Wednesday, October 05, 2011

Jejak Kasih di Puncak Alam

Rezeki Fatin sambung belajar di Puncak Alam. Kat sini, ada lah jejak kasih yang tidak disangka.. Masa hari orientasi Fatin terjumpa kawan sekolah rendah, Hanny. Mula2, tengok muka macam kenal, bila Fatin tegur dan tanya, betul. Rasanya muka dia tak banyak berubah..

Tapi..

Yang tak bestnya, Hanny kata kat Fatin, "Eh, Fatin, kenapa short?"

Oh tidak.. Tu lah kata2 yang kerap sampai ke eardrum ni bila jumpa kawan sekolah rendah.. Dulu jumpa kawan2 lain pun macam tu.. Ok, fine.. Memang Fatin antara budak yang paling tinggi masa sekolah rendah dulu.. Tapi bila dah naik sekolah menengah, ketinggian tu dah tak naik sangat..



Hanny empat dari kanan.. Fatin? cari lah sendiri.. ;p

Berbeza dengan budak lelaki, masa sekolah rendah, semua 'ketot'.. Tapi bila jumpa lepas SPM, tinggi bukan main..

Normal lah tu.. Lelaki lambat membesar..

Balik kepada jejak kasih di Puncak Alam, Fatin jumpa sorang lagi budak sekolah rendah, Haikal Izat. Fatin tak ingat sangat dia sebab tak sure pernah sama kelas ke tak.. Just tau nama & muka je..

Jumpa dia masa dekat kelas Kemahiran Insaniah. Kemahiran Insaniah adalah modul yang perlu diikuti oleh setiap pelajar UiTM. Modul ini berkaitan dengan pembangunan diri, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan. Ini penting untuk meningkatkan soft skills pelajar dan sangat penting dalam alam pekerjaan kelak.

Masa sesi taaruf, tengok macam kenal, tapi buat tak tau je. Then, bila aktiviti LDK, dapat satu group. So, dia pun tanya, "Kau dulu Gombak Setia eh?" Fatin pun cakap la ya. Betul la tu.. Then, borak2 la sikit..

Tapi yang Fatin rasa seronok sebab dalam group LDK tu majoriti yang Fatin dah kenal. Sorang tu satu course, sorang ex-schoolmate, sorang lagi roomate kawan. So, lagi senang nak berinteraksi.. :)

p/s:
Selalu bila jumpa orang yang kita dah lama tak jumpa, orang kata, "Kecik nya dunia!.."
Tapi tengok tempat jugak, kalau jumpa area2 dekat dan logik tu, tak payah nak cakap dunia ni kecik sangat lah kan.. Lainlah jumpa kat tempat2 yang tak dijangka.. ;)





No comments:

Post a Comment