Monday, June 13, 2011

Singgah ke MRSM Kuala Lipis


Saya ambil cuti hari ni. Saya memang beria-ria nak pergi ikut hantar Faris ke MRSM Kuala Lipis yang kini dikenali sebagai MRSM Tun Ghazali Shafie. Nama tersebut ditukar pada bulan 3 2010.


Setakat yg saya ingat, MRSM yg pernah saya menjejakkan kaki :
1) semestinya MRSM Merbok..
2) MRSM Batu Pahat ( ke majlis graduasi Kak Ida)
3) MRSM Kepala Batas (pameran kerjaya)
4) MRSM Kubang Pasu (pameran kerjaya)
5) MRSM PDRM Kulim (Kem Biologi)
6) MRSM Tun Ghazali Shafie (pendaftaran Faris)

Bangunan di maktab tu mmg cantik. Saya jeles tgk kelas diorang sebab tingkap diorang x macam kat Merbok (bukan tingkap biasa macam kat sekolah). Tapi apapun, MRSM Merbok lagi baru, dimulakan pembelajarannya pada tahun 2007. MRSM Kuala Lipis sejak tahun 2002. Keadaan tanah di situ berbukit. Rasanya macam lagi luas drpd Merbok, tapi x sure sebab kat Merbok tanahnya rata. Lagipun bangunannya dekat2..

Masa kat pejabat Faris tanya staf kat situ, "Boleh bawa handphone x?" Staf tu jawab, "Boleh, asalkan tidak ada kamera."

Saya agak x puas hati dgn jawapan yg diberikan oleh staf tu. Walaupun Faris kata kawan2 dia kat MRSM lain boleh bawak handphone, saya tetap x puas hati. (agak jeles) Sekarang ni zaman dah maju, jadi handphone dah jadi keperluan.. (Semua maktab sekarang dah boleh bawak handphone eh?) Dah tu, boleh guna secara 'berleluasa' dan bukan kena bagi cikgu homeroom simpan macam kat Merbok. Nak buat macam mana, sekarang ni pelajar dah semakin ramai bijak pandai, dan handphone tidak akan menjejaskan pelajaran mereka.

Lagi satu, kat pintu masuk koperasi, tertera notis, 'TOP UP CELCOM, MAXIS & DIGI ADA DIJUAL DI SINI'.

Wah! Kalau kat Merbok dulu, 'KAD I TALK DIJUAL DI SINI'.

Then, Faris pergi hantar barang2 kat asrama. Dia duduk aras 1. Tadi kat pejabat, staf tu kata dlm bilik Faris ada sorang budak baru yg daftar semalam. Jadi, ada 2 org dlm bilik tu termasuk Faris.

Habis tu, makan kejap dan bergambar. Tetiba teringat waktu saya mendaftar di maktab dulu2.. :)


Lepas selesai semuanya, balik semula ke rumah.

5 comments:

  1. haha... hutan kan tempat tu... jauh dr bandar.. klu ada pape adik nak tau tny lah ek :D nanti ada masa pegi rumah saya jom~ ^^

    ReplyDelete
  2. aah.. keliling hutan.. rumah hanan dekat ke dari situ? :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. dalam 20 minit kot. kalau dari bandar 5 minit je. :)

    ReplyDelete