Saturday, March 15, 2014

UTUSAN MALAYSIA 15 MAC 2013 : V.I.P ERAT SILATURRAHIM

Assalamualaikum..


Entri ini khas buat peminat V.I.P yang tertunggu berita dari V.I.P. Maklumlah, blog ni dah banyak entri pasal V.I.P, macam blog tak rasmi V.I.P pulak, hehe :p Korang boleh klik label V.I.P kat belah kanan blog kalau nak throwback kisah2 V.I.P yang lepas2 :)

Fatin nak share artikel Utusan Malaysia hari ni, V.I.P tunjuk handal kat tajuk depannya, dalam pulak V.I.P erat silaturrahim. Kalau tak silap Fatin, ini kali pertama V.I.P perkenalkan 2 lagi ahli baru kat media.


Perkenalkan KJ Mentor 5, iaitu protege Adam AF dan juga Wawan, ex kumpulan RE-DO, kalau korang tak tahu kumpulan RE-DO pergi cari kat youtube tengok video diorang, diorang ni sangat hebat dalam tarian.

By the way, actually Fatin nak share entri pasal pembubaran V.I.P mei lepas, tapi idokler duk dalam draf berbulan-bulan lamanya sampai V.I.P sekarang buat comeback dengan ahli baru.

Sekarang V.I.P tidak lagi bernaung di bawah KRU Studios, kini V.I.P bergerak bebas. For your information, Adam tidak lagi bersama V.I.P, Adam kini bergerak secara solo. So, ahli V.I.P sekarang adalah Yandy, Marlon, Amen, KJ dan Wawan. Teruskan support V.I.P tau, walaupun ahli2 dah bertukar wajah :)

And, V.I.P ada buat fanpage baru, V.I.P Malaysia, boleh tengok dan like di SINI. :)

Okay bagi sesiapa yang tak dapat beli or baca artikel utusan hari ni, bolehlah baca di bawah.

V.I.P erat silaturrahim

Oleh IFQDAR RAHMAN

Teknik asas penting untuk bermain snuker.

BERGERAK sebagai penyanyi dalam satu kumpulan dianggotai lima ahli bukan satu tugas mudah untuk memastikan kesemuanya sependapat, sekali gus memudahkan perjalanan karier barisan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai VIP.

Terdiri daripada Eryande Sahat atau Yandy, 29, Mailin Antikon (Malon), 26, Amen Fathi Mohd. Noh (Amen), 24, Abdul Kadir Unding Lana (KJ), 25, dan Wan Mohd. Syazwan Wan Sagar (Wawan), 24, kumpulan VIP menyimpan hasrat untuk kekal lama dalam industri muzik tempatan.


Ekoran itu, Yandy selaku ketua kumpulan memberitahu bahawa mereka sering mengadakan aktiviti bersama agar lebih saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Menurut Yandy, antara aktiviti yang sering dilakukan mereka berlima adalah bermain sukan biliard sama ada snuker mahupun pool. Ini kerana, prasarana untuk bermain sukan itu mudah didapati di kota metropolitan ini.

"Permainan ini tidak mengehadkan bilangan pemain, maka ia sesuai dengan kami yang hanya berlima. Kalau nak main sukan lain, perlukan pemain yang ramai dan ia perlukan masa untuk mengaturnya, sedangkan masa kami terhad dek kesibukan dengan aktiviti seni.


"Kami lebih gemar memilih aktiviti yang tidak memeningkan kepala dan mudah untuk dilakukan. Sebab itulah snuker atau pool menjadi pilihan memandangkan kami ada kebolehan untuk bermainnya walaupun tidak sehebat mana," katanya berseloroh.


Hanya perlukan teknik asas

Sementara itu, KJ yang dilihat antara ahli yang berkemahiran bermain biliard menjelaskan, permainan tersebut tidak memerlukan kemahiran tinggi, tetapi cukup sekadar mengetahui teknik asas permainan.
"Kemahiran itu boleh diasah dari semasa ke semasa jika kita selalu melakukannya. Tetapi, untuk memulakannya, kita hanya perlu tahu cara atau teknik asas yang betul.

"Biarlah banyak melakukan kesilapan sekalipun, jika sanggup belajar, semakin hari kita akan semakin menguasainya. Sukan ini mudah sahaja, tidak perlu masa yang lama untuk mempelajarinya.

"Saya mula bermain snuker sejak umur belasan tahun lagi kerana kemudahannya banyak didapati bukan sahaja di bandar besar, bahkan di pekan-pekan kecil," katanya yang berasal dari Semporna, Sabah itu.
Walau bagaimanapun, menurut protege kepada Adam dalam rancangan Mentor terbitan TV3 itu, sukan biliard juga tidak terlepas daripada 'virus judi', sama seperti sukan lain.

Disebabkan itu, nasihat KJ, dalam apa jua aktiviti sekalipun, tujuan dan matlamat haruslah betul dan jangan terpesong daripada niat asal.


"Biarlah kita bermain secara sihat dan bersih. Barulah niat kita untuk mengeratkan silaturahim itu akan dimakbulkan oleh-Nya," ujarnya.

credit to : Utusan Online


Bagi yang berkelapangan esok hari, boleh datang ke Sunway Pyramid untuk menyaksikan persembahan Adam secara solo, kira comeback dari Adam. V.I.P juga akan membuat persembahan esok hari.

Fatin tak dapat nak join sebab ada komitmen lain, perlu menghadiri kursus di uni. Kepada anda yang join esok, ambik gambar or video banyak2 tau, nanti share kat youtube or facebook, tq :)

p/s: 
Thanks roommate, Filzah sebab tergerak hati beli suratkhabar, Fatin pinjam je, hehe ;)

No comments:

Post a Comment