Friday, September 27, 2013

Adam AF & Fiza Elite bagai pinang dibelah dua

Ok, rasanya ini entri ketiga pasal perkahwinan Adam
selepas entri pengumuman, entri pernikahan
dan kali ini kira post wedding story la kan, hehe..

Sorry la if I spam fb, twitter or blog dengan cerita Adam :)

Saya kan feminat Adam haruslah saya update banyak2, hehe..
Dan sekarang ni saya dah jadi feminat Kak Fiza pulak! :D

Baca artikel utusan online bertajuk 'Lamaran Ramadhan', tengok gambar, so SWEET!
Klik tajuk untuk baca.



"Memang sebelum bertemu jodoh saya selalu mendoakan yang terbaik, tetapi memang saya tidak sangka akan berkahwin dengan seorang janda. Bagaimanapun itu bukan perkara penting lagi kini kerana saya tahu tugas utama saya adalah untuk membimbing isteri ke jalan yang baik," katanya.


Tertarik dengan kisah mereka, kenal dua bulan, Allah permudahkan jalan mereka untuk kahwin. Alhamdulillah..

Seterusnya artikel berita harian bertajuk 'Kahwin dulu baru bercinta'.


Pilihan mereka untuk bernikah hanya kira-kira dua bulan setelah berkenalan bukanlah untuk menyembunyikan sesuatu, sebaliknya Adam AF dan Fiza Elite yang selamat bergelar suami isteri, semalam, lebih selesa untuk bercinta selepas berkahwin. 

Sweetnya bercinta selepas kahwin. Insya Allah, itu adalah salah satu impian saya,
semoga dipermudahkan untuk saya pulak nanti, hehe.. amin..

Next, artikel murai.com.my bertajuk 'Adam AF akui Fiza Elite Bikin dia jadi Angau'.
Rupanya Adam dah jatuh cinta pandang pertama kat Fiza, bila Adam dah tau Fiza dah berhijrah, Adam mahu berjumpa untuk berkongsi pengalaman hijrah.


"Saya tahu semua orang mahu yang terbaik untuk jodohnya dan saya yakin Fiza adalah orang yang terbaik untuk saya kerana saya pernah berdoa dan minta kepada Tuhan jika benar dia jodoh saya dekatkan lah dia kepada saya dan begitu sebaliknya. Alhamdulilah ternyata Tuhan telah permudahkannya."

Last but not least, artikel sinar harian yang bertajuk 'Adam: Fiza jodoh saya'. Anak2 Fiza mudah mesra dengan Adam, dan memanggilnya Abi. Kata Adam, pengalaman dia menjaga adik2 nya yang kecil akan dimanfaatkan untuk menjaga anak tirinya.

Adam bakal muncul dengan single terbaru
yang bertajuk Penggodam Jiwa tidak lama lagi.
Lagu itu ditujukan untuk isterinya. Fiza. :)



"Saya tertarik dengannya kerana dia banyak bagi nasihat dalam agama sebab itulah saya tidak teragak-agak menerima lamarannya. "Saya juga percaya dia mampu membimbing saya dengan baik," katanya. - Fiza -

Rasa seronok sangat tengok gambar2 #AdamFiza.
Bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.
Oh ya, kami fans Adam buat hashtag #AdamFiza kat fb, twitter & instagram.
Korang boleh la klik2 tengok gambar ye, hehe..

Majlis mereka simple sahaja tapi meriah dengan kehadiran tetamu.
Pasangan pengantin berjubah putih, ditemani dengan dua puteri yang comel, sangat sweet :)

Di sini pula ucapan dari Adam AF sempena pernikahannya dengan Fiza Elite.
Credit fb Kelab Peminat Adam AF.
Selamat menonton :)


Kenduri mereka akan diadakan di Sabah oktober nanti..
Kalau ikutkan, nak pergi, hehe..
Padahal tak dapat jemputan pun, haha..
Takpun nanti ada gathering fans Adam next time boleh je join, hehe :)

Kami semasa berbuka puasa ramadhan lepas

No comments:

Post a Comment