Alhamdulillah..
|
poster yang comel membuatku tertarik untuk hadir, hehe |
Siang tadi aku & adikku Alia join event Adam Fan Club Malaysia (AFCM) yang ke-46 di Taman Tasik Titiwangsa. Dah 46 event wei, aku baru join bape event je sepanjang aku bergelar peminat Adam. Adalah dalam 10 event.. kot. Iyelah, aku baru start follow show Adam tahun 2011, itupun secara kebetulan jumpa kat Wangsa Walk. Maklumat lanjut boleh rujuk entri
Kenali Kumpulan V.I.P. Tapi bila baca balik entri tu, aku gelak sorang2 sebab aku guna bahasa A+ lagi waktu tu, sebab baru terjebak dengan dunia blogger.
|
Pemandangan KL kita dari tepi tasik |
Okay sambung cerita event. Kitorang sampai dalam kul 10 pagi. Bentang tikar, dan sedia untuk makan! Event kali ni style potluck, semua bawak makanan sendiri, tak kisah la masak or beli. Aku order kek red velvet & choc cheese tart kat kakak ipar aku je, hehe.. Dijamin sedap, kalau nak komen kat entri ni eh, hehe, sempat promote :p
Kali ni tak ramai yang hadir, aku, Alia, Kak Weina, Kak Deeda, Aqilah, Kak Sue, Aisya, Kak Pika, Pejal, Azrul, Nana & Yus. Maybe yang lain ada hal masing2. Kitorang borak2, share cerita, makan2 kat tepi tasik. Kat seberang tasik tu ada kenduri kahwin, maka lagu yang dipasang sangatlah kuat sampai ke tempat kitorang. Kitorang layan je lah..
|
Makanan! |
Banyak makanan yang ada, sampai tak larat nak makan, ada roti jala kuah kari, popia, kek coklat, nasi lemak, cekodok jagung, kek red velvet & cheese tart, lasagna & something yang aku lupa nama dia, tapi macam kuih keladi.
|
Lasagna yang sangat sedap! Thanks nana! |
Lepas makan round 1, berhenti untuk games. Game 1 kena transfer kacang guna chopstick. Dalam masa 10 saat, tengok sape paling banyak dapat. Game 2, teka kata, yang mana kena cari perkataan berdasarkan suku kata terakhir orang sebelum. Yang macam kita main masa kat sekolah dulu, contohnya baju, ju apa, julang, lang apa, fikirlah sendiri, haha..
|
Game 1 |
Game 3, what's in your bag? Kak Deeda sebut barang2, sape takde kena eliminate. Aku kena eliminate sampai kat barang perfume. Idokler aku bawak perfume dalam beg, sebab perfume aku sume saiz besar dan malas nak bawak.. Dah kalah.. :(
Game 4, kotak beracun. Game ni lebih kepada sharing story sepanjang menjadi fans Adam. Macam2 cerita keluar. Iyelah diorang follow Adam dari keluar AF lagi, aku ni baru 2 tahun follow, so banyak benda yang aku tak tahu..
|
credit to: Kak Pika |
Lepas tu kitorang makan aiskrim ramai2, sebab cuaca pun dah panas terik masa tu, kitorang berteduh di bawah pohon2 merendang, cewah ayat, haha.. Kak Pika asyik duk cakap aku ni peminat V.I.P, maybe sebab aku lebih follow V.I.P daripada Adam. Sampai satu masa Kak Deeda kata, "Pika cakap macam tu, macam akak jemput presiden kelab V.I.P pulak datang sini."
Lepas tu, teruskan bercerita. Kak Deeda pergi jumpa kawan dia jap. Tetiba semua pandang ke satu arah. Adam!
Okay, akhirnyaaa datang pun. Sebab kitorang yang datang hari ni, diberitahu yang Adam akan datang kalau dia free. Sebab jadual dia sibuk. Malam tadi dia ada show kat Seremban. Then, kitorang terus terdiam, haha, artis ada kat depan mata, semua terkedu. By the way, Adam sampai je, kitorang sambung makan round 2, Adam pulak, "Eh, macam sedap je yang tu, nak sikit'" Choc cheese tart akak ipar aku punya. Haha, bangga kejap dia makan yang tu dulu, hehe.. Padahal yang tu yang paling dekat dengan Adam time tu. So, kitorang makan sambil cerita pasal kisah2 paling happy & mengecewakan sepanjang jadi fans Adam di depan Adam. Semua malu2 nak cerita, haha..
Sampai kat aku, aku pun cerita la jugak. Paling best waktu kat
dinner santai di Cheechah. Waktu tu Adam dah start cam aku & ingat nama aku. Excited la kan, terharu pun ada.. Iyelah, artis yang menghargai fans wei, aku respect 100%! *tabik hormat* :D
Then, diorang tanya, perkara yang paling mengecewakan? Dalam otak fikir, hmm, takde.
Tetiba Adam kata, "V.I.P berpecah."
Aku pun reply, "hmm, ye kot." huhu
Lepas makan, signing session. Walapun semua dah berkali-kali jumpa Adam, still nak minta autograf lagi, hehe ;)
|
Sign jgn tak sign :p |
Then, kemas barang2 dan sesi wajib iaitu bergambar. Okay tengok gambar encik Adam kita posing sakan, kitorang ni dah macam photographer & beria shooting. Klik, klik, klik!
|
Styel 1 |
|
Style 2 |
|
Style 3. erk? |
Hari ni 1st time aku bergambar dengan Adam setelah dia bertukar status. By the way, actually, tak kisah pun dia kahwin ke tak, yang penting kita tahu yang kita minat dia sebab bakat & personaliti dia. Bukan soal bujang ke kahwin. Isu ni pun kitorang discuss tadi, pasal kawan2 kitorang yang bila artis tu dah kahwin, dah tak minat. But why? Kalau artis tu bujang ko nak kahwin dengan dia ke? Tak kan? Minat artis tu perlu berpada-pada. Jangan sampai mengganggu privacy artis itu, okay :)
|
Aku lebih tinggi daripada biasa :p |
|
Aku & Kak Pika sedondon hari ni! |
|
My only younger sis, Alia |
Event hari ni aku tak dapat nak jawab soalan dalam games dengan baik. Maka, takdelah hadiah. Tapi Alia dapat satu, waktu game kotak beracun. Tahniah kepada Kak Pika & Pejal coz dapat 3 hadiah! Terbaik! But before habis event, Kak Weina bagi jugak sebab ada lebih, hehe, thank you Kak Weina! :)
|
A for Adam :)
credit to Pejal |
|
#ootd |
By the way Adam ada share the latest trailer filem Apokalips X yang bakal ditayangkan tahun depan. Dalam filem tu, Adam memegang watak sebagai Amanchai. Korang boleh tengok di
SINI. Macam best je, macam gempak je, jom tengok tahun depan! :)
p/s:
Kepada semua fans Adam, Adam akan buat awesome showcase bulan mac tahun depan, tunggu okay! :)
No comments:
Post a Comment