Sunday, June 26, 2011

FRUIT TART

Tgh sibuk2 on9 kat bilik study, tetiba Taufiq (My Bro) tegur, "Ni ape kuih atas printer nih.."

Then, saya pun tgk. Dia mmg marah kalau ada benda atas printer. Printer kat rumah agak rajin jugaklah rosak. Ada sekali tu, printer ada masalah, bila check ada duit 50 sen dlm tu.. Ish2, siapa punya kerja lah tu.. Dia pesan kat saya dan adik2, "Printer tu sensitif, tak boleh tarik kertas suka hati or kuat sgt, nanti rosak." Bukan apa, kalau printer tu rosak, dia yg kena hantar pergi repair.

OK, sambung cerita balik.

Saya pun tgk kat printer tu.

"Eh, ni bukan kuih lah, ni keychain. Keychain fatin tercabut. Nampak macam betul kan?" balas saya.

"Laa, ye ke.."kata abg yg dah malu.

Saya dgn Alia dah menahan gelak.

Lagi satu cerita, keychain tu saya letak kat atas meja makan masa hari keychain tu tercabut. Tetiba mak tanya, "Ni apa ni kuih tergolek ni?"

Saya pun cakap, "Ni bukan kuih, ni keychain fatin dah tercabut. Nak gam balik macam x de harapan.."

Seriously, saya x de niat pun nak main2 kan orang..

Apapun, sgt sedih dgn keychain yg tercabut tu. Kali ni mmg rasa x nak pakai keychain lagi..
Tu pun nasib baik perasan keychain tu tercabut masa dlm bas, otw nak pergi kerja.. :D

Keychain yg telah tercabut



tinggal ni je.. :(

Saturday, June 25, 2011

Ayat Kursi

Lepas habis tgk filem Karak hari tu, antara pengajaran yg saya dapat, kita perlu memahami apa yg kita baca.

Dalam cerita tu, Zura (lakonan Sheera Ayob) hanya baca ayat kursi tapi mendalami maksudnya. Kalau ikut dlm cerita tu, hantu2 tu tak 'hilang' bila dibaca ayat tu sahaja. Bila dibaca maksudnya dlm bahasa Melayu sambil mendalami ayat kursi, barulah hantu tu 'hilang'.


Ayat kursi mmg sinonim dgn halau2 hantu dan gangguan syaitan.


Jadi, bersama kita memahami ayat kursi dgn lebih mendalam. :)


Ayat Kursi


Terjemahan;

  1. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya),
  2. tidak mengantuk dan tidak tidur.
  3. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
  4. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
  5. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka,
  6. dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
  7. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
  8. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya,
  9. dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

Friday, June 24, 2011

JEJAK KASIH


Ahad lepas (19 Jun), saya mengemas bilik study sambil susun buku kat rak. Tetiba nampak satuframe lama yg ada gambar 3 Karisma. Patutlah lama x jumpa gambar ni, ingatkan dah hilang. Maknanya gambar tu x de dlm my photo album lah.. Gambar masa form 3 tercicir dari album tu..

Tetiba rasa nak upload kat facebook. Tag semua yg ada kat gambar tu. (Tu pun yg mana saya ada add kat fb je la yg boleh di'tag'kan.) Boleh melancarkan program 'JEJAK KASIH' saya..


Lepas upload, borak2 lah dgn kawan2 dgn membalas komen kat gambar tu. Dpt jugak lah addkwn2 3K yg belum jadi friend lagi..

Lepas tu, saya upload gambar sekolah rendah pulak..

Dpt juga kawan 'baru' walaupun sebenarnya dah kawan sejak dulu. Baru lah secara rasminya jadi 'kawan' kat fb.

4A1, Guru kelas, Pn. Syaili Nordin

5 AMANAH, bersama Pn. Nadzilah Ismail

6 AMANAH, bersama Pn. Noor Azrina Ahmad (Gambar senget sikit, stylo!)

Ini pulak gambar waktu sekolah agama..


