Showing posts with label film. Show all posts
Showing posts with label film. Show all posts

Monday, February 29, 2016

[Review] Filem Munafik Terbaik!




Assalamualaikum :)

Dah lama Fatin tak buat review filem. Mana taknya tengok wayang pun setahun sekali, hehe.. Kalau rajin tu update lah, kalau tak sekadar tweet2 je lah, hehe.. Rasanya last tengok wayang filem Polis Evo tahun lepas, and tak buat review pun, kurang rajin, hehe ;)

Okay berbalik kepada review filem Munafik arahan Syamsul Yusof ini. Fatin tengok trailer cam best je, macam seram, then masa first day tayangan 25 februari lepas pun dah banyak baca review daripada orang ramai cakap citer ni best. Then ada 2 orang kawan Fatin pun cakap best, okay ini memang kena pergi tengok ni. Lagipun filem Khurafat arahan Syamsul dulu pun memang seram kan.

Fatin kalau citer seram actually takut jugak nak tengok kat wayang. Iyelah, bunyi kuat, screen besar, mana kau nak menyorok weh haha, nak tutup telinga ke tutup mata or keluar panggung terus? hahaha.. Tapi cabar jelah diri tengok citer seram, sorang2 pulak tu, kesian takde orang nak teman.. T.T

So, hari ni offday, Fatin merempit ke TGV Wangsa Walk Mall. Mula2 ingat tak nak beli popcorn sebab ada baca review orang, jangan beli nanti tercampak popcorn tu sebab terkejut. Tapi ayah awal2 dah pesan sebelum pergi lagi belikan popcorn, ayah memang suka makan popcorn, so beli jelah, tapi ambik plastik sekali, dan ikat, at least kalau tercampak popcorn kau, takdelah orang sekeliling kau mandi popcorn, haha.. Lagipun memang nak tapau popcorn bawak balik umah kan, memang kena ada plastiklah.. Kang sampai umah popcorn keras kejung :p


Bagi Fatin, filem ini best! Sebab?

1. Satu perkara yang bagus dalam filem ini, semua pelakon menutup aurat, pakai tudung. Tiada babak yang melibatkan pelakon lelaki perempuan bersentuhan. Semoga ia menjadi contoh kepada filem akan datang.

2. Lakonan yang tebaik daripada Syamsul dan Nabila Huda. Scene Maria (Nabila Huda) kena rasuk tu betul2 real. Siap cakap arab lagi. Then ada scene kena masuk dalam bilik mayat, perghhh berani giler. Adam (Syamsul) pun waktu last scene tu betul2 berperang dengan emosi.

3. Siapa munafik sebenarnya? Dari awal cerita lagi, Fatin dah tertanya-tanya, siapa munafik dalam filem ni. Mula2 Fatin expect okay watak A ni munafik, then sampai tengah cerita, rasa macam watak B, then tukar target ke watak C. Last sekali, watak D yang munafik. Ko rasa? Serious tak expect pun orang tu munafik. Maksudnya betullah orang tu munafik sebab dia berjaya mengaburi pandangan penonton. Nak tau sapa ABCD, tengoklah filem Munafik sendiri, kang bagitau semua korang kata aku kacau feel korang nak tengok citer ni kan... ;)

4. Filem ini mengingatkan kita tentang musuh utama kita iaitu syaitan dan iblis. Ada satu scene yang ramai orang terkesan, Maria beritahu nanti ada lagi yang akan datang menyesatkan manusia. Then Adam tanya siapa, dan Maria jerit, "Dajjal!"

5. Filem ini mengingatkan kita untuk redha dengan qada' dan qadar Allah. Kematian isteri membuatkan Adam sedikit terkesan dan berdendam dengan orang yang menyebabkan kematian isterinya. Tapi at the end dia redha jugak, walaupun begitu ujian yang menimpanya ditambah dengan satu lagi berita sedih.

Keseluruhannya memang terbaik, banyak pengajaran dapat, Fatin bagi 5 bintang. Kalau bab lighting semua tu Fatin tak reti nak komen, yang penting mood seram & terkejut tu ada. Fatin takde tutup mata okay, sebab tengok sorang2 kang tutup mata tak nampak apa, tak faham pulak, takkan nak tanya orang sebelah, tak pasal2 kena maki kacau orang :p Tapi dalam wayang takde orang jerit2, semua cool je, Fatin pun kenalah act cool jugak haha.. :')

Akhir kata, segala review ini hanya pendapat peribadi, lain orang lain pendapat :)


Bagi yang belum tengok trailer Munafik, boleh tengok kat bawah.


