Showing posts with label Fadlan. Show all posts
Showing posts with label Fadlan. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Siapa Fadlan Hazim?




Sejak kebelakangan ini, Fatin tengok statistik blog, setiap hari ada je dari google search engine nama 'Fadlan Hazim' or 'Fadlan V.I.P' singgah ke blog Fatin. Then, confuse, ni blog Fatin ke blog Fadlan? hehe.. Iyelah, sape je kan nak tahu pasal Fatin kan, lebih baik ambik tau pasal retis ye idok? Fatin pun dah lama tak jumpa Fadlan ni, last jumpa waktu preview filem Sniper tahun lepas, maybe lepas ni boleh jumpa preview filem Adik Abang pulak? ;)

Okay, kita teruskan sesi borak kita dengan Fadlan Hazim ni. Nama diberi Fadlan Hazim bin Anuwar, dilahirkan pada 2 Januari 1992. Dia berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur. Sebelum menceburi bidang seni, dia terlebih dahulu berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berumur 16 tahun. Then, dia menyertai pertandingan 'Kacak Bergaya', join kumpulan Versatility In Performance (V.I.P) dan bergerak solo sebagai MIG Talent sampai sekarang.

For details boleh baca entri -> Fadlan Hazim makin popular
Sambungan entri -> Fadlan Hazim kini artis MIG

So, entri kali ni kiranya sambungan daripada dua-dua entri tu, iyelah takkan nak tulis yang benda yang sama kan? Lagipun korang rajin kan blogwalking? Jangan la marah haaa.. ;)

Okay sambung cerita. Selepas filem pertama Fadlan, Sniper ditayangkan, sedikit sebanyak melonjakkan nama Fadlan Hazim di persada seni tanah air. Kemudian, Fadlan mula dikenali di kaca tv dengan drama Jodoh 2 sebagai Nik Fahmi, di samping pelakon lain Hanis Zalikha dan Aliff Aziz.

Sebagai Nik Fahmi dalam drama Jodoh2
Pada aidilfitri yang lepas Fadlan turut berlakon dalam telefilem Raya Kosong-Kosong sebagai Ustaz Azlee. Selain itu, telefilem Gugurl Propa.

Sebagai Ustaz Azlee dalam 'Raya Kosong Kosong'
Telefilem Gugurl Propa
Drama yang dibintangi Fadlan yang sedang ditayangkan di kaca tv sekarang adalah drama Delina di TV3 dan Selipar Jepun Stiletto Merah di HyppTV saluran 116. Akan datang drama Dendam Semalam.

Sebagai Farid dalam drama Delina
Drama #Delina
Drama Dendam Semalam

Sape tengok cerekarama minggu lepas mesti perasan Fadlan berlakon sebagai Tajuddin dalam 'Sopeah Jin'.

Drama 'Sopeah Jin'

Selain itu, Fadlan juga akan beraksi di layar perak dalam dua lagi filem iaitu Adik Abang dan Banglo Berkunci. By the way, my bro-in-law involved dalam shooting filem Adik Abang ;)

Filem 'Adik Abang'
Filem 'Banglo Berkunci'
Untuk ABP 2014, buat pertama kalinya Fadlan tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular, kepada semua fans Fadlan, jangan lupa vote! :)


Update 13 April 2015:
Filem 'Adik Abang' telah ditukarkan kepada 'Abang Lejen', yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 April 2015.


Selain itu, Fadlan juga akan muncul dengan drama Dunia Generasi Baru di TV9 juga pada 16 April ini. Fadlan memegang watak Rik. Jangan lupa #DuniaGenerasiBaru dan #TeamRik :)


Update 22 Julai 2015:
Fadlan telah dilantik menjadi duta #SyukurSelalu untuk TV9.



Update 16 Ogos 2015:
Fadlan telah tersenarai untuk Top 5 Pelakon Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia ke-27. Tahniah Fadlan! :)




Rezeki Fadlan dalam bidang lakonan makin murah, lakonan pun makin lama makin improve, all the best Fadlan! Work hard & keep humble! Don't forget your fans, they are always support you :)

Update 14 Oktober 2015:
Korang boleh tengok Fadlan dalam drama Dhia Sofea sebagai JJ.
Drama ini turut dibintangi oleh Amyra Rosli & Syafiq Kyle.

