Monday, September 19, 2011

WE ARE THE CHAMPION!




Sambung pasal cerita Teluk Batik..

Ada satu lagi yang belum diceritakan.. 1st time naik banana boat! Best! Excited sbb 1st time.. :)
Mula2 tak tau pun nak naik banana boat, sbb tak de dlm tentatif program pun..

Masa tgk orang naik, then masa 'dijatuhkan' tu.. perghh.. cuak jugak tapi mmg nak try..

Then, naik la.. masa naik tu, air laut seperti biasa memercik-mercik ke muka seterusnya ke mulut lalu sampai ke lidah.. MASIN! Mmg la air laut masin, mana ada masam..

Bila sampai masa nak 'dijatuhkan' tu, terus lepas tempat pemegang tu.. Masuk dalam air, dan memang tak nampak ape2.. tenggelam sampai ke dasar agaknya.. huhu.. tapi sekelip mata je.. Bila buka mata, tgk2 kat tengah laut, tapi tak de lah tengah sangat... tapi kaki tak cecah tanah.. terapung-apung lah dgn jaket keselamatan tu.. Then, pak cik yg uruskan aktiviti tu tolong bawak ke tepi laut..

Dah lama tak mandi laut rasanya.. Lepas bukak jaket keselamatan, terus bermandi-manda.

Ha, pasal program Unleash your I.R.I.S ni.. Masa majlis penutup, kitorang dah bleh agak dapat nombor last sebab tak banyak acara yang menang.. Tapi bila diumumkan satu-satu pemenang, kitorang heran sebab nama group tak disebut-sebut lagi.. Top 5.. Top 3.. Tup tup juara! Terkejut tak payah nak kata.. Tapi gembira sangat-sangat! Tepuk tangan tak ingat sampai sakit tapak tangan.. hihi..

Dapat hamper besar tuh.. Jangan main2.. Gambar? Tertinggal pendrive kat kolej pulak.. (skarang ni ada kat rumah.. ) so next post lah eh.. hehe..

Lagi satu, pasal persembahan terbaik. Lupa nak cerita, budak2 1st year opto kena buat persembahan pada malam BBQ. Fatin group G/H. Persembahan ni boleh dikatakan last minit punya kerja.. Tapi tak involve sangat, just jadi suara latar.. Kitorang buat sketsa pasal 5 perkara yang tak patut buat masa bulan puasa.. Para pelakonnya, Filzah yang sangat berbakat.. Boleh menang award gitu.. Memang menang pun! Group G/H dapat persembahan terbaik..

No comments:

Post a Comment