emas kesemuanya. Acara lain futsal perempuan, netball, 100m
lelaki, 100m perempuan, 4x100 perempuan dan 200m lelaki.
Dengan kutipan tujuh pingat emas, kami telah dinobatkan sebagai JUARA
KESELURUHAN MOSSE 2014!
Alhamdulillah… :D
Semoga tahun depan OPTIMIST terus kekalkan kejuaraan kita!
We are the champion!
Setelah berakhir MOSSE 2014, dengan adanya hashtag
#MOSSE2014 kat Instagram, dapat jugak bertegur sapa dengan uni lain.
Tahun ni logo rasmi harimau, aumm! |
Terima kasih kepada rakan seperjuangan exco sukan dan
rekreasi, Hakim sebab bertungkus lumus menguruskan MOSSE kali ini.
Terima kasih jugak kepada MSU atas penyediaan penginapan
yang sangat selesa di Hotel Laman Seri. Best! Rasa macam nak stay 7 hari 7 malam je :p
Boleh throw back MOSSE yang lepas :
No comments:
Post a Comment