Saturday, October 29, 2011
AKU SUDAH LAMA BERDIKARI
Dari sekolah menengah harian ke sekolah berasrama, TIADA seorang pun kawan2 dari sekolah lama masuk ke situ. Sekali lagi, aku BERDIKARI di situ dan mencari kawan2 baru.
Dari sekolah berasrama ke asasi, pun sama. TIADA seorang kawan pun dari sekolah asrama ke situ. Ada seorang, tapi dia masuk ke IB. Tapi, ada kawan2 dari sekolah menengah harian dulu, di situ. Tapi, aku perlu BERDIKARI sebab kami tidak sama kelas.
Dari asasi ke universiti, SEKALI LAGI, tiada kawan rapat yang sama kampus. Kalau ada pun, kawan-kawan lama yang kebetulan jejak kasih.. Aku sekali lagi perlu BERDIKARI. Mencari kawan-kawan baru yang datang dari seluruh Malaysia.
Kesimpulannya, aku sudah lama berdikari.. Dan itu membuat aku menjadi berani.. Tidak dinafikan, rasa cemburu tetap wujud apabila melihat kawan yang ada kawan dari satu sekolah/asasi..
Tapi..
Hikmahnya, aku dapat ramai kawan baru! Memang banyak.. Pelbagai rupa, pelbagai ragam.. Kawan-kawan baru itu pulak, ada yang kawan kepada kawan-kawan lama.. Mulalah nak kata, "Keciknya dunia.." ;)
Dari situ, mulalah nak bercerita segala cerita dahulu kala.. :)
p/s:
MEMANG niat nak tulis ayat dengan tatabahasa yang betul.. jangan kata skema pulak..
kali ini nak tulis ala-ala artikel sikit.. huhu..
Friday, October 28, 2011
Gumiho dari Malaysia

Tuesday, October 25, 2011
Fadlan Hazim makin popular
Baru-baru ni, Fatin baca satu post pasal Tiga Kata dari Fadlan V.I.P beserta video nyanyiannya di blog INI. Fatin baca sebab Fadlan post link blog tu kat fanpage dia. Sambil mencari idea nak tulis new post, Fatin google fadlan hazim. Hasil carian, Fatin jumpa banyak blogger menulis pasal Fadlan Hazim ni.. Kebanyakannya adalah para peminat beliau. Tak percaya? Cer google.. :)
Di kesempatan ini, Fatin pun nak share jugak pasal Fadlan Hazim ini.. Sumber daripada soal jawab di fanpage Fadlan dan artikel berkaitan.
Nama diberi Fadlan Hazim bin Anuwar. Fadlan dilahirkan pada 2 Januari 1992 dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia bermula dari bidang peragaan sebelum menceburi bidang seni.
Kata Fadlan, “Saya berkecimpung dalam bidang modelling sejak berusia 16 tahun. Saya bukan saja menjadi model di Malaysia, malah mendapat peluang di Singapura dan Thailand sebelum ini."


Kemudian Fadlan menyertai Kacak Bergaya 2010 dalam Pancaindera dan mendapat saguhati di peringkat akhir. Fadlan merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini.

