Wednesday, September 28, 2011

Ayam mengeram telur, Olen mengeram mangga?

Ada satu hari tu, keluar ke perkarangan rumah jap, nak pergi tengok Olen tengah buat apa. Then, tengok2, Olen tengah nyenyak tidur..

Tapi, pada masa yang sama, Olen, tidur sambil mengeram mangga.. Biasanya tengok ayam mengeram telur, tapi Olen selaku haiwan mamalia ni, peram mangga je la.. Sabar je lah, Olen ni..
Tidur satu hari nak dekat 24 jam jugak lah.. Tolak makan minum, buang air kecik, besar..

Mana lah tak obesiti.. huhu..

Btw, terima kasih lah Olen, tolong peram mangga muda tu.. Tak pe, kitorang boleh peram sendiri.. ;)

Then, Fatin terus ambil mangga tu dan utk dicuci bersih2.. :)

Monday, September 26, 2011

Keychain dari Lumut


Fatin beli keychain baru lagi! :)
Menuju ke arah matlamat untuk bergelar Ratu Keychains.. huhu..
Lepas habis program Unleash your I.R.I.S, kitorang dibawa ke Lumut semasa dalam perjalanan balik. Actually nak beli keychain yang bertulis TELUK BATIK, tapi tak sure ada ke tak. Sebab tak boleh keluar sesuka hati dalam kawasan perkhemahan tu..

Tapi, bila sampai Lumut, tak de pun keychain Lumut, yang ada keychain Pulau Pangkor..
Hmm.. Hentam je lah.. Pulau Pangkor pun.. Tak sampai Pangkor pun dah boleh dapat keychain Pangkor.. :) tapi dulu dah pernah pergi dah Pangkor..

So, setakat ni jumlah keychain telah mencecah 76 unit.. :)

p/s:
Nak bagi Fatin keychain? Boleh.. sangat digalakkan.. ;p
Thanks for viewing my blog.. :)

Saturday, September 24, 2011

I-STAR aka EYE STAR

sambungan pasal Teluk Batik.. tak habis2 lagi? ok2, ni yang terakhir.. :)

Group I-STAR jadi juara untuk Unleash your I.R.I.S.. saya ulang, JUARA..

who are we? I-STAR..
WHO ARE WE?
WE ARE I-STAR!
( itu lah cheers kitorang..)

girls

Kesimpulannya, apa yang penting KERJASAMA.. bak kata wonder pets..

Lagi satu, jangan cepat putus asa.. Kitorang dah banyak kalah games kat pantai, tapi kitorang buat yang terBAEK PUNYA utk explorace..

Next, percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.. cilok lagu Menuju Puncak jap.. ;p

Secara keseluruhan, Unleash your I.R.I.S banyak kebaikannya.. Memang enjoy sepanjang program.. Btw, dalam post terakhir ni, baru nak beritahu apa itu I.R.I.S..

I-Induction,
R-Recreation,
I-Innovation
S-Soft skills,

Last but not least, Fatin ambil kesempatan ni utk ucap terima kasih kpd semua ahli I STAR.. ILLIAS, IHSAN, MEKNA, KAK TIHA, KAK AMAT, KAK EL, KAK AIDA dan lain2..
Korang memang terBAEK!! :)


ni bendera yang kitorang buat.. yang bintang besar Fatin yang buat..
buruk sebab tak cukup masa nak buat lawa2.. :(



masak-masak



p/s:
Kpd yg baru baca post ni, boleh intai cerita dari awal hingga separuh akhir kalau rajin.. hehe..

-thanks for viewing my blog-
:)

Bertuah punya Fatin!

sambungan cerita pasal Teluk Batik..

Fatin dapat cabutan bertuah!
Haha.. Mula2 ingatkan tak dapat, tapi dalam hati memang nak sangat..

Nombor bertuah Fatin 023..
Kira ni 2nd time dapat lucky draw..


