Program macam ni memang dijadikan acara tahunan utk OPTIMIST untuk merapatkan silaturrahim antara senior dan junior.. Kitorang bertolak pagi jumaat, balik petang ahad. Kalau nak diceritakan satu persatu benda yg berlaku dlm tiga hari memang buat anda tak lalu nak baca post ni.. :)
Utk dipendekkan cerita, Fatin kena cerita pasal peristiwa yg penting2 je lah.. Kitorang kena pasang khemah sendiri, masak sendiri.. Pasal pasang khemah tak de hal, dulu pernah buat masa kat Gunung Jerai. Masak pulak, dalam group. Dalam group tu campur senior junior. Tapi dalam group Fatin senior yang banyak masak. Bahan2 dah disediakan, cuma masak je..
Ha, pasal group, Fatin duduk dlm kumpulan tiga, kitorang bagi nama I-STAR. Sebab simbol group kitorang bintang. I tu pulak sempena mata..
Antara games yg kitorang main, Volleyball Batik, Tarik Tali, Kepala Basah, Explorace dan teka tajuk movie berdasarkan body languange. Tapi yg Fatin tak main, tarik tali je.. Sebab wakil 3 orang setiap group & tali pun pendek dan kecik je..
Volleyball batik tu, main bola tampar dgn kain batik. Satu kain, 2 orang pegang, serve guna kain. Kepala basah pulak, baling belon berisi air ke dalam botol minyak yg dah dipotong di atas kepala. Tapi malangnya, kitorang kalah awal2 lagi..
Explorace paling best! Banyak games kena selesaikan dalam explorace. Macam2, antaranya:
- pecahkan belon dgn baling batu (belon pecah dua je..)
- cari duit syiling dalam baldi yang berisi air sabun+pasir pantai+daun2 ( kakak tu kata group kitorang paling banyak dapat, 16 keping duit syiling..)
- ambil getah dengan guna lidi sate dalam mulut, pas kan dekat semua ahli group
- angkat botol guna tali & tuangkan dalam cawan
- word search (ni memang favourite Fatin laa..)
- jangan lupa lirik (kitorang dapat lagu Perwira..)
- banyak lagi...
Then, lepas habis game di setiap checkpoint, kena calit warna kat muka.. Dah macam askar rupa masing-masing, tapi warna warni drpd askar..
Pasal teka movie guna body language ni nak cerita jugak sebab Fatin jadi orang yg kena buat gaya tu.. Fatin dapat filem KL Gangster. Mula2 tu mmg xde idea.. Then terfikir KLCC. Terus buat gaya tangan macam huruf 'H'. Then ahli group teka jambatan, KLCC, KL, KL Menjerit... last2 dapat jugak diorang teka.. Cepat jugak diorang teka sebab tak sempat nak tunjuk gaya gangster..
Dah panjang menulis post ni.. rasanya sampai sini dulu lah.. Nak tau apa keputusan keseluruhan, nantikan post yang seterusnya.. (macam novel bersiri pulak dah.. memang nak jadi novelis pun.. huhu..)
best gila teluk batik..kitorang buang site analysis kat situ.. :)
ReplyDeleteamat menarik. kenangan mengamit jiwa. melayari blog ini dgn lagunya yg mendamaikan... terima kasih Nurfatin Atikah
ReplyDelete