Kata Fadlan, "Saya masuk kacak bergaya lepas ada member saja hantar gambar kat suratkhabar pancaindera."
Apabila Fatin bertanya, "Adakah kawan Fadlan tu kira berjasa kepada Fadlan?"
Jawab Fadlan "After kacak bergaya tu, tiada offer apa2 pun, seriously. Then saya dpt job utk dance dlm hotel mania, dari situ KRU berminat nak dgn saya. Dan dekat hotel mania tu jugak lah terjumpa Abg Adam AF, dan kitorang pun terus bersembang pasal group V.I.P ni (time tu nama group pun takde lagi) haha, ingatkan Abg Adam AF main2 je,last2 betul2 buat group. haha."
“Saya menjadi pelakon tambahan untuk mencari pengalaman dan antara drama lakonan saya ialah Hotel Mania, Cinta Balqis dan Duyong Aridinata serta menjadi pengacara program Paparazzi untuk KRU TV sebelum ini,” katanya.
Fatin bertanya pada Fadlan apakah watak yang dilakonkan dalam drama-drama tersebut memandangkan Fatin belum berkesempatan untuk menonton drama itu mahupun di tonton.com.
Fadlan menjawab, "Itu semua hanyalah watak sekecil kuman, dalam hotel mania je ada dialog sikit2, lepas Hotel Mania lah baru dgn KRU :)"
Fadlan menjadi artis bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010 dan mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat mereka.
Fatin sempat bertanya, "Siapakah idola Fadlan dalam dan di luar negara?"
"Luar negara adalah Michael Jackson dan dalam negara pulak KRU :)"balas Fadlan.
Selain itu, Fadlan gemar bermain basketball dan aktif semasa di sekolah dahulu. "Adakah Fadlan selalu menang dalam permainan basketball?"
Fadlan membalas, "Boleh la, selalu main dlm daerah top 5 la. Boleh la."

Kini, Fadlan menyertai kumpulan V.I.P di bawah naungan KRU. Single pertama mereka adalah Lagu Sedih ciptaan Edry Abdul Halim manakala single kedua yang bertajuk Kemarau bakal keluar tidak lama lagi. Fadlan kini lebih dikenali sebagai Fadlan V.I.P.


Gambar terkini Fadlan"Harap2 semua fans akan terus menyokong V.I.P, tanpa fans siapalah kami ni :)"
Fatin serta peminat V.I.P akan terus menyokong Fadlan dan V.I.P dan mendoakan agar V.I.P terus berjaya di Malaysia seterusnya ke peringkat antarabangsa.. Amin..
updated 2013 : Fadlan Hazim kini artis MIG
p/s:
After finishing this post, terasa macam jadi wartawan pulak..
Ada gaya tak? hehe.. :)
Thanks a lot for viewing my blog!
Don't forget to follow this blog.. :D
Saturday, October 22, 2011
Kawan-kawan, V.I.P bukan K-POP tapi M'POCE

Vokal dan tarian V.I.P memang mantap! Persembahan yang bertenaga! Tak percaya tengoklah sendiri.
Satu lagi, V.I.P ni BUKAN bermaksud Very Important Person, V.I.P adalah VERSATILITY IN PERFORMANCE.