Dpt makanan.. Walaupun tak sehebat mana hadiahya, boleh isi perut..
Alhamdulillah atas segala rezeki yang diberikan..


p/s:
Tetiba teringat kat mak.
Mak kalau marah, suka sebut "Bertuah punya anak.."
Mungkin sebab tu kot Fatin dapat cabutan bertuah ni..
Ehh, tapi Fatin jarang buat mak marah..
;p

Monday, September 19, 2011

WE ARE THE CHAMPION!




Sambung pasal cerita Teluk Batik..

Ada satu lagi yang belum diceritakan.. 1st time naik banana boat! Best! Excited sbb 1st time.. :)
Mula2 tak tau pun nak naik banana boat, sbb tak de dlm tentatif program pun..

Masa tgk orang naik, then masa 'dijatuhkan' tu.. perghh.. cuak jugak tapi mmg nak try..

Then, naik la.. masa naik tu, air laut seperti biasa memercik-mercik ke muka seterusnya ke mulut lalu sampai ke lidah.. MASIN! Mmg la air laut masin, mana ada masam..

Bila sampai masa nak 'dijatuhkan' tu, terus lepas tempat pemegang tu.. Masuk dalam air, dan memang tak nampak ape2.. tenggelam sampai ke dasar agaknya.. huhu.. tapi sekelip mata je.. Bila buka mata, tgk2 kat tengah laut, tapi tak de lah tengah sangat... tapi kaki tak cecah tanah.. terapung-apung lah dgn jaket keselamatan tu.. Then, pak cik yg uruskan aktiviti tu tolong bawak ke tepi laut..

Dah lama tak mandi laut rasanya.. Lepas bukak jaket keselamatan, terus bermandi-manda.

Ha, pasal program Unleash your I.R.I.S ni.. Masa majlis penutup, kitorang dah bleh agak dapat nombor last sebab tak banyak acara yang menang.. Tapi bila diumumkan satu-satu pemenang, kitorang heran sebab nama group tak disebut-sebut lagi.. Top 5.. Top 3.. Tup tup juara! Terkejut tak payah nak kata.. Tapi gembira sangat-sangat! Tepuk tangan tak ingat sampai sakit tapak tangan.. hihi..

Dapat hamper besar tuh.. Jangan main2.. Gambar? Tertinggal pendrive kat kolej pulak.. (skarang ni ada kat rumah.. ) so next post lah eh.. hehe..

Lagi satu, pasal persembahan terbaik. Lupa nak cerita, budak2 1st year opto kena buat persembahan pada malam BBQ. Fatin group G/H. Persembahan ni boleh dikatakan last minit punya kerja.. Tapi tak involve sangat, just jadi suara latar.. Kitorang buat sketsa pasal 5 perkara yang tak patut buat masa bulan puasa.. Para pelakonnya, Filzah yang sangat berbakat.. Boleh menang award gitu.. Memang menang pun! Group G/H dapat persembahan terbaik..

Perkhemahan 3 hari 2 malam di Teluk Batik

Persatuan Pelajar-Pelajar UiTM (OPTIMIST) menganjurkan program 'Unleash your I.R.I.S.' kat Teluk Batik. Semua pelajar diwajibkan hadir. Fatin mula2 dengar berita tu, rasa malaslah nak pergi camping ni.. Dahlah cuti tiga hari dari Jumaat sampai Ahad.. Masa yg cukup baek utk balik rumah.. hmm.. padahal baru minggu lepas balik, ada hati nak balik lagi.. ;)

Program macam ni memang dijadikan acara tahunan utk OPTIMIST untuk merapatkan silaturrahim antara senior dan junior.. Kitorang bertolak pagi jumaat, balik petang ahad. Kalau nak diceritakan satu persatu benda yg berlaku dlm tiga hari memang buat anda tak lalu nak baca post ni.. :)

Utk dipendekkan cerita, Fatin kena cerita pasal peristiwa yg penting2 je lah.. Kitorang kena pasang khemah sendiri, masak sendiri.. Pasal pasang khemah tak de hal, dulu pernah buat masa kat Gunung Jerai. Masak pulak, dalam group. Dalam group tu campur senior junior. Tapi dalam group Fatin senior yang banyak masak. Bahan2 dah disediakan, cuma masak je..