Gambar pengawas

Alhamdulillah, saya dikurniakan daya ingatan yg kuat utk mengingati schoolmate saya..
Jadi, makanlah kismis banyak2.. :)

p/s:
Sila ignore corak2 kat gambar tu..
Gambar ni diambil dari album saya yg dihias sejak saya kanak-kanak.. :D
Rindu zaman sekolah rendah.. :)

Tuesday, June 21, 2011

Happiness in Islam

"Knock, knock."

A British colonial officer in India sips his cup of tea and calls out,
"Who is it?"

"It's me, sir. Your washerwoman. I have come to collect your laundry."

"Oh sure, how are you?"

" I am fine, sir. Thanks to Allah, a hundered thousand times."

"And.. how are your children doing? And the one who was sick?"

"They are fine too, sir. All praise is to Allah.
One has malaria. He still has high fever. But he will get better, Allah willing.
And the other one is quite healthy. Allah is very gracious, sir.
He looks after us."

"Huh.. and how is your husband, I never asked?"

"Oh, he died sir. Six years ago. Allah took him back sir. Allah has a plan for everything."

A British colonial officer cites this conversation as his reason for embracing Islam.


"And when your Lord made it known:
If you are grateful, I would certainly give to you more,
and
if you are ungrateful, My chastisement is truly severe."
(14:7)

Maksudnya,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu Memaklumkan,
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan Menambah (nikmat) kepadamu,
tetapi
jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

(Surah Ibrahim, ayat ke-7)

-dipetik dari risalah yg saya dpt di PASUM-
:)

Monday, June 20, 2011

Mata Berdarah




Mata berdarah?
Ahad lepas (19 jun), Alia (adik) tegur, "Nape mata merah?"

Saya pun tgk cermin apa yg merahnya.. Tgk2 mata putih kanan ada mcm berdarah sikit.. Mula2 nampak mcm cebisan cili.. Tapi x logik cebisan cili masuk dlm mata.. Lagipun saya x suka makan cili.. :)

Tetiba rasa cuak. Try membelek-belek bebola mata. Then, ternampak kat bahagian atas mata ada mcm darah berbentuk jalur.. Tapi bila gosok mata tu slow2, darah tu mcm berserakan or larut dlm mata. Terus bukak lense..

Rasanya punca pendarahan tu dari bawah mata, lalu merebak ke atas dan tepi mata. Tu ikut pendapat saya lah.. Bertambah lg cuak..

Cakap kat Kak Ana (kakak). Dia kata nak tlg lapkan. Then, ambik tisu & try lap. Tapi Kak Ana kata macam dah beku. Benda tu x nak lekat kat tisu.

So, saya pulak yg try lap. Pergi tgk kat cermin, try lap. Betul Kak Ana kata, benda tu x nak lekat kat tisu. In my opinion, ada satu layer antara bebola mata dgn darah tu.. Bila sentuh bahagian darah tu rasa sakit sikit..

Cuak bertambah cuak.. Lps maghrib, google psl benda ni. Ada terjumpa beberapa info..

1) Ada satu blog psl tragedi mata berdarah. Mengikut pengalaman dia, guna air perahan sireh utk hilangkan tp pedih sikit. (Mana nak cari daun sireh?)

2) Tgk Yahoo! Answers, memaksa mata utk melihat sesuatu dgn dekat akan menyebabkan otot-otot siliar kuat bekerja.

Jadi saya pun terus tidur. Bgn pagi tgk dah hilang sikit. Tapi ayah nak bwk pergi klinik, saya pun rasa kena pergi walaupun dah ok sikit sebab x tau puncanya.

Doktor kata, "Urat halus dlm mata pecah sikit. Mungkin serangga, habuk atau gosok mata terlalu kuat. Tapi jgn risau, ia tidak menyebabkan buta. Jadi saya bagi ubat titis untuk awak."