Thursday, October 20, 2011
Sharing is caring (2)
How to Detect Hidden Camera in Trial Room?
In front of the trial room take your mobile and make sure that mobile can make calls........
Then enter into the trail room, take your mobile and make a call.....
If u can't make a call......!!!!
There is a hidden camera......
This is due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer......
Please forward this to your friends to educate this issue to the
public......To prevent our innocent ladies from HIDDEN CAMERA...........
Pinhole Cameras in Changing Rooms of Big Bazaar, Shoppers Stop?
A few days ago, I received this text message:
Please don't use Trial room of BIG BAZAAR there are pinhole cameras to make MMS of young girls.
So, please forward to all girls. Also forward to all boys who have sisters and girlfriends.
Don't be shy in forwarding this message. Because its about protecting the integrity of all girls & ladies.
HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR?
When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms.
It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at?
CONDUCT THIS SIMPLE TEST:
Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror.
However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do.
This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass.
Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms.
Share this with your sisters, wife, daughters, friends, colleagues, etc.
THANKS FOR VIEWING MY BLOG!
FOLLOW ME? :)
Tuesday, October 18, 2011
Malaysian Optometry Students Sport Event (MOSSE) 2011
Malaysian Optometry Students Sport Events (MOSSE) 2011 pada kali ini dianjurkan oleh UiTM Puncak Alam. Pelbagai acara diadakan seperti bola jaring, futsal, berbasikal, sukaneka, ping pong, explorace, marathon dan sebagainya. MOSSE bermula pada 14 Oktober dan berakhir pada 16 Oktober.
Universiti / Kolej yang hadir ke sini adalah UIA, UKM, Twintech dan MSU.
Juara keseluruhan adalah UIA manakala naib johan, UiTM. :) Tidak dinafikan pelajar UIA memang hebat dan kebanyakan juara dalam setiap acara sukan.
Fatin main futsal untuk MOSSE 2011 ni, tapi sekejap je. Actually, pemain simpanan je.. Tapi seronok sebab dapat peluang main futsal. Tak pernah main sebelum ini. Terima kasih kepada akak-akak senior yang beri peluang untuk junior2 main. :)
Terima kasih kepada penaja-penaja iaitu BOH, Dutch Lady, Essilor & MOC.
Secara keseluruhan, memang enjoy! Walaupun tak dapat balik rumah minggu ni..
Tangan sakit sebab tepuk kuat, kaki, badan sakit sebab marathon..
Paling best marathon lah.. :)
Monday, October 17, 2011
Teman yang sejati belum kutemui di sini
Sedikit letih
Mencari teman sejati
Untuk menemani
Mungkin aku perlu berdikari
sedikit masa lagi
sehingga aku bertemu
rakan yang sudi bersamaku
Bukan sombong
Bukan berlagak
Mungkin terlebih pendiam
Belum kenal belum tahu
Oh Tuhan
Bantulah aku
Untuk mendapatkan seorang rakan
Yang sudi bersamaku
Ke sana ke mari
Amin.
Di saat bersendiri
Aku rindu rakan-rakan dulu
Athirah Yaakub, 'Adilah
Aminah, Khairiah,
Amalina, Shafini
Najwa, Aini
Terima kasih tak terhingga
Atas segalanya
Sayang, rindu, kamu semua...
:)