Ha, pasal group, Fatin duduk dlm kumpulan tiga, kitorang bagi nama I-STAR. Sebab simbol group kitorang bintang. I tu pulak sempena mata..

Antara games yg kitorang main, Volleyball Batik, Tarik Tali, Kepala Basah, Explorace dan teka tajuk movie berdasarkan body languange. Tapi yg Fatin tak main, tarik tali je.. Sebab wakil 3 orang setiap group & tali pun pendek dan kecik je..

Volleyball batik tu, main bola tampar dgn kain batik. Satu kain, 2 orang pegang, serve guna kain. Kepala basah pulak, baling belon berisi air ke dalam botol minyak yg dah dipotong di atas kepala. Tapi malangnya, kitorang kalah awal2 lagi..


Volleyball batik


Kepala basah, tapi kalau tak masuk, tak basah laa..

Ini baru betul kepala basah! :)


Explorace paling best! Banyak games kena selesaikan dalam explorace. Macam2, antaranya:
- pecahkan belon dgn baling batu (belon pecah dua je..)

- cari duit syiling dalam baldi yang berisi air sabun+pasir pantai+daun2 ( kakak tu kata group kitorang paling banyak dapat, 16 keping duit syiling..)

- ambil getah dengan guna lidi sate dalam mulut, pas kan dekat semua ahli group

- angkat botol guna tali & tuangkan dalam cawan

- word search (ni memang favourite Fatin laa..)
- jangan lupa lirik (kitorang dapat lagu Perwira..)
- banyak lagi...

Then, lepas habis game di setiap checkpoint, kena calit warna kat muka.. Dah macam askar rupa masing-masing, tapi warna warni drpd askar..

Pasal teka movie guna body language ni nak cerita jugak sebab Fatin jadi orang yg kena buat gaya tu.. Fatin dapat filem KL Gangster. Mula2 tu mmg xde idea.. Then terfikir KLCC. Terus buat gaya tangan macam huruf 'H'. Then ahli group teka jambatan, KLCC, KL, KL Menjerit... last2 dapat jugak diorang teka.. Cepat jugak diorang teka sebab tak sempat nak tunjuk gaya gangster..

Dah panjang menulis post ni.. rasanya sampai sini dulu lah.. Nak tau apa keputusan keseluruhan, nantikan post yang seterusnya.. (macam novel bersiri pulak dah.. memang nak jadi novelis pun.. huhu..)


Sunday, September 11, 2011

Kata orang, "Kat U nanti kita akan jumpa macam-macam orang."

Kata orang, "Kat U nanti kita akan jumpa macam-macam orang."

Betul, betul, betul! setuju!

Ce citer, ce citer...

Dalam Minggu Destini Siswa (MDS) lepas, Fatin jumpa macam-macam orang. Dari segi rupa, sikap, gaya...

Tapi yang tak boleh tahan, jumpa orang yang muka macam Stephen Rahman Hughes, Bunga Citra Lestari... Tak tau lah kalau mata ni rabun ke, or terbayang sendiri.. ;p


Tapi yang penting minggu lepas check mata, power turun.. :)

Lagi, jumpa orang muka macam Cikgu Nurul masa kat MRSM Merbok dulu.. Muka dia comel macam Cikgu Nurul jugak, cara senyum pun sama..

Then, muka mirip kawan2 lama.. Bila tanya nama, memang bukan orang yang disangkakan. Kira sahlah memang bukan kawan lama. Lagipun muka tak sama sangat pun, mirip2 je..