Saya rasa faktor saya jadi mcm tu yg gosok mata kuat sgt. Sebab saya kdg2 gosok ikut suka hati. Jadi, kurangkanlah lepas ni.. :)


Titis 3 kali sehari, sekali 2 titis

Update 13/12/16
Since post ni dah banyak orang view walaupun post lama, Fatin nak update sikit, nama condition ni subconjunctival haemorrhage. Benda ni boleh jadi especially bila kita batuk atau bersin terlalu kuat. Korang jangan risau ya, tompokan darah boleh hilang sendiri, tapi kalau mata korang terlalu sakit atau mengganggu penglihatan, jumpa doctor atau ophthalmologist (doktor mata) ya :)

WASIAT RASULULLAH

Sedikit perkongsian untuk kita bersama..

Tanggungjawab manusia di muka bumi adalah:
a) hamba Allah
b) pendakwah (da'i)
c) khalifah (pemimpin)

Justeru, sama-samalah kita saling mengingatkan antara satu sama lain ke arah kebaikan..

Dari Nabi S.A.W.,
"Pada waktu malam saya diisrakkan ke langit, Allah S.W.T telah memberikan 5 wasiat, antaranya:
  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguh engkau mencari syurga.
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tiada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.
-dipetik dari risalah yg saya dpt di PASUM-
:)

Sunday, June 19, 2011

KAWAN BAIK PUNYA

Kawan baik punya?
Actually kawan baik, baik punya..

Kawan baik

Kawan baik saya, Nur 'Adilah.. Mula berkawan sejak form 2, form 3 sampai sekarang.. dan Insya-Allah selamanya.. Kawan yang sangat baik bagi saya.. Alhamdulillah, sampai sekarang x lost contact..

Masa form 4, kitorang 'berpecah'.. Sorang ke Merbok, sorang lagi ke Muadzam Shah..
Tapi rajin berutus dedication card & birthday card.. Thanks a lot, Dila..

Sekarang ni, zaman dah maju, segalanya di hujung jari.. Handphone, facebook & lain2.. Harap2 tak lost contact pada masa datang..

Baik Punya

Kitorang berkongsi minat yang sama.. Minat kat Dafi AF sejak AF5.. Kitorang selalu guna trademark Dafi ni dlm berkomunikasi.. Jadi, kitorang sentiasa akan membuat sesuatu perkara dgn ter'BAIK PUNYA' atau dgn kata lain, buat sehabis baik.. Insya-Allah..

p/s: love u dila.. Thanks 4 everything.. I hope our friendship will last forever.. Insya-Allah.. :)

Diambil sewaktu form 3

Thursday, June 16, 2011

TQ NURFATIN


Tadi on9 macam biasa bermula 8 malam. Melayari facebook dan blogger. Dalam sibuk2 bermain facebook, ada terbaca pasal star chat bersama VIP di gua jam 9 malam 15 jun 2011.



Wah, nasib baik dpt tahu berita ni awal2.. Tapi actually dah plan nak tgk 360 kul 9 malam di TV3 sebab ada cerita pasal Karak. Tapi x pe lah, nanti boleh tgk kat tonton.

Sambil menunggu jam 9 malam, tgk drama personal taste kejap. (ye, saya tau.. cerita ni dah lama keluar, tapi saya baru berkesempatan nak tgk.. )

Tepat jam 9 malam, chat pun bermula. Kat website ada live webcam lagi.. :D

Yang ada masa tu Yandy dgn Fadlan shj. Adam pergi umrah. Ryan balik Sabah melawat ayah dia. Marlon pulak saya x pasti.

Saya x banyak chat pun. Banyak tgk live webcam je. Tapi video tu sangkut2.. X berapa dgr suara Fadlan & Yandy.. Jadi saya pun beritahu diorang yang video tu sangkut2..

Then..






Tetiba admin inform "ok, tinggal 8 minit lagi.."


Fadlan & Yandy berkesempatan utk menyanyikan 'Lagu sedih'

One more important thing...

Sesudah habis program chat tu, saya pun sambung melayari fb..
Tetiba nampak ada org share video tadi..
Alhamdulillah..
Boleh jugak tgk rakaman video tu..

Saya pun tgk sampai habis..
Sebelum tu, pada minit ke 7:26
Fadlan tgk laptop lalu berkata,
"OK, TQ NURFATIN.."