JJ
Update 30 Disember 2015:
Korang boleh tengok Fadlan sebagai Ikmal Bazli dalam drama Cinta Si Wedding Planner di slot Akasia TV3. Drama ini turut dibintangi oleh Adi Putra & Mira Filzah.

Ikmal Bazli
Update 22 Januari 2017
Fadlan memegang watak sebagai Riqmal dalam drama Papa Ricky di Astro Prima.



Untuk tengok kisah Fadlan dalam entri2 lepas boleh klik kat label 'Fadlan' di sebelah kanan blog, ok bye! :D

Tuesday, April 22, 2014

Majlis Pra Tonton Filem Sniper (2014)

Nyawa atau nyawa?
Tagline filem aksi 'Sniper' arahan Pierre Andre.

Dari awal lagi Fatin kalau boleh nak tengok pra tonton filem Sniper ni, sebab ada ex kumpulan V.I.P, Fadlan Hazim hehe.. So, bila dah nak dekat2 tayangan, biasanya akan ada contest yang memberi tiket percuma untuk preview filem. Then, keluarlah contest kat MIG Online. Fatin pun joinlah, dan ajak adik2 join sekali. Lepas tu hebohkan kat fans Adam merangkap fans V.I.P sekali ajak join.


Sejak Fadlan keluar V.I.P, memang kitorang dah jarang sangat jumpa dia lagipun dia sibuk dengan berlakon. Kiranya kitorang support Fadlan dari kumpulan V.I.P sampai sekarang okay! Fadlan kalau baca, sila terharu sekarang hehe :p

Dan kami tiga beradik berjaya memenangi contest tersebut dan dapat tiket ke Preview Sniper. Preview filem diadakan di TGV Sunway Pyramid.
Thanks MiG Online! :)
Duduk ikut seat yang ditetapkan
Sebelum tayangan, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengarah filem, Pierre Andre diikuti ucapan dari penerbit filem, Mejar (K) David Teo. David Teo sempat menghabiskan ucapannya dengan serangkap pantun, "Hinggap di pokok kelapa, selamat menonton Sniper," Sangat cool lah Mr David :)

Pierre Andre
David Teo
David Teo dan Fadlan
Filem Sniper ni bagi Fatin, berjaya buat penonton suspen. Walaupun pada awalnya agak slow, di pertengahan dah mula rasa debarannya. Ditambah pula dengan kejutan yang tak disangka. Dan endingnya pun best! Walaupun semua pelakon adalah pelakon baru, ia tidak menghalang jalan cerita dan filem ini mampu menjadi filem yang bagus.

Dan yang pastinya lakonan Fadlan sebagai Rafi tidak mengecewakan. Kitorang sebagai fans Fadlan bangga Fadlan dapat bawa watak itu dengan baik. Walaupun ini filem pertama Fadlan, dan juga pertama kali jadi hero filem, thumbs up Fadlan! Good job! Kitorang yakin akan datang lakonan Fadlan boleh improve lagi untuk menjadi pelakon terbaik.
Hero filem Sniper, Fadlan Hazim

Scene fighting antara Rafi dan Ahmad
Habis je tayangan filem, kitorang sempat bertegur sapa dengan Fadlan. Nasib baik Fadlan cam Fatin lagi, hehe.. Fadlan tanya pasal filem, "A, B or C", Fatin pergi jawab B. Sebenarnya nak jawab A, tapi terjawab B. Sebab bila fikir balik Fadlan bagi range A - C bukannya A - E, hehe.. Apapun, Fatin bagi 5 bintang untuk filem ni, sebab berjaya menarik minat Fatin tengok filem aksi. :) Kalau tak, dah tido lena dah dalam cinema tu, hehe..
Hasil blur dari digital camera -.-
Saja je nak letak jugak gambar blur ni, hehehe.. Bagi yang rasa ada blur macam ni sama ada jauh atau dekat, sila check mata dengan optometrist yang berdekatan anda, okay, sempat promote ;)
Kami tiga beradik dengan hero Sniper, Fadlan Hazim
Sekian sahaja review dari Fatin, by the way, review ni pesanan Fadlan tau, hahaha, dia pesan jangan lupa update blog. Disebabkan Fadlan dah lama jadi duta tidak rasmi blog Fatin ni, inilah entrinya, so harapnya Fadlan jangan tak share pulak, hehe :p

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca artikel Sinar Harian 'Sebalik misteri Sniper' dan juga artikel akhbar Metro. Bagi yang belum mengenali Fadlan, boleh klik label 'Fadlan' di sebelah kanan blog untuk entri2 lepas.



some pics credit to instagram fadlanhazim & migonline

p/s: 
Next filem jom tonton Dangerously Love lakonan Adam AF dan pelakon Vietnam pada 1 Mei!