Untuk 'Di Sebalik Tabir Filem Munafik' boleh tengok di SINI :)

OST Filem Munafik pun best jugak, Kalah Dalam Menang dari Mawi dan Syamsul Yusof. Komposer lagu tersebut Syamsul Yusof dan penulis lirik juga Syamsul Yusof dan sepupunya Dr Anwar Fazal.


Tuesday, April 22, 2014

Majlis Pra Tonton Filem Sniper (2014)

Nyawa atau nyawa?
Tagline filem aksi 'Sniper' arahan Pierre Andre.

Dari awal lagi Fatin kalau boleh nak tengok pra tonton filem Sniper ni, sebab ada ex kumpulan V.I.P, Fadlan Hazim hehe.. So, bila dah nak dekat2 tayangan, biasanya akan ada contest yang memberi tiket percuma untuk preview filem. Then, keluarlah contest kat MIG Online. Fatin pun joinlah, dan ajak adik2 join sekali. Lepas tu hebohkan kat fans Adam merangkap fans V.I.P sekali ajak join.


Sejak Fadlan keluar V.I.P, memang kitorang dah jarang sangat jumpa dia lagipun dia sibuk dengan berlakon. Kiranya kitorang support Fadlan dari kumpulan V.I.P sampai sekarang okay! Fadlan kalau baca, sila terharu sekarang hehe :p

Dan kami tiga beradik berjaya memenangi contest tersebut dan dapat tiket ke Preview Sniper. Preview filem diadakan di TGV Sunway Pyramid.
Thanks MiG Online! :)
Duduk ikut seat yang ditetapkan
Sebelum tayangan, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengarah filem, Pierre Andre diikuti ucapan dari penerbit filem, Mejar (K) David Teo. David Teo sempat menghabiskan ucapannya dengan serangkap pantun, "Hinggap di pokok kelapa, selamat menonton Sniper," Sangat cool lah Mr David :)

Pierre Andre
David Teo
David Teo dan Fadlan
Filem Sniper ni bagi Fatin, berjaya buat penonton suspen. Walaupun pada awalnya agak slow, di pertengahan dah mula rasa debarannya. Ditambah pula dengan kejutan yang tak disangka. Dan endingnya pun best! Walaupun semua pelakon adalah pelakon baru, ia tidak menghalang jalan cerita dan filem ini mampu menjadi filem yang bagus.

Dan yang pastinya lakonan Fadlan sebagai Rafi tidak mengecewakan. Kitorang sebagai fans Fadlan bangga Fadlan dapat bawa watak itu dengan baik. Walaupun ini filem pertama Fadlan, dan juga pertama kali jadi hero filem, thumbs up Fadlan! Good job! Kitorang yakin akan datang lakonan Fadlan boleh improve lagi untuk menjadi pelakon terbaik.
Hero filem Sniper, Fadlan Hazim

Scene fighting antara Rafi dan Ahmad
Habis je tayangan filem, kitorang sempat bertegur sapa dengan Fadlan. Nasib baik Fadlan cam Fatin lagi, hehe.. Fadlan tanya pasal filem, "A, B or C", Fatin pergi jawab B. Sebenarnya nak jawab A, tapi terjawab B. Sebab bila fikir balik Fadlan bagi range A - C bukannya A - E, hehe.. Apapun, Fatin bagi 5 bintang untuk filem ni, sebab berjaya menarik minat Fatin tengok filem aksi. :) Kalau tak, dah tido lena dah dalam cinema tu, hehe..
Hasil blur dari digital camera -.-
Saja je nak letak jugak gambar blur ni, hehehe.. Bagi yang rasa ada blur macam ni sama ada jauh atau dekat, sila check mata dengan optometrist yang berdekatan anda, okay, sempat promote ;)
Kami tiga beradik dengan hero Sniper, Fadlan Hazim
Sekian sahaja review dari Fatin, by the way, review ni pesanan Fadlan tau, hahaha, dia pesan jangan lupa update blog. Disebabkan Fadlan dah lama jadi duta tidak rasmi blog Fatin ni, inilah entrinya, so harapnya Fadlan jangan tak share pulak, hehe :p

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca artikel Sinar Harian 'Sebalik misteri Sniper' dan juga artikel akhbar Metro. Bagi yang belum mengenali Fadlan, boleh klik label 'Fadlan' di sebelah kanan blog untuk entri2 lepas.



some pics credit to instagram fadlanhazim & migonline

p/s: 
Next filem jom tonton Dangerously Love lakonan Adam AF dan pelakon Vietnam pada 1 Mei!