'adilah, aini, najwap/s:
sekali sekala berpuisi..
:)
Sunday, October 16, 2011
Pingat Gangsa Marathon MOSSE 2011
Sebelum marathon, Fatin call mak dulu. Minta tolong mak doakan. Sebab Fatin betul2 nak tebus kekalahan serta kekecewaan Jogathon PASUM dulu. Masa tu, Fatin dapat no 17. Hadiah diberi kepada no 1 sampai 15. Masa tu memang sangat kecewa..
Then, Fatin cuba buat sehabis baik. Kalau ada rezeki, Fatin menang, kalau tak, terima lah.
Memang sepanjang jalan tu jogging. Ada jugak lah berjalan sikit.
Sambil lari pun sempat senyum, maklum lah baru checkpoint pertama..
Yang paling penting, maintain pegang susu Dutch Lady tu..
Boleh jadi duta produk lah lepas ni.. huhu..
Terima kasih kpd Dutch Lady atas tajaan! :)
Alhamdulillah, dapat nombor 3. Fatin target nombor yang dapat hadiah, tak kisah nombor berapa.. Syukur.. Tapi beza dengan peserta nombor 2 tak jauh sangat. Masa nak dekat garisan penamat, dia lari pecut. Memang tak lah nak kejar..
Terima kasih kepada mak sebab tolong doakan Fatin. Bila dah habis, suruh mak teka Fatin dapat nombor berapa, mak teka dapat nombor 10. Tak pe lah, kalau nombor 10 pun still dapat hadiah jugak.. Tapi hakikatnya top 3.. :)
Sekarang Fatin tengah dalam kesakitan akibat badan yang terkezzut tetiba berlari.. Jalan memang lambat mengalahkan pengantin.. Dah la Puncak Alam ni banyak tangga, kesabaran yang tinggi sangat diperlukan..
Dulu kat MRSM Merbok dapat johan untuk merentas desa.. nak cakap jugak.. ;p
Tapi masuk daerah, nombor belakang2.. huhu.. ye lah masa tu siap kena rentas anak sungai paras lutut.. Habis basah kasut sukan.. Terus jadi berat.. Tapi tabik sangat kat sorang peserta yang berkaki ayam sepanjang merentas desa.. Dan merentas desa tu memang betul2 namanya merentas desa!
Thanks for viewing my blog! :D
Saturday, October 15, 2011
Followers
Tapi, Fatin selesa apabila followers tu orang yang kita kenal.. Sebab rasa tak best kalau orang luar tau pasal kita..
Dah tu, kenapa tak private kan? Kan senang?
Private? Rasa tertutup sangat pulak.. huhu.. Tapi Fatin dah select "No" for search engines. Everyone can still view my blog but search engines will be instructed not to crawl it.
Kiranya status blog Fatin kira semi-private lah.. huhu.. sebab friends of Fatin kat facebook je yang tahu kewujudan blog ini. Lagi, friends of friends yang ada link blog dia ke blog Fatin.
Kesimpulannya, blog ni special untuk kawan2 fb Fatin je lah ye.. Untunglah jadi kawan Fatin.. ;p
p/s:
Btw, plan nak private kan blog tu mmg ada.. ;)
Thursday, October 06, 2011
Ada apa dengan zikrullah?
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Baginda melihat sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya apabila menyedari kehadiran ayahandanya.
Lalu baginda bertanyakan sebabnya.
Fatimah memberitahu bahawa dia terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Kemudian, dia bertanya sama ada baginda meminta suaminya menyediakan seorang pembantu rumah.
Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah walaupun tanpa pembantu rumah.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud:
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berzikir kepada Allah, ingatlah kepada-Nya sama ada susah atau senang. :)
Wednesday, October 05, 2011
Jejak Kasih di Puncak Alam
Tapi..
Yang tak bestnya, Hanny kata kat Fatin, "Eh, Fatin, kenapa short?"
Oh tidak.. Tu lah kata2 yang kerap sampai ke eardrum ni bila jumpa kawan sekolah rendah.. Dulu jumpa kawan2 lain pun macam tu.. Ok, fine.. Memang Fatin antara budak yang paling tinggi masa sekolah rendah dulu.. Tapi bila dah naik sekolah menengah, ketinggian tu dah tak naik sangat..

Normal lah tu.. Lelaki lambat membesar..
Balik kepada jejak kasih di Puncak Alam, Fatin jumpa sorang lagi budak sekolah rendah, Haikal Izat. Fatin tak ingat sangat dia sebab tak sure pernah sama kelas ke tak.. Just tau nama & muka je..
Jumpa dia masa dekat kelas Kemahiran Insaniah. Kemahiran Insaniah adalah modul yang perlu diikuti oleh setiap pelajar UiTM. Modul ini berkaitan dengan pembangunan diri, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan. Ini penting untuk meningkatkan soft skills pelajar dan sangat penting dalam alam pekerjaan kelak.
Masa sesi taaruf, tengok macam kenal, tapi buat tak tau je. Then, bila aktiviti LDK, dapat satu group. So, dia pun tanya, "Kau dulu Gombak Setia eh?" Fatin pun cakap la ya. Betul la tu.. Then, borak2 la sikit..
Tapi yang Fatin rasa seronok sebab dalam group LDK tu majoriti yang Fatin dah kenal. Sorang tu satu course, sorang ex-schoolmate, sorang lagi roomate kawan. So, lagi senang nak berinteraksi.. :)
p/s:
Selalu bila jumpa orang yang kita dah lama tak jumpa, orang kata, "Kecik nya dunia!.."
Tapi tengok tempat jugak, kalau jumpa area2 dekat dan logik tu, tak payah nak cakap dunia ni kecik sangat lah kan.. Lainlah jumpa kat tempat2 yang tak dijangka.. ;)
Monday, October 03, 2011
Intai dari kamar

Tajuk tak boleh bla.. huhu..
Dah nak dekat sebulan menetap baru nak tulis pasal ni..
Just nak share pemandangan di luar kamar.. Dari tingkat 3..
Alhamdulillah.. Fatin bersyukur sangat sebab dapat tingkat tak atas sangat.. Sebab senang nak naik turun tangga.. Tak payah nak tunggu lif pada waktu kemuncak..
Lagi satu, bilik pulak menghadap pemandangan yang indah..