Friday, February 21, 2014

Filem Sniper (2014) Official Trailer

Assalamualaikum..
Kepada semua fans Fadlan Hazim, 
mesti korang tak sabar nak tengok filem pertama lakonan Fadlan ni kan?
Filem Sniper ni merupakan filem pertama Fadlan, filem pertama jugak Fadlan jadi hero.
Bagi yang belum kenal Fadlan Hazim, 
korang boleh la klik label 'Fadlan' kat kanan blog untuk view entri berkaitan Fadlan.

Filem ini diarahkan oleh Pierre Andre. Antara pelakon dalam filem ini Mikael Andre, Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar.

Nyawa atau nyawa?

SINOPSIS FILEM SNIPER

Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri. 
Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. 
Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka. 
Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad.
Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi. 
Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. 
Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.


 

Tak sabar nak tengok filem ni :)

Kini, Fadlan sudah berlakon dalam banyak drama bersiri, 
antaranya Berpaling Dari Syurga, Suamiku Jururawat dan paling terbaru drama Jodoh 2. 

Kepada Fadlan, all the best in your career!
Harap nanti dapat menang award :)

Thursday, July 11, 2013

Fadlan Hazim kini artis MIG

Dah lama tak update kisah Fadlan Hazim, bekas ahli kumpulan V.I.P yang kini lebih dikenali sebagai pelakon. Sebelum ini, Fadlan sudah banyak membintangi drama bersiri mahupun telemovie. Antaranya, Hotel Mania, Cinta Balqis, Duyong Arinidata, 6 Progresif 2, Dalam Setiap Sujud, Kasih Bukan Dusta dan 3 Cinta 1 Novel.

16 Mei lalu, berkesempatan tweet dengan Fadlan. Drama terbaru Fadlan adalah berkisarkan tentang basketball team di sebuah kolej. Fadlan sekali lagi bakal membawa watak antagonis selepas drama bersiri 6 Progresif. Drama ini belum ada tajuk lagi, dan hanya 8 episod sahaja. Sebenarnya Fadlan merupakan basketball player semasa zaman sekolah dahulu. Jadi rasanya sedikit sebanyak memudahkan dia untuk membawa watak tersebut. Tetapi katanya dah karat sebab dah lama tak main. Tapi practice makes perfect kan? :)

Perkembangan terbaru, Fadlan kini merupakan artis di bawah naungan MIG. Tahniah Fadlan!

Fadlan bakal beraksi dalam filem Sniper arahan Pierre Andre. Turut bersama berlakon dalam filem ini adalah Mikael Andre, Pablo Amirul dan Nina Iskandar. Kini, mereka masih lagi shooting walaupun dalam bulan puasa. Kalau tak silap Fatin, last day esok berdasarkan info dari instagram Fadlan.

Tak sabar rasanya nak tengok Fadlan beraksi dalam filem aksi ini :)

credit: Instagram Fadlan Hazim

Credit : FB Fanpage Fadlan Hazim


credit: Instagram Nina Iskandar

credit : FB Fanpage Fadlan Hazim


Semoga kerjaya Fadlan sebagai seorang pelakon mampu membawanya pergi jauh dalam industri seni sama ada dalam mahupun luar negara.

All the best Fadlan!

Untuk mengetahui kisah Fadlan yang terdahulu, boleh la klik 
Label Fadlan or V.I.P.
Tq :)

p/s:
Tak lama lagi, nak tengok Fadlan pegang trofi awards boleh? ;)


Friday, February 22, 2013

MY SISTER'S BIRTHDAY CELEBRATION

Tanggal 14 februari lepas, kami adik-beradik pergi ke rumah baru kakak untuk celebrate birthday kakak sulung kami. Semua ada, kecuali abang yang tinggal di Shah Alam. Umur kakak sulung tahun ini sudah mencapai angka baru di depan, cer teka berapa? Dia sama umur dengan Adam.. ;)
Tak payah tahu pun takpe, kalau nak, pergi google, hehe ;) *padahal dalam gambar dah ada*

 
 
Kakak beli kek Rainbow dari kawan dia, kek Red velvet yang menjadi kegemaran kitorang dan cupcakes. Red velvet dari Wondermilk dan cupcakes pulak dari Bisou.



