Sunday, September 04, 2011

My Ambition is .....

Alhamdulillah.. result upu dah keluar lama dah.. Saya ditawarkan utk melanjutkan pelajaran dlm bidang Optometri di UiTM Puncak Alam. Walaupun tidak berpeluang utk bergelar ahli farmasi & mahasiswi UM, saya bersyukur kerana pilihan kedua diterima. Semua yang berlaku ada hikmahnya. :)

Dulu masa sekolah rendah, ada kena isi cita-cita setiap pelajar dlm kad 001.. Ingat lagi tak?
Antara cita2 yg pernah terlintas dlm fikiran, akauntan, guru, jururawat, doktor, novelis, pelakon & mcm2 lagi.. (ish2, pelakon? novelis? ada jugak kwn saya kata, cita2 awak unik, tak ramai yg ada cita2 mcm tuh.. tu perli ke? tidak, jgn gelakkan saya.. )

Bila tiba sekolah menengah, sejak form 1 to form 3, sibuk dgn cita-cita nak jadi pereka fesyen busana muslimah.. Nak jadi pereka fesyen terkenal macam Michael Ong & Tom Abang Saufi masa tuh..

Tapi, bila saya beritahu kat cikgu sains saya setelah ditanya oleh beliau, beliau kata, "Awak ni, belajar pandai2, nak jadi pereka fesyen.."

Masa mula2 dengar rasa sedih sgt.. Saya mmg nak jadi pereka fesyen! (masa tuh) Ye lah, masa form 1, utk kemahiran hidup ekonomi rumah tangga, cikgu KH puji lukisan saya.. Masa tu kena lukis baju yg sesuai utk badan org kurus, gempal.. Saya punya lukisan utk org kurus, saya design macam pereka fesyen punya design.. ( Actually, copy dari majalah.. )

Lagi satu, saya sgt suka subjek pendidikan seni.. Selalu dpt markah banyak dlm setiap lukisan.. Masa form 2, saya dapat markah tertinggi dlm kelas utk subjek seni! :)

Menjahit pun ada belajar masa sekolah rendah, sebab saya masuk Kelab Suri dari darjah 4 hingga darjah 6. Kelab Suri mengajar saya memasak dan menjahit. Tapi yg simple2 je lah. Contohnya, buat sandwich, jahitan sembat, jahitan jelujur dan lain-lain..

Then, saya mula mencari cita-cita yg sesuai dgn saya..

Sejak tingkatan 4, saya berazam utk menjadi ahli farmasi.. Saya tidak ingat macam mana boleh dtg keinginan tu. Maybe sbb minat subjek Chemistry kot.. Masa form 5 pulak, kena buat folio kerjaya. Saya telah menemuramah seorang ahli farmasi di salah sebuah farmasi di Gombak. Dengan itu, saya dpt serba sedikit maklumat mengenai ahli farmasi.

Tapi lepas habis PASUM, tetiba ada rasa nak jadi optometrist pulak. Sebab pekerjaan tu nampak macam tak merumitkan. Namun, setiap pekerjaan ada susah senang dan risikonya...

Sekarang ni, sebenarnya cita-cita nak jadi pereka fesyen & novelis masih lagi bersisa..
(wah, ayat!)

Apapun, kita hanya merancang dan berusaha, tapi Tuhan yg menentukan.. :)
Doakan perjalanan saya sbg mahasiswi nanti..

Thanks for viewing my blog! :)

No comments:

Post a Comment