Sunday, March 30, 2014

Review Zombi Kilang Biskut 2014

Minggu lepas, aku balik rumah weekend sebab nak ambik power bank kat rumah. Dah alang2 balik weekend tu, pergi la kuar dengan kakak & adik ke KL Festival City. Kakak & adik pergi salun rambut, aku pergi tengok wayang sorang2. Cerita apa? Zombi Kilang Biskut!


Aku selalu dengar orang kata, "Apa kes tengok filem melayu kat cinema, nanti2 kuar youtube punya. Download je la.." Okay, fine. Masing2 punya cara lah. Kenapa aku tengok filem ni? Sebab ada Adam & V.I.P hehe.. Sebab itu je? Eh, suka hati lah.. :p

Gambar V.I.P semasa shooting tahun lepas
Zombi kacak :p
Filem ni kan, start je, terus terpampang V.I.P perform lagu Pasal Awek, tersenyum lebar aku dibuatnya.. Secara tak langsung, filem ni dapat promote V.I.P kan :)

Ok kita terus dengan review. Filem ni kira sambungan daripada Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah & Hantu Kak Limah 2.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin (Awie) yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai technician bersama-sama Wahab B.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. 
Dari situ bermula pengkisahan zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.
Mereka semua selalu digemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang. Mereka berasa pelik. Husin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.
Secara tidak langsung, kampong mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi, dalam pencarian beliau mencari Usop.
Konflik ini telah mencetuskan huru hara di kampong pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombie telah mula menyerang. Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.
Apa yang akan terjadi seterusnya. Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka?
Korang  boleh la tengok kat pawagam berdekatan untuk selanjutnya. Memang lawak habis! Tambah2 lagi masa Fatin tengok tu, ada sorang 2 kakak yang gelak tak hengat, bila dengar dia gelak, Fatin pun join sekali hahaha.. Secara keseluruhannya Fatin bagi 4 drpd 5 bintang! :)
Bagi yang tak tengok lagi trailer Zombi Klilang Biskut, boleh la tengok :D


p/s:
Kepada fans Adam, jangan lupa saksikan Adam filem Apokalips X 3 April ini 
dan kepada fans Fadlan, jangan lupa saksikan filem Sniper 24 April ini.
Save the date! :)

Friday, February 21, 2014

Filem Sniper (2014) Official Trailer

Assalamualaikum..
Kepada semua fans Fadlan Hazim, 
mesti korang tak sabar nak tengok filem pertama lakonan Fadlan ni kan?
Filem Sniper ni merupakan filem pertama Fadlan, filem pertama jugak Fadlan jadi hero.
Bagi yang belum kenal Fadlan Hazim, 
korang boleh la klik label 'Fadlan' kat kanan blog untuk view entri berkaitan Fadlan.

Filem ini diarahkan oleh Pierre Andre. Antara pelakon dalam filem ini Mikael Andre, Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar.

Nyawa atau nyawa?

SINOPSIS FILEM SNIPER

Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri. 
Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. 
Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka. 
Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad.
Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi. 
Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. 
Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.


 

Tak sabar nak tengok filem ni :)

Kini, Fadlan sudah berlakon dalam banyak drama bersiri, 
antaranya Berpaling Dari Syurga, Suamiku Jururawat dan paling terbaru drama Jodoh 2. 

Kepada Fadlan, all the best in your career!
Harap nanti dapat menang award :)

Saturday, June 30, 2012

Pelancaran OST Filem 29 Februari

OST 29 Februari dilancarkan di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur pada 30 Mei yang lalu. Filem ini memuatkan 3 lagu tema iaitu Kelip-kelip nyanyian Remy Ishak, Seperti Dulu nyayian Forteen dan Jagalah Diri nyanyian Jaclyn Victor. Ketiga-tiga lagu ini memang BEST! :)










29 Februari merupakan filem stereoscopik 3D yang pertama di Malaysia. Antara pelakon filem 29 Februari adalah Remy Ishak, Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz dan Muniff Isa.

Sinopsis filem 29 Februari yang dipetik dari facebook 29 Februari:

Sumber: Facebook 29 Februari

Norman Abdul Halim

Edry Abdul Halim

Forteen

Jaclyn Victor

Remy Ishak



Fatin berpeluang bergambar dengan pengarah 29 Februari, Edry Abdul Halim yang sangat mesra, Jaclyn Victor yang sangat ceria dan kumpulan Forteen. Ini kali pertama Fatin bergambar dengan mereka. *Biasa dengan kumpulan V.I.P je.. hehe.. Kumpulan Forteen pun mesra dengan peminat. Sebelum ini Fatin pernah jumpa Forteen masa KRU Paparazzi di Plaza Sungei Wang. Tapi tak berpeluang bergambar. Tapi yang tak bestnya, Izzue Islam tidak dapat hadir sebab shooting. Dah la dalam Forteen ni Fatin paling minat Izzue. Izzue juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem ini. Btw, Fatin suka tengok watak Ammar lakonan Izzue dalam Aishiteru di TV9 dulu. Teringin nak ada bff macam tu.. 

