Sabtu lepas, Fatin dan Alia (adik) menghadiri makan malam santai bersama kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di Cheechah, Kota Damansara. Fatin dah plan lama untuk jumpa V.I.P dalam cuti semester ini, menunggu V.I.P update show mereka di fanpage. Actually, start cuti sem, show V.I.P ada di Laman Santai Istana Budaya. Tapi show tu malam, susah sikit nak pergi. Lagipun, masa tu Fatin belum bertolak ke KL lagi, malam tu Fatin pergi ke I-City bersama kawan-kawan.
28 Januari, V.I.P ada show di Kedah. Memang tak dapat nak pergi.
1 Februari, V.I.P ada show di DBKL, Kuala Lumpur. Itu pun dah kira dekat tapi malam..
11 Februari, V.I.P perform dalam Tawau International Cultural Festival.
19 Februari, V.I.P ada show di IKBN Banting.
25 Februari, makan malam bersama V.I.P. Aktiviti ini pun, Fatin fikir banyak kali nak pergi. Sebab di Kota Damansara dan waktu malam. Tapi, Fatin ajak Alia untuk temankan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat balik. Akhirnya, dapat jugak bertemu V.I.P dalam cuti semester ini.
Pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya, 'Ayatku terhebat', yang mana menggabungkan tajuk-tajuk lagu dalam satu ayat atau cerita. Dalam aktiviti ini, Fatin perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan. Kumpulan Fatin dapat lagu Hai, Bingung, Gila Bayang dan Menggapai Bintang. Alia pergi cabut lagu itu. Kak Dina memberi idea untuk ayat itu. Kami semua berbincang dan hasilnya...
Fatin tulis kecik sebab ingat nak tulis esei kat situ.. ;p
Then, pengerusi majlis, Kak Pika, mengumumkan aktiviti seterusnya iaitu melakonkan semula apa yang ditulis di atas kertas tersebut. Oh! Lega sangat sebab kitorang buat satu ayat je. Ada hikmah jugak.. Sebab kalau buat satu perenggan, mahu lama masa yang diambil untuk berada di hadapan orang itu. Penat memikirkan gaya yang sesuai. Fatin pun beri idea yang tangan bentuk bintang macam dalam drama taiwan Silence. Fatin dari dulu lagi, kalau bintang je, mesti nak buat gaya tu.. Masa form 3, Fatin ada masuk poem recitation competition. Fatin ada guna gaya bintang tu masa deklamasikan sajak bertajuk 'Mother'. Then menang nombor 2 ke 3. Tak ingat lah pulak..
Hasil persembahan kitorang, pengerusi majlis umumkan kumpulan kitorang menang. Tak sangka kot.. Dahlah perform last sekali.. Cuak kot.. huhu
Lepas itu, aktiviti seperti kotak beracun. Rubik's cube akan disampaikan kepada seorang demi seorang sepanjang lagu dimainkan. Setelah lagu berhenti, siapa yang memegang rubik's cube akan didenda bersama salah seorang anggota V.I.P.
Then, ada cabutan bertuah dan teka lagu. Teka lagu berdasarkan lukisan daripada ahli V.I.P. Macam-macam lukisan lah keluar.. ;)
Lepas itu, persembahan dari V.I.P. Banyak lagu yang dinyanyikan oleh mereka seperti Kemarau, Lagu Sedih, Tiga Kata, Bila Kau Tiada, Sayangku Berjanji dan banyak lagi.
Secara keseluruhannya, makan malam santai ini memang seronok.. Dapat bergambar dan bertegur sapa dengan V.I.P.. Sejujurnya, V.I.P yang terdiri daripada Adam, Fadlan, Yandy, Marlon dan Amen memang sporting, tidak sombong dan mesra dengan peminat. Kalau ada aktiviti macam ini lagi, Insya-Allah Fatin akan join lagi.. Tapi kena tengok masa dan tempat jugak.. Tapi kalau dah nak tu, berusaha jugak cari jalan.. ;)
Akhir kata, marilah kita menyokong industri tempatan kita seperti kumpulan V.I.P. Btw, V.I.P akan membuat persembahan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) april nanti.
All the best to V.I.P! Fatin sentiasa doakan yang terbaik untuk V.I.P. Korang memang terbaik!
p/s:
Terima kasih banyak2 kepada Kak Weina, Kak Pika, Kak Ziha, Kak Sue sebab tolong Fatin dan Alia.. :)
Selepas ini, Fatin harus memberi fokus sepenuhnya kepada optometri untuk semester 2..
Harap2, cuti pertengahan semester april nanti ada show yang 'jatuh' pada tarikh tertentu dalam waktu itu.. ;)
Berhibur, berhibur jugak, tapi jangan lupa tanggungjawab kepada agama kita..
Thanks sebab ajak Alia :)
ReplyDeleteYou're welcome.. :)
Delete