Red velvet cake

Rainbow cake
Semua sedaaaaaap!!!
Kakak order Domino's pizza lagi. Memang kekenyangan la malam tu. 
Alhamdulillah..
 

My niece, Fedora Erayna

Btw, kitorang makan2 sambil tengok episod akhir 6 Progresif musim kedua.. Tengok sebab Fadlan je..hewhew.. Rasa macam baru je pergi UM tengok promo 6 Progresif. Lepas ni tengok Fadlan dalam drama Dalam Setiap Sujud (cameo) & 3 Cinta 1 Novel. Sekarang ni Fadlan sedang sibuk shooting drama Kasih Bukan Dusta. *sempat lagi promote kan sini..hehe* Semoga Fadlan terus success dalam lakonan.. :)



Happy birthday Kak Ana, may Allah bless u.. :)

Kami semua mendoakan Kak Ana semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik.. amin..


View Kuala Lumpur dari rumah kakak :)

Friday, January 04, 2013

KOSMO 3 JAN : GERAKAN SOLO FADLAN

Semalam (3 Januari), akhbar Kosmo ada keluar cerita pasal Fadlan Hazim (dulu dikenali sebagai Fadlan V.I.P). Bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli dan membaca, boleh baca di sini.




3 Januari 2012 - Kosmo
Oleh: KHAIRUL AMRI HASSAN
ATURAN yang jelas dalam gerak langkah seorang anak muda berkulit cerah setinggi 177 sentimeter itu ketika fotonya dibidik oleh jurufoto Kosmo!, Nooradzrene Mohd. Noor. Memilih lokasi serba sibuk di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur atau secara tepatnya di Bukit Bintang adalah ironi kepada pergerakan langkahnya dalam arena seni - perlahan tapi pasti.
Kata Fadlan atau nama penuhnya Fadlan Hazim Anwar, 20, seperti mana kehidupan yang memerlukan keseimbangan begitu juga pilihannya bergerak dalam kerjaya selaku anak seni.
"Saya memilih untuk seimbang, tidak terlalu mengejar populariti atau sensasi tapi tidak dinafikan populariti itu perlu untuk naik. Dalam masa yang sama, duit juga prioriti untuk memastikan kita kekal bergerak.
"Semahu-mahunya saya enggan dicop sebagai seorang artis yang hanya harapkan muka," jelasnya.
Tambahnya, bakat lebih penting daripada rupa atau populariti kerana rupa adalah bonus.
Tegas Fadlan: "Apabila rupa sudah tiada, bakat pula sederhana, akhirnya duduk rumah juga."
Fadlan bagaimanapun cuba mengikis persepsi masyarakat sekeliling yang melihatnya bergantung pada rupa semata-mata untuk mencuri tumpuan.
"Susah apabila awal-awal lagi sudah kena label cari makan dengan rupa, tetapi saya akan cuba buktikan bahawa saya hidup berdasarkan bakat dan bukannya rupa," ujarnya ketika yang ditemui usai sesi fotografi.
Anak ikan
Soal rupa masih menjadi pokok perbualan. Pernah suatu ketika sewaktu pengunduran Fadlan daripada kumpulan VIP timbul gosip liar yang mengatakan bahawa anak jati Kuala Lumpur itu ditaja oleh beberapa orang kenamaan sekali gus meletakkan label Fadlan sebagai 'anak ikan' (lelaki muda yang menjadi pendamping).
Situasi sedikit tegang dan Fadlan terhenti seketika menarik nafas. Katanya, label yang lebih teruk pernah diberikan kepada dia serta anggota kumpulan VIP ketika mereka mula melangkah masuk menjadi penyanyi.
"Saya faham bahawa anggota kumpulan VIP kebanyakannya muda-muda, malah ada yang menggelarkan kami 'adik-adik' (lelaki lembut) selain anak ikan.
"Namun, hanya individu yang rapat tahu siapa saya. Saya bukan anak ikan dan makan duit haram. Saya tak mahu malukan keluarga saya," getusnya bertegas.
Mengecilkan skop perbualan pada petang itu, soal hati dan bicara cinta mengisi slot yang berbaki. Kata Fadlan, dia enggan melihat dirinya hanyut bercinta sementelah ruang masa dan peluang yang diberi kini perlu dimanfaatkan untuk berkerja.