Lagi, ada tengok Izzue berlakon dalam drama Tudung Tweet dan Senyuman di Kuala Lumpur. Itupun best! Lakonan Izzue & Sara Ali dalam drama Senyuman di Kuala Lumpur itu lawak & sangat best! Fatin entah berapa kali gelak dah.. Tapi Fatin belum berkesempatan untuk menonton 'Jangan Ambil Padang Kami' di Astro Ria. Nanti waktu cuti sem lah Fatin tengok. Eh, ini entri pasal Izzue ke 29 Februari? :p

Akhir kata, Fatin memang sentiasa menyokong karya KRU. Boleh dikatakan semua filem keluaran KRU Fatin tengok kat cinema. Antaranya, Cicakman, Cicakman II - Planet Hitam, Duyung, Karak, Hikayat Merong Mahawangsa, dan yang terbaru Cinta Kura-Kura. Boleh tengok entri di SINI. :)

Bersama pengarah 29 Februari yang mesra, Edry

Bersama kumpulan Forteen: One, Ameer, Ariz

p/s:
Dah like page 29 FebruariKlik di SINI.
Tak sabar nak tonton filem 29 Februari 2012 nanti! :)



Dah tengok trailer 29 Februari? Kalau belum, selamat menonton! :)


Tuesday, February 21, 2012

Beauty And The Beast 3D


Ahad lepas, Mak Su bawa Fatin dan Alia (adik) pergi tengok wayang di MBO, KL Festival City. Adik bongsu yang berumur 12 tahun tu beria nak tengok Beauty & The Beast 3D. Fatin yang cadangkan tengok di KL Festival City daripada Wangsa Walk Mall sebab Mak Su tidak pernah pergi sana lagi.

Adik bongsu yang beria nak tengok beauty and the beast




Kitorang sampai awal giler.. MBO pun tak bukak lagi.. huhu.. So jalan2 kat situ. Mak Su nak cari luggage baru.

sambil menunggu untuk masuk, bergambar jap.. macam best je 7 petala cinta ni.. :)

Pukul 12.10 tgh hari, kitorang masuk. Nak tahu berapa orang ada dalam panggung tu? 9 ORANG je.. Kuulang, SEMBILAN ORANG! Ye lah, logik jugak sebab cerita sama, cuma dalam 3D je. Fatin ni pulak, boleh tersengguk dalam tu.. mengantuk.. tapi masa awal-awal je lah.. huhu

Masa nak dekat habis tu, Alia menangis. Time beast tu nazak.. Motif? Tak tau dia bayangkan diri dia dengan siapa.. Sampai feeling terlebih.. ;p
Fatin yang agak cengeng ni pun tak pulak nangis..

Lepas habis, makan, beli luggage dan balik.


Beauty and the Beast 3D Movie Synopsis

Now in 3D, this is the story of Belle, who lives with her father, eccentric inventor Maurice, in a small French village. The vain and boorish Gaston tries to win her heart, but she will have nothing to do with him.

On his way to the fair, Maurice stumbles upon a foreboding castle in the woods, and is thrown into a dungeon by the castle's occupant—a huge savage beast. Belle comes to rescue her ailing father, and offers to take his place as the Beast's prisoner.

Belle discovers that the castle's house staff has been transformed into objects by the same magic spell that made their master a beast. In order to break the spell, the Beast must learn to love another and be loved in return.

As she remains in the castle, Belle and Beast find their apprehension replaced by affection; but Belle misses her father, and the Beast reluctantly allows her to leave. Gaston, incensed at Belle's affection for the Beast, leads a mob of townspeople to storm the castle. Belle rushes back to confess her love for the Beast.

source: here




Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)
Leave your comments below.. :D

Wednesday, February 15, 2012

Malam Gala Filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios


Tanggal 14 Februari, Fatin menghadiri 'Malam Gala Filem Cinta Kura-Kura' di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara. Fatin dapat tiket sebab telah memenangi Peraduan Dialog Kreatif 'Cinta Kura-Kura'. Alhamdulillah.. Seriously, Fatin memang dah plan nak tonton filem ini pada 1 Mac nanti sebab 3 Mac dah nak balik uni.


