Monday, June 20, 2011

Mata Berdarah




Mata berdarah?
Ahad lepas (19 jun), Alia (adik) tegur, "Nape mata merah?"

Saya pun tgk cermin apa yg merahnya.. Tgk2 mata putih kanan ada mcm berdarah sikit.. Mula2 nampak mcm cebisan cili.. Tapi x logik cebisan cili masuk dlm mata.. Lagipun saya x suka makan cili.. :)

Tetiba rasa cuak. Try membelek-belek bebola mata. Then, ternampak kat bahagian atas mata ada mcm darah berbentuk jalur.. Tapi bila gosok mata tu slow2, darah tu mcm berserakan or larut dlm mata. Terus bukak lense..

Rasanya punca pendarahan tu dari bawah mata, lalu merebak ke atas dan tepi mata. Tu ikut pendapat saya lah.. Bertambah lg cuak..

Cakap kat Kak Ana (kakak). Dia kata nak tlg lapkan. Then, ambik tisu & try lap. Tapi Kak Ana kata macam dah beku. Benda tu x nak lekat kat tisu.

So, saya pulak yg try lap. Pergi tgk kat cermin, try lap. Betul Kak Ana kata, benda tu x nak lekat kat tisu. In my opinion, ada satu layer antara bebola mata dgn darah tu.. Bila sentuh bahagian darah tu rasa sakit sikit..

Cuak bertambah cuak.. Lps maghrib, google psl benda ni. Ada terjumpa beberapa info..

1) Ada satu blog psl tragedi mata berdarah. Mengikut pengalaman dia, guna air perahan sireh utk hilangkan tp pedih sikit. (Mana nak cari daun sireh?)

2) Tgk Yahoo! Answers, memaksa mata utk melihat sesuatu dgn dekat akan menyebabkan otot-otot siliar kuat bekerja.

Jadi saya pun terus tidur. Bgn pagi tgk dah hilang sikit. Tapi ayah nak bwk pergi klinik, saya pun rasa kena pergi walaupun dah ok sikit sebab x tau puncanya.

Doktor kata, "Urat halus dlm mata pecah sikit. Mungkin serangga, habuk atau gosok mata terlalu kuat. Tapi jgn risau, ia tidak menyebabkan buta. Jadi saya bagi ubat titis untuk awak."

Saya rasa faktor saya jadi mcm tu yg gosok mata kuat sgt. Sebab saya kdg2 gosok ikut suka hati. Jadi, kurangkanlah lepas ni.. :)


Titis 3 kali sehari, sekali 2 titis

Update 13/12/16
Since post ni dah banyak orang view walaupun post lama, Fatin nak update sikit, nama condition ni subconjunctival haemorrhage. Benda ni boleh jadi especially bila kita batuk atau bersin terlalu kuat. Korang jangan risau ya, tompokan darah boleh hilang sendiri, tapi kalau mata korang terlalu sakit atau mengganggu penglihatan, jumpa doctor atau ophthalmologist (doktor mata) ya :)

9 comments:

  1. assalamulalaikumm , nak tny dah baik ke mataa?? sebab saya pun jadi cam awak, takut sangatt . tiba2 bangun ada darahh . takut laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. alhamdulillah, dah baik dah. lagipun itu waktu 2011. jgn takut, ayn pergi jumpa doktor, klu tak serius sgt, nanti doktor just bagi eye drop. semoga cepat sembuh ayn.. :)

      Delete
  2. lama tak nak ilangkan darah tu? ohh yekee. hopefully ok laa and tak serius sangat. esok ada appointment ngn doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu x silap, dlm 2-3 hari dah hilang. btw, mcm mana dgn appointment dgn doc smlm? get well soon.. :)

      Delete
  3. Salam...lega sikit baca blog awk. Mata saya pun mcm ada cebisan cili ni.

    Ingat nak cuba letak titisan air sirih...esok baru pg jumpa doc...
    Tq for the info.

    ReplyDelete
  4. Salam...lega sikit baca blog awk. Mata saya pun mcm ada cebisan cili ni.

    Ingat nak cuba letak titisan air sirih...esok baru pg jumpa doc...
    Tq for the info.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya.. saya tidak sengaja tertumbuk mata suami saya dan mata dia ada tompokan darah sekarang.. saya risau dan tidak tahu nak buat apa.. tolong saya.. perlukah saya bawa suami saya jumpa doktor? Adakah situasi suami saya sekarang sama dengan " subconjunctival haemorrhage "
    Tolong saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lmbt reply, yup, better jumpa doc utk check details.

      Delete
  6. Nak tanya.. saya tidak sengaja tertumbuk mata suami saya dan mata dia ada tompokan darah sekarang.. saya risau dan tidak tahu nak buat apa.. tolong saya.. perlukah saya bawa suami saya jumpa doktor? Adakah situasi suami saya sekarang sama dengan " subconjunctival haemorrhage "
    Tolong saya..

    ReplyDelete