"Saya bukan seorang yang suka bersosial, masa yang ada hanya untuk bekerja dan bersama keluarga. Kenapa saya perlu buang masa memikirkan soal bercinta, komitmen dan sakit hati sedangkan saya ada peluang untuk merasa gembira tanpa terbeban dengan masalah cinta.
"Sudah banyak kali saya putus cinta dan sudah masak dengan dunia fantasi sebegitu. Buat masa sekarang fokus saya adalah kerjaya saya," tegas Fadlan berterus-terang.
Jual mahal atau terlalu memilih? Ujar Fadlan dia memberikan ruang sementara waktu masih sihat untuk berkerja dan mencari rezeki.
"Bukan tak mahu mencari atau menerima tapi beri saya masa untuk fikirkan soal kerja dan cari rezeki. Insya-Allah pada umur 25 tahun saya akan mencari," jelasnya.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini sama ada mahu menyambung pelajaran atau tidak, jawab Fadlan dia mungkin meneruskan hasrat keluarganya untuk menggenggam segulung ijazah. Sebelum ini Fadlan pernah belajar di Universiti Multimedia Cyberjaya selama satu semester dalam bidang Filem dan Animasi pada tahun 2010.
VIP
Tahun 2012 yang kini berlalu sudah, telah memaksa Fadlan berfikir ke arah melakar kecemerlangan dalam dua bidang yang diceburinya iaitu lakonan dan nyanyian. Keluar daripada kumpulan VIP tidak mengganggu fokusnya. Alasan Fadlan, dia terpaksa mengundur diri berikutan perjuangan muzik yang tidak sealiran.
"VIP memperjuangkan muzik rancak, lincah dan wajib menari sebaliknya saya lebih sukakan muzik hip hop dan rap.
"Oleh kerana kurang persefahaman sesama ahli dan saya, adalah lebih baik saya keluar membawa haluan sendiri. Selama setahun bersama VIP saya banyak belajar tentang dunia muzik dan kematangan berfikir mencorak masa depan," ulasnya.
VIP tampil dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Fadlan, Ryan, Yandy, Marlon dan Adam AF. Tidak mengandaikan perjuangan bersama VIP selama setahun merupakan satu kesilapan, tambah Fadlan tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan kembali bersatu.
"Saya gembira bersama VIP dan selepas setahun saya baru tahu asam garam bersama sesebuah kumpulan. Mungkin satu masa nanti kami akan kembali bergabung sebagai satu kumpulan semula," kata Fadlan.
Untuk artikel penuh, sila klik di SINI.

Fatin harap artikel ini dapat memberi penjelasan kepada semua fans V.I.P. Fatin ada jugak nampak kadang2 orang komen kat gambar or page V.I.P kat fb, mana Fadlan. Kepada semua fans Fadlan, jom teruskan support Fadlan dan V.I.P! Btw, pengganti Fadlan dalam kumpulan V.I.P adalah Afiq V.I.P. Harap maklum. 

Disebabkan oleh Fadlan bergerak solo, maka dengan ini Fatin mengeluarkan label 'Fadlan' kat blog ini. Senang sikit kawan2 semua nak search kan. :)

Sebelum mengakhiri entri ini, Fatin nak share serba sedikit perjalanan karier Fadlan. Selamat menonton.


Yup, memang video itu untuk birthday Fadlan 2 januari lepas. ;)
Actually nak masukkan sekali video Fadlan perform & lain2 tapi tak dapat nak save movie tu. Lappy pulak berkali-kali sangkut. So, dapat buat movie gambar je la. OK, sampai di sini sahaja, jangan lupa tonton Sapuan dalam 6 Progresif setiap khamis, 8.30 malam di TV9. *beria promo macam aku yang berlakon dalam citer tu :p*

p/s: 
Big thanks to Faris & my little sis, Alia for helping me! 
My younger bro, Faris belikan Kosmo, Alia pulak snap gambar & whatsapp. 
Sebab kat mart di kolej ni xde kosmo..