Tapi kat sana memang ada jumpa kawan lama masa sekolah rendah, Hanny. Jumpa Amilia, classmate kat SEMERBAK & Yana, classmate kat PASUM..

Pasal cara bercakap & gaya pun jumpa pelbagai jenis yang mirip kawan2 lama.. Sekaligus teringat kat kawan2 lama.. Our memories... Rindu korang semua! :)

Sekali lagi diingatkan, macam je.. Tak sama pun.. Kata orang, kat dunia ni ada 7 orang muka mirip kita.. Amacam, dah jumpa? ;)

Btw, tetiba teringat sorang kawan yang kata muka Fatin macam kawan dia. Tapi kawan dia tu lelaki. Kira Fatin ni macam kawan dia versi perempuan. Boleh pulak macam tuh???

Apapun, kita mesti berhati-hati dalam memilih kawan.. Kawan banyak mempengaruhi hidup kita.. :)

Saturday, September 10, 2011

Minggu Destini Siswa Sesi September 2011

Kira-kira pukul 10.20 pagi tanggal 6 September, Fatin bertolak ke UiTM Puncak Alam. Dah tau tak jauh sangat, bertolaklah lambat sikit.. ;p

Sampai dalam pukul 11.30 pagi. 1st time tengok dengan mata kepala sendiri, lawa giler bangunan!
Gambar ni sempat diambil masa dalam bas. Masa tu tempat parking kat atas dah penuh.
So kena parking kat bawah & bas bawa barang2 ke atas.
Tapi tak tau fakulti mana, main tangkap je.. :)

Ya, memang atas bukit. Tangga kejayaan yang ala-ala tangga Batu Caves tu sangatlah tinggi. Design tangga tu sangat cantik.

Macam hari pendaftaran biasa, daftar, angkut barang ke bilik. Bilik ada 4 dalam satu rumah. Satu bilik 2 orang. Bilik sangat selesa, mana tak nya, baru kot..

Secara keseluruhannya, memang best walaupun penat.. Biasa lah tu, bukan orientasi lah kalau tak tidur lambat & bangun awal...

Makan minum pulak, sedap tapi tak sampai menjilat jari..

Satu lagi, kat sini orientasi nya pakai baju kurung dari pagi sampai malam. Tak tau la pulak macam tu, sebab kat PASUM dulu pakai T-shirt tiap2 hari. Lagi best, Fatin bawak baju kurung 3 helai je.. Pandai2 sendiri lah.. Tapi memang niat nak ambil baju kurung kat umah lagi hujung minggu ni..

Bertuah jugak sebab Minggu Destini Siswa (MDS) 4 hari je. Untung lahh.. :)
Pemimpin Mahasiswa (PM) kata ni lah MDS yang paling pendek sebab biasanya 5 hari..

Last day MDS, mahasiwa mahasiswi UiTM Puncak Alam & Puncak Perdana join perasmian & amanat Naib Canselor kat UiTM Shah Alam. Program ni best, banyak info yang boleh diperolehi.



p/s: Dalam hati, still rindu kat UM jugak.. :(

Monday, September 05, 2011

Result Contest Klik-klik Adam

Resultnya dah keluar..

Tapi Fatin bukanlah pemenangnya.. Maybe ini bukan rezeki Fatin..
Apapun, Fatin dah buat yg terbaik..

Contest ni sedikit sebanyak membuat Fatin mengenali kawan2 di facebook. Daripada keluarga, saudara-mara, classmates, schoolmates, senior & junior hingga kenalan di fb..

Seperti kata peribahasa Arab kegemaran,

"Seseorang kawan akan dikenali apabila anda memerlukannya.."

Walaupun, hanya klik 'LIKE', tak semua orang boleh lakukannya.. Tapi Fatin tak boleh nak salahkan diorang, sebab seperti kata lirik lagu Pokok oleh Meet Uncle Hussain,

"Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan.."

Sejak menyertai contest ni, banyak mutiara kata yang Fatin cari untuk tambah pengetahuan..
Antaranya,

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"
-Saidina Ali-

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyenangkan.