Fatin ajak adik, Alia untuk menemani. Btw, thanks a lot to Kak Ana & husband sebab tolong hantarkan kitorang and then mereka pergi dinner di Seoul Garden sempena birthday Kak Ana 14 Feb. Happy birthday Kak Ana! :)


Fatin sampai sahaja, dah ramai orang kat situ. Then, Fatin bagi invitation pass untuk dapatkan tiket. Fatin pun menerima tiket dan CD Soundtrack filem Cinta Kura-Kura.

Selesai solat maghrib, otw ke cinema tu, berselisih dengan Ain Maisarah, novelis. Niat nak ambil gambar, sebab adik Fatin yang berumur 12 tahun tu memang peminat setia beliau. Tapi segan lah pulak.

Kemudian, para pelakon mula tiba di red carpet seorang demi seorang. Antara pelakon filem ini adalah Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak dan Daus AF8.


Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem Cinta Kura-Kura, Norman Abdul Halim serta pengarah filem Cinta Kura-Kura

Aeril Zafrel sebagai Adam


Zizan Razak sebagai Nico (kura-kura)

Fizz Fairuz sebagai Fadzly

Tayangan bermula pada jam 9 malam. Bagi Fatin, filem ini sangat menarik, kelakar dan sesuai ditonton seisi keluarga. Setakat ini, kebanyakan filem terbitan KRU Studios memang Fatin akan tonton kerana jalan ceritanya yang menarik dan tidak menghampakan penonton.


Selesai menonton, Fatin berpeluang untuk bergambar dengan Lisa Surihani. Para pelakon, pengarah dan penerbit menghadiri sidang media selepas tamat tayangan. Fatin tunggu untuk sementara waktu, namun memikirkan adik yang esok akan bersekolah dan kakak yang sedang menunggu, Fatin pun pulang. Pengalaman kali pertama menghadiri malam gala seperti ini memang tak pernah disangka.

Sinopsis filem Cinta Kura-Kura:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walau bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
(sumber: KRU Studios)

Jom "Like" Cinta Kura-Kura Facebook page di SINI.

Akhir kata, bawalah seisi keluarga untuk menonton filem Cinta Kura-Kura di pawagam terdekat anda bermula 1 Mac ini! :)

Saksikan official trailer Cinta Kura-Kura di bawah.. :)




Thanks for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :)
Leave your comments below.. :D

Saturday, July 16, 2011

Marathon Wayang

14 Julai 2011

Hari ni ambik cuti. Hari ni plan nak pergi beli tiket bas utk ke Merbok. Pergi sabtu, blk Ahad. Actually, boleh pergi beli kat Greenwood, tapi pergi sampai Puduraya beli tiket.. Boleh la tgk Puduraya setelah renovation..

Aminah temankan. Then, breakfast McD kejap. Lepas tu pergi Wangsa Walk. Pergi jln2.. Sampai Wangsa Walk, rasa nak tgk wayang. Pergi la beli tiket utk buat marathon, Mr Popper's Penguin & Harry Potter and Deathly Hallows: Part 2.

Dua filem pun boleh jugak la dikatakan marathon.. Ni 1st time tgk sekali dua filem..

Masa tgh tgk Mr Popper's Penguin, tetiba siren bunyi.. Semua kat dlm tu cuak, nak keluar tp macam ramai x keluar. Tak keluar serba salah pulak. Then, beberapa org keluar & masuk blk. Diorang kata x de apa2.. So, sambung blk tgk wyg..

Kesimpulannya, dua2 filem tu best. Tapi Harry Potter mmg terbaik! :)






Saturday, June 25, 2011

Ayat Kursi

Lepas habis tgk filem Karak hari tu, antara pengajaran yg saya dapat, kita perlu memahami apa yg kita baca.

Dalam cerita tu, Zura (lakonan Sheera Ayob) hanya baca ayat kursi tapi mendalami maksudnya. Kalau ikut dlm cerita tu, hantu2 tu tak 'hilang' bila dibaca ayat tu sahaja. Bila dibaca maksudnya dlm bahasa Melayu sambil mendalami ayat kursi, barulah hantu tu 'hilang'.


Ayat kursi mmg sinonim dgn halau2 hantu dan gangguan syaitan.


Jadi, bersama kita memahami ayat kursi dgn lebih mendalam. :)


Ayat Kursi


Terjemahan;

  1. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya),
  2. tidak mengantuk dan tidak tidur.
  3. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
  4. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
  5. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
  6. dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
  7. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
  8. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
  9. dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)