:)
Saya sangat terkejut beserta gembira..
Saya ada wish all the best kat diorang.
Jadi sebab tu Fadlan ucap terima kasih..


Boleh tgk video tu di sini.

p/s:
Saya tahu artis juga adalah manusia biasa.
Saya cuma agak terkejut apabila komen saya dibalas. :)

Monday, June 13, 2011

Singgah ke MRSM Kuala Lipis


Saya ambil cuti hari ni. Saya memang beria-ria nak pergi ikut hantar Faris ke MRSM Kuala Lipis yang kini dikenali sebagai MRSM Tun Ghazali Shafie. Nama tersebut ditukar pada bulan 3 2010.


Setakat yg saya ingat, MRSM yg pernah saya menjejakkan kaki :
1) semestinya MRSM Merbok..
2) MRSM Batu Pahat ( ke majlis graduasi Kak Ida)
3) MRSM Kepala Batas (pameran kerjaya)
4) MRSM Kubang Pasu (pameran kerjaya)
5) MRSM PDRM Kulim (Kem Biologi)
6) MRSM Tun Ghazali Shafie (pendaftaran Faris)

Bangunan di maktab tu mmg cantik. Saya jeles tgk kelas diorang sebab tingkap diorang x macam kat Merbok (bukan tingkap biasa macam kat sekolah). Tapi apapun, MRSM Merbok lagi baru, dimulakan pembelajarannya pada tahun 2007. MRSM Kuala Lipis sejak tahun 2002. Keadaan tanah di situ berbukit. Rasanya macam lagi luas drpd Merbok, tapi x sure sebab kat Merbok tanahnya rata. Lagipun bangunannya dekat2..

Masa kat pejabat Faris tanya staf kat situ, "Boleh bawa handphone x?" Staf tu jawab, "Boleh, asalkan tidak ada kamera."

Saya agak x puas hati dgn jawapan yg diberikan oleh staf tu. Walaupun Faris kata kawan2 dia kat MRSM lain boleh bawak handphone, saya tetap x puas hati. (agak jeles) Sekarang ni zaman dah maju, jadi handphone dah jadi keperluan.. (Semua maktab sekarang dah boleh bawak handphone eh?) Dah tu, boleh guna secara 'berleluasa' dan bukan kena bagi cikgu homeroom simpan macam kat Merbok. Nak buat macam mana, sekarang ni pelajar dah semakin ramai bijak pandai, dan handphone tidak akan menjejaskan pelajaran mereka.

Lagi satu, kat pintu masuk koperasi, tertera notis, 'TOP UP CELCOM, MAXIS & DIGI ADA DIJUAL DI SINI'.

Wah! Kalau kat Merbok dulu, 'KAD I TALK DIJUAL DI SINI'.

Then, Faris pergi hantar barang2 kat asrama. Dia duduk aras 1. Tadi kat pejabat, staf tu kata dlm bilik Faris ada sorang budak baru yg daftar semalam. Jadi, ada 2 org dlm bilik tu termasuk Faris.

Habis tu, makan kejap dan bergambar. Tetiba teringat waktu saya mendaftar di maktab dulu2.. :)


Lepas selesai semuanya, balik semula ke rumah.

Peminat setia AF




Saya merupakan peminat Akademi Fantasia (AF) sejak AF1 sampai sekarang musim ke-9, iaitu musim yg terakhir. Saya suka menonton diari, konsert dan imbasan (dulu ada, sekarang dah x ada). Saya tahu ramai org kata rancangan tu x elok, tp bagi saya menonton utk melihat perjalanan anak seni dan bagaimana mereka mengasah bakat mereka. Pada saya, saya hanya mengambil iktibar drpd program tersebut. Bak kata org, yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan. Saya juga tertarik dgn persahabatan yg terjalin antara pelajar-pelajar dlm AF serta kesungguhan mencapai cita-cita yg diimpikan. Walaupun kadangkala kritikan yg diberikan sgt pedas dan menyakitkan, kita perlu hadapi dgn tabah dan mengambilnya dari sudut positif. Saya rasa perkara sebegini boleh diaplikasikan dlm kehidupan seharian walaupun byk lg medium lain yg boleh membantu.