Dan paling penting, dekat untuk meninjau pondok bas kat bawah.. Untuk orang yang suka balik rumah dan pelanggan tetap bas rapid KL macam Fatin, senang nak bajet masa.. Tak tunggu bas lama sangat.. :)

Lagi, bilik tak menghadap blok lelaki.. Untuk pengetahuan, kolej Rafflesia yang mana menempatkan kaum hawa dah penuh dengan pelajar asasi.. Jadi, pelajar degree kena duduk kolej Angsana iaitu kolej pelajar lelaki. Setakat yang Fatin tau, ada satu blok untuk pelajar perempuan di Angsana.. Betapa banyak perempuan daripada lelaki.. Tetiba teringat cerita 321 cinta, artikel perigi cari timba, apabila nisbah perempuan kepada lelaki, 37:1..
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya.. Kawasan yang strategik.. Bilik yang selesa..
p/s:
Sekarang tengah mencari-cari rumah sewa untuk next sem.. Plan duduk dengan kawan2 satu course.. Tapi still berharap dapat kolej.. So, kena aktif lah this sem.. hmm..
Saturday, October 01, 2011
Mungkin sebab saya Atikah...
Kalau dah tau awal2, memang Fatin dah beli masa balik rumah minggu lepas. Bukan apa, berdasarkan info yang Fatin dengar, akan dapat baju BPC secepat mungkin, jadi ingat memang akan pakai baju tu lah.. hmm..
Nak dijadikan cerita, Fatin pun pergi Shah Alam semata-mata nak dapatkan baju putih.. Actually, mula2 nak pergi Econsave je, sebab tu yang paling dekat. Tapi tak sure sangat jalan ke situ. Dah tanya pak cik bas, tapi dia kata bas tak lalu situ, kalau ada pun, kena jalan jauh sikit.
So, pergi je lah Shah Alam sebab dah tau jalan ke sana. Petang ada kelas 2.30 ptg. Sampai PKNS, terus beli T-shirt putih. Alang-alang dah sampai situ, beli tudung putih baru dan barang makanan sikit. Then, balik ke kampus balik. Walaupun dah bajet masa, nak buat macam mana, bas datang lambat. Dah tunggu 40 minit.. For your information, perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam lebih kurang sejam.. Sampai kampus balik tepat2 2.25 petang. Terus solat zuhur dan bergegas ke makmal.. Alhamdulillah sempat..
Bila kawan2 tanya, "Pergi Shah Alam sorang2? Beraninya!"
Fatin pun cakap yang Fatin dah biasa macam tu.. Balik KL hari tu pun sorang2.. :)
Dalam hati, bukan nak berlagak berani, cuma kita kenalah berdikari.. Sampai bila asyik nak bergantung kat orang.. Tapi kalau waktu malam, memang Fatin tak keluar sorang2..
Dalam hati, mungkin sebab saya Atikah.. Kalau ikut dalam buku nama-nama Islam kat rumah tu, Atikah bermaksud yang BERANI, yang bersih. Berbeza dengan Atiqah, maksudnya yang mulia, yang dipilih.
Di kesempatan ini, Fatin nak ucapkan TERIMA KASIH kepada mak dan ayah atas nama yang diberi.. :)
The Author
Followers
Total Pageviews
ADs
Popular Posts
Labels
Blog List
-
What's up3 months ago
-
-
-
I CUT APPLE A PARENTING7 years ago
-
OPTOMETRY ATHLETIC CHAMPIONSHIP 2016 (OAC)10 years ago
-
Bustel Klebang11 years ago