Ada hikmahnya juga Fatin sertai contest ini. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. Jadi di sini Fatin mahu mengiktirafkan semua yang telah klik 'LIKE' sebagai KAWAN SEJATI! Boleh tak macam tu? :)

Apapun, thanks a lot kpd 292 orang yg sudi meluangkan masa lebih kurang 1 minit utk klik gambar tu! Walaupun contest ni just for fun, I really appreciate your help! :D






Sunday, September 04, 2011

My Ambition is .....

Alhamdulillah.. result upu dah keluar lama dah.. Saya ditawarkan utk melanjutkan pelajaran dlm bidang Optometri di UiTM Puncak Alam. Walaupun tidak berpeluang utk bergelar ahli farmasi & mahasiswi UM, saya bersyukur kerana pilihan kedua diterima. Semua yang berlaku ada hikmahnya. :)

Dulu masa sekolah rendah, ada kena isi cita-cita setiap pelajar dlm kad 001.. Ingat lagi tak?
Antara cita2 yg pernah terlintas dlm fikiran, akauntan, guru, jururawat, doktor, novelis, pelakon & mcm2 lagi.. (ish2, pelakon? novelis? ada jugak kwn saya kata, cita2 awak unik, tak ramai yg ada cita2 mcm tuh.. tu perli ke? tidak, jgn gelakkan saya.. )

Bila tiba sekolah menengah, sejak form 1 to form 3, sibuk dgn cita-cita nak jadi pereka fesyen busana muslimah.. Nak jadi pereka fesyen terkenal macam Michael Ong & Tom Abang Saufi masa tuh..

Tapi, bila saya beritahu kat cikgu sains saya setelah ditanya oleh beliau, beliau kata, "Awak ni, belajar pandai2, nak jadi pereka fesyen.."

Masa mula2 dengar rasa sedih sgt.. Saya mmg nak jadi pereka fesyen! (masa tuh) Ye lah, masa form 1, utk kemahiran hidup ekonomi rumah tangga, cikgu KH puji lukisan saya.. Masa tu kena lukis baju yg sesuai utk badan org kurus, gempal.. Saya punya lukisan utk org kurus, saya design macam pereka fesyen punya design.. ( Actually, copy dari majalah.. )

Lagi satu, saya sgt suka subjek pendidikan seni.. Selalu dpt markah banyak dlm setiap lukisan.. Masa form 2, saya dapat markah tertinggi dlm kelas utk subjek seni! :)

Menjahit pun ada belajar masa sekolah rendah, sebab saya masuk Kelab Suri dari darjah 4 hingga darjah 6. Kelab Suri mengajar saya memasak dan menjahit. Tapi yg simple2 je lah. Contohnya, buat sandwich, jahitan sembat, jahitan jelujur dan lain-lain..

Then, saya mula mencari cita-cita yg sesuai dgn saya..

Sejak tingkatan 4, saya berazam utk menjadi ahli farmasi.. Saya tidak ingat macam mana boleh dtg keinginan tu. Maybe sbb minat subjek Chemistry kot.. Masa form 5 pulak, kena buat folio kerjaya. Saya telah menemuramah seorang ahli farmasi di salah sebuah farmasi di Gombak. Dengan itu, saya dpt serba sedikit maklumat mengenai ahli farmasi.

Tapi lepas habis PASUM, tetiba ada rasa nak jadi optometrist pulak. Sebab pekerjaan tu nampak macam tak merumitkan. Namun, setiap pekerjaan ada susah senang dan risikonya...

Sekarang ni, sebenarnya cita-cita nak jadi pereka fesyen & novelis masih lagi bersisa..
(wah, ayat!)

Apapun, kita hanya merancang dan berusaha, tapi Tuhan yg menentukan.. :)
Doakan perjalanan saya sbg mahasiswi nanti..

Thanks for viewing my blog! :)