Berikut adalah senarai bintang AF yg saya minat.. :)

AF1 : Khai, Nana
AF2 : Adam, Farah
AF3 : Kefli, Akma
AF4 : Lotter, Zila
AF5 : Dafi, Heliza
AF6 : Nubhan, Stacy
AF7 : Akim, Hafiz
AF8 : Shahir, Adira
AF9 : Azri, Fina, Hazama

Antara bintang AF yg saya dpt jumpa secara tidak sengaja.. :)







Saya dpt tandatangan drpd Adam & Dafi shj. Yg dgn Dafi tu saya terjumpa kat KLCC. Baru blk dari PC Fair 2010. Tetiba nampak Dafi. Terus tangkap gambar & minta autograf. Yg paling x tahan sekali, hanya ada sebatang pen dlm beg beserta pamphlet drpd PC Fair. Ah, hentam sajalah, janji dpt autograf.. :p

Yang Adam pulak, mmg nak minta sign masa persembahan V.I.P kat Wangsa Walk.. :)

Heliza pulak jumpa masa pergi forum 'We are beautiful, Allah loves us'. Itupun x tau Heliza dtg.. Masa dah abis forum, terus pergi 'serang' ambil gambar. X sempat nak minta autograf sebab Heliza nak kena balik cepat nak kejar flight dia..

Yang belum berkesempatan lagi, nak jumpa Shahir.. :)


Utk AF yg terakhir ini, juara AF9 ialah Hazama.. Hazama mmg best dlm membuat persembahan.. Naib juara, Lena. Tempat ketiga, Fina. Keempat, Azri.. Walaupun Azri x jadi juara, at least dia dpt masuk final.. :)

Sunday, June 12, 2011

First time


Hari ini
First time tulis blog ala-ala sajak
First time tengok wayang sorang2..
First time tengok wayang cerita seram..

Bukan first time pergi Wangsa Walk
Bukan first time pergi Wangsa Walk tak jumpa artis
Bukan first time tengok wayang pagi-pagi
Bukan first time tengok wayang tanpa makan pop corn


Hari ni 12 Jun 2011, Happy 19th Birthday to Athirah Yaakub!
Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..
Semoga berjaya mencapai cita-cita..
Semoga berjaya di dunia & di akhirat..
Semoga akan menjadi lebih matured..
Amin..
Miss u..
:)

p/s:
Konon-konon nak try tulis blog ala-ala sajak..
Kata nak ada hati nak jadi novelis, ni dah nampak mcm sasterawan pun ada..
OK, sudah-sudah la berangan.. :)

Wednesday, June 08, 2011

Tahniah Faris


Tahniah kpd adik lelaki saya, Faris yg dpt tawaran ke MRSM Kuala Lipis..



Saya tumpang gembira dgn berita itu! Kebetulan dia pun dpt tawaran masa cuti pertengahan tahun macam saya jugak.. Tapi saya MRSM Merbok.. Kakak saya (Hidayah) dulu MRSM Batu Pahat.. Sebenarnya sedih dpt tawaran masa cuti ni mengikut pengalaman saya.. Ye lah, tak sempat nak ucap selamat tinggal kpd guru-guru & rakan-rakan.. Pergi macam tu aje.. Bila bukak sekolah, saya dah 'hilang' dari situ..

Pada pendapat saya, pengalaman tinggal di asrama sangat menarik. Pengalaman tersebut mengajar saya erti berdikari dan kesabaran, belajar bersungguh-sungguh dan bersaing dgn rakan secara sihat.. Apabila teringat ibubapa di rumah, akan terasa rindu dan sedih.. tapi pada masa yg sama, membuatkan kita bersemangat utk belajar utk memberi kejayaan kpd ibubapa kita..

Guru-guru dan rakan-rakan sgt membantu dlm pembelajaran di sana. Kita perlu bekerjasama dgn mereka utk memahami sesuatu pelajaran.



p/s:
Happy 3rd anniversary to ohana ladies! (8 june 2011)! Dah tiga tahun berlalu.. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.. sayang korang semua.. :)