Saturday, October 18, 2014

Team Building Vacation @ Cherating




Last weekend, Fatin pergi cuti2 Malaysia atau lebih tepat lagi, Team Building Camp di Cherating, Pahang anjuran Persatuan Pelajar Optometri UiTM (OPTIMIST). Semua Majlis Tertinggi, Exco dan beberapa ahli serta Penasihat OPTIMIST terlibat dalam program ini. Walaupun berat hati nak balik awal ke palam sebab tengah dalam mood cuti midsem last week. Tapi bila difikirkan balik, dah lama tak pergi bercuti kat pantai. Last sekali waktu orientasi 1st year dulu kat Teluk Batik, sekarang dah fourth year, cepatnya masa berlalu.. Entri kat Teluk Batik -> Camping 3 hari 2 malam di Teluk Batik.


Sampai je Sanctuary Resort Cherating, terus nampak pantai yang terletak betul2 depan bangunan resort. Wahhh laut!!! Excited! Lepas makan tengah hari dan solat, start sesi ice breaking. Fasilitator yang terlibaadalah Farid, Saiful, Kecik dan Bob, dari Relex Outdoor Solution. Kata Farid, team building ni santai2 je, sebab tu guna nama Team Building Vacation instead of Team Building Camp hehe ;) Siap ada official hashtag lagi, #tbv2014. Boleh lah view kat Instagram ;)


Aktiviti seterusnya ‘Team Identifying’. Kitorang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Group Ketam, Obor-oborish, Kurita dan Dugong. Fatin group Ketam sekali dengan Saza, Suraya, Hana, Nadia, Adam, Hasif dan Naz. Lepas ice breaking sesama ahli group, berkenalan dengan ahli group lain pulak. Dapatlah bertegur sapa dengan junior terutama 1st year yang tak berapa nak kenal lagi. Lepas tu, setiap group kena buat war cry, 5 step dance dan tugu. War cry tu lebih kurang macam cheers. Then setiap group kena present kat depan dan group lain menilai persembahan sama ada bagi 1, 2 atau 3 bintang. Tapi ada jugak yang dapat 2.5 bintang, group kitorang la tu, hahaha pun boleh! At last, group Ketam menang! :D *bigclap*



Habis je persembahan tu, terus semua bergerak ke pantai untuk menikmati keindahan pantai Cherating. Posing sakan lah, pose yang paling menjadi favourite semua, pose melompat. Lompat jangan tak lompat! ;)


Proud to be Malaysian
Benda wajib buat kat pantai. Cari ranting kayu, tulis nama sendiri atas pasir. Kalau zaman kanak2 ribena dulu sibuk tulis 'fatin <3 crush / retis' etc. Sekarang idokler buat cenggitu :p 

Selepas makan malam dan solat, diteruskan dengan aktiviti ‘Blind Trail’. Semua kena tutup mata dengan kain dan dilepaskan sorang2 berjalan dengan bantuan tali. Kiranya kita hanya perlu mengharapkan tali itu sahaja untuk sampai ke garisan penamat. Macam2 ada kat laluan tu, longkang, pokok, pagar dawai, terowong kecik dan lain2. Habis je aktiviti itu idokler brooch hilang. Kalau tak silap hilang waktu merangkak dalam terowong kecik tu. Then, Merra bagi pinjam satu brooch dia, thanks Merra!

Hari esoknya, lepas subuh terus ke pantai untuk aktiviti seterusnya. Dapat tengok sunrise! Subhanallah cantiknya!


Ada banyak games yang main kat pantai ni, bermula dengan melepaskan diri dari tali, Belalang Belatuk, The Squirrel, dan Orang Cacat. Yang Belalang Belatuk tu, kalau fasi sebut Belalang, Belalang kena lari dan sebaliknya. Fatin group Belatuk, main games ni sampai tercabut pin tudung. Idokler group Belalang dengan pantasnya tarik tudung dari belakang. Kelam kabut betulkan apa yang ada, nasib baik Merra tolong betulkan pin yang dah tercabut tu. Apapun, nasib baik last2 Belatuk menang! *tepuklagi*

Selesai games, terus berlari ke dewan makan untuk sarapan. Seterusnya aktiviti ‘The Pipe’. Kalau sebelum ini ikut kumpulan, tapi game ini semua orang adalah satu team. Ada beberapa batang paip disambungkan membentuk segi empat besar. Paip tersebut perlu dipegang menggunakan kuku bermula dari paras pinggang.

Batang paip tersebut perlu diturunkan perlahan-lahan ke lantai. Jika ada ahli yang tak menyentuh paip tersebut, BATAL. Game ni serius tension. Mulalah rasa nak nyanyi lagu Adam, Tension. “Hey aku tension lagi, tension lagi” :P Memang perlukan kesabaran, kerjasama antara ahli kumpulan. Lagi stress bila siapa yang tak sentuh paip kena sebut nama dan game dibatalkan. Kena buat balik semula. Kes dia, bila kita sentuh dengan kuku jari telunjuk setiap tangan, force akan menyebabkan batang paip tu naik ke atas bukannya turun ke bawah. Tapi bila kita just touch sikit, paip yang tak berapa nak straight (slanted) akan turun naik then kuku kita tak touch dengan paip dan batal.

This pic showed the slanted pipe on the floor *nakjugak*
Satu lagi, Fatin dapat bahagian paip yang sememangnya slanted ke atas bila kita letak atas lantai. So bila kita ramai2 touch, bahagian kitorang ternaik dan tak turun2 dan itu memang stress tahap maksimum. Lepas dah terangkan kat fasi dan tunjukkan yang memang paip itu slanted, barulah diterima. Yup, kita tahu, kita tak boleh nak salahkan paip itu sendiri, kita kena bijak imbangkan paip itu. ‘The Pipe’ ni banyak memberi pengajaran kepada kitorang. Kiranya kita dalam satu team kena bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Kita tak boleh lepas tangan, tak touch batang paip itu. Ketua kumpulan pula perlu mendengar pandangan daripada ahli sebelum membuat keputusan, tak boleh gila kuasa. So, macam2 teori, idea dikeluarkan oleh ahli dan dicuba dan akhirnya berjaya diselesaikan dalam masa 1 jam lebih. Alhamdulillah, lepas tu swimming pool memanggil manggil untuk diselami. Majoriti terjun kolam hilangkan stress yang ada.



Lepas packing barang dan check out, majlis penutup diadakan secara ringkas. Nama pemenang diumumkan. JUARA adalah group obor-oborish, NAIB JUARA adalah group Ketam. Yeay! *tepuksikit* TEMPAT KETIGA Dugong dan KEEMPAT Kurita. Sebelum tamat semua bersemangat menyanyikan lagu Gemuruh dan Kenangan Terindah. Lepas sesi bergambar, semua rushing ke bas untuk pulang ke Puncak Alam. Tak sempat amik gambar group huhu..


Di kesempatan ini, Fatin nak ucapkan terima kasih kepada ajk team building, Fitri and friends, kitorang semua tersangatlah enjoy dapat pergi program ini. Dan kepada team Ketam, korang semua memang sporting! Thanks a lot! Tak lupa kepada Syamerra yang banyak tolong Fatin, waktu susah dan senang sepanjang program ini. Thanks Merra! *muahciked*

-some pics credit to Hafiz, Ali & Relex Outdoor Solution-

"Talent wins games, but teamwork and intelligence wins championships." - Michael Jordan

p/s: Next trip, family day! ;) 

No comments:

Post a Comment