Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Baginda melihat sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya apabila menyedari kehadiran ayahandanya.
Lalu baginda bertanyakan sebabnya.
Fatimah memberitahu bahawa dia terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Kemudian, dia bertanya sama ada baginda meminta suaminya menyediakan seorang pembantu rumah.
Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah walaupun tanpa pembantu rumah.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud:
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berzikir kepada Allah, ingatlah kepada-Nya sama ada susah atau senang. :)
i lloikkee
ReplyDelete